You are on page 1of 2

REFLEKSI-DASHEN A/L JAYABALAN

Tugasan kumpulan Geometri (MTE 3103) PISMP sem 2 yang diberikan oleh pensyarah
kami iaitu En. Abdul Ghaffar Bin Jaafar yang banyak membantu kami untuk melengkap diri kami
dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Saya, Dashen A/L Jayabalan memang berasa bersyukur
kerana dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan mengikut kehendak soalan
yang diberikan kepada saya. Dalam konteks ini, saya memperolehi banyak ilmu daripada
tugasan ini.
Sebelum saya melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat dari
pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Saya telah melayari beberapa website untuk
mencari maklumat tambahan untuk tugasan saya. Walaupun, saya telah mencari banyak
maklumat yang berkaitan dengan tugasan tetapi saya masih berasa kurang jelas tentang
tugasan ini. Saya telah berbincang dengan pensyarah pembimbing saya tentang kerja kursus
ini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. Beliau amat mendorong saya dengan
memberi penjelasan yang mendalam. Selain itu, saya juga membuat perbincangan bersamasama dengan kawan-kawan saya supaya jawapan tugasan kami menjawab kehendak soalan.
Perkara pertama yang amat merisaukan saya ialah boleh dikatakan bahawa hampir
kesemua bahan rujukan berkaitan dengan tajuk ini iaitu Teselasi adalah ditulis dalam Bahasa
Inggeris. Tugasan pertama iaitu menghasilkan satu teselasi menggunakan perisian Geometer
Sketchpad telah dapat kami selesaikan setelah berbincang dan mencari pelbagi contoh yang
berkaitan melalui internet, modul dan buku-buku rujukan.Semasa saya mula melengkapkan
tugasan tentang geometri iaitu, teselasi dan bentuk platonik. Semasa menghasilkan bentuk 3D
platonik, saya berasa kurang keyakinan untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang diberi.
Bagi rakan-rakan daripada kumpulan lain, membantu serba sedikit dengan memberi
maklumat-maklumat tentang pendapat mereka dan menerangkan cara menyempurnakan
tugasan ini dari semasa ke semasa. Mereka juga meluangkan masa dengan saya untuk
berbincang tentang tugasan ini. Semasa saya membuat tugasan ini saya menghadapi
kesukaran untuk mencari isi kandungannya.
Rakan-rakan kumpulan lain juga mencari bahan yang sama dan ini menyebabkan
kekurangan bahan untuk kumpulan kami. Oleh itu, kami menggunakan bahan-bahan yang
sedia ada dan juga memakai bahan-bahan yang tidak terpakai.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi


melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan
Setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya dapat mamahami rakan sebaya dan rakan
sekumpulan saya, Sitherrai A/P Paramananthan dan Malarkodi A/P Radakrishnan kerana telah
mendorong dan membantu saya melengkapkan tugasan ini.

You might also like