You are on page 1of 8

Bincangkan sebab-sebab mengajar Matematik Keputusan di sekolah-sekolah Malaysia.

Terangkan bagaimana cara-cara mengaplikasikan Matematik Keputusan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid sekolah rendah dalam konteks bilik
darjah Malaysia. Berikan contoh-contoh konkrit bagi menyokong hujah-hujah anda.
Kita semua pernah mendengar atau terbaca satu pepatah yang berbunyi tuntutlah ilmu
walau sampai ke negeri china. Kata-kata ini menyeru kita supaya mempelajari semua jenis
ilmu yang ada di muka bumi tanpa mengira jarak, susah atau senang dan menuntut ilmu itu
adalah wajib hukumnya bagi semua umat di muka bumi ini. Tanpa ilmu, manusia akan
dipandang hina dan tidak mampu untuk membangunkan tamadun yang sedia ada.
Matematik merupakan salah satu cabang ilmu yang wujud di muka bumi ini. Ia
merupakan ilmu yang berasaskan logik akal manusia. Secara kasarnya, matematik dilihat
sebagai

ilmu

yang

berkaitan

dengan

nombor-nombor

dan

simbol-simbol

tertentu.

Walaubagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah matematik merupakan ilmu yang merangkumi


aspek bahasa, alat penyelesaian masalah, boleh menggambarkan kebesaran Yang Maha
Pencipta, seni dan juga matematik merupakan Ratu Sains. Menurut Kamus Dewan, matematik
ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan dan hubungan
dengan lain-lain dengan menggunakan simbol serta mempunyai beberapa cabang yang utama
iaitu algebra, geometri dan aritmetik. Oleh kerana itu, matematik juga boleh diklasifikasikan
sebagai Kunci Bagi Segala ilmu di dunia ini.
Sebenarnya, matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai
kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang. Kita juga boleh memperkatakan bahawa
matematik adalah kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah
penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol
matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan,
dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami
hubungan fizikal dan konsep.
Seterusnya, matematik juga merupakan suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor.
Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini.
Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian
malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi
yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian

pasang surut, gerhana matahari, ribut taufan, banjir dan sebagainya menggunakan matematik
untuk menerangkannya tentang tahap kejadian fenomena.
Selain itu, ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru dan
menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
Terdapat percanggahan pendapat sama ada objek matematik seperti nombor wujud secara
semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar
matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein
sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti,
dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti".
Menurut matematik, kebenaran sebenarnya wujud walaupun manusia tidak dapat
menemuinya. Matematik bersifat tidak tetap, boleh berkembang dan tidak hanya terikat dengan
teori atau hukum yang telah lama termaktub. Ia boleh diolah dari masa ke semasa mengikut
kesesuaian. Matematik juga sentiasa dikaji kesahihannya setiap masa dan tidak berhenti pada
suatu tahap sahaja. Dalam ilmu matematik, terdapat juga ketidakpastian, kekaburan dan juga
merupakan suatu pengetahuan yang tidak kemas. Secara keseluruhannya, matematik tidak
sama dengan ilmu lain dan ia merupakan asas bagi kebanyakan ilmu lain. Perkembangan
matematik turut menjana perkembangan ilmu lain. Dengan ini kita boleh memutuskan bahawa
matematik keputusan juga merupakan salah satu elemen yang begitu penting dalam bidang
matematik.
Apakah itu matematik keputusan? Inilah soalan yang akan terlintas dalam minda setiap
orang. Pertamanya, mari kita menerokai serba sedikit tentang pengambilan keputusan.
Pengambilan keputusan dianggap sebagai suatu hasil daripada proses mental atau kognitif
yang akan membawa pada pemilihan suatu tindakan antara beberapa alternatif yang sedia ada.
Terdapat beberapa ahli yang memberi pandangan masing-masing tentang pengambilan
keputusan. Menurut George R. Terry, pengambilan keputusan adalah pemilihan alternatif
kelakuan tertentu dari dua atau lebih alternatif yang sedia ada. Selanjutnya, Sondang P. Siagian
mengatakan bahawa pengambilan keputusan adalah suatu pendekatan yang sistematik
terhadap hakikat alternatif yang dihadapi dan mengambil tindakan yang berdasarkan
perhitungan merupakan tindakan yang paling cepat.
Selain itu, menurut James A. F Stoner, pengambilan keputusan adalah proses yang
digunakan untuk memilih suatu tindakan sebagai cara pemecahan masalah. Ahli Harold koontz
dan Cyri O Donnel juga mengatakan bahawa pengambilan keputusan adalah pemilihan di

antara alternatif-alternatif mengenai sesuatu cara bertindak. Theo Haiman Inti merumuskan
definisi keputusan dengan berpendapat bahawa pengambilan keputusan adalah suatu
pemilihan cara bertindak. Dalam hubungan ini kita melihat keputusan sebagai suatu cara
bertindak yang dipilih oleh seseorang individu sebagai suatu yang paling efektif,

bererti

penempatan untuk mencapai sasaran dan pemecahan masalah.


Dengan ini kita boleh mengatakan bahawa matematik keputusan adalah aplikasi
pemodelan matematik untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar yang sering timbul
daripada kebimbangan menguruskan perdagangan dan perindustrian. Kita perlu menyelami
initipati masalah dunia sebenar dalam bentuk matematik untuk menggunakan matematik bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bergerak dari dunia sebenar ke dalam dunia matematik
yang dikenali sebagai pemodelan matematik. Hal ini memerlukan andaian supaya dapat
diekstrak penurut masalah matematik.
Sebenarnya, terdapat beberapa matapelajaran yang diberi perhatian di semua sekolah
tidak kira sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Matematik keputusan merupakan
salah satu matapelajaran yang diberi penekaan di sekolah rendah serta sekolah menengah.
Pengetahuan ini dapat dipupuk antara pelajar melalui matapelajaran Matematik. Ia terdapat
beberapa sebab untuk memupuk pengetahuan matematik keputusan dalam kalangan pelajar.
Sekarang, mari kita melihat tentang apakah sebab-sebab yang memaksakan matematik
keputusan diajar di semua sekolah.
Pertamanya,

pengajaran

matematik

keputusan

di

sekolah

diadakan

untuk

menggalakkan pelajar supaya memahami konsep-konsep pengiraan asas matematik.


Sebagaimana yang kita tahu, pengiraan asas seperti tambah, tolak, bahagi dan lain-lain lagi
merupakan tulang belakang dalam matematik. Sememangnya, pelajar akan menggunakan
konsep ini untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ia akan membantu pelajar untuk
mengambil keputusan yang bijak. Malangnya, jika pelajar silap memahami sesuatu konsep
akhirnya ia akan menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran untuk mencapai konsep yang
seterusnya. Hal ini kerana kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu
konsep bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Contohnya,
formula Pythogoras yang digunakan untuk mengenalpasti hipotenus bagi sesuatu segi tiga
tepat. Formula ini juga berkait rapat dengan tajuk trigonometri untuk mencari sudut bagi setiap
bucu. Jika pelajar salah faham tentang konsep formula Pythogoras, sememangnya mereka
tidak akan faham tentang trigonometri yang memerlukan formula ini. Perkara ini dapat ditonjol

oleh pendapat Mohd. Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan
penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam
matematik.
Sebab yang seterusnya adalah melatih pelajar untuk berfikiran matang sejak kecil lagi.
Matematik keputusan ini mengajar pelajar untuk berfikir secara matang supaya mereka dapat
menghadapi sesuatu masalah dengan lebih yakin dan tidak berputus asa. Mereka juga akan
menyelidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan
bukan hanya bergantung pada satu penyelesaian sahaja. Hal ini dapat meningkatkan tahap
pemikiran mereka supaya mereka dapat berfikir lebih terperinci dan tidak sekat pada perjalanan
mereka. Mereka juga akan mempelajari untuk berfikir secara rasional sebelum mengambil
sesuatu keputusan. Contohnya, semasa membeli belah, pelajar yang berfikiran matang
kebiasaanya akan membandingkan harga barang antara dua kedai sebelum membelinya.
Bukan setakat itu sahaja, pelajar juga dapat digalakkan untuk berfikir secara lebih kreatif
dan kritis melalui pengajaran matematik keputusan. Pemikiran kreatif dan kritis merupakan
aspek yang diberi penekaan oleh semua guru. Pelajar dapat berfikir atau mempelan pelbagai
jenis penyelesaian bagi sesuatu masalah dengan menggunakan pemikiran kreatif mereka.
Mereka juga dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Dengan ini, murid
dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif serta memperkembangkan intelek mereka.
Pelajar juga dapat mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur
dan sempit. Kemudiannya, pelajar yang berfikir kreatif dan kritis akan bersikap terbuka dalam
menerima dan memberi pendapat, serta berani memberi pandangan dan kritikan. Menurut
Donald W. Mac Kinnon (1962), Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta
mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri
dalam aspek berfikir dan bertindak. Contohnya, pelajar pandai membuat peta minda supaya
mereka senang memahami tentang apa yang merka sudah mempelajari.
Selanjutnya, menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan matematik keputusan dalam
kehidupan seharian mereka. Pelajar dapat belajar tentang menguruskan masa, wang dan
sebagainya melalui pengajaran matematik keputusan ini. sebgaimana yang kita tahu,
kehidupan kita penuhi dengan aplikasi matematik keputusan. Sememangya, kita tidak boleh
hidup tanpa matematik keputusan. Kita menggunakan matematik keputusan untuk mengenal
pasti berat badan kita, tinggi kita, lilitan pinggul kita dan sebagainya. Seterusnya, kita juga

menggunakan semasa membeli belah dan sebagainya. Dengan ini, kita boleh mengatakan
tidak ada kehidupan jika tidak ada matematik keputusan.
Seterusnya, pengajaran matematik kepuusan juga membantu untuk melatih pelajar
supaya menjadi jurutera, doktor dan sebagainya. Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu
yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi
asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutarelah yang mencipta alatan
keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya.
Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang
senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang
kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub
bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu
fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik keputusan yang kukuh.
Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik keputusan. Matematik
keputusanlah yang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik
keputusan peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.
Kemudiannya, mari kita menerokai tentang cara-cara mengaplikasikan matematik
keputusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sekolah rendah dalam
konteks bilik darjah Malaysia. Pertamanya, matematik keputusan boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui cara pembalajaran koperatif.
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk
belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Menurut Effandi zakaria (1998),
pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling
membantu di antara satu sama lain di kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama.
Kaedah ini dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas atau berreaksi
tentang topik atau masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan. Kaedah
perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan
dalam apa jua matapelajaran terutama sekali matematik keputusan dan semua tajuk dalam
matapelajaran matematik. Kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah
mahupun di rumah. Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam
matapelajaran matematik keputusan dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar,
melatih keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan
perkembangan kanak-kanak dalam matematik menjadi lebih subur. Contohnya, guru boleh

memberi sebarang masalah dengan memberi arahan untuk menyelesaikannya dalam


kumpulan.
Seterusnya, kaedah permainan sambil belajar. Guru memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya hendaklah memastikan bahawa
pelajar aktif melibatkan diri mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Oleh itu, guru
boleh menggunakan kaedah ini. Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk
mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu
dengan cara yang aktif dalam keadaan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan
fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekuatan dan
ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai-nilai sosial yang positif seperti bertolakansur, bertimbang-rasa dan lain-lain lagi. Ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran.
Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan
murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Contohya,
guru boleh mengadakan permainan jutaria semasa mengajar tajuk wang.
Selanjutnya, guru juga boleh menggunakan anggota badan pelajar supaya mereka lebih
minat dan faham tentang apa yang dipelajarinya. Guru menyarankan agar murid-murid
menunjukkan berapa banyak kaki, mulut, dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan daya
ingatan pelajar serta membantu mereka senang memahami tentang sesuatu topik. Contohnya,
ketika diminta untuk menampilkan tiga tangan, mereka akan memprotes keras, dan kemudian
menunjukkan berapa banyak tangan yang mereka memiliki ini. Kemudian mengajak muridmurid untuk menampilkan nombor dengan jari, dimulai dengan pertanyaaan sederhana,
Berapakah umur kamu? Kemudian murid menunjukkan angka yang diminta guru. Selain itu
guru menampilkan angka dalam berbagai cara; misalnya, menunjukkan lima dengan tiga pada
jari tangan kiri dan dua di jari tangan kanan.
Bukan setakat itu sahaja, guru juga boleh menggunakan kaedah simulasi untuk
mengaplikasikan matematik keputusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Simulasi didefinisikan sebagai suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi
sebenarnya tetapi dalam bentuk yang dimudahkan, diringkas atau dikecilkan. Guru hendaklah
menunjukkan atau demonstrasi sesuatu untuk memperkenalkan tajuk atau menunjukkan
sesuatu penyelesaian. Kaedah ini dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Kaedah ini selalunya dibina dengan teknologi multimedia untuk mentafsirkan
masalah matematik selain dengan penggunaan model. Ini bertujuan untuk mereka mengenali

secara tersendiri dengan masalah yang terjadi. Pelajar akan mendapat pengalaman dari cara
ini yang besesuaian dengan Teori Konstruktivisme seterusnya dapat menyelesaikan pelbagai
masalah matematik. Pelajar dapat mengenalpasti masalah dengan secepat mungkin dan
mereka juga dapat kefahaman yang terperinci dengan melihat simulasi yang dijalankan. Mereka
juga senang mengingati kerana mereka melihat secara langsungnya melalui deria mata.
Kaedah ini dapat mendorong murid-murid untuk menggunakan adegan dan mainan untuk
simulasi kejadian nyata, seperti tiga kereta di jalan, atau misalnya, untuk menunjukkan ada dua
monyet di atas pohon dan dua di atas tanah.
Selain itu, bahan bantu mengajar juga merupakan salah satu kaedah yang sering
digunakan oleh setiap guru. Kaedah ini membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menerangkan isi pelajaran secara lebih teliti. Ia juga dapat
mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan alat bantu hendakolah sesuai dengan tahap pelajar agar mereka dapat memahami
apa yang hendak disampaikan oleh guru. Ia juga dapat menyediakan pengalaman yang tidak
dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran
pelajar lebih mendalam dan pelbagai. Contohnya, guru menggunakan kubus yang diperbuat
oleh kertas atau kad manila semasa mengajar tajuk geometri.
Kemudiannya, gru juga digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi seperti komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer
dapat merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah dipelajari
tambahan pula pembelajaran dapat dipersembahkan secara menarik dengan beberapa faktor
seperti warna, font, grafik dan rekaletak yang boleh menarik perhatian dan meransang pelajar
untuk terus menggunakan perisian. Ia juga membantu pelajar yang bermasalah terutama
bahagian asas disamping dapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar
dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan
ilmu yang dipelajari. Malah dalam penggunaan internet, kita akan dapati pelbagai maklumat
mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik, kaedah pengajaran dan permainanpermainan berunsur matematik yang boleh menghiburkan pelajar. Contohnya, guru boleh
memaparkan video klip yang berkait dengan nombor semasa mereka mengajar tajuk nombor.
Deduksinya, matematik keputusan memainkan peranan yang begitu penting dalam
kehidupan seseorang individu. Ia sebati dengan kehidupan kita sehingga kita tidak perasan
akan kehadirannya. Matematik keputusan penting dalam segala perancangan kehidupan kita.

Perkembangan matematik keputusan dan menguasai kemahirannya menjadi asas kemajuan


negara. Matematik keputusan menggalakkan manusia bertaakul dan berfikir secara sistematik
dan rasional. Ia merupakan alat yang paling penting untuk mendorong perkembangan tamadun
dalam bidang sains dan teknologi, sosial dan ekonomi serta meningkatkan tahap kecerdikan
manusia. Kewajipan subjek ini diajarkan di sekolah membuktikan kepentingannya. Walaupun
kita tidak berminat untuk menjadi pakar matematik, sekurangkurangnya kita perlu menguasai
matematik asas untuk menyempurnakan kehidupan kita.

You might also like