You are on page 1of 5

Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay

Artikel
Kita semua pernah mendengar atau terbaca satu pepatah yang berbunyi tuntutlah ilmu
walau sampai ke negeri China. Kata-kata ini menyeru kita supaya mempelajari semua jenis ilmu
yang ada di muka bumi tanpa mengira jarak, susah atau senang dan menuntut ilmu itu adalah wajib
hukumnya bagi semua umat di muka bumi ini. Tanpa ilmu, manusia akan dipandang hina dan tidak
mampu untuk membangunkan tamadun yang sedia ada.
Matematik merupakan salah satu cabang ilmu yang wujud di muka bumi ini. Ia merupakan
ilmu yang berasaskan logik akal manusia. Secara kasarnya, matematik dilihat sebagai ilmu yang
berkaitan dengan nombor-nombor dan simbol-simbol tertentu. Walaubagaimanapun, hakikat
sebenarnya ialah matematik merupakan ilmu yang merangkumi aspek bahasa, alat penyelesaian
masalah, boleh menggambarkan kebesaran Yang Maha Pencipta, seni dan juga matematik
merupakan Ratu Sains. Menurut Kamus Dewan, matematik ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan
mengenai nombor, bentuk, susunan dan hubungan dengan lain-lain dengan menggunakan simbol
serta mempunyai beberapa cabang yang utama iaitu algebra, geometri dan aritmetik. Oleh kerana
itu, matematik juga boleh diklasifikasikan sebagai kunci bagi segala ilmu di dunia ini.
Selaras dengan itu, kita boleh memahami betapa pentingnya ilmu Matematik dalam
kehidupan seseorang manusia. Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang diberi
penekanan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran Matematik sememangnya memainkan peranan yang begitu penting untuk menarik
minat seseorang pelajar. Kebiasaanya, kaedah yang digunakan dalam kelas terlalu berpusatkan
guru dan kurang memusatkan pelajar ataupun bahan. Kaedah ini sememangnya mengurangkan
minat pelajar seterusnya pemupukan sifat benci dan takut terhadap subjek ini. Oleh yang demikian,
pihak sekolah telah menyediakan beberapa kemudahan seperti Makmal Matematik, Sudut
Matematik dan Taman Matematik sebagai langkah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap
subjek ini. Dengan ini, guru dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang
berkesan. Sekarang mari kita melihat definisi serta peranan bagi makmal, sudut dan taman
Matematik.
Makmal Matematik dibina untuk membentuk satu persekitaran yang berkesan yang
memfokuskan kepada konsep-konsep Matematik sahaja. Segelintir ahli Matematik berpendapat
bahawa Makmal Matematik adalah sebuah makmal yang dapat membina kemahiran, membentuk
akhlak yang positif dan mempelajari sesuatu tajuk berdasarkan pengalaman dengan melaksanakan

Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay


eksperimen. Idea bagi makmal ini serupa dengan makmal Sains. Makmal ini dapat memainkan
beberapa peranan yang penting dalam jaminan kualiti proses pembelajaran Matematik di sekolah
sekiranya ia digunakan dengan baik. Antara peranan makmal Matematik adalahungsinya sebagai
pusat bagi menjalankan aktiviti penerokaan Matematik, menjalankan aktiviti praktikal Matematik,
menyimpan

serta

memaparkan

bahan

resos

Matematik.

Setiap

peranan

ini

haruslah

dipertimbangkan dalam reka bentuk sesebuah makmal Matematik supaya ia dapat berfungsi dengan
baik bagi menentukan kejayaan proses pembelajaran Matematik.

Rajah 1.0 : makmal Matematik


Sejajar dengan konteks perbicaraan, sudut Matematik juga dapat diwujudkan di sekolah bagi
meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik. Sudut Matematik boleh dikatakan
sebagai makmal mini untuk Matematik. Ia boleh dibina dalam ruang yang sedia ada di dalam atau di
luar bilik darjah. Oleh itu, ia memainkan peranan yang lebih kecil berbanding dengan makmal
Matematik. Sudut ini direka untuk menyokong program pembelajaran Matematik dalam bilik darjah.
Secara terperinci ia berperanan sebagai tiga pusat seperti pusat maklumat, pusat pameran dan
pusat penerokaan.
Sudut Matematik berfungsi sebagai pusat maklumat kerana pelajar boleh memperolehi
pelbagai maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran Matematik melalui sudut ini. Maklumat ini
boleh didapati dalam bentuk elektronik seperti CD-rom atau bukan elektronik seperti buku, majalah
dan poster. Selain itu, sudut ini juga memainkan peranan sebagai pusat pameran. Hal ini demikian
kerana, sudut ini merupakan ruang yang amat sesuai untuk mempamerkan hasil kerja Matematik
yang dihasilkan oleh pelajar. Contohnya, guru boleh mempamerkan hasilan pelajar yang membina
sesuatu bentuk dengan menggunakan bentuk geometri seperti segi tiga, segi empat, kiub dan
sebagainya. Seterusnya, ia juga berfungsi sebagai pusat penerokaan. Pelajar dapat melaksanakan
pelbagai aktiviti penerokaan Matematik sama ada secara berkumpulan atau individu. Tambahannya,
sudut ini juga berperanan untuk menyimpan dan mempamer resos Matematik serta para pelajar

Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay


dapat menjalani aktiviti sponge dan aktiviti pengayaan. Berikutnya, merupakan salah satu contoh
rajah sudut Matematik.

Rajah 1.1 : sudut Matematik

Rajah 1.2 : sudut Matematik

Umumnya, pada peringkat kanak-kanak atau remaja, para pelajar lebih berminat untuk
bermain daripada belajar. Maka, pendekatan pembelajaran juga perlu diubah yang mana kandungan
subjek ini dapat disampaikan melalui permainan atau aktiviti rekreasi. Menurut Froebel(1782-1852),
beliau percaya bahawa permainan adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu.
Sehubungan dengan itu, penubuhan Taman Matematik merupakan satu inovasi pedagogi
pendidikan Matematik yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran bagi menjadikan subjek ini
lebih menarik dan diminati oleh pelajar. Pendidik Matematik sedunia telah memberi sambutan yang
baik kepada pengajaran Matematik yang memberi. Taman Matematik ini merupakan sebuah taman
yang memberi peluang kepada pelajar belajar sambil bermain serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang semulajadi untuk pelajar mempelajari Matematik. Idea ini telah mendapat
sambutan yang baik dalam kalangan pendidik Matematik sedunia.
Taman Matematik juga memainkan beberapa peranan yang sangat penting. Ia berperanan
sebagai stesen pembelajaran di luar bilik darjah dan pusat aktiviti Taman ini merupakan suatu
situasi yang lebih fleksibel untuk menjalankan aktiviti pembelajaran Matematik. Pelajar juga akan
berasa lebih seronok dan tidak bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
taman ini. Melalui penggunaan taman ini guru dapat menggalakkan pembelajaran inkuiri-penemuan
dengan menggalakkan pelajar menggunakan kelima-lima deria mereka. Seterusnya, taman ini
memainkan peranannya bagi memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
kerana mereka dapat mempelajari Matematik secara praktikal. Ia terdapat beberapa permainan
rekreasi Matematik seperti mari mengukur, Labyrinth, dam ular, bijak sifir pintar bentuk dan lain-lain

Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay


lagi yang dikenali sebagai stesen-stesen di taman Matematik ini.

Rajah-rajah berikutnya

menunjukkan contoh taman matematik yang terdapat di sekolah.

Rajah 1.3 : ruang bagi permainan


berkaitan tajuk Bentuk

Rajah 1.4 : taman Matematik


yang kecil

Di samping itu, berikutnya merupakan salah satu model makmal Matematik yang lebih
sistematik.

Rajah 1.5 : Model pelan lantai makmal Matematik

Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay


Rajah diatas menunjukkan pelan makmal Matematik yang dapat mewujudkan suasana kelas
yang amat sesuai dan selesa digunakan oleh guru Matematik. Pelan ini menekankan beberapa
aspek yang perlu dipenuhi dalam makmal Matematik. Antaranya adalah susunan dan reka bentuk
fizikal serta bahan-bahan bantu mengajar. Susunan dalam pelan ini menunjukkan semua pelajar
berada di barisan hadapan dengan susunan yang teratur. Hal ini dapat memudahkan guru untuk
memantau seluruh pelajar serta dapat memberi pehatian yang sepenuhnya kepada pelajar.
kedudukan meja guru juga berhampiran dengan kedudukan pelajar. Dengan ini, guru boleh
mengawasi serta mengawal pergerakan pelajar dalam makmal Matematik.
Kemudiannya, susunan meja yang bergaya kumpulan akan memudahkan pelajar guru
semasa mengadakan aktiviti kumpulan. Hal ini kerana, murid dikehendaki berada dalam kumpulan
semasa mereka mengadakan perbincangan dan dapat melaksanakan praktikal teori Matematik yang
diajar pada masa itu. Pelajar akan berasa lebih seronok apabila mereka dapat melaksanakan
sesuatu aktiviti bersama rakan-rakan mereka dengan bimbingan gurunya. Aktiviti seperti ini dapat
membantu pelajar bagi mencungkil bakat mereka secara tidak langsung.
Seterusnya, alat dan bahan bantu mengajar dapat disusun dengan sistematik supaya ia
memberi kesan yang baik kepada pelajar. Bahan dan alat-alat bantu mengajar haruslah bersesuaian
dengan tajuk-tajuk Matematik. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk memahami konsep-konsep
Matematik dengan lebih jelas. Antara bahan dan alat-alat bantu mengajar yang harus terdapat
dalam makmal Matematik adalah komputer, LCD, jam dinding yang palsu dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, kemudahan dan bahan bantu mengajar yang terdapat dalam makmal
Matematik memainkan peranan yang penting untuk membenarkan guru untuk memodelkan atau
mendemonstrasikan idea Matematik dalam bentuk persembahan dan dalam menyokong
perkembangan pemahaman dan pemikiran Matematik murid. Penggunaan aspek-aspek tersebut
dengan berkesan dan efektif akan bergantung kepada pemahaman guru tentang bagaimana
kemudahan tersebut dapat meningkatkan pemikiran mental murid dan bagaimana untuk
menggunakan sepenuhnya dalam membantu pemahaman murid berkaitan konsep Matematik.
Proses pengabstrakan idea matematik daripada bantuan imej atau praktikal adalah sukar bagi
kebanyakan ramai murid. Oleh itu, semua guru perlu sedar bahawa tidak semua bahan bahan
konkrit dapat membantu meningkatkan kefahaman murid untuk mengabstrak idea-idea Matematik.
Guru-guru perlu bijak dalam memilih kemudahan dan bahan bantu mengajar yang harus digunakan
bertepatan dengan objektif pembelajaran dan tahap kepandaian murid.

You might also like