You are on page 1of 1

Aplikasi TMK dalam P & P

Tajuk yang dipilh untuk bahan bantu mengajar yang berasaskan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) adalah Tanaman Hiasan. Sub tajuk ialah jenis-jenis tanaman hiasan.
Tanaman hiasan ini akan diajar semasa tahun empat. Tajuk ini lebih baik mengajar dalam
bentuk TMK daripada mengajar secara lisan. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis tanaman
yang harus diketahui oleh murid dalam tajuk ini. Mereka tidak akan faham jika ia diajar secara
lisan atau dalam bentuk lain. TMK adalah bahan bantu mengajar yang terbaik untuk mengajar
tajuk ini.
Dalam bahan bantu mengajar yang disediakan, terdapat pelbagai gambar tanaman
hiasan. Murid akan lebih faham jika mereka melihat gambar-gambar tersebut semasa guru
mengajar dengan menggunakan TMK. Minat murid akan bertambah terhadap isi pelajaran yang
akan diajar pada hari tersebut. Murid-murid amat bersuka dengan kartun-kartun, musik, grafik
dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, TMK yang disediakan mengandungi grafik yang
pelbagai untuk menerangkan ciri-ciri tanaman hiasan. Penerangan tersebut diringkaskan
supaya murid dapat mengingati dengan secepat mungkin. Selain itu, gambar-gambar yang
sesuai telah dimasukkan bagi setiap jenis tanaman. Hal ini akan membantu murid untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung.
Grafik yang digunakan juga dalam pelbagai bentuk dan warna yang dapat menarik
perhatian murid. Pelbagai warna yang digunakan akan menarik minat murid dan menggalakkan
murid untuk memberi perhatian terhadap mata pelajaran. Pemikiran mereka tidak akan keluar
daripada isi kandungan yang diajar. Tambahan pula, bahan bantu mengajar ini juga
mengandungi kuiz yang menarik bagi murid untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap
isi pelajaran yang diajar. Kuiz ini juga disediakan dengan pelbagai soalan yang mencabar
minda murid-murid. Sesuatu isi pelajaran yang diajar tidak boleh menamatkan dengan begitu
sahaja. Kaedah soal jawab, kuiz, peperiksaan kecil perlu diadakan untuk mengetahui sejauh
manakah murid memahami tajuk pada hari tersebut. BBM ini mengandungi kuiz bagi setiap
kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap kumpulan akan ditanya soalan mengikut giliran.
Markah akan dicatat pada papan putih. Kumpulan yang mendapat markah yang tinggi akan
dikira sebagai pemenang. Aktiviti seperti ini yang berasaskan TMK akan merangsang suasana
pembelajaran yang seronok.

You might also like