You are on page 1of 6

Lakaran dan prototaip

1. PENGENALAN PRODUK
Sesuatu produk atau reka bentuk yang dihasilkan bertujuan untuk menyelesaikan
sebarang masalah atau keperluan yang sedang dihadapi. Aspek masalah yang dihadapi
harus dikenal pasti untuk memudahkan kita mencari jalan penyelesaian atau keperluan
bagi menyelesaikan masalah tersebut. Rak yang saya pilih untuk menyelesaikan
masalah yang saya hadapi adalah rak alatan.

2. MASALAH

Saya mempunyai pelbagai jenis alat tulis untuk digunakan. Contohnya, pensil, pen,
highlighter, pembaris, liquid dan sebagainya. Saya rasa susah untuk menyimpan
kesemua alat-alat tersebut dalam bekas pensil saya. Selain itu, saya mengambil masa
yang sangat lama semasa mencari sesuatu alatan dalam bekas pensil saya. Selepas
menggunakan alat-alat tersebut saya menyimpan di merata-rata tempat. Oleh itu meja
saya sentiasa kelihatan tidak kemas dan tidak teratur. Tambahan pula, saya sentiasa
menulis memo atau nota-nota yang penting dalam buku atau kertas. Apabila saya
mencari memo yang ditulis itu, saya tidak dapat jumpanya. Saya lupa di mana saya
letak memo tersebut. Saya rasa cemas dan marah dalam keadaan tersebut. Saya juga
tidak dapat mengimbas kembali apa yang saya tulis lalu saya tidak dapat melakukan
kerja dengan secepat mungkin. Masalah yang turut saya alami adalah tidak ada tempat
untuk meletakkan alat-alat kecil seperti pin-pin kecil, pemadam, pin stapler, ubat pensil
mekanikal dan sebagainya. Walaupun saya simpan alat-alat tersebut di sesuatu tempat,
ia mudah hilang atau jatuh di mana-mana tempat.

3. PENYELESAIAN MASALAH
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan satu produk khas yang dapat
menyimpan dan mempamerkan alat-alat saya untuk mengatasi masalah tersebut.
Produk yang saya pilih ialah rak alatan. Ia mempunyai dua ruang untuk meletakkan alatalat tulis seperti pensil dan pen. Rak ini juga mempunyai ruang khas bagi menyimpan
kertas kecil iaitu memo atau nota dan penyangkut untuk menyangkut memo yang ditulis.
Terdapat dua tempat untuk meletakkan alat-alat kecil seperti pin dan pemadam.

4. MENGUMPULKAN DATA DAN MAKLUMAT


Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bentong,
Pahang semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup. Saya telah melihat guru mengajar
cara menghasilkan suatu produk kepada para murid-murid. Murid-murid juga telah
dibekalkan barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Saya dapat
mengetahui cara yang sistematik untuk menghasilkan produk melalui pemerhatian
ini.
Penyelidikan
Saya telah membuat penyelidikan di sekolah yang sama. Saya telah buat soal selidik
kepada beberapa murid semasa waktu rehat. Saya telah bertanya produk yang
mereka hendak hasilkan. Saya dapat mengetahui pelbagai jenis produk melalui
penyelidikan ini. Saya juga mendapat idea-idea yang kreatif dengan membuat soal
selidik ini.
Bimbingan guru
Saya juga telah mendapat idea yang bernas daripada guru yang mengajar
Kemahiran Hidup. Beliau telah memberi penerangan yang jelas.

5. MENGANALISIS MAKLUMAT

Kekuatan

Kelemahan

Boleh menyimpan barang-barang mengikut Ruang yang kecil dan terhad


pelbagai jenis.
Alatannya dapat disimpan dengan lebih Menjadi kurang stabil jika menyimpan
kemas dan teratur.

barang yang banyak.

Kos yang rendah

Mempunyai

bahan

yang

tajam

iaitu

penyangkut.
Tidak memerlukan masa yang panjang
untuk mengambil dan menyimpan sesuatu
alatan.
Bahan bahan senang didapati dalam
pasaran.

6. Pencetusan Idea

Rak alatan yang saya pilih mempunyai lima bahagian iaitu tempat letak memo, tempat
letak pensil, pen, pembaris, tempat letak alatan-alatan kecil seperti pin-pin kecil. Rak ini
boleh menyimpan barang-barang mengikut pelbagai jenis. Alatannya dapat disimpan
dengan lebih kemas dan teratur. Sebagai pelajar, kebanyakannya kita menggunakan alat
pen dan pensil. Oleh itu, tempat yang khas bagi alat-alat tulis telah dibahagikan dalam rak
ini. Terdapat dua ruang untuk menyimpan alat-alat tulis. Kita rasa mudah semasa
mengambil dan menyimpan alat-alat tersebut. Selain itu, kertas-kertas kecil diperlukan
untuk menulis sesuatu memo atau informasi-informasi penting. Biasanya selepas kita
menulis sebarang memo, kita simpan di serata tempat. Semasa kita mencari semula, ia
tidak akan dapat. Mungkin ia terletak di tempat lain, atau tidak boleh dicari. Kita rasa cemas
dan marah semasa itu. Oleh itu, tempat untuk meletakkan kertas-kertas kecil telah
disediakan dalam rak ini. Kita boleh mengambil dan meyimpan balik kertas yang telah ditulis
memo atau nota penting dalam rak tersebut. Ini akan memudahkan kita untuk mencari
memo yang ditulis. Kerja-kerja juga dapat disiapkan dengan awal tanpa dilupakan.

Tambahan pula, tempat untuk meletakkan alatan kecil juga telah disediakan. Terdapat
dua tempat kecil untuk meletakkan alatan tersebut. Contohnya, alatan seperti pin-pin kecil,
pin stapler, alat pemadam, sharpener dapat diletakkan dalam ruang yang disediakan. Kita
tidak perlu untuk mencarinya di tempat lain atau dalam bekas pensil. Ia akan mengambil
masa yang lama semasa mencari. Rak ini akan membantu kita untuk mengambil barang
dan menyimpan balik dalam kadar yang laju. Satu lagi keistimewaan terdapat dalam rak ini
iaitu penyangkut. Kita boleh menggunakannya untuk menyangkut memo yang ditulis. Hal ini
kerana, kertas yang ditulis tidak boleh bercampur dengan kertas yang tidak ditulis. Kita juga
tidak boleh meletakkannya di tempat yang sama. Ia akan mengelirukan. Oleh itu, kertas
yang ditulis bolehlah disangkut supaya memudahkan urusan kerja kita. Inilah kelebihan
yang terdapat dalam rak yang direka. Kelemahan yang terdapat dalam rak ini adalah
walaupun ia mempunyai ruang untuk menyimpan nota, ruangnya adalah kecil dan terhad.
Rak ini juga menjadi kurang stabil jika menyimpan barang yang banyak. Selain itu, rak ini
mempunyai bahan yang tajam iaitu penyangkut bagi menyangkut nota-nota penting. Rak ini
tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil.

7. BAHAN DAN ALATAN

Bil

Bahan

Gambar

Kuantiti

1.

Kayu

2.

MDF Board

3.

Perspek

4.

Cermin

5.

Penyangkut

6.

Paku

Secukupnya

7.

Kertas pasir

8.

Varnish

9.

Glu batang

Bil

Alatan

Gambar

Kuantiti

1.

Tukul

2.

Gergaji

3.

Hot glue gun

4.

Berus cat

8. KOS
Bahan

Kuantiti

Harga seunit

Jumlah

Kayu

2.00

4.00

MDF Board

4.50

4.50

Perspek

3.70

3.70

Cermin

2.00

2.00

Penyangkut

1.00

2.00

Paku

Secukupnya

2.00

2.00

Kertas pasir

0.40

0.40

Varnis

4.00

4.00

Glu batang

2.00

4.00

Jumlah
besar

26.60

9. KAEDAH PENGHASILAN
I.

Memilih produk yang bersesuain dengan masalah.

II.

Membuat lakaran berasaskan produk.

III.

Menyediakan bahan bahan dan peralatan yang betul.

IV.

Memotong kayu mengikut ukuran.

V.

Menggosok kayu dengan kertas pasir.

VI.

Memaku kayu ikut lakaran.

VII.

Memotong MDF board mengikut ukuran.

VIII.

Memaku MDF board yang dipotong dengan kayu.

IX.

Memasang hook di tempat yang betul.

X.

Memotong perspek dan cermin.

XI.

Meletakkan perspek dan cermin yang dipotong di celah kedua-dua kayu.

XII.

Mencat varnish.

You might also like