You are on page 1of 1

Pencetusan Idea

Rak alatan yang dipilih atau direka adalah rak alatan. Ia mempunyai lima bahagian iaitu
tempat letak memo, tempat letak pensil, pen, pembaris, tempat letak alatan-alatan kecil seperti
pin-pin kecil. Rak ini boleh menyimpan barang-barang mengikut pelbagai jenis. Alatannya dapat
disimpan dengan lebih kemas dan teratur. Sebagai pelajar, kebanyakannya kita menggunakan
alat pen dan pensil. Oleh itu, tempat yang khas bagi alat-alat tulis telah dibahagikan dalam rak
ini. Terdapat dua ruang untuk menyimpan alat-alat tulis. Kita rasa mudah semasa mengambil
dan menyimpan alat-alat tersebut. Selain itu, kertas-kertas kecil diperlukan untuk menulis
sesuatu memo atau informasi-informasi penting. Biasanya selepas kita menulis sebarang
memo, kita simpan di serata tempat. Semasa kita mencari semula, ia tidak akan dapat. Mungkin
ia terletak di tempat lain, atau tidak boleh dicari. Kita rasa cemas dan marah semasa itu. Oleh
itu, tempat untuk meletakkan kertas-kertas kecil telah disediakan dalam rak ini. Kita boleh
mengambil dan meyimpan balik kertas yang telah ditulis memo atau nota penting dalam rak
tersebut. Ini akan memudahkan kita untuk mencari memo yang ditulis. Kerja-kerja juga dapat
disiapkan dengan awal tanpa dilupakan.
Tambahan pula, tempat untuk meletakkan alatan kecil juga telah disediakan. Terdapat
dua tempat kecil untuk meletakkan alatan tersebut. Contohnya, alatan seperti pin-pin kecil, pin
stapler, alat pemadam, sharpener dapat diletakkan dalam ruang yang disediakan. Kita tidak
perlu untuk mencarinya di tempat lain atau dalam bekas pensil. Ia akan mengambil masa yang
lama semasa mencari. Rak ini akan membantu kita untuk mengambil barang dan menyimpan
balik dalam kadar yang laju. Satu lagi keistimewaan terdapat dalam rak ini iaitu penyangkut.
Kita boleh menggunakannya untuk menyangkut memo yang ditulis. Hal ini kerana, kertas yang
ditulis tidak boleh bercampur dengan kertas yang tidak ditulis. Kita juga tidak boleh
meletakkannya di tempat yang sama. Ia akan mengelirukan. Oleh itu, kertas yang ditulis
bolehlah disangkut supaya memudahkan urusan kerja kita. Inilah kelebihan yang terdapat
dalam rak yang direka. Kelemahan yang terdapat dalam rak ini adalah walaupun ia mempunyai
ruang untuk menyimpan nota, ruangnya adalah kecil dan terhad. Rak ini juga menjadi kurang
stabil jika menyimpan barang yang banyak. Selain itu, rak ini mempunyai tepian yang tajam iaitu
penyangkut bagi menyangkut nota-nota penting. Rak ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil.

You might also like