You are on page 1of 2

Kenaikan harga barang telah menjadi satu isu yang sering dipaparkan di media massa sehingga

menimbulkan satu polemik baru pula. Isu ini telah menyebabkan semua pihak menyuarakan
pandangan mereka tentang punca dan cara untuk menyelesaikannya sehingga menjadikan isu ini
diluar kawalan pula. Media massa seperti yang dikatakan pada awall tadi telah menggunakan
kepincangan kerajaan untuk mengatasinya sebagai bahan berita mereka pula. Jadi, kerajaan
memang memiliki peranan yang jelas untuk menangani isu ini secara tuntasnya.
Tindakan kerajaan yang paling mudah ialah memastikan semua barang yang penting kepada
masyarakat dijadikan barang kawalan. Tindakan ini memastikan kenaikan barang yang
dimaksudkan barang kawaan itu mesti mendapat kelulusan kerajaan dan kegagalan mematuhinya
boleh menyebabkan sipelaku ditahan dan dipenjarakan. Buat masa ini hanya segelintir barang
sahaja seperti minyak, tepung, dan ayam yang menjadi barang kawalan yang kurang memberikan
impak yang diharapkan. Oleh itu, jumlah barang yang harus menjadi barang harga kawalan ini
perlu ditambah untuk menangani masalah kenaikan harga barang di negara kita
Selain itu, kerajaan boleh menubuhkan satu Suruhanjaya Kenaikan Harga Barang yang berfungsi
untuk mengawal dan memantau polemik ini secara sistematik. Kewujudan suruhanjaya ini
menyebabkan masalah kenaikan barang ini bukannya diketahui apabila musim perayaan hampir
tiba sahaja tetapi sepanjang masa diawasi oleh suruhanjaya tersebut. Anggota suruhanjaya ini
haruslah mereka yang berkecuali dan mampu melaksanakan tugas mereka dengan penuh wibawa
dan telus. Oleh itu, penubuhan suruhanjaya seperti ini menyebabkan peniaga tidak boleh sesuka
hati menaikkan harga barang tanpa sekatan.
Malah, kerajaan boleh menggubal satu akta yang boleh mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pesalah dalam isu ini. Akta ini hendaklah memliki keterangan yang jelas, hukuman yang
berat dan aspek-aspek pencegahan yang berkesan untuk menangani masalah kenaikan harga
barang di negara kita. Hukuman yang lebih berat dan praktikal menyebabkan peniaga tidak
berani untuk melakukan tindakan menipu pengguna sesuka hati terutama dalam aspek harga
barang. Sesungguhnya, kewujudan akta yang berkesan menyebabkan peniaga tidak lagi berani
melakukan kesalahan kerana bimbang dan takut akan kesannya itu.
Bukan sahaja akta digubal tetapi kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal
Pengguna harus menguatkuasakan peraturan tersebut. Kerajaan harus mengarahkan semua kaki
tangan kementerian menjalankan rondaan yang kerap dan menahan peniaga-peniaga yang
melakukan kesalahan tanpa sebarang kesilapan lagi. Tindakan yang tegas dan telus ini
menyebabkan peniaga tidak berani untuk melakukan kesalahan atau menawarkan rasuah untuk
memastikan mereka terlepas daripada tangkapan. Jelaslah, penguatkuasaan turut penting untuk
menyelesaikan polemik pengguna yang semakin sukar dikawal ini.

You might also like