Professional Documents
Culture Documents
peratus murid-murid yang bersedia untuk menawarkan diri bagi mengikuti aktiviti yang
dirancang oleh guru adalah besar iaitu 90 %. Manakala hanya 3 orang sahaja yang tidak
bersedia untuk ikut serta dalam aktiviti yang dijalankan kerana murid-murid tersebut mempunyai
sifat malu. Hal ini juga dibuktikan melalui pemerhatian saya bahawa murid-murid sentiasa
mengangkat tangan apabila guru meminta murid melakukan aktiviti yang dirancangkan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah suasana kelas menjadi agak bising tetapi terkawal.
Melalui aktiviti lakonan murid-murid berebut-rebut dan seronok untuk mengambil bahagian
melakonkan watak tersebut. Mereka dapat melakonkan watak tersebut dengan baik. Daripada
pemerhatian saya terdapat beberapa adegan dan situasi spontan yang sangat kreatif telah
dipamerkan oleh murid-murid. Ternyata melalui aktiviti lakonan mereka mampu berfikiran lebih
kreatif dan kritis. Pernyataan ini dibuktikan lagi apabila 27 orang murid dapat melakukan
aktiviti berasaskan lakonan mampu menjadikan mereka berfikiran lebih kreatif dan kritis.