You are on page 1of 15

TEORI MODENISASI

Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan


tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat
dunia pada umumnya. Disamping itu terdapat juga kenyataankenyataan yang menerangkan tentang Modenisasi sebagai contohnya:
" modernization theory presumes that all countries had similar
starting points and follow similar paths to "development," which
just happens to look exactly like contemporary 1st world societies."
( -http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/
depe...)
Dari kenyataan diatas kalau dilihat ia menunjukkan bahawa
modenisasi itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang
mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara
tidak langsung ianya dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat dari
beberapa aspek, termasuklah kebudayaan, sosial, cara hidup dan lainlain lagi.
1.1 Implikasi Modenisasi
Selain itu Modenisasi, telah mengujudkan 2 bentuk
masyarakat iaitu moden dan tradisional .
a. Masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan tradisi
dan juga tidak dinamik. Disamping itu berpegang teguh
kepada keagamaan dan struktur sosial yang telah
diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya
maju serta tidak cekap . Manakala sistem politik lebih
tertumpu kepada bentuk yang lama. Manakala ekonomi
bergantung kepada pertanian didalam menjalani
kehidupan semasa.
b. "Masyarakat moden pada asalnya merupakan masyarakat
tradisi yang telah mengalami pembangunan secara
komplek . Ini merupakan kesan dari kehendak semasa
yang mana melibatkan perkembangan sains dan
teknologi dan seterusnya memberikan satu bentuk
pulangan yang lumayan dari hasil yang di

perolehi.(Kapitalisme). Selain itu rasa ingin berubah


yang mana dirasakan dapat memberikan kepuasan .
Lebih bersifat individualistik dan kekuasaan. Dari aspek
ekonomi ianya lebih bergantung kepada industri-industri
pengeluaran."
(http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/me
rupert/mode..).
Disamping itu kesan perubahan masa juga
mempengaruhi teori modenisasi yang mana berlaku
tranformasi dari segi makna . Jikalau dulu ianya
dikaitkan dengan pembaratan kini maknanya lebih luas
dengan mengambil kira unsur-unsur sains dan teknologi.
Sebagai contoh dikalangan pemimpin negara, Perdana
menteri Malaysia didalam Teks ucapan utama di kongres
kebangsaan wawasan 2020 mengatakan "Pemodenan
bukanlah Pembaratan, bukan Penjepunan, bukan
Pentimuran dan bukan juga Pengasiaan tetapi mestilah
merupakan bumi moden yang tersendiri" .(1997:3).
Sementara di kalangan ahli akademik pula modenisasi
kini dikaitkan dengan perkembangan kerasionalan dan
penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan
masyarakat. [Al-Atas(1972) dan Shaharuddin (1992)] .
2.0 TRANSFORMASI
Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep
dan proses yang saling berhubung kait . Berdasarkan sumber
sejarahnya konsep dan proses tersebut merujuk kepada perubahan
sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi kepada
fungsi yang sentiasa berubah. Pada asalnya hasrat negara-negara Barat
adalah untuk mentamadunkan dunia luas dan membentuk negaranegara itu akur kepada institusi yang sediada. Proses pembaratan ini
membawa implikasi transformasi budaya secara menyeluruh dan
penyusunan semula semua aspek kehidupan asli anak-anak pribumi.
Proses pembaratan ini telah bermula di kalangan negara Eropah
sendiri apabila negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan
mengatasi satu sama lain. Dalam proses mendominasi masyarakat
bukan barat dan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan dan
pentadbiran sendiri, budaya bukan barat telah dirungkai, adat
tempatan dan amalan tradisional termusnah. Pemusnahan beberapa
institusi tradisional negara bukan barat itu membolehkan pihak

penjajah menggunakan kuasa untuk mengubah institusi yang dianggap


tidak cekap, tidak berfeadah dan sebagainya. Menjelang abad ke 19
dan awal abad ke 20 kebanyakkan negara-negara bukan barat telah
dijajah dan terletak di bawah pemerntahan kuasa-kuasa utama Eropah,
diketuai oleh Britain. Perubahan yang berasal dari Eropah Barat mula
tersebar ke masyarakat lain di dunia dan menghasilkan transformasi
yang membawa kesan terhadap kehidupan masyarakat tersebut.
Pemodenan telah dibawa keseluruh dunia melalui persaingan sesama
negara barat untuk mendominasi dunia. Sebagai suatu ideologi
pembangunan pula, proses pembaratan boleh dianggap sebagai
mendokong kepentingan barat, terutama dari segi ekonomi.
Pada mulanya perluasan kuasa barat bertujuan untuk mendapatkan
bahan mentah, kuasa perdagangan bagi memonopoli dan mengawal
laluan perdagangan serta keuntungan. Namun, akhirnya perluasan
kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bag mempertahan,
mengawal dan mengekalkan negara-negara yang selama ini
membekalkan kekayaan, keuntungan, bahan mentah dan pasaran,
yakni perkara-perkara yang genting bagi kemajuan dan pembangunan
negara meraka sendiri. Bagi mengekalkan empayar pula mereka
mempengaruhi, mengubah dan membentuk institusi, kepercayaan,
ideologi, sikap, nilai dan amalan adat resam tradisional tempatan
bersesuain dengan matlamat dan keperluan mereka. Proses
pembaratan ini dijalankan dengan menerapkan budaya barat dan
galakan oleh kerajaan dalam proses industrialisasi moden. Usaha ini
dilakukan samada melalui paksaan atau secara lembut dan diwajarkan
atas alasan untuk kebaikan orang tempatan atau kononnya untuk
mengelak orang tempatan daripada menghadapi kehancuran. Dalam
proses untuk membaratkan masyarakat negara-negara luar Eropah,
corak pemerintahan secara tradisional negara-negara tersebut perlu
dihapuskan. Sungguhpun dari satu segi, proses pembaratan itu
membawa kemusnahan dan kehancuran kepada sistem dan nilai
tradisional serta mengekalkan ketaksamaan, tetapi dari segi yang lain
pula ia mendatangkan sumbangan positif dari segi memperbaiki
keadaan kehidupan material penduduk tempatan.
Selepas Perang Dunia Kedua banyak daripada negara yang dijajah
mendapat kembali kebebasan politik mereka. Negara bangsa yang
baru terbentuk, mendapati diri mereka meneruskan proses pembaratan
bagi menyediakan atau membekalkan makanan perumahan,
pengangkutan, pendidikan dan pekerjaan penduduknya disebabkan
tidak mahu ketinggalan dari segi pembagunan. Walau bagaimanapun,
pada peringkat ini proses perubahan itu telah memasuki fasa yang
berbeza dan tidak lagi diistilahkan sebagai pembaratan tapi sebaliknya
istilah untuk menerangkan proses itu dianggap sebagai pengalaman

pemodenan atau pembangunan yang juga merupakan istilah dan


konsep barat. Sesebuah masyarakat memiliki ciri-ciri masyarakat
moden seperti perindustrian, pembandaran, pendidikan, komunikasi
massa dan sebagainya, belum tentu lagi masyarakat itu boleh
dianggap moden. Sesebuah masyarakat perlu memiliki ciri-ciri luaran
sebelum boleh diklasifikasikan sebagai moden seperti memiliki caracara baru untuk berfikir, bertindak dan berperasaan. Pemodenan
merupakan satu proses perubahan sosial apabila masyarakat yang
membangun mendapatkan ciri-ciri yang lazim terdapat di kalangan
masyarakat indurtri barat yang jauh lebih maju.
3.0 Pemodenan Model Barat
Teori-teori pemodenan yang terbentuk pada abad ke 20, terutama
selepas perang dunia kedua, merupakan warisan teori evolusioner
abad ke 19. Terdapat tokoh-tokoh pemodenan yang menerangkan
peringkat-peringkat proses masyarakat praindustri berkembang
sehingga menjadi masyarakat industri. Sebaliknya terdapat ramai
dikalangan tokoh yang mengambarkan situasi sebelum dan selepas
dengan membezakan antara satu set ciri yang dikaitkan dengan
masyarakat pra-industri dengan satu set ciri masyarakat industri.
Keterangan yang dikemukakan ini juga menggambarkan perubahan
yang sama iaitu semua masyarakat yang dianggap pernah mengalami
satu siri transformasi yang selari menuju ke arah matlamat. Lantas
pemodenan dianggap sebagai satu fenomena sejagat apabila
matlamatnya mudah ditentukan.
Dengan itu, semua teori unilinear tentang kemajuan dan perubahan
masyarakat dan teori pemodenan melihat masyarakat sebagai
perubahan unsur mengikut satu garisan ke arah keadaan yang lebih
kompleks. Masyarakat barat yang dikatakan mempunyai ciri-ciri
industri, bandar, kompleks, pengkhususan dan sebagainya itu
dianggap sebagai hasilan akhir proses evolusi itu. Model eropah barat
sering dijadikan rujukan memandangkan kebanyakkan keterangan
yang dikemukakan tentang pemodenan telah diperkembangkan ke
negara-negara maju, industri barat itu sendiri berdasarkan pengalaman
mereka. Walaubagaimana pun pada akhir tahun-tahun 1960-an telah
wujud penjelasan yang bertentangan yang datangnya daripada tokohtokoh di luar negara barat.
3.1 KONSEP ASAS
Konsep asas dalam teori pemodenan adalah tradisi dan
modeniti. Masyarakat tradisional dan moden dilihat
sebagai masyarakat yang mempunyai ciri-ciri unggul.

Masalahnya, bagaimana hendak menteorikan stuktur dan


budaya mereka serta proses yang menghasilkan satu
jenis masyarakat (moden) daripada masyarakat
tradisional. Huraian tentang konsep ini adalah perlu
demi memahami proses pembangunan. Dengan itu,
terdapat banyak definisi bagi menerangkan pemodenan.
Bendix umpamanya berpendapat bahawa : its is esier to
define modernization as a breakdown of the ideal-typical
traditional order; authority loses sanctity, monarchy
declines, hierarchial social order is disrupted. Secular
authority rule in the name of the people and an
equalitarian ethos are typical attributes of modern
society. (1978: 10-11)
Secara umumnya ia didefinisikan sebagai penekanan ke
atas ciri-ciri sosial, ekonomi dan politik negara industri
barat. Berkait rapat dengan kecenderungan ini ialah
cadangan bahawa modeniti merupakan puncak kejayaan
tamadun barat. Keadaan ini yang hanya boleh dicapai
oleh yang berjaya seharusnya dicontohi oleh setiap
masyarakat lain. Pendek kata teori pemodenan bersetuju
bahawa aliran mencontohi modeniti kapitalis barat
(Harrison, 1988:153).
3.2 PEMODENAN SEBAGAI SATU PERALIHAN
Sungguhpun secara umum permodenan diandaikan
sebagai satu peralihan dari masyarakat feudal kepada
industri atau sebagai satu proses masyarakat tradisional
mencapai keadaan moden, namun belum terdapat satu
definisi khusus yang menerangkannya. Wujudnya
keadaan ini kerana sering terdapatnya kaedah baru
mengumpulkan dan menganalisis data serta berbagaibagai aliran pemikiran yang wujud.
Dari kaca mata barat, kedua-dua proses pembaratan dan
pemodenan adalah berbeza. Dalam konteks dan fahaman
mereka, pemodenan bermaksud membentuk semula
yang lama untuk menjadikan ia baru, sementara
pembaratan bermaksud membawa keluar idea-idea
mereka (Barat) itu menyebarkannya ke negara-negara
lain di dunia. Sebaliknya, di negara bukan Barat keduadua proses itu dianggap serupa dalam ertikata pada
asasnya mereka termasuk mengambil unsur-unsur Barat.
Negara-negara ini cuba mencapai moden melalui proses

yang diambil dari Barat. Walaubagaimanapun,


pemodenan itu, tidak semestinya menghasilkan
pengagihan faedah ekonomi dan sosial yang sama rata
disebabkan ianya merupakan suatu proses yang pada
asasnya tidak sama rata dan menghasilkan keadaan
kurang pembangunan serta pengantungan. Lagipun,
pemodenan juga membawa satu perspektif Barat ynag
kontroversial lagi eksklusif tentang pembangunan dan
negara yang membangun.
Seperti yang telah dinyatakan, keterangan tentang
perubahan dan pemodenan banyak merujuk kepada
pengalaman dan model Barat, sedangkan idea-idea
progresif bukan Barat kurang diberikan perhatian.
Keterangan yang berat sebelah ini menyebabkan
kebanyakkan analisis tentang pemodenan dan
pembangunan gagal mengambil kira dua realiti sosial,
iaitu pengaruh tamadun bukan-Barat dalam proses
pemodenan dan wujudnya masyarakat majmuk. Bahkan,
ternyata bahawa dua realiti sosial yang tersebut itu
kurang menerima perhatian dalam paradigma dan
analisis sosiologi sejarah dan sosiologi pembangunan
sedangkan kedua-dua realiti ini adalah asas kepada
kehidupan sosial masyarakat bukan-Barat.
4.0 Timur Dan Barat Pertembungan Tamadun.
Hasil pertembungan antara Timur dan Barat, Timur telah terheret ke
dalam apa yang dirujuk sebagai zaman moden. Impak tamadun Barat
yang berpusat di Eropah ke atas masyarakat bukan-Barat dirasakan
terutama bermula pada akhir abad ke 15 seterusnya iaitu apabila
tamadun itu melampaui sempadan Eropah dan menjelajah ake Afrika,
Asia dan Amerika Latin. Kegagahan ekonomi dan teknologi yang
dimiliki Barat membolehkannya menakluk masyarakat lain dan
mengenakan nilai-nilai sehinggakan kedatangan Barat ke Timur
bukanlah sekadar datang ke sebuah entiti yang tidak mempunyai
budaya, nilai, tamadun dan sebagainya yang tersendiri. Negara-negara
di Timur adalah kaya dengan tamadun dan budaya mereka yang telah
diperkayakan menerusi saling pengaruh mempengaruhi dan difusi
budaya hasil kegiatana perdagangan, perkahwinan dan penaklukan.
Hasilnya pula wujud saling kaitan dan identiti yang boleh menyatukan
mereka ke satu tamadun Timur yang umum.
Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara
berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang

Barat. Hasil pertembungan itu tamadun purba Timur secara perlahanlahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden
dan lebih dinamik. Sungguhpun pada akhirnya, tamadun dan budaya
Barat berjaya mengatasi budaya dan tamadun Timur, namun tamadun
dan budaya Timur itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Bahkan
ia seharusnya diberikan perhatian dalam proses memahami
perkembangan sesebuah masyarakat Timur.
4.1 KESAN PERTEMBUNGAN
Sebenarnya kesan pertembungan tamadun dan budaya
Timur dan Barat ini tidaklah berlaku sehala sahaja.
Sungguhpun Barat berjaya mengatasi budaya dan
tamadun Timur dan mengenakan pengaruhnya, ia juga
telah menerima kesan pengaruh budaya dan tamadun
Timur. Selain daripada itu, tamadun dan budaya Barat
itu tidak sendiri adalah merupakan hasil pengaruh
banyak tamadun di Eropah seperti Graeco-Roman,
Anglo-Saxon dan Kristian yang bermula di benua
Eropah itu sendiri.
Akibat pergolakan revolusioner politik dan industri yang
berlaku pada akhir abad yang ke 18, Eropah
digambarkan pada abad yang ke 19 sebagai "A
civilazation on the march" (Sansom, 1977), apabila ia
mula menjelajah ke serata dunia dengan membawa
berbagai-bagai aspirasi termasuk ingin mentamadunkan
masyarakat yang dianggap ketinggalan. Menerusi
imperialisme dan kolonialisme negara-negara Afrika,
Asia dan Amerika telah mula-mula dimasukkan di
bawah kuasa dan kawalan ekonomi Barat yang
kemudiannya diikuti dengan kawalan dan kuasa politik.
Pergerakan Barat ini mencabar asas yang membentuk
masyarakat Asia, mengenakan kehendaknya ke atas
mereka dan mendatangkan perubahan sosial dan politik
yang amat penting.
Penduduk tempatan telah mengalami berbagai-bagai
kesan zaman penjajahan. Kuasa ekonomi, politik dan
ideologi telah membolehkan negara Barat membentuk
atau membentuk semula, secara langsung dan tidak
langsung, negara yang dijajah mengikut versi dan ideal
mereka bagi melicinkan pencapaian kepentingan
mereka. Mereka berupaya bertindak demikian kerana
kuasa atradisional tidak cukup cekap untuk

menggalakkkan pertumbuhan dan kemajuan


pengikutnya. Sebaliknya tamadun Barat menyediakan
berbagai-bagai infrastuktur sosial. Perubahan dikenakan
apabila ideal, idea, nilai dan industri Barat diperkenalkan
dan dipaksakan bagi mengantikan yang asal.Kedaulatan
negara-negara pribumi tertakluk di bawah kedaulatan
empayar. Namun, cara rejim empayar mengenakan
kawalan institusi ke atas pelbagai negara pribumi
berbeza-beza. Proses ini melibatkan pemusnahan unsur
yang lama dan pengenalan unsur yang baru, asing dan
dibawa dari luar. Daripada tindakan ini muncul suatu
pergerakan sosial yang baru dan berasaskan prinsipprinsip tamadun Barat.
4.2 KONSEPSI BARAT
Barat telah merujuk proses ini sebagai modernizing iaitu
satu proses melalui mana-mana negara-negara yang
dijajah mengambil ciri-ciri modern-Barat. Ringkasnya,
pemodenan telah tercapai menerusi proses pembaratan.
Bidang pendidikan disusun mengikut garispandu Barat.
Begitu juga media massa mencontohi model Barat.
Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang terdapat
di Barat berbanding dengan bandar tradisional yang
terdapat di Timur. Golongan intelek pergi ke Barat untuk
menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah air
pula meneruskan pengajian di universiti yang
bercorakkan seperti yang terdapat di Barat. Sepert di
banyak negara yang mengalami proses pemodenan ini.,
kotaraya menjadi social matrix proses pembaratan itu.
Walau apa pun asas berlakunya perubahan, stuktur
masyarakat Timur telah mula berubah dan perubahan itu
pula sentiasa ke arah stuktur masyarakat moden-Barat
iaitu melalui pengaruh Barat moden.
Oleh kerana masyarakat dunia dibentuk menerusi
perluasan Eropah maka bukanlah satu kebetulan sahaja
bahawa konsep dan ukuran yang digunakan untuk
pemodenan datangnya dari Barat. Masyarakat bukanBarat terpaksa menggunakan konsep dan teknik yang
dikembangkan dalam kontek atau mengikut perspektif
Barat. Penduduk tempatan diperkenalkan kepada
pemikiran dan pengalaman Barat, prinsip kehidupan
Barat, sejarah Barat, pendidikan Barat dan sekurang-

kurangnya kemahiran Barat yang dianggap perlu untuk


menjalankan kehendak penjajah dengan cekap.
Sungguhpun penjajah Barat telah memperkenalkan
beberapa teknik dan agensi-agensi revolusi industri,
membina sistem politik baru bersandarkan konsepsi baru
tentang undang-undang dan kerajaan, memperkenalkan
banyak idea, anggapan dan konsep Barat serta
pengetahuan tentang bahasa gunanya mentamabdunkan
penduduk Timur, namun imperialisme Barat masih tidak
berjaya mengubah keseluruhan masyarakat tersebut
secara total. Di India, misalnya, imperialisme Barat
gagal membentuk Barat juga tidak berjaya
mengindustrikan negara-negara itu secukupnya kerana
masyarakat Timur tidak sepenuhnya terbuka.
Masyarakat Timur mempunyai sejarah, budaya dan
tradisi ekonomi, politik dan sosial mereka sendiri
walaupun kelihatan dari luar sebagai tidak sempurna
atau tidak cekap. Lantas, proses pembaratan berjaya
menembusi hanya sebahagian daripada masyarakat
(terutamanya golongan atasan) tetapi sebahagian besar
penduduk tidak merasakan kesannya. Mereka kurang
memahami nilai atau asas terletaknya keseluruhan
masyarakat Barat. Boleh dikatakan bahawa ciri-ciri
Barat yang mereka telah ambil dan sesuaikan adalah
pada dasarnya di permukaan sahaja. Ciri-ciri itu tidak
dihayati sepenuhnya hingga ke akar umbi. Dengan itu,
sungguhpun Barat telah mengawal dan memerintah
sebahagian besar daripada masyarakat dan negara Asia,
latarbelakang sejarahnya yang panjang dan ketegaran
adat resamnya tidak memungkinkan transformasi yang
menyeluruh.
4.3 PERANAN BARAT
Sungguhpun pelbagai maksud dan implikasi muncul
daripada istilah pemodenan. Ini bermaksud modenisasi
hanyalah untuk menunjukkan proses pemindahan budaya
Barat dari segi idea, idelogi, nilai, amalan, kepercayaan
dan lain-lain pula mengubah aspek-aspek yang sama di
Negara Dunia Ketiga. Bolehlah dikatakan bahawa faktor
luaranlah, terutama yang berpunca dari Barat, yang
banyak mempengaruhi proses perubahan di Timur
semasa zaman penjajahan. Untuk mengadakan
perubahan itu, Barat telah menentukan polisi mengikut

visi dan model mereka tentang state yang unggul,


iaitu ideal western state. Lantaran politik dan
masyarakat disesuaikan dan ditransformasikan mengikut
pola Barat. Selain daripada itu, pemodenan bukan sahaja
datangnya dari Barat tetapi mungkin berpunca dari
sebuah negara yang sudah maju. Sebagai contoh unsurunsur pemodenan boleh didangkan oleh negara Turki,
Jepun, Thai, China yang telah berjaya memperkenalkan
beberapa unsur moden.
Secara ringkasnya proses pembaratan melibatkan
penggantian unsur tertentu budaya pribumi tradisioanal
Timur dengan unsur-unsur Barat. Proses ini juga
mengakibatkan peranan fungsional tempatan diambil
alih oleh Barat. Sebaliknya pada asasnya proses
pemodenan membentuk semula sistem budaya yang ada
supaya menjadi baru dengan ciri-ciri yang telah dikongsi
bersama oleh Timur dan Barat.
5.0 ANTROPOLOGI DAN MODENISASI:
MENGUNGKAPKAN PENGALAMAN MALAYSIA
Atropologi di tempat kelahirannya, di Barat, dikatakan menghadapi
krisis pada waktu ini. Tetapi antropologi di Malaysia kelihatan subur
dan sehat. Apakah di sebalik misteri ini? Sebenarnya tidak sebarang
muslihat di sebalik keadaan ini kalau kedua-dua perkembangan yang
bertentang ini diletak dan dianalisis dalam konteks sosialnya masingmasing. "Economic rationalism" di negara Anglo-Saxon telah menular
kemana-mana sehingga mengesankan perjalanan universiti, termasuk
hidup matinya antropologi. Inilah nampaknya pengalaman di Barat,
dan juga pengalaman antropologinya, yang mungkin dihambat oleh
keadaan pos-industrialnya. Malaysia masih merupakan sebuah negara
yang masih ligat mengejar modenisasi. Antropologi lahir dari suatu
keadaan krisis akibat mengejar modenisasi ini. Maka antropologi telah
ikut maju dan berkembang sesuai dengan kemajuan di Malaysia. Di
samping itu kerencaman kandungan masyarakat Malaysia itu sendiri,
dengan tradisi "every day antropologynya" yang begitu kukuh dan
tersulam halus dalam perjalanan seharian anggotanya, dengan mudah
menerima antropologinya yang berbentuk akademik kepangkuannya.
Berkembang mekarlah antropologi jadinya di Malaysia sebuah
disiplin, biarpun isi kandungan sudah banyak diubah sesuai dengan
keperluan konteks sosial sezaman. Dalam "merintis jalan ke 2020",
antropologi tetap penting sebagai sebuah disiplin akademik yang
boleh menjadi teras pembentukan bangsa Malaysia yang bersatupadu.

6.0 Modenisasi Model Islam


Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya telah lama
bermula di tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad
Abduh, Syeikh Rashid Rida dan banyak lagi nama besar yang lain,
iaitu sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Gerakan modenisasi ini dikenali
dengan nama gerakan Islah dan ianya bertujuan untuk kembali
sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah dalam semua aspek
pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial, politik,
pendidikan dan sebagainya.
Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya telah juga bermula
di kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada abad ke
20. Ianya dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani,
Tok Kenali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan
penerbitan dan media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya
kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, serta meninggalkan segala
adat usang dan khurafat yang diwarisi daripada ajaran yang asing
daripada Islam. Gerakan Islah dan reformasi ini lahir dalam bentuk
yang menyeluruh dan merangkumi konsep modenisasi berdasarkan
tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai serta akhlak
yang pada dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran Barat
yang mengenepikan agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada
nilai agama. Ketidakhadiran nilai ketuhanan dan akhlak yang
berasaskan agama inilah yang mendorong orang Islam menolak
proses modenisasi umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat
sebagai dunia sekular dan segala sesuatu yang diambil dari Barat
adalah terpisah jauh daripada agama termasuk kehidupan moden dan
proses memodenkan masyarakat dan negara.
Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden ini dikaitkan
dengan fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat,
maka generasi baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan
lebih komited kepada ajaran Islam, terutamanya di tengah arus
kebangkitan semula Islam yang melihat Islam sebagai sistem hidup
yang lengkap akan segera menolak cara hidup moden yang di import
dari Barat.
6.1 Budaya Hedonistik
Reaksi negatif masyarakat Islam terhadap cara hidup
moden yang di dasarkan kepada nilai Barat berterusan
sehingga sekarang apabila masyarakat dapat melihat
unsur permisif yang mewarnai kehidupan masyarakat
barat. Hal ini dengan sendirinya menimbulkan semacam

kegelisahan dalam masyarakat yang segera menganggap


bahawa jika semua pembaharuan yang di buat dalam
pembangunan sosial, ekonomi dan sebagainya membawa
kepada bertambahnya perbuatan mungkar dan maksiat
maka lebih baik lagi jika proses pembangunan di
lambatkan atau tidak di laksanakan sama sekali.
Reaksi negatif dan kefahaman sempit masyarakat yang
melihat proses modenisasi sebagai proses yang akan
membawa kepada pengamalan nilai moden barat yang
akhirnya membawa kepada perkembangan dan
pembangunan masyarakat yang permitif dengan nilai
yang bercanggah dengan agama seharusnya ditangani
dengan baik. Masyarakat haruslah di didik dan di beri
kefahaman yang jelas tentang falsafah dan konsep
modenisasi yang sebenarnya, perbezaannya dengan
falsafah modenisasi Barat dan apakah yang di
maksudkan dengan konsep pembangunan ekonomi,
budaya dan sosial negara Malaysia berdasarkan acuan
kita sendiri.
6.2 PERBEZAAN MODENISASI
Proses modenisasi di negara kita tidak seharusnya di
hubungkan dengan proses modenisasi di negara maju.
Proses modenisasi di negara maju berjalan dengan
pesatnya tanpa di corakkan oleh nilai moral dan nilai
murni kehidupan, apa lagi nilai agama. Namun demikian
tidak dapat di nafikan bahawa terdapat juga kebaikan
dari modenisasi yang dilaksanakan oleh barat. Maka
dalam hal ini, umat Islam haruslah bersikap lebih
terbuka dalam menolak sesuatu yang datangnya dari
Barat. Sesuatu yang tidak bertentangan dengan nilai
agama atau ajaran Islam haruslah di nilai atau di kaji
dengan sebaik-baiknya agar moden dari Barai itu dapat
diterima dan diamalkan dengan sebaik-baiknya sesuai
dengan nilai agama Islam itu sendiri.
Banyak negara Islam yang mempunyai kekayaan sumber
alam kurniaan Allah SWT tetapi masih bergantung pada
kepakaran dan alat teknologi Barat kerana negara
terbabit tidak mempunyai kepakaran sendiri untuk
mengendalikan tenologi moden, dan tidak mempunyai
kemampuan untuk memindahkan teknologi moden ke
negara mereka. Hal inilah yang berlaku di dunia Islam

sekarang yang menjadikan negara Islam tidak dapat


membangun dengan baik sehingga mengakibatkan umat
Islam sentiasa berada dalam kemunduran dan
ketinggalan di belakang berbanding dengan umat lain.
Kelemahan dan kemunduran umat Islam ini pula sering
membawa implikasi buruk kepada umat Islam sendiri
dari segi politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Faktor inilah yang mengakibatkan negara Islam atau
umat Islam boleh di permainkan oleh kuasa besar dunia
dalam bentuk pencerobohan, penindasan dan sebagainya.
Orang Islam juga haruslah memahami bahawa proses
pemodenan atau modenisasi bukanlah sama dengan
falsafah dan proses pembaratan. Proses pemodenan
adalah sesuatu yang di lakukan dan boleh di sesuaikan
dengan ajaran agama dan nilai akhlaknya. Dasar umum
Islam ialah menerima pembangunan dalam pelbagai
aspek terutamanya dalam bidang peningkatan ilmu
pengetahuan, proses pembangunan masyarakat
perindustrian dan pertanian, penggunaan teknologi
maklumat dan perusahaan, pembangunan institusi sosial
dan ekonomi dengan menggunakan kemajuan sains dan
teknologi moden serta pembangunan negara umumnya.
6.3 Al-Quran Dan Modenisasi
Al-Quran menegaskan bahawa manusia hendaklah
mewujudkan perubahan dalam kehidupan mereka dan
tidak hanya menunggu takdir atau menyerah kepada
Allah semata-mata tanpa sebarang usaha. Firman Allah
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu yang
berada pada sesuatu kaum, sehingga mereka ( sendiri )
mengubah apa yang ada dalam diri mereka."
( Surah al-Raad, ayat 11 )
Perubahan yang boleh di tafsirkan daripada ayat ini
merupakan perubahan sikap dan pemikiran, perubahan
tahap pencapaian kehidupan dan perubahan manusia
dalam semua bidang kehidupan dunia dan akhirat. Allah
mengecam hebat sikap beku dan degil orang musyirikin
Mekah yang tidak mahu menerima ajaran dan perutusan
yang di bawa oleh Rasulullah SAW kerana mereka
terlalu bersikap fanatik dan taksub kepada adat dan

tradisi lama nenek moyang mereka. Kecaman Allah


kepada mereka jelas menunjukkan bahawa manusia
perlu menilai dan memikirkan secara positif terhadap
sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka selaras
dengan pembangunan pemikiran dan ilmu pengetahuan
yang di kurniakan Allah kepada manusia, asalkan
tindakan mereka tidak terkeluar daripada dasar
kebenaran yang di tentukan oleh Allah. Rasulullah juga
pernah menegaskan bahawa manusia lebih mengetahui
tentang masalah mereka, maksudnya segala sesuatu yang
berhubung dengan kehidupan keduniaan, haruslah di kaji
dan di bangunkan sesuai dengan falsafah ajaran Allah
SWT.

7.0 KESIMPULAN
Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Modenisasi adalah istilah
yang digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses
perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan dalam
masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat iaitu
tradisional dan moden. Selain itu Modenisasi juga tidak dapat
dipisahkan dari istilah Transformasi di mana Modenisasi tidak akan
ujud tanpa berlakunya Transformasi. Inilah antara alasan mengapa
Teori Modenisasi ini hanya sesuai diapplikasikan oleh negara sedang
membangun. Bagi negara sedang membangun ia memerlukan satu
proses perubahan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan
Teori Modenisasi itu sendiri.
Barat telah mengelirukan masyarakat dunia dengan menggambarkan
betapa pentingnya Teori Modenisasi sehingga mengenepikan soalsoal keagamaan dan kerohanian serta nilai-nilai murni. Secara tidak
langsung akan menghasilkan masyarakat yang maju atau moden tetapi
mengujudkan berbagai-bagai masalah sosial. Proses modenisasi di
Malaysia berlaku secara tidak sengaja dimana kedatangan Barat dalam
cuba meluaskan kolonielnya telah mengakibatkan proses ini berlaku.
Sungguhpun begitu kesempatan yang diambil oleh Barat amat
merugikan masyarakat Malaysia khasnya yang ketika itu kaya dengan
hasil bumi. Tamadun Timur yang sedia ada telah bertembung dengan
Tamadun Barat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Teori

Modenisasi. Hasilan dari pertembungan ini maka ujudlah dua hala


kesan pengaruh Budaya dan Tamadun yang secara tidak langsung
telah menyerap ke dalam masyarat Barat sendiri. Nilai-nilai murni
yang diperolehi dari masyarakat Timur telah sedikit sebanyak menular
kedalam masyarat Barat. Inilah yang dikatakan atau diistilahkan
sebagai Pertembungan Tamadun. Apapun alasannya Modenisasi
Model Islam adalah yang tertua dan telah ujud sejak abad ke 18 dan
19 lagi. Mementingkan Al-Quran dan Sunnah dalam membentuk
kemodenan merupakan alasan yang unik dan istimewa kerana Islam
itu sendiri adalah kesempurnaan. Modenisasi Model Islam
menekankan bahawa kemodenan yang hendak dicapai perlukan
seiring dengan perkembangan diri atau sahsiah diri yang mulia. Tidak
bererti kemodenan masyarakat itu jika sekiranya keruntuhan akhlak
menjadi santapannya.

You might also like