You are on page 1of 17

engajaran Penulisan Efektif di Sekolah Rendah

foto : carian google

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneliti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bidang pengajaran penulisan. Kajian mencakupi perbincangan dari segi teori,
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan untuk merealisasikan kemahiran
penulisan yang efektif yang pada akhirnya membantu murid-murid melahirkan
pendapat dan idea mereka secara berkesan dan cemerlang.
1.0 Pendahuluan
Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh
manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan
mudah.
Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan
dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada
kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan
aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.
Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan
pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan
pengukuran prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis
tidak seperti membaca memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi
minda dan anggota tubuh. Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak
tertakluk kepada pengajaran di sekolah tetapi berlangsung sepanjang hidup.
1.1.Latar Belakang
Definisi Penulisan.

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,
menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk
persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan.
Menulis memerlukan koordinasi tubuh sekata seperti minda, mata dan tangan untuk
memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat
atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk
melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika
perlu.
Menulis adalah proses merekod bahan-bahan ujaran ke dalam bentuk tulisan
berdasarkan pendapat, idea, pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol
grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya
menzahirkan bahasa dan gagasan tersusun yang memberi makna dan memberi
manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.
Daripada A.C. Krizan dan Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses
menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga
melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang
diucapkan semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami
dan diikuti. Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan
dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman
sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah
berlalu.
Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons. (1995 : 253) mengatakan bahawa penulisan
bukanlah bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat.
Tanda-tanda yang dapat dilihat itulah yang dinamakan simbol atau huruf yang
disatukan sehingga menjadi perkataan yang membawa makna. Lyons (1995 : 13)
mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang disampaikan melalui bunyi atau grafik
malahan melalui cara yang tidak terhingga banyaknya.
Sukatan Pelajaran Malaysia menitikberatkan pencapaian murid-murid di dalam bidang
penulisan agar pada akhirnya, selepas mereka tamat pengajian kemahiran ini boleh
digunakan untuk mereka melahirkan pendapat, mengumpul maklumat, menyusun idea
dan hujah secara efektif dan tuntas. Penglahiran gagasan secara tersusun ini akan
membolehkan perasaan dan pengalaman murid-murid dikongsi dan digunakan untuk
pelbagai tujuan. Salah satunya ialah untuk lulus cemerlang di dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.

1.1.1
1.1.2
1.1.3.

1.1.4.
1.1.5.

1.1.6.

Sukatan Pelajaran Malaysia juga menggariskan beberapa rentangan kriteria yang perlu
dikuasai oleh murid-murid dalam menghasilkan pelbagai jenis penulisan yang
menepati kehendak pembelajaran dan melahirkan idea yang jelas tentang kefahaman
mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Fungsi-fungsi kemahiran tersebut
termasuklah
Mendirikan tapak yang berstruktur teguh dengan menggunakan modul pembelajaran
terbaik agar murid-murid dapat menulis dengan baik, cekap dan pantas.
Membolehkan murid-murid mengeja dan memahami perkataan serta menyusun ayat
dengan betul dan boleh difahami.
Membolehkan murid-murid menggunakan kemahiran menulis untuk mengulangkaji
pelajarannya dengan kaedah membaca semula tulisan atau nota, draf atau teks atau
membaca buku luar sebagai tambahan dan ilmu bantu untuk mengukuhkan
pehamanannya terhadap pelajarannya.
Memberi peluang kepada murid-murid melahirkan gagasan, hujah dan pendapat
mereka secara tersusun di dalam bentuk tulisan.
Mengembangkan minat menulis dan mengarang di kalangan murid-murid. Ada kanakkanak yang sudah mempunyai bakat tersendiri dan mempunyai kemahiran menulis
tetapi tidak digilap.
Memperkayakan kosa kata dan memperluaskan pengetahuan tentang bahasa dan
tulisan.
1.1.7 Menyiapkan diri murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

1.2.Ranah Kajian
Kajian akan meliputi perbincangan mengenai cabang teori, model, pendekatan,
kaedah dan teknik yang digunakan di sekolah pada sepanjang proses pengajaran
penulisan. Perbincangan akan menjurus kepada kaedah-kaedah dalam proses menulis
terpakai pada sesi Pengajaran dan pembelajaran di dalam pengajaran penulisan
seperti kaedah pengucapan terkawal, Kaedah pengucapan bebas dan kaedah
retorika. Kajian juga akan menjengah kepelbagaian di dalam pengajaran penulisan
lainnya seperti prinsip-prinsip menghasilkan karangan serta pendekatan yang
sepatutnya digunakan.
1.3 Kaedah Kajian
Kajian meliputi carian bahan-bahan bacaan sama ada berbentuk fizikal dan maya.
Turut dilakukan ialah lawatan ke perpustakaan dan temuramah rambang terhadap
beberapa orang murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran karangan di sekolah.

Turut dilakukan ialah analisis terhadap beberapa karangan murid-murid Tahun 5 di


sebuah sekolah rendah di Selangor.
2.

Teori Pengajaran Penulisan


Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan
pengajaran penulisan tetapi tiada satupun yang disepakati secara tuntas. Ia
bersangkutan dengan teori pemerolehan bahasa iaitu rentetan
peringkat
perkembangan manusia daripada lahir sehingga ia membesar. Antara teori yang
dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan interaksionalis.
Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa yang
dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
berlangsung.
2.1.Teori Behaviorisme
Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang berlaku apabila ada rangsangan
daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori oleh Bloomfield, Edward
Spir, Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh ahli psikologi
seperti Ivan Pavlov. Ia merangkumi ciri-ciri seperti;
2.1.Proses timbal balik rangsangan dan gerak balas,
2.2.Gerak balas yang berulang-ulang akan dilakukan untuk memperolehi
ganjaran
2.3. Gerak balas yang dipantau dengan peneguhan positif akan lebih kerap diulangi
2.4. Gerak balas yang kerap akan menghasilkan kebiasaan
2.5. Proses pembelajaran bahasa adalah proses penekanan terhadap latihan dan
pengulangan yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses mekanis yang memerlukan
koordinasi daya mental
2.6. Proses pembelajaran memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran , pemantauan
dan pembetulan serta merta.
2.7. Latih tubi adalah keperluan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
2.8. Pembelajaran bahasa menitikberatkan persekitaran bilik darjah yang kondusif
kepada seluruh ahli yang terlibat seperti guru dan murid-murid.
Teori ini boleh diadaptasi oleh guru-guru untuk sesi latih tubi dan penyediaan isi
dan
data-data untuk membentuk sebuah karangan.
Ahli behaviorisme menegaskan
bahasa
pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan kemahiran lisan. Maka, teknik
sumbang

saran dalam pengumpulan isi , fakta dan data di dalam kelas amat menepati teori
ini.
2.2.Teori Kognitif
Teori lain yang ialah Teori Kognitif yang dipopularkan oleh Jean Piaget yang
menitikberatkan perkembangan kognitif murid-murid melalui latihan mengingat,
mengekod dan menyimpan maklumat bersesuaian dengan kebolehan mental mereka.
Pendapat yang dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain seperti Robin Lakoff, D.
Slobin dan Mangantar Simantunjak ini menegaskan bahawa proses ini (pembelajaran
bahasa) adalah proses internal yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan tidak
dapat diukur melalui tingkah laku. Mazhab kognitif ini menggariskan ciri-ciri berikut
sebagai tunjang utama teori yang dibawa mereka iaitu
2.2.1.Pengetahuan terhasil daripada pemikiran manusia secara semulajadi
2.2.2. Teori ini merangkumi elemen kesejagatan yang ada hubungan dengan
kognitif
2.2.3. Bahasa bersifat kreatif, tidak berlegar di dalam seputar persoalan objek,
peristiwa, pengalaman perilaku atau pengalaman naluriah seperti yang didakwa oleh
pemikir teori behaviourisme
2.2.4. Otak/kognitif menjadi sarana penting dalam pemprosesan bahasa
2.2.5. Fikiran harus berada di dalam pemikiran sebagai satu komponen yang tidak
boleh terpisah
2.3.Teori Mentalis
Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori mentalis yang juga dikenali
sebagai Koda Kognitif atau Innatis ini. Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah
aktiviti mental, milik istimewa manusia yang dikurnia bersama-sama kelahirannya.
Teori ini menekankan bahawa pengetahuan bahasa, penafsiran makna seseorang
dilahirkan oleh proses di dalam otak dan saraf.
Oleh itu, George A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses mental
dilakukan oleh seorang pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi
proses memadan, menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai.
Di antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan
ialah
2.3.1.Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengna jentera penguasaan
bahasa. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk merumus dan membentuk
ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka ada.

2.3.2. Kecekapan yang merupakan rumus-rumus atau tatacara bahasa sudah berada
di dalam mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan penggunaan atau
penghasilan daripada apa yang berada di dalam stor mental manusia. Kedua-dua
elemen ini saling kait mengait menurut teori mentalis.
2.3.3.Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang sempurna
menurut hukum hakam tatabahasa kerana ia memainkan peranan penting dalam
proses pembentukan ayat.
2.3.4.Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran tatabahasa
pula hendaknya diajar secara formal.
2.5 Teori Interaksionalisme
Teori lain yang turut terlibat di dalam proses pengajaran ialah teori
interaksionalisme.
Teori ini meletakkan pembelajaran bahasa sebagai komponen
wacana dan melibatkan mental dan linguistik. Mark Halliday menegaskan bahawa
kebolehan pembelajaran bahasa tidak boleh bergantung sekadar kepada kebolehan
kognitif semata-mata.
Ini kerana, menurut beliau, kemahiran kognitif hanya membolehkan murid-murid
mentafsir makna tetapi belum tentu pentafsiran itu boleh dilahirkan di dalam bentuk
bahasa yang sewajarnya tanpa bantuan linguistic.
Teori ini menitikberatkan aktiviti komunikasi di mana penyampaian makna adalah
subjek utama di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Ia menekankan
bahawa latihan berterusan harus diberikan kepada murid-murid agar mereka
memperolehi kekuatan mempelajari struktur bahasa dan interaksi agar dapat
menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar.
2.6 Teori Konstruktivitisme
Teori terakhir yang dibincangkan ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik
daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh
manusia itu sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh
murid-murid akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk
membentuk storan baru di dalam fikirannya.
Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya
menegaskan bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina
pengetahuan melalui informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia ada,
murid-murid membina pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan,
mengadaptasinya dan meletakkannya bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan

baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan teori pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai penyumbang gagasan dan pereka bentuk
bahan pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk menganalisis idea,
mengolah semula atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia
ada di dalam mindanya.
Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, teori pengajaran
penulisan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa melalui prinsip
yang empat yang saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira, menulis,
dan menaakul. Kesemua proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota
lainnya sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas.
3.Kaedah-Kaedah Yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.
Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan dalam melakukan
sesuatu. Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah seperangkat tindakan sistematik
yang menepati prinsip dan tatacara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi
mencapai sesuatu visi. Sharifah Alwiah Alsagof (1986) memperincikan kaedah
mengajar sebagai peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang
dengan teratur. Secara amnya, segala apa tindakan yang dilakukan guru, bahanbahan yang digunakan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid untuk
mencapai objektif pengajaran dikatakan kaedah seperti pendapat Hassan Langgulung
(1981), kaedah ialah jalan mencapai tujuan.
Seperti yang dinyatakan di atas, sehingga kini tiada kaedah standard atau rigid
terhadap proses pengajaran penulisan atau bahasa di sekolah. Ia menjadi fleksibel
mengikut keupayaan murid-murid, situasi dan latar belakang mereka. Justeru, guruguru mempunyai peluang untuk menggunakan mana-mana kaedah yang dirasakan
sesuai asal sahaja tidak melanggar kriteria-kriteria di bawah;
3.1.1Menepati visi dan misi sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KSSR
3.1.2.Seiring dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
digariskan
3.1.3.Berpadanan dengan keupayaan murid-murid berlandaskan pemerhatian terhadap
tabiat dan latar belakang,dan umur.
3.1.4.Kaedah juga harus berpadanan dengan keupayaan, pengalaman dan kepakaran
guru itu sendiri.
3.1.5.Pengaplikasian kaedah tersebut dapat dilaksanakan di dalam rancangan masa
yang ditetapkan.

3.1.6. Harus bersesuaian dengan kemudahan yang ada seperti prasarana dan
peralatan Teknologi Maklumat dan Komputer.
Kaedah-kaedah pembelajaran yang akan dibincangkan adalah praktis yang
dilaksanakan mengikut kesesuaian elemen-elemen yang telah digariskan di atas.
Kesemuanya memerlukan kebijaksanaan guru untuk menganalisis dan mengenalpasti
kaedah terbaik yang harus diaplikasikan sebagai sarana pengajaran untuk mencapai
objektif yang telah digariskan. Di antara kaedah-kaedah yang sedia ada ialah kaedah
natural, kaedah terus, kaedah nahu terjemahan, kaedah oral-aural, kaedah kodkognitif dan kaedah bahasa komuniti. Untuk kaedah pengajaran penulisan, hanya
beberapa kaedah sahaja yang relevan dibincangkan kerana kaedah lain lebih
menjuruskan kepada kemahiran membaca dan berinteraksi.
Untuk pengajaran penulisan kaedah-kaedah yang dikenalpasti ialah kaedah
pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas dan kaedah retorika. Pengajaran
penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid-murid mengumpul dan menganalisis
dapatan, mencernanya dan seterusnya mengolah idea tersebut sehingga menjadi
seperangkat kata-kata yang mempunyai makna. Ia dikatakan aktiviti yang agak
kompleks kerana memerlukan kemahiran yang rencam. Di dalam pengajaran
penulisan karangan terdapat beberapa kaedah yang popular yang telah diguna pakai di
sekolah dan ada juga beberapa cadangan tentang kaedah yang boleh diterapkan untuk
menghasilkan penulisan yang cemerlang.
Penulisan telah dibahagikan kepada dua oleh Zainol Ismail (2003:7) iaitu penulisan
berformat seperti surat kiriman, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan berita.
Manakala penulisan tidak berformat atau bebas pula adalah termasuk rangsangan
bergambar, pengalaman/cerita, melengkapkan cerita, autobiografi dan peribahasa.
Salleh Mohd Akib di dalam Kamaruddin Hj Hussien (1988: 198) pula membahagikan
penulisan kepada 3 jenis iaitu penulisan lisan, penulisan biasa dan penulisan
terkawal.
Karangan ditafsirkan sebagai proses menghasil dan menyusun ayat dengan cara yang
sesuai mengikut kehendak penulisnya atau soalan ataupun orang-orang yang berkaitan
dengan apa yang ditulis. Gao Hui-Yang menegaskan bahawa;
Composition should compromise both oral dan written training in other words,
children should be taught to express ideas in both spoken and written forms.
3.2.Kaedah Pengucapan Terkawal
Pincas berpendapat bahawa penulisan karangan bebas adalah proses penciptaan dan
kreativiti. Maka seharusnya ia berbeza dengan mana-mana kaedah pengajaran

saintifik yang rigid dan skema, malahan tertakluk kepada pilihan jawapan. Jika
jawapan diberikan bersalahan dengan senarai jawapan, maka ia dianggap salah dan
tidak diberi markah. Beliau berpendapat bahawa penekanan harus diberikan secara
berperingkat-peringkat bermula daripada penggantian perkataan di dalam ayat yang
berbeza bentuk kepada penggantian ayat ayat di dalam perenggan. Kaedah ini boleh
juga dianggap kaedah terus di dalam pembelajaran bahasa di mana guru akan
memberitahu apa yang perlu dilakukan sebelum murid dibebaskan untuk
memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri secara bebas.
Beliau menggariskan ciri-ciri berikut sebagai peringkat-peringkat latihan di dalam
pengajaran penulisan iaitu penggunaan pelbagai leksikon dan pembentukan ayat di
dalam latihan penulisan dan lisan. Pelajar yang dibenarkan menghasilkan tulisan
hanya apabila dipastikan bahawa mereka menghargai dan memahami pelbagai tahap
ciri penulisan. Program penulisan karangan yang melibatkan penggantian pelbagai.
Pincas juga mengandaikan bahawa penggunaan bahasa adalah manipulasi daripada
corak tetap yang dipelajari daripada prosses imitasi. Apabila ia telah difahami dan
dipelajari secara konsisten, barulah terhasil keaslian dalam variasi.
3.3. Kaedah Pengucapan Bebas
Eramus (1960) menggariskan beberapa ciri kaedah pengucapan bebas seperti muridmurid digalakkan menulis secara cepat dengan sedikit ulangkaji. Kaedah ini
menekankan latihan yang banyak sepanjang penulisan pelajar dan keutamaan
terhadap kuantiti ini menjadikan hasil penulisan pelajar lebih sempurna kerana muridmurid sentiasa membuat latihan.
Beliau lebih menitikberatkan aspek kuantiti
dengan hujah bahawa kuantiti adalah proses penambahbaikan dari masa ke semasa
untuk mendapatkan hasil tulisan yang cemerlang.
Beliau menghujahkan lagi bahawa metod ini akan menguatkan pemahaman bahasa
pelajar dengan pengalaman membetulkan kesilapan dan penemuan perkataanperkataan baru yang akan menambah kepelbagaian kosa kata mereka di dalam jajaran
sintaksis. Menurutnya ini hanya boleh dilakukan apabila murid-murid melalui
melahirkan hasil penulisan melalui kuantiti dan kualiti akan datang kemudian.
Penghujahan beliau disokong oleh Chastain (1976) berasaskan pemerhatian dan kajian
yang dibuat oleh Brieve di UCCA. Melalui program tersebut, semakin banyak bahan
dihasilkan, semakin berkurangan kesilapan bahasa dilakukan di dalam tulisan
mereka. Brieve mengulas bahawa sepanjang program tersebut, karangan mingguan
di antara 300 hingga 500 patah perkataan dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah

perkataan telah diberikan kepada pelajar. Karangan diperiksa dengan teliti dan
pelajar yang menerima gred A diminta menulis semula karangan mereka.
Brieve menguatkan hujahnya dengan mengatakan bahawa terdapat pengurangan
kadar kesalahan di dalam karangan tatkala kuantiti karangan yang dihasilkan
meningkat. Beliau menekankan bahawa, penekanan terhadap kuantiti akan
menghasilkan kefasihan dan kejelasan terhadap kesalahan yang lepas sama seperti
yang berlaku di dalam latihan matematik.
Begitupun khilaf terus berlaku kerana dikatakan tiada bukti jelas yang benar-benar
menyokong hujah-hujah di atas. Malahan, terdapat pula bukti bertentangan yang
menegaskan bahasa latihan penulisan pantas untuk sesuatu topic dan ditulis sebanyak
mungkin dalam satu kerangka masa yang ditetapkan dapt meningkatkan kemampuan
murid-murid menyusun isi-isi dalam karangan mereka dengan lebih mudah, khususnya
ketika mendepani peperiksaan.
3.4.Kaedah Retorika
Retorika adalah merujuk kepada seni penggunaan bahasa yang menarik dan berkesan
dalam melahirkan gagasan untuk memujuk atau mempengaruhi khalayak mengenai
sesuatu perkara. Deskripsi ini dinyatakan oleh Nik Safiah dan Wan Malini. Ia
melibatkan perkara-perkara seperti penciptaan, susunan dan stail dalam penulisan.
Di antara elemen retorika yang terkenal ialah keberkesanan bentuk-bentuk prosa
deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif. Kehadiran asas retorika di dalam
teks boleh dirasai apabila kedapatan elemen-elemen skema berdasarkan maklumat
atau isi yang boleh disusun. Teks akan menekankan penyusunan isi yang berbeza
berdasarkan perenggan-perenggan yang telah mungkin diproses melalui gaya analisis,
analogi, kontras masa, falsafah dan sebagainya. Oleh kerana ikatan tersebut, muridmurid akan terhalang daripada untuk menulis secara spontan dan memendekkan
kejelasan pemikiran mereka.
Kaplan mencadangkan pembaca menjadi sebahagian daripada komunikasi formal yang
membolehkan pengembangan perenggan dibentuk melalui proses induktif dan
deduktif. Tambahan pula, kaedah ini menitikberatkan bentuk-bentuk pengembangan
perenggan yang berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan (1966) melalui Bander yang
menegaskan bahawa setiap satu perenggan yang terdapat di dalam sesebuah
penulisan berkecenderungan mempunyai jalinan pengembangan yang berbeza-beza
seperti pengembangan selari atau pengembangan terus.

Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu disesuaikan oleh guruguru di dalam proses pengjaran dan pembelajaran menulis karangan dan usaha
mendapatkan karangan yang cemerlang. Guru-guru harus jelas dengan objektif dan
keupayaan murid-muridnya ketika merangka sesuatu sekuen latihan yang hendak
digunakan. Terdapat kaedah yang mungkin sesuai untuk sesebuah sekolah
berdasarkan latar belakang dan lokasi murid-murid serta beberapa aspek lain yang
perlu diambil kira.
4.Teknik Pengajaran Penulisan
Teknik adalah seperangkat pengetahuan atau himpunan kelakuan atau cara di dalam
kaedah. Tidak terkecuali, teknik dikatakan sebagai perlaksanaan kaedah atau taktik
yang digunakan oleh para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1988)
menegaskan teknik pengajaran ialah perlaksanaan dan perjalanan suatu organisasi
yang berlaku secara nyata dan melibatkan murid-murid dan alatan pengajaran sebagai
wahana di dalam bilik darjah yang dipastikan boleh mencapai sesuatu objektif.
Sebagai contoh, sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pengucapan bebas di dalam
pengajaran dan pembelajaran penulisan maka, teknik yang boleh digunakan oleh para
guru adalah teknik pengajaran berpandu, teknik pendekatan bebas, dan teknik
pendekatan proses.atau teknik-teknik yang bersesuaian bergantung keapda
pengalaman, ketokohan dan kewibawaan guru sendiri.
4.1. Teknik Pengajaran Berpandu
Teknik pengajaran berpandu merupakan teknik yang paling popular dan digunakan
dengan pengawasan guru sepenuhnya. Boleh dikatakan teknik merangkumi latih tubi
dan soal jawab ini adalah gabungan kaedah pengucapan terkawal, yang memerlukan
murid-murid menghasilkan kuantiti karangan yang banyak di samping mengenalpasti
kesalahan yang dilakukan semasa proses menulis itu berlangsung. Guru akan
memberikan tajuk dan dan kemahiran terpenting di dalam mengarang iaitu
mengenalpasti bidang isi, organisasi dan ekspresi.
Ketiga-tiga elemen ini dapat digunakan ketika proses menilai sesuatu penulisan.
Penting sekali, murid-murid didedahkan dengan prinsip utama bidang kepengarangan
iaitu apa yang hendak dikata (isi), bagaimana menyusun apa yang dikatakan
(organisasi) dan bagaimana hendak mengatakan apa yang hendak dikatakan.
(ekspresi). Teknik ini adalah berasaskan pendekatan deduktif iaitu di mana guru-guru
akan memperkenalkan, menerangkan peraturan dan seterusnya memberikan langkahlangkah untuk menghasilkan bentuk penulisan tersebut.

Marohaini dan Zulkifli (1997) juga telah mencadangkan agar guru memberikan
penumpuan terhadap aspek penghasilan gagasan atau isi yang baik berbanding proses
mengarang itu sendiri. Tugas murid ialah menyiapkan latihan tersebut dan sebaikbaiknya dilakukan berulang-ulang untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik dan
cemerlang. Teknik ini dinamakan teknik pengajaran berpandu di mana murid-murid
akan dipandu oleh guru dan dikawal daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat
awal, isi dan bahasa akan disediakan oleh guru dan murid-murid akan diarahkan
mengisi tempat kosong atau membina ayat berdasarkan petikan gambar.
4.2 Teknik Sumbangsaran
Selain daripada itu, bagi karangan yang berasaskan fakta atau gambar, guru-guru
boleh juga mempraktiskan teknik sumbangsaran atau perbincangan yang melibatkan
murid-murid sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
dan membenarkan murid-murid mengembangkan idea secara kolaboratif dengan
pantauan guru. Teknik yang berasaskan pendekatan bebas ini membolehkan muridmurid bebas melahirkan pendapat masing-masing secara kritis dan analitikal
berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh guru.
Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
tahap dua. Pada tahap ini murid-murid diberikan kebebasan untuk menentukan hala
tuju idea mereka selagi masih berpegang kepada tiga prinsip mengarang yang
disebutkan di atas. Murid-murid juga boleh memanipulasi apa sahaja bahan sama
ada di luar atau di dalam bilik darjah selagi ia tidak terkeluar daripada skop
penghasilan penulisan mereka. Penulisan bentuk ini boleh dibahagikan kepada
bentuk ilmiah seperti bentuk laporan, pidato, syarahan, debat yang memerlukan
bantuan fakta atau penulisan kreatif dalam bentuk penceritaan.
Teknik seterusnya yang boleh dicerap masuk di dalam pengajaran dan penulisan di
sekolah ialah teknik berasaskan pendekatan proses yang menitikberatkan proses
penghasilan karangan berbanding hasil. Murid-murid akan dipantau sepenuhnya dan
dibimbing secara berperingkat bermula daripada peringkat pra-penghasilan seperti
membuat draf sehinggalah kepada menyusun isi, menyunting dan mengedit,
membetulkan kesalahan bahasa, kosa kata, aspek gramatikal, olahan, hujah dan
pelbagai lagi. Teknik ini mungkin lebih sesuai digunakan untuk proses penulisan yang
berakhir sehingga ke peringkat penerbitan.
Sebagai itlakannya, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan di dalam pengajaran
penulisan selain daripada yang disebut di atas. Dewasa ini, dengan kecanggihan

teknologi maya, guru-guru mungkin boleh memaksimumkan penggunaan gajet-gajet


dengan menyelitkan teknik-teknik seperti, simulasi, permainan bahasa, soal jawab
untuk variasi pengajaran penulisan yang menarik dan penting sekali menyediakan
pelajar mendepani peperiksaan. Di dalam sebuah kajian terhadap penulisan murid
sekolah menengah, Faridah, Norreiny dan Raja Mohd Fauzi (2001) mendapati guru
yang menggunakan pendekatan konstruktivisme yang melibatkan proses kognitif
seperti perbincangan ataupun sumbangsaran boleh menambah minat murid-murid dan
memberi rangsangan kepada mereka untuk menulis dengan lebih baik.
5.Model Pengajaran Penulisan
Model Pengajaran Penulisan Berdasarkan youtube Cakapan Berirama Maahad Tahfiz
Sains bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita.
Pengajaran dan Pembelajaran : Menulis karangan berpandukan rakaman video tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
Tajuk : Budi Bahasa Budaya Kita
Bahan : rakaman youtube Cakapan Berirama Maahad Tahfiz Sains.
Hasil daripada model pengajaran ini ialah sebuah karangan berdasarkan isi-isi yang
dipersembahkan oleh para pelajar tersebut yang berdurasi selama lapan minit yang
boleh ditonton oleh murid-murid sama ada di dalam makmal komputer ataupun
melalui tayangan projektor di dalam kelas atau dewan. Selain daripada menarik
minat murid-murid untuk menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran lain
daripada yang lain, ia juga meningkatkan kemahiran menaakul murid-murid secara
tidak langsung.
Bagaimanapun, selain daripada menggunakan peralatan tertentu, murid-murid harus
diingatkan supaya memberi tumpuan kepada bahan tersebut kerana mereka harus
mencatat isi-isi penting berdasarkan apa yang mereka tonton dan dengar.
Langkah 1
Ketika menggunakan kaedah ini, guru-guru harus memastikan beberapa perkara
seperti
5.1.Gambar dan sistem audio berada di dalam keadaan sempurna. Ini adalah kerana,
keberkesanan model ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan audio kerana muridmurid harus mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti.
5.2.Guru akan mengarahkan murid-murid mendengar dan memikirkan isi-isi penting
serta fakta yang boleh dicerna daripada tayangan video tersebut.

5.3.Murid-murid mesti mencatat setiap isi dan fakta mahupun hujah yang difikirkan
boleh menjadi isi-isi pokok di dalam pembinaan karangan mereka.
Langkah 2
Guru-guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
teknik sumbangsaran atau perbincangan. Murid-murid akan dibahagi-bahagikan
kepada beberapa kumpulan. Berikan had masa untuk perbincangan secara lisan dan
akhir sekali, isi-isi penting yang diperolehi dicatat dan dibentangkan oleh setiap
kumpulan.
Idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan akan dicatatkan dan hendaklah
dipastikan juga ahli kumpulan lain memberi perhatian agar tidak berlaku pertindihan
idea. Murid-murid boleh juga dipilih secara rawak untuk membuat ayat secara lisan
berdasarkan idea tersebut dan guru bertindak membetulkan sebarang kesalahan
tatabahasa dan aspek-aspek lain.
Langkah 3
Selepas pembentangan selesai, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah
karangan berdasarkan idea-idea yang telah dikumpulkan oleh setia kumpulan. Guru
akan bertindak sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan tatabahasa,
gramatikal dan ejaan tidak diabaikan oleh murid-murid ketika mereka menyiapkan
karangan.
Karangan tersebut akan disemak oleh guru selepas dibentangkan sekali lagi oleh ahli
kumpulan dengan melantik seorang ketua untuk membacakannya di hadapan kelas.
Tugas terakhir murid-murid dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan
tajuk dan kefahaman mereka semasa sesi pembincangan. Selepas karangan dihantar,
guru-guru hendaklah menyemak dengan teliti dan memastikan murid-murid
membetulkan kesilapan, jika ada di dalam karangan mereka.
Dapatan Analisis
Kajian telah dibuat berdasarkan 5 sampel karangan murid-murid tahun lima di sebuah
sekolah di Selangor. Mereka telah memilih soalan 1 daripada 3 soalan. Soalan
tersebut ialah : Setiap murid mempunyai sahabat baik. Tulis karangan yang bertajuk
Sahabat Baik Saya. Murid-murid tersebut telah diajar menggunakan kaedah yang
paling popular iaitu kaedah latih tubi. Melalui kaedah ini, guru membincang dan
menyenaraikan isi-isi penting di papan hitam. Murid-murid akan diberikan

mencantikkan isi-isi tersebut di dalam sesi sumbangsaran dan seterusnya menyiapkan


latihan yang diberikan.

Isi
Daripada kelima-lima contoh tersebut, didapati kefahaman murid mengenai isi adalah
100 peratus. Kesemua mereka dapat menguasai bidang isi iaitu apa yang hendak
dikata. Kesemua mereka dapat menulis dengan jelas mengenai subjek yang hendak
diceritakan iaitu sahabat baik.
Organisasi
Dari segi kebolehan bidang organisasi ataupun kebolehan menyusun apa yang hendak
dikatakan, didapati 100 peratus murid-murid dapat menguasainya dengan cemerlang.
Malah ada yang dapat melakukannya dengan baik tanpa mengenepikan aspek
pengenalan, pertengahan isi dan penutup karangan.
Ekspresi
60 peratus iaitu 3 daripada 5 karangan tersebut mempunyai permulaan ayat yang
sama iaitu Saya Mempunyai Sahabat Baik. Secara umum meskipun kurang tepat,
boleh dikatakan murid-murid ini tidak dapat mengembangkan ayat menggunakan idea
sendiri untuk permulaan ayat dan menggunakan ayat yang sama yang telah diberikan
oleh guru di papan hitam. Kemungkinan mereka menghadapi masalah untuk
mengatakan apa yang dikatakan ataupun dikenali kebolehan mengeksploitasi bidang
ekspresi. Begitu juga dengan aspek tatabahasa daripada segi penggunaan huruf besar,
kesalahan ejaan dan isi yang terkeluar daripada tajuk yang menyebabkan mereka
kehilangan markah. dikembangkan dengan baik lagi.

Kesimpulan.
Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik,
dapatlah dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan
yang mendesak di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya,

tiada pendekatan, kaedah atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan
kuantiti cemerlang di dalam pengajaran penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi
yang luas dengan kepelbagaian pendekatan dan konsep yang telah dibincangkan di
atas. Keutamaan adalah memastikan objektif pengajaran berkesan mencapai
matlamatnya.
Di antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan
penyampaian oleh guru. Di antara objektif penulisan ialah memperkembangkan
imaginasi dan pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan murid-murid
yang berpengetahuan menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul. Di
samping menitikberatkan proses penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah
pemuliharaan hukum bahasa baku yang melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta
sebutan yang betul di dalam aktiviti menulis dan membaca.

Bibliografi
Video penerangan Mengenai KSSR, May 18, 2012 diperolehi daripada
:http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php
Pengertian Menulis. Yulia Alamudin. Oktober 29, 2009 diperoleh pada Oktober 27,
2013 daripada http://pembelajaranmenulis.blogspot.com/
Teori Behaviorisme. Rabiatul Faezah Rameli, Norasma Yasimin binti Suliman dan
Shahrul Nazmi bin Mohamad. September 20, 2010 diperoleh pada Oktober 27, 2013
daripadahttp://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/
Pendekatan, Kaedah Serta Cara Mengajar Penulis. YazidBiz369. April 22, 2011
diperoleh pada November 1, 2013
daripadahttp://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanramengajar.html
Teori Pemerolehan Bahasa. Fadhilah Sulaiman. Tiada tarikh. Diperoleh pada
November 1, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/160244171/KULIAH-4-TeoriPemerolehan-Bahasa
Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan. Zamzuri Mohamed. April 8, 2010.
Diperoleh pada November 10, 2013
daripada http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaranpenulisan.html
Prinsip Pengajaran Penulisan. Abdul Sukor Shaari. Tiada tarikh. Diperoleh pada
November 10, 2013
daripadahttps://docs.google.com/presentation/d/1zTWTaEDhguCPj84PXwsqMNWufCF
FOlYVPnw2EYGaXy8/edit#slide=id.p13
__________ . KRB 3023 Penulisan dan Kaedah Unit 1- Unit 5.
Tuan Jah Tuan Yusof. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ke Kang He & Mark Shin Kee Shun. 2015 Teaching Writing in Chinese Speaking Areas.
In Mark Shin Kee Shun and De Lung Zhang (Eds). Springeronline.com. USA.
A.C. Buddy Krizan dan Joyce P. Logan. 2000. The Basic : Writing. South Western
Educational Publishing USA.
John Lyons. 1995. Bahasa Natural dan Tatabahasa Sejagat. Esei dan tesis dalam
Linguistik. DBP.
Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md Idris. 2012. Seni Mengarang. Tanjung Malim.
Perak. Pusat Pendidikan Luar UPSI.
Lampiran 1
Rakaman video klip Cakapan Berirama Budi Bahasa Budaya Kita
daripadahttp://www.youtube.com/watch?v=nxU_BDLKEPc

You might also like