You are on page 1of 10

ARKIB : 23/07/2012

Share on linkedin Share on facebook Share on twitter Share on email More Sharing Services 4
Tinggal laut, ternak lembu
Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

antara lembu tenusu di ladang Agro DairyFarm milik P. Jagannatham.


TIDAK ramai yang sanggup meninggalkan pekerjaan tetap semata-mata untuk melakukan
sesuatu yang berisiko yang belum tentu menjanjikan pulangan lumayan jika tidak disertai dengan
kerja keras.
Namun bagi seorang pelaut dari Pahang, P. Jagannatham, tindakannya meninggalkan pekerjaan
tetap untuk melakukan sesuatu yang baharu dalam hidupnya dianggap sebagai satu perjudian
kerana pulangan yang bakal diperoleh masih samar.
Dengan berbekalkan modal permulaan RM1 juta, dia mengambil keputusan berpindah dari
Pahang ke Melaka untuk mencari peluang membuka ladang ternakan lembu.
Membawa bersama isteri dan tiga orang anaknya, bekas pelaut yang berusia 45 tahun itu
mengusahakan sebidang tanah yang dijadikan ladang ternakan lembu di Alor Gajah pada tahun
2009.
"Pada permulaan, saya membeli 50 ekor lembu baka Friesian yang diimport dari negara jiran,
Thailand dalam usaha membiak lebih banyak lembu tenusu sekali gus membekalkan susu segar
kepada peruncit secara kecil-kecilan di sekitar Melaka.

"Pada masa yang sama, saya juga menghadiri beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan dan juga swasta untuk mempermudahkan proses pengurusan ladang dan juga binatang
ternakan," katanya ketika ditemui di Alor Gajah Melaka baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman serta idea untuk mengusahakan ladang lembu tenusu, Jagannatham
memberitahu, ia bermula apabila mengetahui kepentingan susu kepada manusia.
Menyedari susu lembu merupakan minuman berkhasiat selain merupakan sumber vitamin bagi
tumbesaran manusia, dia bercita-cita untuk memberikan sumber terbaik sekali gus berkhidmat
pada masyarakat.
Namun ujarnya, bukan mudah untuk menghasilkan susu lembu yang berkualiti kerana faktor
pemakanan mempengaruhi susu yang akan dihasilkan oleh lembu.
"Halangan utama yang dihadapi oleh penternak lembu adalah sumber makanan seperti rumput
segar dan juga makanan tambahan lain.
"Jika dilihat penternak di sekitar Melaka mengalami masalah yang sama iaitu sukar mendapatkan
rumput kerana kekurangan tanah di negeri ini sekali gus memaksa penternak membuat simpanan
rumput yang banyak bagi mengelak kekurangan stok," ujarnya.
Selain itu katanya, harga makanan lembu yang semakin tinggi juga menjadi beban dan
penghalang kepada penternak lembu tenusu untuk memberikan makanan terbaik kepada haiwan
ternakan.
Menyedari halangan yang dihadapai oleh penternak lembu tenusu, Koperasi Serbaguna Tenusu
Negeri Melaka (KST) dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLM) baru-baru
ini mengadakan Program Pembangunan Tenusu peringkat negeri Melaka.
Program yang dianjurkan selama dua hari itu melibatkan khidmat nasihat dan kaunseling,
maklumat terkini penternakan haiwan tenusu, maklumat teknikal pengendalian susu, kemahiran
praktikal serta pengetahuan perniagaan berkaitan perladangan.
Lawatan pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta pakar pemakanan
DLM ke ladang lembu tenusu milik Jagannatham dilihat mampu memberi sokongan kepadanya
untuk terus berusaha menghasilkan susu segar yang berkualiti untuk dibekalkan kepada
pengguna.
Menurut Pengerusi KST, Briz Kumar Sukardhanram, program seumpama itu turut membantu
penternak memperbaiki serta meningkatkan pengeluaran dan sekali gus menjadi usahawan
berjaya mengikut cara tersendiri.
"Program ini mampu memberi inspirasi kepada para penternak khususnya di sekitar Melaka
untuk pengurusan yang menguntungkan serta operasi perniagaan tenusu yang lebih mampan.

"Selain itu, penternak juga berpeluang untuk memasarkan susu dengan cara lebih sistematik di
samping kualiti dan kuantiti susu tidak terjejas," ujarnya.
Susu yang dihantar oleh penternak ke pusat pengumpulan susu akan proses dan diuji sebelum
dihantar kepada pembekal.
Di pusat pengumpulan tersebut, susu yang dihantar akan menjalani empat ujian yang terdiri
daripada rasa, bau, tahap penstabilan protein, ketumpatan dan kandungan lemak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20120723/ag_01/Tinggal-laut-ternaklembu#ixzz2NZobdnzJ
Utusan Melayu (M) Bhd

Penternakan Lembu Pedaging


August 15, 2010, Fariz Kamis, Info Tani, , 15
Posting saya kali ini ialah mengenai penternakan lembu pedaging. Penternakan lembu pedaging
bagi saya ialah salah satu sumber pendapatan untuk peneroka-peneroka Felda Kumai dan juga
peneroka seluruh Malaysia selain dari pendapatan utama dari kelapa sawit atau getah. Tetapi
ramai yang masih tidak mengetahui potensi lembu daging ini dipasaran. Tahukah kita bahawa
Malaysia sekarang masih mengimport hampir 90% keperluan daging negara, maknanya hanya
10% sahaja lembu tempatan berada dipasaran. So, industri lembu pedaging adalah suatu industri
yang cukup besar sebenarnya di Malaysia. Dan Malaysia mensasarkan pasaran dari dalam negara
seharusnya meningkat hingga ke 60% untuk mengurangkan kebergantungan kepada lembu2
import.
Harga pasaran di Malaysia bagi seekor lembu kampung atau baka KK ialah sekitar RM1,200
RM1,800 bagi lembu jantan dan RM600 RM1,200 bagi lembu betina bergantung kepada saiz.
Ada sesetengah peneroka di Felda Kumai sendiri mempunyai lebih dari 100 ekor lembu.
Bayangkan berapakah nilai asset lembu yang kita ada jika kita mempunyai 100 ekor lembu?
Dan bukan peneroka sahaja yang menternak lembu sekarang ni, anak2 peneroka atau generasi
kedua pun sudah ada yang mengikut jejak langkah mereka.
Atas dasar untuk meningkatkan sumber dalam negara, Kerajaan telah memberi banyak bantuan
kepada penternak2 lembu di Malaysia. Felda tidak terlepas dari tanggungjawab mereka telah
banyak memberikan bantuan berupa kewangan kepada peneroka untuk menjadikan Felda
Gedung Makanan Negara.
Ok, untuk posting kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit ilmu2 penternakan lembu
pedaging yang saya ambil dari website Jabatan Haiwan dan sedikit ilmu yang saya ada.
BAKA LEMBU PEDAGING
Baka-baka yang berpotensi untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan
mendapatkan bekalan di negara ini ialah :
Kacukan Komersial dari Australia
Kacukan Friesian Sahiwal
Droughtmaster
Kacukan Pedaging KK2
Kedah Kelantan ini merupakan baka yang banyak diternak di Felda
Brahman
Local Indian Dairy
Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
Kedah Kelantan (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)

Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)


Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster
Brahman.
Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di
antaranya ialah:
Hereford
Angus
Charolais
Shorthorn (Bukan flowerhorn ye)
Simmental
Limousin (limousin tu, diberi nama limousin kerana berbadan panjang
Pengurusan
Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:
Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau
bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. (Ini yang banyak di buat di Felda)
Cara ini kurang baik kerana;

selalu merosakkan tanaman orang lain


kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan

makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak
memadai

perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.


Untuk mnegtahu hadis mengenai kerosakan tanaman yang disebabkan haiwan boleh dibaca di
sini.
Cara Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat
makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya.
Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan
pada kadar berat kering 3 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong
diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang
diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah
diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

Ternak secara Fidlot


Cara Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas
meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam
tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan
dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan
kawasan meragut yang mencukupi.
Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa
dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai
yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi
dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos
pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung
seekor ternakan dewasa.
Ok, itu adalah basic yang boleh saya ceritakan untuk posting kali ini. Maybe pada posting akan
datang saya akan sharekan lebih detail lagi mengenai penternakan lembu pedaging ini. Antara
yang kita perlu tahu lagi ialah mengenai pemilihan kawasan ragut, penjagaan dan juga
marketing. Jika anda mempunyai informasi mengenai lembu pedaging jangan segan2 nak share
kat ruangan komen.
http://feldakumai.com/tani/penternakan-lembu-pedaging

PROJEK lembu negara diberi kepada keluarga menteri, diberi juga pinjaman wang yang
banyak iaitu RM250 Juta, ditambah dengan peruntukan sebanyak RM7 Juta [Sumber].
Keluarga menteri yang tiada pengalaman bela lembu diberi duit berjuta-juta untuk uruskan
ladang ternak lembu.
Bila orang tiada pengalaman disuruh bela lembu, hasilnya dia belasah bela lembu dalam
kondo mewah [Shahrizat kantoi].
Bukankah lebih baik dana sebanyak itu diberi kepada penternak lembu yang sudah sedia hebat
dan pakar di dalam bidang ini?
RM250 Juta kalau diberi kepada penternak lembu, boleh manfaatkan lebih 500 rakyat yang
berpengalaman lebih 10 tahun membela lembu [Sinar].

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/penternak-lembu-desak-kerajaansedia.html#ixzz2NZuh0I8s

Sistem ekonomi tradisional

Sistem ekonomi tradisional merupakan Sistem ekonomi ini merupakan sistem


ekonomi yang dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama
(demokratis), sesuai dengan tata cara yang biasa ditempuh oleh nenek moyang
sebelumnya. Dalam sistem ini segala barang dan jasa yang diperlukan, dipenuhi
sendiri oleh masyarakat itu sendiri.
dengan pengertian semacam itu, dapat dijelaskan bahwa sistem ekonomi tradional
adalah sistem ekonomi, yang diterapkan masyarakat jaman dahulu, dimana ketika itu, belum
adanya perkembangan teknologi, dan manusia masih mengandalkan hidup nya pada sumber daya
alam dan sumber daya manusia itu sendiri. Sistem ekonomi ini lebih mengutamakan kepentingan
bersama, jadi dalam pemenuhan kebutuhan masyarakat saling membantu dengan menggunakan
sistem barter.
CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI TRADISIONAL
Ciri dari sistem ekonomi tradisional adalah :
1.Teknik produksi dipelajari secara turun temurun dan bersifat sederhana
2.Hanya sedikit menggunakan modal
3.Pertukaran dilakukan dengan sistem barter (barang dengan barang)
4.Belum mengenal pembagian kerja
5.Masih terikat tradisi
6.Tanah sebagai tumpuan kegiatan produksi dan sumber kemakmuran
Dapat dijelaskan disini, berdasarkan ciri-ciri di atas, bahwa dalam masyarakat yang menganut
sistem ekonomi tradisional mewarisi sistem ini dari nenek moyang mereka, dimana ketika
teknologi belum berkembang mereka masih mengadakan sistem pertukaran dengan cara barter,
misalnya saja ketika keluar A membutuhkan beras, tetapi hanya mempunyai sayuran dapat
bertukar dengan keluarga B yang membutuhkan sayuran sementara mereka hanya mempunyai
beras.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM PEREKONOMIAN TRADISIONAL
Setiap sistem perekonomian pasti memiliki kelebihan dan kekurangannya, begitu pun sistem
perekonomian tradisional ini, yaitu sebagai berikut :
Sistem ekonomi tradisional memiliki :
1. Tidak terdapat persaingan yang tidak sehat, hubungan antar individu sangat erat
2. Masyarakat merasa sangat aman, karena tidak ada beban berat yang harus dipikul
3. Tidak individualistis
Karena sistem perekonomian ini berdasarkan atas kepentingan bersama, maka masing masing
individu tidak mengutamakan kepentingan pribadi yang artinya tidak individualistis, semua

kegiatan perekonomian di dasarkan pada kepentingan bersama untuk mencapai kesejahteraan,


hubungan masing-masing individupun menjadi lebih erat karena besarnya sikap tenggang rasa
dan berbagi, masyarakat menjadi lebih suka tolong menolong dan tidak merasa terbebani dalam
menjalani hidupnya.
Kelemahan dari sistem ekonomi tradisional adalah :
1. Teknologi yang digunakan masih sangat sederhana, sehingga produktivitas rendah
2. Mutu barang hasil produksi masih rendah
Dikarenakan sistem perekonomian ini masih menggunakan sistem barter, maka masyarakat
hanya fokus pada pemenuhan kebutuhan primer. Kemudian karena masyarakat yang
menggunakan sistem ini adalah masyarakat tradisional yang masih menggunakan teknologi
sederhana, maka produktivitaspun menjadi rendah, karena meraka akan merasa cukup jika
pemenuhan kebutuhan primer sudah terlaksana.
KESIMPULAN
Kesimpulan dari sistem perekonomian tradisional adalah sistem pereonomian yang masih
menggunakan teknologi sederhana dalam upaya pemenuhan kebutuhannya, dalam sistem
perekonomian ini di kenal istilah barter dalam memenuhi kebutuhan masyarakat. Masyarakat
yang menganut sistem perekonomian tradisional ini lebih mengutamakan kepentingan bersama
daripada kepentingan pribadi sehingga tidak individualistis.
http://www.membuatblog.web.id/2010/08/sistem-ekonomi-tradisional.html

You might also like