You are on page 1of 6

Sekolah Kebangsaan St Mark, Perai

Lorong 3, 13600 Perai


Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN


SUDUT MATEMATIK DAN
KELAB RUKUN NEGARA
Tarikh:
11 Julai 2014 - 21 Julai 2014
Tempat:
Sudut Panitia Matematik dan Kelab Pengguna, Keceriaan & Rukun Negara SK ST
Mark, Perai.
Anjuran:
Panitia Matematik
Kelab Pengguna , Keceriaan & Rukun Negara
Sekolah Kebangsaan St Mark, Perai
dengan kerjasama Guru Pelatih IPG Kampus Pulau Pinang.

1.0

PENDAHULUAN
Projek ini pada asasnya bertujuan untuk membantu murid menguasai
kemahiran asas Numerasi (Matematik) pada akhir tahun 3 persekolahan dalam
pendidikan rendah dengan menggunakan prasarana yang menarik dan selesa.
Projek ini dianjurkan oleh Panitia Matematik dan Kelab Rukun Negara Sekolah
Kebangsaan St Mark, Perai dengan kerjasama Guru Pelatih IPG Kampus Pulau
Pinang.

2.0

RASIONAL
Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid terhadap Numerasi (Matematik) dan semangat cintakan negara.
Sehubungan dengan itu, persekitaran yang kondusif, lebih ceria dan selesa
dapat menarik minat serta meningkatkan penguasaan murid dalam subjek
Matematik. Justeru itu melalui program Keceriaan Sudut Matematik, diharap
dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek Matematik.

3.0

OBJEKTIF

Membentuk suasana persekitaran sekolah yang kondusif, lebih ceria dan


selesa untuk kemudahan.

Membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menempatkan modul dan bahan bacaan untuk menambahkan ilmu


pengetahuan.

Menambah kecintaan pelajar dan guru terhadap subjek Matematik dan


memupuk semangat cintakan negara.

4.0

ANJURAN
Panitia Matematik dan Kelab Pengguna, Keceriaan dan Rukun Negara Sekolah
Kebangsaan St Mark, Perai dengan kerjasama Guru Pelatih IPG Kampus Pulau
Pinang.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

(11 Julai 2014 21 Julai 2014)


6.0

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 1, 2 dan 3

7.0

LOKASI SASARAN
Sudut Panitia Matematik dan Kelab Pengguna , Keceriaan & Rukun Negara

8.0

SUMBER KEWANGAN
Kelab Pengguna , Keceriaan & Rukun Negara

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG

: Puan Saayah Binti Hamad


(Penolong Kanan Pentadbiran Sk St Mark, Perai)

PENASIHAT

: En Kassim Bin Zakariah


(Penolong Kanan HEM)
: En Zubir
(Penolong Kanan Kokurikulum)

PENGERUSI

: Pn. Noor Hafiza Binti Muhamad


(Ketua Panitia Matematik,
Penasihat Kelab Pengguna , Keceriaan & Rukun Negara )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGARAH PROJEK

Muhammad Nabil Bin Zulkifli

SETIAUSAHA

Mohd Aizuddin Bin Mohd Noor

DOKUMENTASI

Mohd Taufik Bin Ismail

PERALATAN

Guru Pelatih IPG Bainun:


- Muhammad Nasrullah Bin Mohd Hanafi
- Mohd Atif Hafiz Bin Zulkaflee
- Wan Mohd Azuan Bin Wan Mohd Zin

- Mohd Najmi Bin A Rashid

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.

Perkara/ Item

Unit

Harga seunit

Harga keseluruhan

Kertas warna

1 set

RM 15.00

RM 15.00

Kertas A4

1 set

RM 10.50

RM 10.50

Kertas Laminate

1 kotak

RM 26.00

RM 26.00

Cat Dinding

7 tin

RM 18.00

RM 126.00

Lain-lain

RM 30.00

Jumlah

RM 207.50

* Tertakluk kepada perubahan


Sumber kewangan: Kelab Pengguna , Keceriaan & Rukun
Negara

11.0

PENUTUP
Diharapkan Program Keceriaan Sudut Matematik dan Kelab Rukun Negara ini
akan dapat memberikan manfaat dalam meningkatkan prestasi murid-murid
dalam Numerasi (Matematik) dan semangat patriotik. Diharapkan juga, projek
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan
dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua aspek seperti akademik,
akhlak dan sahsiah, di samping memberi semangat dan menarik minat murid
dalam ketiga-tiga mata pelajaran berkenaan. Semoga segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan usaha yang dibuat berjalan

dengan lancar serta sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat


keberkatan daripada Ilahi.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..
(Mohd Aizuddin Bin Mohd Noor)
Setiausaha,
Program Keceriaan Sudut Matematik dan
Kelab Rukun Negara,
Sekolah Kebangsaan St Mark, Perai

..
(Pn. Noor Hafiza Binti Muhamad)
Ketua Panitia Matematik,
Penasihat Kelab Pengguna , Keceriaan &
Rukun Negara
Sekolah Kebangsaan St Mark, Perai

Diluluskan oleh:
.........................................
(Pn. Saayah Binti Hamad)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan St Mark, Perai

LAMPIRAN 1
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

TARIKH

TENTATIF / JADUAL TUGASAN

11 Julai 2014

(Jumaat)

Merancang dan mereka bentuk gambaran awal


sudut panitia Matematik dan Kelab Rukun Negara
Menyenaraikan bahan yang diperlukan.

12-13 Julai 2014


(Sabtu dan Ahad)
14-16 Julai 2014
(Isnin hingga
Jumaat)
17-20 Julai 2014
(Isnin)

Mencari bahan-bahan berdasarkan senarai


barangan yang telah dibuat.
Mengecat dinding sudut Matematik dan Kelab
Rukun Negara

Mencetak bahan
Menggunting bahan
Menampal bahan

Melukis dan mewarnakan mural.

You might also like