You are on page 1of 9

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang
telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi
asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf
rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan
daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan
Negara FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi
berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah,
sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan
penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji
rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR
dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan
seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR
adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika,
Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen
merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

PENGENALAN

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada sekolah
rendah atau sekolah menengah. Pendidikan Moral adalah satu subjek yang mengajar
tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Dalam konteks negara Malaysia, subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar
bukan muslim. Hal ini kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek
Pendidikan Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik
dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim pula,
mereka di ajar subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni
juga dapat disampaikan kepada mereka.

KENAPA PENDIDIKAN MORAL...

Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar kepada
pelajar sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada generasi masa kini.
Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai murni, subjek ini
diperkenalkan di sekolah-sekolah. Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar
akan dapat mendalami maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan
kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian. Apabila mereka sudah memahami
erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka
akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insane
yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

BAGAIMANA MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL...

Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam proses pengajaran subjek Pendidikan Moral.
Namun, kaedah yang terbaik ialah kaedah yang dapat menjadikan pelajar itu dapat
menghayati dan menerapkan nilai itu dalam diri mereka. Apabila nilai dapat diterapkan
dalam diri, maka proses untuk melaksanakan dalam kehidupan

Kaedah Bercerita
KAEDAH BERCERITA
Posted on March 23, 2011 by admin

KAEDAH BERCERITA
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan

berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.
Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka
untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh
dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada
perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman
sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya
boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan
gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang
formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu
cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan Hari ini saya
bercerita kepada anak lelaki saya. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas
daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula,
penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di
India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita
Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain
yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan
menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan
menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.
Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk
bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan
alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau
belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil
mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya
bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan
batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita
digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita
sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang
Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung
wayang kulit).
Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah
berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil

berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:


pengajaran
pengetahuan
perkongsian pengalaman.
Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif
pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan
dan kosa kata
memahami dan menghayati cerita
meningkatkan kemahiran mendengar
mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif
menambah pengalaman dan pengetahuan
menanam sikap cinta akan warisan budaya
menerapkan unsur nilai murni
memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
mencungkil dan mengasuh bakat
membentuk insan yang harmoni dan seimbang
menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
3.10 KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting
sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan
masyarakat
Ciri-ciri Penting
1.

Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya


kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang
dan berketrampilan
Kemahiran bercerita
1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
memilih cerita yang sesuai
menghafal isi-isi penting

sediakan alat bantu mengajar


kesediaan pelajar
murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
pastikan suara jelas dan lantang
kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi
cerita dengan lebih jelas
mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
ayat dan perkataan mudah difahami murid
disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
aktiviti susulan
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai


Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan

pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-

topeng
Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan
melihat ekspresi guru
Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang
sesuai dengan isi cerita
3. Sesi Bercerita
Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan

membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya


Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

5. Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.


Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Kemahiran Lisan:
Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai
Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
Mimik muka sesuai dengan emosi

Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan


Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA


1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3. Plot yang mudah, kronology & happy ending
4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
6. Melibatkan watak kanak-kanak
7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10. Bersifat universal
TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:

Kebolehan kanak-kanak
Masa (tidak terlalu panjang)
Ruang dan tempat
Suasana
Persekitaran (tiada gangguan bising)
Peralatan cerita
Bentuk dan jenis cerita
Kemampuan pencerita
PERSEKITARAN BERCERITA

Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita


Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

CONTOH TEKNIK BERCERITA


Bercerita tanpa alat
Bercerita berpandu
Bercerita berdasarkan gambar bersiri
Bercerita menggunakan bahan maujud
Teka-teki
Teater bercerita
Boneka

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

CADANGAN PERALATAN BERCERITA


Buku besar
Beg bercerita
Gambar bersiri
Boneka
Kad Cantuman
Kostum
Poster
Topeng
Alat muzik/audio/vcd dll.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita


Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
Warna yang terang, menarik & merangsang indera
Melibatkan pelbagai deria
Tidak membahayakan kanak-kanak
Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
Boleh dipelbagaikan kegunaan
Mudah digunakan dan disimpan
Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:
Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai
Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
Mimik muka sesuai dengan emosi
Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan
Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai


Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan

pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-

topeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid


Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan

melihat ekspresi guru


Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang
sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan

membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya


Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.


Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.


Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)


Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

Masa (tidak terlalu panjang)

Persekitaran (tiada gangguan bising)

You might also like