Professional Documents
Culture Documents
5. Orang Melayu tidak bersetuju dengan cadangan melonggarkan syarat kerakyatan untuk
kaum bukan Melayu.
4.2 Penubuhan dan Perkembangan Parti-parti Politik
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
1. Ditubuhkan pada 11 Mel 1946.
2. Presidennya yang pertama ialah DatoOnn bin Jaafar.
3. Tujuan penubuhannya:
(a) Menentang gagasan Mala yan Union.
(b) Memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.
(c) Mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
1. Ditubuhkan pada bulan Februari 1949.
2. Pengasasnya Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh.
3. Presidennya yang pertama ialah Tan Cheng Lock.
4. Tujuan penubuhannya:
(a) Menyatukan orang Cina.
(b) Melindungi hak dan kepen tingan orang Cina.
(c) Membantu British menentang PKM.
Kongres India Malaya (MIC)
1. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1945 oleh John Thivy.
2. Tujuan penubuhannya ialah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Parti Malaya Merdeka (IMP)
1. Ditubuhkan oleh Dato Onn bin Jaafar pada bulan Ogos 1951.
2. Tujuan penubuhannya:
(a) Menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.
(b) Mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
3. IMP dibubarkan dan Dato Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
1. Ditubuhkan pada 24 November 1951.
2. Presidennya yang pertama ialah Ahmad Fuad bin Hassan.
3. Tujuan penubuhannya:
(a) Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
(b) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
3. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian dibahagikan kepada
beberapa daerah.
4. MajlisTempatan ditubuhkan pada tahun 1947.
5. Pada tahun 1956, pilihan raya Majlis Daerah yang pertama diadakan di Kuching.
6. Hampir semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya menjelang penghujung
tahun 1959.
7. Sarawak mengalami perkembangan politik yang pesat selepas Perang Dunia Kedua
tamat.
8. Antara parti-parti politik yang ditubuhkan di Sarawak ialah:
(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)
(b) Parti Negara Sarawak (PANAS)
(c) Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
(d) Sarawak National Party (SNAP)
(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
(f) Parti Perikatan Sarawak
(g) Parti Persatuan Cina Sara wak (PCS)
6.4 Sabah Diserahkan kepada Kerajaan British
1. Sejak tahun 1881, Sabah telah dikuasai oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
2. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak syarikat mengambil keputusan untuk
menyerahkan Sabah kepada British kerana Sabah mengalami kerosakan yang teruk.
3. Faktor-faktor British menjajah Sabah:
(a) Mencari jajahan takluk baru untuk menggantikan jajahannya yang dibebaskan.
(b) Desakan daripada peda gang dan pelabur British.
(c) British ingin melindungi kepentingan Singapura sebagai pusat perdagangan dan
pertahanan di Timur.
(d) Mengukuhkan kedudukan dan keselamatan British di Asia Tenggara.
(e) Sabah menjadi pembekal bahan mentah dan tempat untuk memasarkan barangan
Britain.
4. Selepas Jepun menyerah kalah, Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Pentadbiran Tentera
Australia.
5. Pada 10 Jun 1945, Pentadbiran Tentera British diwujudkan untuk memulihkan keamanan.
6. Sabah dlserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.
7. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk Sabah
kerana:
(a) Mereka tidak berpengalaman dalam pentadbiran.
(b) Mereka tidak mendapat pendidikan.
(c) Mereka tidak memahami tujuan penyerahan.
8. Namun, pada peringkat awal penjajahan, terdapat kegiatan politik di Sabah.
9. Mereka menubuhkan:
4. Beliau bimbang kemasukan Singapura sahaja akan menyebabkan bilangan kaum bukan
bumiputera akan melebihi kaum bumiputera.
5. Penggabungan dalam Persekutuan Malaysia merupakan satu penyelesaian untuk
menamatkan pemerintahan British di Singapura, Sabah, dan Sarawak.
7.3 Reaksi terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia
Reaksi Negeri-negeri yang terlibat dalam cadangan Persekutuan Malaysia
1. Di Tanah Melayu secara keseluruhannya rakyat menyokong pembentukan gagasan
Malaysia.
2. Parti PETIR di Singapura juga menyambut baik gagasan tersebut demi kepentingan
keselamatan.
3. Terdapat juga pihak yang menentang iaitu Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh.
4. Pada peringkat awal, penduduk Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia kerana
bimbang akan dikuasai oleh pemimpin Tanah Melayu.
5. Antara pertubuhan yang menentang gagasan Malaysia ialah:
(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)
(b) Parti Rakyat Brunei
(c) United National Kadazan Organization (UNKO)
(d) Sarawak National Party (SNAP)
(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
6. Namun setelah diberi penerangan, ramai penduduk telah menyokong gagasan Malaysia.
7. Sultan Brunei pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia.
8. Namun setelah berlakunya pemberontakan oleh A.M. Azahari, baginda mengambil
keputusan untuk tidak menyertai Persekutuan Malaysia.
Reaksi dan Negara-negara Jiran
1. Indonesia telah menentang Persekutuan Malaysia yang dianggap sebagai negara
neokolonialis untuk mengukuhkan kedudukan Britain di Asia Ten ggara.
2. Indonesia turut melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia.
3. Filipina juga menentang penubuhan gagasan Malaysia.
4. Penentangan diketuai oleh Presiden Macapagal yang mendakwa Kesultanan Sulu adalah
sebahagian daripada Filipina.
Reaksi Negara Barat
1. Amerika Syarikat dan Britain menyokong pembentukan gagasan Malaysia untuk
menyelamatkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis dan memelihara kepentingan
ekonomi masing-masing di rantau ini.
2. British pula menyokong kemasukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana
kedua-dua wilayah tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada penjajah British.
BAB 8 Perjanjian dan Perisytiharan Malaysia
8.1 Langkah ke Arah Pembentukan Malaysia
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)
Sabah
mengemukakan
20
Perkara
Sabah
untuk
3. Laporan PBB membuktikan lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
penubuhan Malaysia.
4. Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.
5. Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957.
6. Laporan tentang 20 Perkara Sabah turut menjadi asas Perjanjian Malaysia.
7. Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat peruntukan bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti:
(a) Dibenarkan menguasai hal ehwal dalam negeri masing-masing.
(b) Kaum bumiputera mendapat hak keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di
Tanah Melayu.
(c) Bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai bahasa rasmi.
8.4 Perpisahan Singapura
1. Semasa pilihan raya Parlimen 1964, Parti PETIR telah bertanding untuk menentang Parti
Perikatan.
2. Pemimpin PETIR telah mem bangkitkan sentimen perkauman semasa kempen pilihan
raya.
3. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada
Persekutuan Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.
4. Singapura dipisahkan secara rasmi dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.