You are on page 1of 16

KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0

4.0

PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
SEJARAH TULISAN JAWI
LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI
3.1
Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi

1
1
2
5
5

3.2

Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(NGO)

3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Melalui Sistem Pendidikan


Peranan Ibu Bapa
Peranan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (Ipt)
Mengadakan Kempen Cintaikan Dan Martabatkan Tulisan Jawi
Memperbanyakan Bahan Bacaan Dalam Tulisan Jawi

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

8
9
10
10
11

12
13

1.0

PENGENALAN
1.1

Pendahaluan

Tulisan lahir apabila manusia mula mengetahui cara untuk menyampaikan idea fikiran dan
perasaan melalui tanda- tanda tampak atau visual dalam bentuk yang turut difahami oleh
individu lain. Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad- abad yang lepas telah membawa
bersamanya abjad tulisan jawi, yang merupakan induk asas tulisan Jawi Melayu dan
abjadnya.
Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei dan juga dijadikan
sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan
abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad
kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Tulisan Jawi turut diertikan sebagai salah satu

warisan Warisan Dunia yang penting ke rantau ini karana telah menjadi titik tolak
pemisahan dari zaman gelap yang menghantui bangsa Melayu ka zaman yang celik ilmu dari
pelbagai aspek. oleh itu, orang Melayu tidak ada alasan yang menyatakan bahawa
mempelajari Tulisan Jawi ini merupakan sesuatu yang mustahil dipelajari, kerana mereka
telah lama mengenali tulisan Jawi ini melalui pengajian al- Quran sejak dari kecil jika
dibandingkan dengan tulisan bahasa Melayu yang baru dibawa pada abad ke-15 Masihi.
Walau bagaimanapun, pada masa kini tulisan Jawi semakin hilang daya kemampuan
untuk mengangkat kebesaran ilmunya untuk dijadikan rujukan utama dalam penulisan dan
pengebaran bahasa. Keadaan ini jauh berbeza berbanding dengan zaman kegemilanagan pada
abad ke-18, yang menjadikan tulisan Jawi ini sebagai bahan rujukan utama semua pihak
dalam pelbagai aspek dan tidak terkecuali dalam penyebaran ilmu kesusasteraan. Hal ini
dapat dibuktikan dengan penemuaan akhbar- akhbar seperti Utusan Melayu dan Utusan
Zaman. Justeru kita perlu memartabatkan semula tulisan Jawi di bumi Malaysia ini. Izinkan
ia mengepakkan sayapnya berterbangan bebas di langit Malaysia seperti suatuketika dulu.
Biar ia menyebar ke seluruh cerok pelosok bumi Malaysia seperti suatu ketika dulu.

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi
aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan
jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang
Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga
menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan hurufhuruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd
Rahman,1999).
Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau
sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke-11 hingga ke-14, tulisan jawi
digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005).
Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi. Tulisan
Jawi ini telah digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang
Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu,
daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa.
Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu
subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh
para pengkaji naskhah Melayu lama. Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh,
bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu
sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno
(tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di
Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi
di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban
yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu
bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap bahasa Melayu ialah
bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang pedagang India atau pedagang Melayu
2

yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam
budaya
Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad
ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit
dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan bahasa Melayu
yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu,
muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah
bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia
Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab.
Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang
mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.
Batu bersurat memperlihatkan pengaruh bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam
bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap
bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf
yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang
memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu dengan agak lengkap.
Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut.
Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa
keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan
z sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q
dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf
Arab, iaitu Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun
kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh
kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga
telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi
sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.
Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan
agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa Arab yang mulai
3

mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu
Kuno
yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut
huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulispenulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan
pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa
sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini
dicampur adukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf
tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang
terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca, Nga, Pa, Ga, dan Nya. Huruf-huruf ini dicipta untuk
melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru
daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke
Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau
1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini
menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa
penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat
Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman
dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu
dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia,
2008).

3.0

LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

3.1

Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi

Mengakui masa depan tulisan jawi akan terus berselinap di bawah sinar kemajuan dan tiada jalan
pintas untuk kebangkitannya, Setiausaha Persatuan Wartawan Melayu(PWM), Kelantan, Rokaid
Chik akur usaha membangunkan semula tulisan jawi ke alam kegemilangan memerlukan
pengembelengan tenaga gigih yang bermula seawal peringkat sekolah rendah. Menurutnya,
secara asasnya iltizam kental daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri diperlukan
dalam pembinaan semula jajaran penggunaan tulisan jawi sebagaimana zaman kemasyhurannya.
Kementerian Pendidikan perlu kembali menyemak kurikulum sekolah berhubung
pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan ketika ini ia hanya diserapkan secara tidak langsung
dalam pelajaran pendidikan Islam tanpa diadakan suatu pengajaran khusus yang rapi. Selain itu ,
melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi mesti dijadikan teras
dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi,
pengenalan tulisan jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu di
peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan
persepsi masyarakat terhadap tulisan jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam.
Malah, di peringkat institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta (IPTA/IPTS),
langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan jawi dalam subjek tamadun
Islam dan kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan
jawi di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan
jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika
dikatakan boleh di bilang dengan jari.

3.2

Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(NGO)

Kedua-dua dua agensi ini mestilah bersama-sama berganding bahu dalam bekerjasama
menggembeling tenaga untuk memartabatkan tulisan jawi. Pelbagai langkah boleh diambil oleh
pihak kerajaan bagi memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah kesedaran penggunaan
tulisan jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan. Langkah para peniaga terutamanya para
peniaga bukan Melayu yang menggunakan tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan mereka
adalah merupakan satu usaha yang bijak ke arah membantu memartabatkan tulisan Jawi.
Malah, usaha itu ternyata amat membanggakan kita kerana membuktikan betapa orangorang bukan Melayu juga turut memandang tinggi dan menghargai tulisan Jawi ini. Usaha
menggalakkan penggunaan tulisan jawi terutama pada papan-papan tanda dan nama premispremis perniagaan seharusnya dipertingkatkan dan di perhebatkan lagi bagi memastikan tulisan
jawi ini terus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ini bertujuan memastikan para peniaga
terutama para peniaga bukan Melayu membantu menggalakkan penggunaan tulisan jawi.
Sehubungan dengan itu juga, pihak berkuasa seperti Majlis Kerajaan Tempatan perlulah
memainkan peranan untuk membantu meluaskan penggunaan tulisan jawi ini di samping
memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda dan premis perniagaan
mereka. Sebagai satu usaha menggalakkan penggunaan tulisan jawi ini juga, pihak berkuasa
tempatan perlu memastikan setiap papan tanda baru untuk premis perniagaan haruslah
menggunakan tulisan jawi selain daripada tulisan Rumi yang biasa digunakan. Malah pihak
bukan kerajaan(Ngo) juga boleh mengambil inisiatif tertentu seperti mengadakan pertandingan
penggunaan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan sebagai satu dorongan kepada para
peniaga untuk terus menggunakan tulisan Jawi ini .
Penguasaan dunia tanpa sempadan melalui kaedah penggunaan skin komputer, telefon
selular dan pelbagai lagi media elektronik pada zaman sekarang yang membolehkan kita
memperolehi maklumat hanya dihung jari sahaja. Keadaan ini, tidak lagi menjadi batu
penghalang kepada hasrat untuk meneguhkan jati diri dan ketamadun bangsa di negara kita.
Lantaran itu, tiada alasan bagi pihak kerajaan dalam usaha yang ambil bagi memartabatkan
6

tulisan Jawi ini. Sepatutnya penggunaan tulisan jawi ini haruslah

harus lebih

menyeluruh lagi.
Penggunaan tulisan jawi boleh dimasukkkan dalam sistem penggunaan laman-laman
web tempatan, kerajaan (ada versi Jawi),perisian Microsoft Office Jawi, telefon bimbit dan lainlain. Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang digunakan

malah susah untuk

ditemui. Keadaan ini, menyebabkan ramai pengguna hanya menggunakan perisian yang sedia
ada iaitu dalam perisian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui ketidak prihatinan pihak
kerajaan dan swasta akan menyebabkan tulisan jawi jarang digunakan dan lama- kelamaan
warisan ini akan dilupakan.
Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta haruslah menggunakan kaedah tulisan jawi dalam
sistem penggunaan laman-laman web tempatan ,perisian Microsoft Office Jawi, dan telefon
bimbit. Keadaan ini menyebabkan penguna yang ingin menggunakan kemudahan elektronik
yang berkaitan akan mula

belajar mempelajari tulisan jawi.

Hal ini menyebabkan pihak

kerajaan dan swasta telah pun melatih rakyat Malaysia untuk menguasai kemahira tulisan Jawi
ini secara sedar atau tidak sedar, disamping memperolehi maklumat yang diperlukan, bak kata
pepatah Melayu sambil menyelam minum air .

Oleh yang demikian, penggunaan tulisan Jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama
peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi
menghidupkan

semula

kegemilangan

tulisan

jawi

yang

pernah

mencapai

puncak

kemasyhurannya satu ketika dahulu. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya
sebelah pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat
agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

3.3

MELALUI SISTEM PENDIDIKAN

Melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan
membaca tulisan jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama islam di
sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan jawi perlu juga
dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah
sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap
tulisan jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama islam. Malah, di peringkat
institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta (ipta/ipts), langkah memasukkan kemahiran
dan sejarah perkembangan tulisan jawi dalam subjek tamadun islam dan kenegaraan
malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan jawi di peringkat
institusi pengajian tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan jawi pada
papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan
boleh dibilang dengan jari.

3.4

PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa merupakan asas keharmonian sesebuah keluarga. Mereka berperanan penting
sebagai pencorak masa depan anak yang berjaya dalam pelajaran. Sebagai seorang anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada

ibu bapa untuk mencapai

kejayaan yang cemerlang. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak hingga mencapai
kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dinafikan oleh sesiapa pun.
Dalam konteks memperkasakan tulisan jawi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mendapatkan pendidikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebelum anak-anak didedahkan
dengan asas tulisan jawi, ibu bapa itu sendiri hendaklah mempunyai asas dan kemahiran ynag
mantap dalam tulisan jawi. Hal ini demikian kerana anak itu ibarat sehelai kain putih dan ibu
bapa yang perlu mencorakkannya. Sekiranya ibu bapa mengajar anak-anak asas tulisan jawi
sebelum mereka dihantar ke kelas jawi, mereka akan lebih cenderung untuk mendalami ilmu
tersebut kerana telah mempunyai asas serta kemahiran dalam bidang tersebut. Melalui cara
ini, lebih ramai generasi muda akan lebih berminat belajar tulisan secara langsung akan
memperkasakan tulisan jawi pada masa kini.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menghantar anak-anak ke kelas jawi pada usia muda. Hal
ini demikian kerana kanak-kanak lebih mudah menerima atau menguasai sesuatu ilmu pada
usia muda. Kanak-kanak akan menguasai tulisan ini dengan lebih mendalam. Ibu bapa juga
perlu sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada anak-anak agar dapat menaikkan
semangat mereka. Selain memberi dorongan kepada mereka, ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak mereka ke pameran serta pertandingan tulisan jawi yang dianjaurkan. Melalui cara
ini, dapat memupuk minat generasi muda dan dapat melahirkan golongan bijak pandai dalam
bidang tulisaan jawi.
Di samping itu, ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan serta kemudahan kepada
anak-anak agar mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk mempelajari tulisan jawi,
misalnya menyediakan buku latihan tulisan jawi di rumah kepada anak-anak. Ibu bapa juga
boleh menyediakan jadual belajar jawi di rumah untuk anak-anak mreka. Hal ini demikian
kerana melalui latihan dapat mengukuhkan lagi kemahiran seseorang tersebut. Oleh itu, ibu
9

bapa memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan tulisan jawi pada masa
kini.
3.5

PERANAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Mahasiswa daripada setiap institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang
proaktif dalam memartabatkan tulisan jawi. Hal ini demikian kerana golongan ini bakal menjadi
pemimpin negara dan mereka perlu bergerak seiring bersama-sama bagi mengukuhkan serta
menaikkan martabat tulisan jawi pada masa kini. Mahasiswa boleh menganjurkan Minggu
Tulisan Jawi Malaysia di institusi pengajian tinggi masing-masing. Melalui cara ini akan
menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap tulisan jawi. Penglibatan
mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan pengukuhan selaras dengan peranan mahasiswa
sebagai penggerak pembangunan masyarakat. Minggu tulisan jawi malaysia yang dianjurkan
oleh mahasiswa dapat memperkasakan dan memartabatkan tulisan jawi di samping memupuk
kecintaan terhadap tulisan jawi dalam kalangan generasi pada masa kini.
3.6

MENGADAKAN KEMPEN CINTAIKAN DAN MARTABATKAN


TULISAN JAWI

Kempen merupakan salah satu cara yang boleh menarik perhatian masyarakat dalam
usaha memartabatkan tulisan jawi pada masa kini. Hal ini demikian kerana kempen-kempen
yang berkaitan dengan memartabatkan tulisan jawi boleh dianjurkan di sekolah, institusi
pengajian tinggi, pusat-pusat ilmu, dan banyak lagi tempat lain yang strategik. Kempen yang
dianjurkan hendaklah dipenuhi dengan aktiviti yang mampu menarik perhatian serta minat
gegerasi muda seperi pertandingan menulis khat jawi, pameran tulisan khat jawi, menjual buku
yang berkaitan seni khat jawi dan lain-lain. Di samping mengadakan pemeran, papan-papan
tanda juga hendaklah mempunyai tulisan jawi kerana dapat mempraktikkan semua golongan
masyarakat untuk membaca serta menulis. Secara tidak langsung keadaan ini akan mendorong
mereka yang tidak boleh membaca tulisan jawi untuk mempelajari jawi. Kempen untuk
memartabatkan tulisan jawi juga boleh dilakukan dengan setiap masa, lokasi, atau diman sahaja
perlu diletakkan. Media massa hendaklah memberi sokongan dalam kempen ini dengan
menyelitkan berita, iklan, atau papan tanda dalam tulisan jawi. Apabila semua pihak berganding
10

bahu dalam manjayakan kempen ini, sekali gus dapat memperluaskan dan
penggunaannya. Justeru, kempen merupakan kaedah yang berkesan dalam memartabatkan
tulisan jawi pada masa kini.

3.7

MEMPERBANYAKAN BAHAN BACAAN DALAM TULISAN


JAWI

Bahan bacaan merupakan salah satu bahan rujukan yang popular dalam kalangan
masyarakat pada masa kini tanpa mngira umur. Hal ini demikian kerana banyak maklumat yang
dapat diperolehi. Justeru, para penulis dan penerbit buku hendaklah memperbanyakan karya
mereka agar dapat menarik golongan muda dalam tulisan jawi, misalnya komik-komik,
novel,buku cerita kanak-kanak, dan majalah. Bahan bacaan sebegini akan diminati oleh golongan
pelajar serta mahasiswa secara tidak langsung dapat menyemai minat mereka.
Selain itu, mengetahui dasar tulisan jawi akan memudahkan seseorang membaca alQuran. Apabila mengenali huruf serta hukum-hakam dalam tulisan jawi, seseorang itu boleh
mengetahui sebutan al-Quran dengan betul dan membaca dengan lancar. Walaupun sistem
tulisan jawi terlepas jauh sedikit daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab asli, tetapi
mempunyai asas sistem tulisan arab sehigga individu mahir dalam tulisan jawi boleh mendekati
bahasaa Arab dengan lebih mudah.
Di Malaysia, tulisan jawi harus dipandang serius kerana agama rasmi negara kita adalah
agama Islam. Hal ini dikatakan daripada segi hubungan antara agama dengan bahasa di dunia ini.
Umpamanya agama Hindu berpasangan dengan bahasa Sanskrit, agama

Buddha

berpasangan

dengan Cina, agama Kristian berpasangan denagn bahasa Inggeris dan tulisan Romawi, agama
Islam berpasangan dengan bahasa Arab atau pun tulisan Arab serta jawi. Dilihat daripada segi
perkaitan tersebut, kita boleh katakan agama Islam tidak berpasangan dengan tulisan rumi secara
keseluruhannya tetapi berpasangan dengan tulisan arab serta jawi. Oleh itu, bahan bacaan dalam
tulisan jawi hendaklah diperbanyakan agar dapat memartabatkan tulisan jawi pada masa kini.
11

6.0 RUMUSAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting
dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan pengkaji mendapati penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarat Melayu sangat
lemah dan ada sesetengah daripada mereka langsung tidak dapat menguasai tulisan Jawi.
Ternyata pelbagai cara telah dikenalpasti dalam menganggani masalah ini dan hanya perlu pelan
tindakan sahaja yang perlu dijalankan. Dalam hal ini kita seharusnya tidak hanya menunding jari
dan mencari kesalahan pihak yang lain dalam menyelasaikan masalah ini. Seharusnya kita
sebagai rakyat yang peka dan prihatin terhadap isu penguasaan tulisan Jawi ini haruslah sama
mencari jalan penyelasaian yang baik bagi mengembalikan zaman kegemilangan tulisan Jawi ini
pada awal kedatangannya di alam Melayu.
Ternyata langkah yang perlu diambil bagi memartabatkan kembali tulisan Jawi ini
bukanlah sesuatu yang mustahil, kerana dalam dunia yang semantara ini semua perkara boleh
berlaku asalkan ada usaha dan kerjasama semua pihak. Setelah dikaji, pengkaji mendapati
penguasaan tulisan Jawi amatlah penting kerana melalui tulisan ini kita dapat mengembalikan
semua warisan yang ditinggalkan oleh para ulama yang pada masa dahulu amat mengangjungi
tulisan Jawi ini. Hal ini demikian kerana, tulisan Jawi merupakan tulisan yang amat berkait rapat
dengan tulisan al Quran.

12

BIBLIOGRAFI

Amat Juhari Moain. (2004). Sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam Monograf Bahasa,
Sastera, dan Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004. halaman. 167-180.

Hashim Musa. (2006). Epigrafi sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd. Hussein Baharuddin. (2004). Gagasan dan aktiviti ke arah memartabatkan tulisan
Jawi. dalam. Monograf Bahasa, sastera, dan Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004. halaman. 181188.

13

LAMPIRAN

Rajah 1 : Abjad Jawi

Rajah 2 : Batu bersurat yang menggunakan tulisan jawi di Terengganu

Rajah 3 : Contoh papan tanda dalam tulisan jawi yang perlu diwajibkan di seluruh
Malaysia

Rajah 4 : Memperbanyakka bahan bacaan dalam tulisan jawi

You might also like