You are on page 1of 35

50 STRATEGI

PEMASARAN
PREMIUM
Ketahui tips dan strategi pemasaran
premium untuk meningkatkan jualan ke
tahap maksimum!

Hakcipta Terpelihara 2014

Nur Nazihah Hanin binti Abd Razak

sekapuR siRiH
Assalamualaikum dan salam hormat
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan Izin-Nya, saya dapat menyiapkan ebook 50 Strategi Pemasaran
Premium ini.

Terima kasih kerana sudi mendapatkan ebook ini. Tujuan utama ebook ini
dihasilkan adalah untuk berkongsi mengenai strategi-strategi yang bakal
meningkatkan potensi perniaagaan anda.

Melalui ebook ini, saya ingin kongsikan dengan anda satu informasi premium yang
mungkin tidak terdapat di mana-mana. Ebook ini mengandungi 50 strategi
pemasaran premium yang sering digunakan oleh ramai usahawan yang telah
berjaya.

Saya berharap agar anda akan mendapat banyak manfaat melalui perkongsian ini.
Saya juga berdoa agar perniagaan anda terus maju dan berkembang selepas anda
mempraktiskan strategi-strategi yang bakal dikongsikan ini. Sekian

Yang benar,

NUR NAZIHAH HANIN BINTI ABD RAZAK

Hakcipta Terpelihara 2014

isi kandungan

No. Perkara

Muka Surat

1.

Sekapur Sirih

2.

Isi Kandungan

3.

50 Strategi Pemasaran Premium

4.

Penutup

5.

Peluang buat anda...

4 29

30

31 35

Hakcipta Terpelihara 2014

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 1: Nilai Tersembunyi


Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa nilai sebenar
bonus produk anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka
memahami bahawa hanya dengan memiliki produk anda sahaja barulah
mereka mengetahui nilai sebenar bonus tersebut. Anda boleh
menyatakan bahawa, nilai bonus tersebut akan didedahkan sebaik
sahaja mereka mendapatkan produk anda.

Contoh ayat : Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai


RMXXXX jika anda mendapatkan produk ini sekarang!

Strategi 2: Produk Habis Terjual


Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat
yakin bahawa produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan
lama dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan
anda, malah anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan
anggaran jangka masa bila produk anda akan habis dijual.

Contoh ayat ; Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa
seminggu sahaja

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 3: Serangan Bom


Dengan strategi ini, anda perlu memberitahu prospek anda bahawa
anda tidak akan menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel
mereka kepada orang lain. Anda perlu nyatakan bahawa anda faham
situasi mereka dimana mereka sering dibom dengan emel emel
promosi dan iklan. Ianya akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya
mahu membantu mereka mengurangkan emel spam yang tidak
berfaedah.

Contoh ayat : Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap


hari anda diserang oleh bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..

Strategi 4: Tiada Pemasangan


Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan
pemasangan apa apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan
ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk memasang perisian di
komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan
kerja yang rumit.

Contoh ayat : Anda tidak perlu memasang apa apa perisian untuk
menggunakan produk ini..

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 5: Ubahsuai
Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda
mengikut keperluan mereka. Anda juga boleh menyatakan produk
anda sangat mudah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau
keperluan mereka.

Contoh ayat : Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan
anda dengan mudah..

Strategi 6: Penetapan
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya
akan membuat pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran
bulanan atau tahunan. Maknanya, anda membuat penetapan bayaran
hanyalah sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan
mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar
yuran secara berulang ulang setiap bulan.

Contoh ayat: Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan


sekali sahaja seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 7: Mereka Melakukannya


Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang
yang telah mendapat faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan
mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para pelanggan anda atau
letakkannya sebagai faedah produk di surat jualan anda. Letakkan
juga sebagai testimonial.

Contoh ayat: Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John


pula baru sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan
apa yang ditunjukkan dalam ebook saya..

Strategi 8: Rakan JV Peribadi

Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli produk anda,


mereka berpeluang mempromosikannya juga. Berikan pelanggan anda
komisen yang tinggi berbanding affiliate anda yang lain. Sebagai
galakan, beritahu mereka juga jumlah rakan rakan JV anda dan
jangan lupa nyatakan betapa besarnya reputasi rakan JV anda.

Contoh ayat: Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk


menjadi rakan JV istimewa saya dan menikmati komisen istimewa
juga..

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 9: Bayangkan
Dengan menggunakan strategi ini, anda memberitahu prospek anda
agar membayangkan faedah faedah yang bakal mereka miliki jika
mendapatkan produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketika
pertama kali melihat iklan anda, jadi dengan kaedah ini ianya akan
membantu mereka membeli dari anda di lain hari walaupun tanpa
melihat iklan anda.

Contoh ayat: Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan


surat yang mengandungi wang pos didalamnya walaupun anda hanya
duduk dirumah tanpa berpeluh..

Strategi 10: Lakukan Sendiri


Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak melakukannya sendiri
untuk mendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka mampu
melakukannya. Anda hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka
tidak dapat melakukannya sendiri tanpa bantuan dari produk anda.

Contoh ayat: Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupah


orang lain, sedangkan dengan bantuan produk kami anda boleh
melakukannya sendiri..

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 11: Tidak Mustahil


Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa inilah masa yang
sesuai untuk memenuhi keinginan mereka kerana produk anda
menyediakan segala yang dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkan
produk anda dengan perkembangan terkini contohnya; teknologi baru,
bahan terbaru, informasi terbaru dan sebagainya.

Contoh ayat: Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi,
kerana ebook yang kami terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru
yang belum pernah didedahkan..

Strategi 12: Ketinggalan


Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan
ketinggalan dari segi peluang untuk mencapai matlamat bersama
dengan produk anda. Anda mungkin boleh mengingatkan mereka
bahawa ianya ada dinyatakan di media seperti TV, radio mahupun
majalah.

Contoh ayat: Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak


menyertai program kami, adakah anda mahu ketinggalan?..

10

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 13: Sangat Penting


Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat penting
untuk mereka membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika
tidak mereka akan terlepas sesuatu yang sangat penting. Ini
disebabkan ramai yang meninggalkan surat jualan anda tanpa
membaca sepenuhnya.

Contoh ayat: Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk anda
baca, kerana anda berkemungkinan tidak menemuinya lagi..

Strategi 14: Tindakan Pertama


Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang mereka perlu
lakukan sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkin
membeli produk anda atau sekadar mendaftar sebagai subscriber dan
sebagainya.

Anda

juga

boleh

nyatakan,

jika

mereka

gagal

mengikutinya ianya akan menyebabkan mereka kerugian dari segi


masa, wang, tenaga dan sebagainya.

Contoh ayat: Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum


menikmati pemberian percuma ini ialah..

11

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 15: Sedia Maklum

Strategi ini akan memberitahu prospek anda tentang fakta yang


menyokong produk anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yang
diketahui ramai dan umum. Ianya boleh menjadi lebih berkuasa
kerana fakta tersebut sudahpun diterima oleh prospek anda sebelum
ini dan mereka mempercayainya.

Contoh ayat: Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang


mengandungi lemak yang tinggi sangat memudaratkan, sebab itulah
produk kami merupakan produk bebas lemak..

Strategi 16: Fungsi Yang Sama


Melalui strategi ini, anda memaklumkan bahawa produk anda sama
fungsi dan piawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya
lebih murah. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda faham
ramai yang kurang mampu mendapatkan produk sedemikian namun
sekarang mereka boleh mendapatkan produk yang sama fungsinya
pada harga terendah (semestinya produk anda).

Contoh ayat: Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang sama
kualitinya dan sama fungsinya seperti mesin urut berjenama tetapi
pada harga yang jauh lebih rendah..

12

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 17: Senaraikan


Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit tindakan
fizikal, berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya,
secara tidak langsung menanamkan minat terhadap produk anda.

Contoh ayat: Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan


matlamat anda untuk bulan ini..

Strategi 18: Kadang Kala


Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa ada masanya keadaan
berubah dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuai
dengan keadaan semasa. Orang ramai akan berminat dengan produk
anda seandainya produk anda boleh memudahkan keadaan, lebih
murah, lebih pantas dan sebagainya.

Contoh ayat: Kadang kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kita
dengan keadaan setempat dan sebab itulah produk kami dicipta agar
anda boleh menggunakannya dimana mana serta bila bila masa
sahaja..

13

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 19: Tiada Aduan


Melalui strategi ini, anda memberitahu prospek anda bahawa dengan
menggunakan produk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduan
orang ramai. Ramai orang sangat mengambil serius tentang aduan
mengenai mereka.

Contoh ayat: Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan
mengenai bau badan yang kurang enak dengan menggunakan produk
kami..

Strategi 20: Setiap Hari


Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang setiap hari
mereka lihat atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya
kemungkinan satu topik hangat yang sedang dibincangkan diperingkat
dunia ataupun dikalangan niche anda. Anda berikan mereka fakta dan
buktikan ianya benar, serta beritahu mereka bahawa mereka akan
ketinggalan sekiranya tidak memiliki produk anda.

Contoh ayat: Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya


penjagaan alam sekitar agar hidup lebih selesa dan jika anda
mendapatkan produk kami, anda telahpun menyumbang ke arah alam
sekitar yang lebih bersih..

14

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 21: Mereka Tidak tahu


Kaedah

ini

memberitahu

prospek anda

bahawa mereka

akan

mempunyai kelebihan berbanding pakar jika mereka mendapatkan


produk anda.

Ayat contoh: Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan
jika anda mendapatkan ebook ini, anda akan memiliki banyak
kelebihan berbanding mereka..

Strategi 22: Perubahan


Gunakan strategi ini dan nyatakan kepada prospek anda bahawa apa
yang mereka lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan
berminat dengan produk anda jika ianya lebih baik daripada apa yang
mereka ada sekarang untuk mencapai matlamat.

Contoh ayat: Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah


dan anda bakal ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..

15

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 23: Permulaan


Dalam strategi ini, anda akan memberitahu prospek anda bahawa
mereka adalah yang pertama berpeluang memiliki produk anda.
Mereka akan menyukai sesuatu yang kelihatan rahsia dan faedah
faedah yang diperolehi dimana mereka menjadi orang terawal
memilikinya.

Contoh ayat: Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan


anda agar tidak menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik
ebook ini..

Strategi 24: Belum Lagi


Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting atau menari
untuk disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh
berikan pembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka
meneruskan pembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca
sehingga habis surat jualan anda, ada kemungkinan mereka kan
membeli.

Contoh ayat: Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia


ini, tetapi anda akan mengetahuinya nanti di akhir surat jualan
ini..jadi teruskan bacaan anda dan saya pasti anda akan teruja..

16

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 25: Pergi dan Rugi


Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka harus
bertindak sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yang
menganggap itu hanyalah gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa
ianya serius dan bukan satu gimik.

Contoh ayat: Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan


laman ini maka anda tidak akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi
di lain hari..

Strategi 26: Kejayaan Sebenar


Beritahu

prospek

anda

bahawa

mereka

memerlukan

sesuatu

pemangkin atau faktor (tool) untuk mencapai keinginan mereka.


Semestinya, anda memperkenalkan produk anda sebagai pemangkin
tersebut. Anda juga boleh menyatakan bahawa ramai orang memiliki
attitud yang betul tetapi tidak semuanya memiliki tool yang betul
untuk berjaya.

Contoh ayat: Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat


bergantung kepada tool promosi yang digunakan, maka produk kami
adalah tool terbaik untuk menjadi affiliater yang berjaya..

17

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 27: Kuota


Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu bertindak
segera dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana
kuota

adalah

terhad.

Beritahu

mereka,

bahawa

anda

telah

menghebahkannya kepada ramai orang diluar sana dan kemungkinan


kuota akan dipenuhi dengan cepat. Dengan ini, prospek anda akan
merasa bahawa mereka bukanlah orang terawal yang menerima
informasi tersebut.

Contoh ayat: Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum
ini saya telah hebahkan kepada semua orang diluar sana sebelum anda
menerima emel pemberitahuan ini..

Strategi 28: Tiada Rekod


Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma, nyatakan
kepada prospek anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar
anda samada dalam bentuk audio atau video. Jika mereka tidak
menghadirinya, mereka tidak akan tahu isi kandungan seminar anda.
Boleh juga jika anda menyatakan bahawa rekod video atau audio anda
menjadi produk berbayar nanti. Pastinya, mereka yang tidak mahu
mengeluarkan kos akan menghadiri seminar anda.

Contoh ayat: Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar
ini kerana seminar percuma ini tidak akan direkodkan dalam bentuk
video mahupun audio

18

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 29: Yuran Keahlian


Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk produk
atau laman keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan
bahawa yuran telahpun anda mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini
akan membuatkan prospek anda berasa sangat gembira dengan
kemudahan yang anda sediakan. Jika mereka gembira, mudahlah
untuk anda mempromosikan produk.

Contoh ayat: Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk


anda dan menambahkan lagi bonus yang bernilai RM..

Strategi 30: Ingin Berbicara


Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak lebih
peribadi walaupun hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang
membaca emel yang bersifat peribadi berbanding emel secara
rambang. Selain itu, dengan teknologi yang semakin canggih anda
mungkin boleh mengajak mereka chat melalui YM atau Skype.

Contoh ayat: Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semoga


perbincangan kita ini mampu menyelesaikan masalah anda..

19

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 31: Jual dan Untung


Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati komisen yang
istimewa jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantu
memberikan motivasi buat mereka untuk mempromosikan produk anda
secara besar besaran.

Contoh ayat: Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akan


diberikan bonus hebat bernilai RM1000..

Strategi 32: Laman Keahlian Isitimewa


Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan kepada prospek
anda bahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika
mereka membeli melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman
keahlian, berikan sesuatu yang sukar untuk dilepaskan atau boleh
memberi penjimatan kepada mereka.

Contoh ayat: Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma


selama 6 bulan sekiranya anda membeli melalui link affiliate saya..

20

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 33: Sudahkah Anda Memiliki


Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda bahawa mereka
memerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produk
anda. Anda boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma atau
bayaran minimum agar mereka boleh memanfaatkan produk anda
sepenuhnya. Dengan ini, ia menggalakkan mereka untuk mendapatkan
lagi produk anda dimasa hadapan.

Contoh ayat: Sudahkah anda memiliki produk kami namun belum


menggunakannya, jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimana
produk ini akan membantu anda sepenuhnya..

Strategi 34: Baru dan Murah


Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan produk yang
terbaru dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa,
ramai juga menjualnya diluar sana namun harganya berlipat kali ganda
dan nyatakan juga bahawa anda membantu menjimatkan pelaburan
mereka.

Contoh ayat: Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya


pada harga terendah berbanding di tempat lain..

21

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 35: Adakah Anda Bersedia?


Strategi

ini

memberitahu

prospek

anda

bahawa

anda

akan

melancarkan produk terbaru anda. Notis pra pelancaran akan


menyemarakkan lagi minat mereka terhadap produk anda. Namun,
jangan berikan kesemua info mengenai produk anda, sebaliknya
biarkan mereka membayangkannya sendiri.

Contoh ayat: Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagi
revolusi perniagaan internet akan muncul..

Strategi 36: Terima Kasih


Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih kepada semua
pelanggan dan prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkan
bahawa perniagaan anda disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan
di luar sana. Ini boleh menambahkan reputasi dan juga kredibiliti
anda sebagai penjual.

Contoh ayat: Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih


kepada

semua pelanggan

termasuklah para subscribers

yang

menyokong pelancaran produk ini..

22

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 37: Ceritakan Kepada Saya


Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda memberikan
testimonial kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk atau
mendapatkan khidmat nasihat anda. Anda boleh benarkan mereka
meletakkan link mereka diakhir testimonial dan tujuannya agar
mereka mendapat publisiti juga. Hebahkan testimonial mereka di
laman web, blog atau kumpulkannya di dalam sebuat repot atau ebook.

Contoh ayat: Bolehkah anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjak


menggunakan produk kami..

Strategi 38: Bahagian ke 2


Strategi ini akan memberitahu prospek anda untuk membaca
bahagian ke-2 mesej anda walaupun mereka belum lagi membaca
bahagian pertama mesej anda untuk mengetahui keseluruhan mesej
yang anda ingin sampaikan. Ini membantu mereka yang tidak membaca
mesej anda untuk berasa teruja kerana ianya seolah olah satu
misteri bagi mereka. Anda boleh letakkan salinan mesej pertama anda
diakhir mesej ke 2 anda sebagai rujukan.

Contoh ayat: Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej


pertama dimana segala penyelesaian terhadap masalah kewangan anda
akan ditunjukkan satu persatu..

23

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 39: Statistik


Strategi ini akan menerangkan prospek anda tentang statistik yang
terkini mengenai produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat
penting tak mahu mereka terlepas peluang untuk memperbaiki
kehidupan mereka. Dengan ini, anda kelihatan ikhlas mahu membantu
mereka.

Contoh ayat: Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30%


pelawat sahaja membaca info ini sehingga habis dan saya tidak mahu
anda mengabaikan info ini demi kebaikan anda..

Strategi 40: Menyimpan Rahsia


Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa anda telah
menyimpan rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk
sekian lama. Beritahu mereka bahawa ianya adalah produk yang
sangat mengujakan, dan anda bersedia untuk melancarkannya serta
anda tidak boleh menyimpan rahsia tersebut seorang diri lagi. Jadi,
mereka akan ingin tahu apakah yang menyebabkan produk anda begitu
bernilai sehingga anda sanggup merahsiakannya sekian lama.

Contoh ayat: Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang
diri, namun akhirnya saya sedia berkongsi dengan anda melalui
produk..

24

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 41: Pernahkah Anda Dengar


Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa jika mereka tidak
membaca mesej anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi
dimasa

hadapan. Semestinya

orang ramai

sangat menggemari

informasi terbaru dan produk yang boleh mengubah hidup mereka.

Contoh ayat: Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk


ini, atau anda tidak akan menemukannya lagi jika anda meninggalkan
web ini sekarang..

Strategi 42: Salah Cetak


Dalam strategi ini, anda beritahu prospek anda bahawa kenyataan
tentang produk anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya
benar dan terbukti. Mungkin sesetengah orang menganggap ianya
terlalu mustahil dan ada kesilapan dalam penulisan surat jualan.
Nyatakan dengan tegas bahawa ianya bukan kesilapan dari segi
penulisan tetapi ianya benar.

Contoh ayat: Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalah
benar belaka..

25

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 43: Lebih Panjang


Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian, umumkan kepada
prospek anda bahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebih
menjimatkan sekiranya memilih untuk menjadi ahli jangka panjang.
Contohnya yuran bulanan anda ialah RM20 tetapi yuran tahunan pula
hanya RM100, jadi mereka dapat berjimat RM20. Ataupun, jika
mereka upgrade keahlian kepada 1 tahun di lain masa , mereka akan
membayar RM110. Kaedah ini akan menimbulkan rasa ingin bertindak
cepat dikalangan pospek anda.

Contoh ayat: Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati


penjimatan RM20 berbanding menjadi ahli biasa yang membayar
yuran bulanan..

Strategi 44: Pelancaran Rasmi


Strategi ini akan mengumumkan bilakah anda akan melancarkan
produk anda, dan ini akan membantu prospek anda bersedia untuk
membeli. Ini akan memberikan ruang kepada prospek anda untuk mula
mengumpul wang dan dana yang berkaitan. Jika anda menyediakan
program affiliate, ini memudahkan para affiliater anda melakukan pra
promosi. Ingatkan mereka, bahawa akan menghantar emel ketika
pelancaran nanti.

Contoh ayat: 3 hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..

26

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 45: Saya Teruja


Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja dengan
jualan produk terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal
beberapa unit lagi untuk dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas
peluang, semestinya mereka akan membuat keputusan dengan segera.

Contoh ayat: Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat
laris, namun kini hanya tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya
tutup jualannya..

Strategi 46: Hubungi Saya


Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana mesej yang
anda ingin sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap
jemputan anda amat penting dan bermanfaat.

Contoh ayat: Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..

27

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 47: Jika Anda Seperti Saya


Strategi ini ialah anda memberitahu propsek anda bahawa anda juga
sama seperti mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi,
nyatakan betapa produk anda boleh membantu mereka dengan mudah
tanpa perlu bekerja keras.

Contoh ayat: Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim
bagi menguruskan badan, inilah produk terbaik yang akan membantu
anda..

Strategi 48: O.T.O


Beritahu prospek anda di laman pertama web anda, bahawa anda
menyediakan tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang
kedua.

Contoh ayat: Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran


terhad yang kami sediakan..

28

Hakcipta Terpelihara 2014

Strategi 49: Tidak Mempercayai


Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak
mempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama
seperti mereka yang kali pertama melihatnya. Ini akan menghapuskan
ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda
sudahpun menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan
yang anda tidak benar.

Contoh ayat: Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti


anda yang pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula
dipenuhi wang setiap hari..

Strategi 50: Pendekkan Waktu


Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa
berbulan bulan untuk mencapai matlamat mereka jika mereka
melakukannya bersendirian. Ramai orang suka menjimatkan masa dan
gemar memilih idea yang memudahkan.

Contoh ayat: Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin


mengambil masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampu
menjadikannya 6 hari sahaja..

29

Hakcipta Terpelihara 2014

penutup

Tahniah kerana anda berjaya menamatkan bacaan anda! Saya harap anda akan
mempelajari sesuatu yang berguna melalui perkongsian ebook ini. Saya yakin ada
banyak idea yang boleh membantu anda melakukan pemasaran secara lebih
berkesan.

Oleh itu, membaca sahaja tidak cukup untuk melakukan perubahan. Apa yang
paling penting ialah tindakan yang harus anda lakukan setelah mengetahui
strategi pemasaran premium yang telah dikongsikan.

Akhir kata, gunakan sebaik mungkin ilmu ini untuk anda berjaya dalam pemasaran
perniaagaan anda. Saya doakan supaya anda terus maju dan berjaya. Sekian...

Yang benar,

NUR NAZIHAH HANIN BINTI ABD RAZAK

SSHHHH...
SAYA ADA SESUATU YANG HEBAT UNTUK ANDA!

30

Hakcipta Terpelihara 2014

dan anda boleh praktiskan apa yang telah anda


pelajari disini...

31

Hakcipta Terpelihara 2014

Projek pendapatan pasif

Ketahui satu fenomena luar biasa yang bakal memerdekakan


anda daripada dibelenggu masalah kewangan!

Sila ke url berikut untuk mendapatkan rahsia ini...


http://projekpendapatanpasif.com/r/533756/interview

32

Hakcipta Terpelihara 2014

Anda tak perlu


bimbang...

Kerana ada
sesuatu yang boleh
membantu anda...
33

Hakcipta Terpelihara 2014

Sila ke url berikut untuk mendapatkan rahsia ini...


http://www.kerisjutawan.com/hop.php?ref=cikkumakuma

34

Hakcipta Terpelihara 2014

Semoga anda
terus maju...

35

Hakcipta Terpelihara 2014

You might also like