You are on page 1of 18

Kuliah 4

(a) Model Tyler

MODEL TYLER

Model Tyler merupakan model


perkembangan kurikulum yang sangat
terkenal. Dalam bukunya yang terkenal
Basic Principles of Curriculum and
Instruction (1949), Tyler menekankan
bahawa pengembangan kurikulum untuk
bidang pembelajaran apapun harus
didasarkan kepada 4 pertanyaan seperti
berikut:

Apakah tujuan yang hendak dicapai?

Pengalaman apa yang perlu diberikan untuk


mencapai tujuan itu?

Bagaimana mengatur pemberian pengalaman


itu secara efektif?

Bagaimana mengetahui apakah tujuan telah


dicapai?

PRINSIP ASAS Model Tyler


4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:

Objektif pendidikan

Kandungan Kurikulum

Kaedah Pengajaran

Penilaian

OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER menentukan :

Matlamat pendidikan yang hendak dicapai.

Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman


pembelajaran.

Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi


pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran.

Pengujian dan penilaian.

Sumber Objektif Pendidikan


Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi
:

Menentukan apakah keperluan pelajar dari


segi fizikal, sosial, emosi, spirituil, dsb.

Menentukan apakah pengetahuan, idea,


sikap, dan tabiat pelajar.

Menentukan apakah minat pelajar.

Didapati melalui kajian terhadap keadaan


semasa:

menentukan apakah pengetahuan,


kemahiran dan kebolehan yang diperlukan
dalam masyarakat semasa.

Memastikan pendidikan dapat dipindahkan


ke alam pekerjaan.

Tapisan Objektif Pendidikan

Menggunakan falsafah dalam memilih


objektif:-

Falsafah pendidikan dan falsafah sosial


boleh digunakan sebagai saringan untuk
memilih objektif pendidikan.

Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan


dalam falsafah boleh menentukan sama
ada menerima atau menolak sesuatu
objektif.

Menggunakan psikologi dalam memilih


objektif :

Pengetahuan psikologi dapat menentukan


sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau
tidak bagi tahap pencapaian dan umur
pelajar.

Pengetahuan psikologi memberi petunjuk


tentang jangka masa belajar yang
diperlukan oleh pelajar.

Kandungan Kurikulum

Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan


pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh
pendidik.
Perancang kurikulum mesti memilih subjek, pengalaman
pembelajaran dan kandungan yang perlu didedahkan
kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
Bahan kurikulum tersebut mestilah disusun kepada
bahan pengajaran yang unit unit kecil dan mengikut
turutan daripada mudah kepada kompleks agar pelajar
dapat menerima pengajaran daripada pendidik seratus
peratus.
Untuk menyusun kandungan Tyler menyarankan tiga

Untuk menyusun kandungan Tyler


menyarankan tiga prinsip utama:
I. Prinsip kesinambungan
II. Prinsip ketertiban
III. Prinsip kesepaduan

KAEDAH

Tatacara atau kaedah


Pemilihan set set kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai sangat penting untuk
membawa kesan terbaik kepada pembelajaran
pelajar.
Para pendidik mestilah memilih buku buku
rujukan yang sesuai di samping pemilihan alat
bantu mengajar yang menarik dan sesuai
dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

Kaedah penilaian digunakan untuk melihat


kesan ketercapaian objektif dan matlamat
kurikulum berjaya atau pun tidak.
Penilaian boleh dilakukan secara penilaian
formatif yakni penilaian berterusan contoh
kuiz,kerja kursus dan aktivt slps p&p dan
penilaian sumatif iaitu penilaian di peringkat
akhir sahaja. Contohnya peperiksaan umum ;
final exam, PMR & SPM.

KEKUATAN MODEL TYLER


bersistematik dalammenyediakan idea
yang jelas terhadap hasilan agar
kandungan dan tatacara dapat
disepadukan serta dinilai.
logik dan diterima kerana kesesuaiannya
dalam penyusunan aras kurikulum yang
dimulakan dengan penetapan matlamat
dan objektif pengajaran.

Model ini juga memerlukan pelajar berinteraksi


dan menyuaikan diri dalam pelbagai
persekitaran luaran kerana model ini
mementingkan pengalaman pembelajaran oleh
pelajar sebagai asas untuk menjayakan model
ini.
Di sini pelajar akan membina kemahiran berfikir,
membantu mencari maklumat dan menanam
minat dan sikap pelajar sendiri.

KELEMAHAN MODEL TYLER

Terlalu tertakluk kepada objektif.


Ini kerana dalam keadaan sebenar,
perkembangan kurikulum boleh bermula
dengan elemen-elemen lain seperti
menentukan kandungan atau menetapkan
kaedah. Menetapkan objektif pada peringkat
awal juga dilihat sebagai menghadkan
bilangan objektif di samping mengekang
kreativiti.

Terlalu linear
Menggunakan model ini perlu mengikut
langkah-langkah tertentu iaitu menentukan
objektif dulu, kemudian memilih kandungan,
dan seterusnya menetapkan kaedah dan
penilaian. Penilaian pula dilakukan pada
peringkat akhir atau setelah selesai program
dilaksanakan.

KESIMPULAN

Model Tyler merupakan model yang popular


dan banyak digunakan dalam perkembangan
kurikulum kerana sistematik dan mudah
digunakan.
Ianya melibatkan empat langkah iaitu
penetapan objektif, pemilihan kandungan,
penentuan kaedah penyusunan dan
penyampaian, dan menentukan kaedah
penilaian. Selain daripada itu model ini
dianggap logikal kerana dimulakan dengan
penentuan objektif.

You might also like