You are on page 1of 3

Pengalaman ras kepada hubungan etnik.

Istilah ras yang dipakai dalam media massa sekarang merujuk kepada etnik atau
suku bangsa. Pengenalan ras kepada masyarat mewujudkan rasisme dalam hubungan antara
etnik. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh
sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan ciri-ciri fizikal-biologikal, ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka
melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa melalui
diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.

Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap
individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang
berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat
individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.

Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang
berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

Contoh yang paling ketara dapat dilihat dalam masyarakat dunia adalah situasi yang
sering berlaku di negara Amerika Syarikat dimana kebanyakan sector dimonopoli oleh orang
berkulit putih yang bersikap diskirimanasi terhadap orang berkulit hitam. Hal ini telah wujud
sejak tahun 1948.

Ketika itu, Di Afrika Selatan, wujud apartheid, yang mana merujuk kepada pemisahan
kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana
menteri Afrika Selatan ke-7, terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya
secara berleluasa sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih
(terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas

kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk
diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah
disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau
dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek
kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih,
tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang
berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa
buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak
mengundi dan hak kerakyatan yang lain.

Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi
presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini,
kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit
putih dengan kulit hitam di seluruh dunia.

Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran


seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler. Isu
rasa tau perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan
manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.

Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum
dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh
negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu
dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan


penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak
pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu
golongan Melayu. Cina dan India.

Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu
supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi
daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak
prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai
kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di
kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci
menbenci di kalangan mereka. Sukar untuk mengakui, pada masa kini masih wujud sikap
rasisme dalam kalangan masyarakat kita.

Rujukan:
Reilly, Kevin; Kaufman, Stephen; Bodino, Angela (2003). Racism : a global reader.
Armonk, N.Y: M.E. Sharpe. pp. 1516. ISBN 978-0-7656-1060-7.
Sanders, Edith (1969). "The Hamitic Hypothesis: Its Origin and Functions in Time
Perspective". Journal African History 10 (4): 521532. doi:10.1017/S
0021853700009683
Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia
Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver
lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.

You might also like