You are on page 1of 1

OLEH

TAJUK

:
:

ANUAR BIN AHMAD (NO PENYUMBANG: 007821)


'YB In D' House" Berjaya Tarik Belia Dekati Pemimpin

ADUN Senggarang, Aziz Ismail buat julungkalinya mengadakan program interaksi bersama
anak-anak muda sekitar DUN Senggarang.
Program yang juga dikenali dengan nama "YB In D' House" itu diadakan untuk memberi ruang
secara terus bagi anak-anak muda berdailog dan mencadangkan idea-idea segar bagi memajukan
kawasan Senggarang.
Dalam program itu pelbagai soalan dan cadangan kritis telah dikemukakan oleh anak-anak muda
ini dan kebanyakan idea-idea bernas tersebut ialah berkenaan hala tuju pentadbiran dan
perancangan aktiviti daripada pelbagai asepek termasuklah ekonomi, pendidikan dan lain-lain
lagi.
Anak-anak muda ini turut diberi peluang untuk bertanyakkan banyak persoalan tentang dasardasar yang akan dilaksanakan oleh ADUN pada tahun 2015 yang bakal menjelma.
Terdahulu, dalam sesi dialog itu, Aziz meminta golongan anak muda mencetuskan idea-idea
segar dengan mengemukakan permasalahan mengikut saluran yang tepat termasuk menyediakan
kertas kerja lengkap dalam setiap permohonan dan laporan.
"Cetusan idea yang dilontarkan oleh anak-anak muda ini sangat ikhlas dan sentiasa bertujuan
menyatupadukan rakyat untuk sama-sama berusaha memajukan DUN tanpa mengharapkan
bantuan kerajan semata-mata.
Selain mengambil perhatian berhubung masalah penduduk terutama kemudahan pembangunan,
selaku ADUN saya juga akan terus berperanan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan
masalah yang boleh diatasi melalui kerjasama penduduk, katanya.
Tidak ketinggalan ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Batu Pahat, Hairurazi Adam yang
turut menjelaskan bahawa tujuan utama program terbabit adalah untuk mengeratkan silaturahim
antara pihak pemimpin dan anak-anak muda serta penduduk.
"Hubungan yang baik ini akan dapat membantu mengatasi permasalahan yang mungkin timbul
pada masa akan datang.
Kita juga berharap penduduk mengetahui perkhidmatan yang disediakan dan selepas ini boleh
berurusan dengan ADUN berkenaan sekiranya memerlukan perkhidmatan mereka, katanya.
Sementara itu, majlis tersebut juga sedikit sebanyak diisi dengan penerangan mengenai dasardasar kerajaan dan majlis interaksi yang telah bermula sekitar jam 8.00 malam itu telah berjaya
mengumpulkan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada anak-anak muda sekitar DUN
Senggarang.

You might also like