You are on page 1of 3

Utusan

Online/
Berita/
Nasional/

Hampir 2,000 golongan LGBT pulih


Kebanyakan berubah,menghayati kehidupan muslim
MAISARAH SHEIKH RAHIM | 12 November 2014 2:40 AM
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah
berjaya menarik minat lebih 2,000 individu dalam kalangan kumpulan lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) menyertai pelbagai program yang dianjurkan demi
menyantuni golongan sasaran itu sejak 2005.
Ketua Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, sebahagian besar daripada jumlah itu
telah berubah dan kembali menghayati kehidupan muslim yang normal.
Katanya, impak positif daripada program-program tersebut juga telah membuka hati
sebahagian golongan itu untuk terlibat secara aktif bersama jabatan itu dalam
mempergiatkan dakwah kepada rakan-rakan komuniti mereka.
Sejak 2005 dan sehingga kini secara umumnya program-program seperti kelas-kelas
pengajian al-Quran dan ilmu fardhu ain; khidmat nasihat; seminar pemantapan
akhlak; motivasi dan dakwah jalanan telah dilaksanakan selain penggunaan laman
sosial sebagai medium perkongsian ilmu.
Program tersebut dapat membantu mereka mengenal diri serta kembali kepada
fitrah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Paimuzi berkata, Jawi juga telah menganjurkan Majlis Perundingan
Islam; Hak Asasi Manusia; Orientasi Seksual dan Identiti Jantina pada tiga tahun lalu
bagi memahami kecelaruan jantina yang dihadiri pelbagai agensi dan pakar perubatan.
Jelas beliau, dalam majlis tersebut telah memutuskan bahawa individu transgender
yang diiktiraf bersama syariah dan pakar perubatan sahaja boleh diterima sebagai mengalami masalah perubatan tulen.
Jawi amat mengalu-alukan jalinan kerjasama dan penyertaan daripada agensi dan
individu dalam menguruskan isu kecelaruan jantina serta bersedia memberi
bimbingan berterusan kepada golongan ini.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi di
talian 03-22749333, katanya.


D'Joker cari pasaran di Malaysia


Hip Remaja: Pereka hiasan dalaman ceburi dunia kecantikan


80 sukarelawan bantu mangsa banjir


'Pertandingan' sebenar Ewal baru bermula
Artikel berkaitan

Media sosial ancaman baharu membimbangkan


Jangan timbulkan provokasi agama
Wujudkan subjek budi, nilai murni
MPN keluar 25 resolusi tangani pekerja asing
Hanya 2.9 juta sah
Lebih 138,000 komputer RM138j disita

Penduduk mohon dewan serbaguna


Tubuh sukarelawan tangkap PATI
Hampir 2,000 golongan LGBT pulih
Nyawa jadi taruhan

You might also like