You are on page 1of 2

REFLEKSI

Saya Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay bersama kawan saya telah menjalankan
pengalaman berasaskan sekolah di SJK(T) Kuala Kubu Bharu, Jalan Dato Balai, 44000 Kuala
Kubu Bharu, Selangor bermula dari 01.04.2013 hingga 05.04.2013.
Saya dapat merumuskan bahawa saya menimba satu pengalaman yang baru dalam
tempoh seminggu saya berada di sekolah menjalankan Latihan Pengalaman Berasaskan
Sekolah ini. Saya amat gembira serta bersyukur kerana saya dapat menyiapkan portfolio ini
dalam tempoh masa yang diberikan. Saya mempelajari banyak perkara baru semasa berada di
sekolah tersebut. Saya dapat mengetahui tentang bagaimana proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu matapelajaran dijalankan.Selain itu, saya juga mendapat tahu cara-cara
seseorang guru mengendalikan pelajar yang lemah di dalam sesebuah bilik darjah. Saya juga
mendapat tahu tentang punca-punca masalah seseorang pelajar. Selain itu, saya juga dapat
berinteraksi dengan pelajar-pelajar serta guru-guru di situ.
Semasa memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, saya
mendapat tahu cara guru mengendalikan pelajar yang lemah serta cara guru menilai perbezaan
setiap individu. Saya juga dapat mengenalpasti bagaimana seseorang guru mengesan
pembelajaran telah berlaku. Saya juga mendapat tahu tentang beratnya tugas seseorang guru
dalam mengajar.
Sebelum saya pergi ke sekolah tersebut, saya berasa amat gementar dengan bantuan
serta kerjasama yang akan diberikan kepada saya. Tetapi setelah pergi ke sekolah tersebut,
saya berasa amat berat hati untuk meninggalkan sekolah tersebut. Ini adalah kerana layanan
yang diberikan kepada saya cukup baik. Saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih
kepada pihak sekolah.
Selain itu, melalui pemerhatian saya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani, saya telah mendapat tahu bahawa sebagai seorang guru pendidikan
jasmani, kita perlu merancang pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap usia serta
kesesuaian anak murid. Selain itu saya juga dapat mengetahui tentang kepentingan
menjalankan aktiviti pemanasan badan serta aktiviti penyejukkan badan untuk anak murid kita.
Di samping itu, saya juga mengetahui bahawa aktiviti yang dijalankan oleh kita perlulah

merangkumi semua jenis kemahiran. Kita juga sebagai seorang guru pendidikan jasmani
perlulah sentisa peka dan mengambil berat tentang keselamatan pelajar kita semasa
melakukan aktiviti sukan.
Saya mendapat tahu banyak perkara baru berdasarkan Latihan

Pengalaman

Berasaskan sekolah ini. Saya amat gembira kerana saya dapat menyiapkan portfolio ini.
Sekian, terima Kasih.

You might also like