You are on page 1of 4

ISL TOPIK 4

TUTORIAL 11
Maklumat Berkaitan Model Assure & Model Addie
Model ASSURE
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk
menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada P&P di bilik darjah dan ditujukan
khas kepada setiap pengajar.
Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :
A - Analisis pelajar (analyse learner)
S - Nyatakan objektif ( state objective)
S - Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials)
U - Gunakan media dan bahan ( utilise media dan materials)
R - Galakkan penglibatan murid ( required learner participation)
E - Penilaian dan semak ( evaluatioan and revise)

Model ADDIE
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada
model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang
ditunjukkan di bawah:
-Analisis
-Rekabentuk
-Pembangunan
-Pelaksanaan
-Penilaian

Analisis
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran
pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat

beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :


Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?
Reka bentuk
Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi
rekabentuk
Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna
seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
Membangunkan papan cerita
Mereka bentuk antara muka
Membangunkan prototaip
Menggunakan reka bentuk visual
Pembangunan
Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi
keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan
dapat beroperasi dengan berkesan.
Pelaksanaan
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi
mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya
berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya
kepada pengguna sasaran untuk digunakan.
Penilaian
Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi
setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk
pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi
kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik
penyeliaan dan pengujian.

1)Peranan dan kepentingan model ASSURE dan model ADDIE.


Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa
digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.Tujuan utama reka bentuk
pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan SERTA
digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar,
sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan
pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
2)Nyatakan persamaan dan perbezaan antara model ASSURE dan model ADDIE.
PERSAMAAN
*Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media.
*Setiap model ada fungsi yang tersendiri.
PERBEZAAN
- Definisi: Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media manakala model
ADDIE merupakan satu model rekabentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik
iaitu mode.
- Peringkat: Model ASSURE mengandungi enam langkah manakala model ADDIE
mengandungi lima langkah.

-Jenis Peringkat: Model ASSURE bermula dengan menganalisis ciri-ciri pelajar,


menyatakan objektif P&P, pemilihan media dan bahan pengajaran-pembelajaran,
penggunaan media dan bahan pengajaran- pembelajaran, penglibatan pelajar dalam
proses pembelajaran dan menilai dan semak semula keberkesanan penggunaan media
dan bahan P&P. Model ADDIE pula bermula dengan analisis, bentuk, bina, laksana dan
menilai.
-Fokus: Model ASSURE berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan
pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan
media dalam pengajaran manakala model ADDIE merupakan asas kepada model
rekabentuk berarahan yang lain menjadi pedoman dalam membangun peranti dan
infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis dan mendukung prestasi pelatihan
itu sendiri.
3)Impak penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Perancangan yang rapi oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.Reka bentuk ini membantu guru
membuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.
- Dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis dan terkawal. Guru dapat
membantu dalam penyediaan disiplin yang positif dalam kalangan murid.
- Pembelajaran murid akan lebih bermakna dan menyeronokkan.

You might also like