You are on page 1of 4

Sejarah Perkembangan Kamera

Kamera pertama yang berjaya dihasilkan ialah kamera Obscura, dan ia merupakan
kamera pertama yang berfungsi dan mampu menangkap dan menghasilkan
gambar. Namanya disebut sebagai Obscura yang diambil dari bahasa latin yang
bermaksud ruang gelap. Kamera Obscura merupakan kamera yang diperbuat dalam
bentuk kotak dan dapat memantulkan cahaya melalui penggunaan dua buah lensa
konveks, kemudian gambar yang di tangkap akan terakam pada sehelai kertas atau
filem dan filem tersebut berada pada pusat focus dari lensa tersebut. Kamera
Obscura terhasil dari kajian pengkaji muslim yang bernama Abu Ali Hasan Ibn AlHaitham dan kajianya di tulis di dalam bukunya yang
berjudul Books of Optics(1015-1021).

Sementara itu, pada tahun 1660-an pengkaji yang


berasal dari barat iaitu Robert Boyle dan pembantunya
yang bernama Robert Hooke menemukan portable
kamera obscura. Namun kamera pertama yang
praktikal dan berbentuk kecil telah di hasilkan olah Johann Zahn dan penemuan ini
berlaku pada tahun 1685. Kamera pada awalnya banyak menerapkan prinsip model
Zhann di mana ianya perlu menggunakan slide tambahan yang di gunakan untuk
memfokuskan objek yang ingin dirakam. Cara penggunaan sistem tersebut adalah
dengan menambahkan sebuah plat sensitive di hadapan lensa kamera yang
digunakan sebelum melakukan pengambilan gambar.

Perkembangan kamera terus berlanjutan,


dan Jacques Daguerre merupakan salah
seorang
yang
berperanan
dalam
perkembangan teknologi kamera. Daguerre
di lahirkan pada tahun 1787 di Cormeilles di
Perancis Utara. Semasa masih muda, beliau
merupakan seorang seniman. Apabila
berumur 30-an, beliau mendapat satu idea
apabila beliau mempamerkan hasil lukisan
pemandanganya dengan bantuan kesan
cahaya. Beliau berasa tertarik apabila
melihat perkembangan satu mekanisma
yang
menyebabkan
beliau
ingin
menghasilkan lagi satu lukisan yang sama tanpa perlu melukis dan mewarnakan
semula. Erti kata lainya beliau ingin lukisan dibuat secara outomatik sahaja. Beliau
merasakan ini mungkin terjadi dengan bantuan kamera.
Pada tahun 1827, Daguerre bertemu
dengan Joseph Nicephore Niepce yang juga
sedang mencuba untuk menghasilkan
kamera dan mereka berdua bekerjasama
dalam membuat kajian mengenai kamera.
Namun pada tahun 1833 Niepse meninggal
dunia. Daguerre tetap melanjutkan kajianya
dalam pembuatan kamera. Pada tahun
1837, Daguerre berhasil menghasilkan
sebuah sistem praktikal fotografi yang
dikenali sebagai Daguerreotype. Pada
tahun 1839 Daguerre mengumumkan secara
terbuka kepada orang ramai tentang
kejayaanya
dalam
kajianya
mengembangkan teknologi kamera. Beliau menjadi terkenal diwaktu itu dan hasil
kajianya dengan cepat berkembang dan banyak digunakan oleh khalayak. Pada
tahun 1851 ditempat asal kelahirannya Daguerre meninggal dun

Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera


Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya dimana
beratnya 1,400 pound. Lensa seberat 500 pound. Sewaktu
mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai
15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar
4 x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons
digunakan ketika memprosesnya.
Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera
Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini
wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.

Di awal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan


profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an,
masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan
dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar
awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional.
Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens
Reflex).

Selepas kemunculan pelbagai kamera yang merentasi dunia teknologi, muncul lagi
sebuah kamera yang seakan kamera SLR. Kamera yang mempunyai pelbagai fungsi
dan kebolehan ini di beri nama DSLR. Tanpa menggunakan filem dan penggunaan
tidak terhad.

You might also like