You are on page 1of 5

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya

terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan
rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan
damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu
padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969
kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata
pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Perpaduan adalah proses penyatuan dari semua aspek fizikal, sosial,
ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal. Sehingga kini, perbezaan
yang jelas dan sering diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang
mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. Jurang
berlaku ekoran dasar pecah perintah. Ini merupakan salah satu masalah
perpaduan dan integrasi di Malaysia moden.
Masyarakat berperanan penting bagi memastikan perpaduan dapat
dicapai. Setiap anggota masyarakat perlu ada keperibadian yang baik
untuk menerima perbezaan antara satu sama lain. Isu-isu seperti bangsa,
adat-istiadat, kaum, dan agama perlu difahami dan diterima oleh semua.
Masyarakat ialah agen terpenting dalam membentuk integrasi nasional.
Peranan masyarakat dalam membentuk integrasi ialah Rukun tetangga.
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 yang bermatlamat
untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan
integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Rukun Tetangga
membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman
masing-masing. Skim Rukun Tertangga diperluaskan lagi dengan
pendekatan pembangunan komuniti. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini
telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka.
Contohnya, aktiviti kumpulan menjalankan rondaan yang bertugas pada
waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan
kejiranan. Selain itu aktiviti pada hujung minggu yang berbentuk
masyarakat seperti gotong-royong. Tambahan pula ialah Skim Rondaan
Sukarela (SRS) yang dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga
keselamatan dalam kawasan rukun tetangga di samping membantu pihak
polis mengurangkan kadar jenayah. SRS juga mengesan dan melapor isuisu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian
konflik.
Selain daripada itu ialah rumah terbuka. Rumah terbuka yang
diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di
negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang
disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk
persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka akan

diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.


Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah
terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan
lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan
saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di
negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain
dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada
di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat
memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang
diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu ialah penerimaan atau difusi budaya. Perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi
kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia
merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun
terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan
dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud
prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari
kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan
dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian
Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring
oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh
masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak
langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke
negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita
dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain
kerana tak kenal maka tak cinta.
Selain daripada itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga
merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah
komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan
masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan
hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung
minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal
seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat
perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan
menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli
masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga
mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa

berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang


dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan
Gagasan 1Malaysia.
NGO merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bebas
dariapda mana-mana badan kerajaan. Peranan NGO ialah adalah
menganjurkan seminar dan dialog serta forum untuk memahami
permasalahan yang menggagalkan usaha mengintegrasikan masyarakat
sekali gus mencari jalan penyelesaiannya. NGO dengan pertubuhan Majlis
Belia Malaysia (MBM) untuk mengadakan seminar dan dialog tersebut.
Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah satu pertubuhan induk peringkat
kebangsaan yang membuka keahlian kepada semua golongan etnik.
Terdapat beberapa pembahagian pertubuhan mengikut etnik dibawah
pertubuhan induk kebangsaan tersebut. Pembahagian pertubuhan
dibawah MBM termasuk Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil,
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan
Perniagaan India Malaysia. Walaupun terdiri daripada banyak pertubuhan
monoetnik, MBM masih boleh memainkan peranan penting dalam
mengukuhkan perpaduan kaum. Baru-baru ini, Majlis Belia Malaysia (MBM)
dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah
menganjurkan satu persidangan meja bulat yang membincangkan
mengenai Perpaduan Belia dan Hak Asasi Manusia : Perkembangan Pasca
Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review (UPR)) Geneva.
Menerusi program seperti ini, belia yang merupakan pemaju negara pada
masa hadapan sedar tentang pentingnya mengukuhkan perpaduan kaum
dan integrasi antarabangsa.
Selain itu ialah Pertubuhan Gerakan 4B Malaysia juga bergiat dalam
usaha mengintegrasikan masyarakat. Pertubuhan ini menganjurkan
pelbagai program seperti Program Kapal Belia Asia Negara dan Jepun atau
nama ringkasnya SSEAYP. SSEAYP ialah program antarabangsa yang
melibatkan 318 peserta belia dari pelbagai negara ASEAN dan Jepun
belayar dan singgah di beberapa negara. Pelbagai aktiviti telah diaturkan
untuk mereka di setiap negara yang mereka singgah termasuk program
keluarga angkat. Program ini merupakan satu bentuk pendedahan kepada
peserta SSEAYP untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat
setempat di sesebuah negara. Peserta akan tinggal di rumah angkat
selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga
angkat. Dengan cara ini, penduduk serantau ASEAN dapat berkongsi
amalan dan budaya hidup yang membolehkan penduduk dengan
pegangan hidup serta kepercayaan dapat lebih memahami antara satu
sama lain. Perasaan saling menghormati antara bangsa yang berbeza
dapat disemai dengan adanya persefahaman secara mendalam amalan

da kepercayaan etnik dan budaya masing-masing. Justeru itu, perpaduan


kaum dapat dikukuhkan.
Tambahan pula ialah penubuhan kelab rakan cop. Rakan Cop adalah
satu idea untuk merapatkan hubungan polis dengan masyarakat dan
seterusnya mengembeling tenaga mereka bersama-sama untuk
membenteras dan mencegah jenayah. Program Rakan Cop adalah bersifat
"Community Oriented Policing" dan "Smart Partneship". Rakan Cop
sebagai medium perantaraan merapatkan jurang antara polis dan
masyarakat melalui pendekatan yang lebih jelas, mudah, bersepadu dan
teratur. Program RakanCop membolehkan polis dan masyarakat saling
mengembeling tenaga dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan
apa jua masalah keselamatan. Ini akan mengubah persepsi negatif
masyarakat pada PDRM. Program rakan cop membantu memberi didikan
dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut
keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalan raya.
Selain itu, mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat
serta memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.
Seterusnya ialah penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia(Suhakam) ditubuhkan pada tahun 1999 melalui Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Suhakam mempromosikan
kesedaran dan pendidikan berkaitan hak asasi manusia seperti hak untuk
bersuara, berhimpun dan bergerak. Selain itu juga menasihat dan
membantu Kerajaan merumuskan undang-undang dan prosedur dan
mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil, mengesyorkan
kepada Kerajaan berhubung perjanjian dan dokumen antarabangsa dalam
bidang hak asasi manusia dan menyiasat aduan tentang pelanggaran hak
asasi manusia. Tambahannya ialah Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
merupakan gerakan pembaharuan multi-etnik yang memperjuangkan
keadilan, kebebasan dan perjuangan. Pendekatan Aliran dipandukan oleh
nilai spiritual yang universal, dan fokus pada membina kebersamaan
hakiki dengan menjunjung tinggi martabat manusia dan mempromosikan
keadilan sosial bagi seluruh Malaysia. Aliran mengamalkan konsep
bekerjasama secara aktif dengan kumpulan lain mengenai isu-isu tertentu
dengan tujuan khusus.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi
penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam
memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Semangat perpaduan
yang kukuh bagai banteng pertahanan bukan sahaja dapat memastikan
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang, malah juga dapat memastikan
pembangunan negara maju dan stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial

dan hal ini secara tidak langsung negara dapat berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara-negara maju lain.

Cabaran membentuk perpaduan


- perasaan syak wasangka, perkauman dan diskriminasi
blh mencetuskan perpecahan
- konflik masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf
pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya
telah membatasi sosial
- perbezaan sosioekonomi yang ketara menimbulkan
perasaan hasad dengki
perbezaan
budaya
ketidaksefahaman kaum

membawa

kepada

- perbezaan taraf hidup membataskan komunikasi dan


hubungan antara kaum

You might also like