You are on page 1of 8

LAPORAN KARNIVAL KESELURUHAN KELAS (TESL 1)

LAPORAN SEBELUM KARNIVAL


Pada semester ini, para guru pelatih 6 PISMP TESL dikehendaki untuk menganjurkan
sebuah karnival Bahasa Inggeris yang melibatkan keseluruhan para guru pelatih IPG Kampus
Temenggong Ibrahim. Berdasarkan konsep keterbukaan ini, para guru pelatih 6 PISMP TESL
perlu menyediakan sebuah platform yang umum di mana ianya mengamalkan sikap
keterbukaan dan mesra pelanggan. Secara tuntasnya, kami perlu menyediakan permainan
yang mengamalkan pembelajaran bahasa Inggeris secara khususnya dan menarik serta
menggembirakan pada masa yang sama. Untuk itu kami perlu bekerjasama bersama dengan
kelas 6 PISMP TESL yang lain untuk menghasilkan permainan - permainan yang dapat menarik
perhatian seluruh warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Cabaran utama kami pada kali ini adalah berkaitan dengan tarikh, lokasi dan jenis
permainan yang perlu disediakan. Pelbagai perkara perlu diambil kira secara teliti terutamanya
dari segi kos, masa yang diperuntukkan dan keberkesanan permainan yang akan dijalankan.
Dengan itu, kami telahpun bermesyuarah sesama ahli kelas kami bagi menentukan jenis
permainan yang akan menentukan wajah dan tema kelas kami pada hari karnival kelak.
DIsamping itu, kami juga perlu sentiasa berhubung dengan ahli kelas yang lain bagi
memastikan permainan yang kami pilih tidak sama ataupun hampir sama dengan mereka.
Untuk itu, wakil bagi subjek English Society iaitu Dulcy Garasi dan juga Juliati Jamil telah
memainkan peranan mereka dengan baik di dalam memastikan permainan kami ini tidak
diciplak dengan menerangkan kepada ahli kelas lain dari awal lagi tentang permainan kelas
kami.

Perbincangan sedang
berlangsung
Berdasarkan perbincangan yang kelas kami telahpun jalankan. Kami semua bersetuju
untuk membahagikan kelas kami kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan perlu
melaksanakan tugasannya masing - masing. Kumpulan yang ditubuhkan adalah 2 kumpulan
yang akan melaksanakan permainan, dan juga kumpulan dokumentasi. Bagi permainan yang
bakal dijalankan, kami memilih Mission Impossible dan Oh! Ladder sebagai wajah kelas kami.
Dari segi kos dan masa, kedua - dua permainan ini tidaklah melibatkan kos yang besar
dan sangat berpatutan. Namun demikian dari segi masa, ianya agak lama untuk disiapkan.

Proses menyiapkan
permainan
Berbalik semula kepada permainan itu tadi. Mission Impossible merupakan sebuah
permainan di mana peserta perlu memecahkan belon yang sudah siap dipasang di atas sebuah
papan, di dalam belon tersebut terdapat misi - misi yang perlu disudahkan dalam kadar masa
yang tertentu. Kegagalan peserta menyiapkan misi tersebut akan menyebabkannya didenda.
Sebagai intiha, antara misi - misi yang perlu disudahkan adalah merakam video dan memuat
turun ke aplikasi sosial seperti Instagram, merakam video anda menyanyi dan sebagainya.
Namun demikian, kegagalan menyudahkan misi menyebabkan para peserta dikehendaki
memakai gincu dan membaca tongue twister dan sebagainya.
Dalam dunia yang diingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita semakin lupa kepada
permainan yang sinonim pada waktu dulu seperti Oh! Ladder yang kami adaptasi daripada
permainan tradisional Snake and Ladder yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Kami memilih
permainan ini bagi mengembalikan kembali memori serta nostalgia zaman kecil dahulu tidak
kiralah pada yang tua mahupun yang muda seperti kami semua. Permainan Oh! Ladder ini kami
olah sedikit daripada yang biasa. Dengan inovasi kami sendiri seperti menyediakan petak petak challenge, di mana jika peserta terpijak petak ini, mereka perlu membaling dart ke arah
petak yang disediakan. DI dalam petak tersebut terdapat pelbagai misi seperti ice bucket
challenge, truth or dare, karaoke, berlakon dan sebagainya, Dengan ini permainan akan
menjadi lebih mencabar serta menarik. Selebihnya permainan Oh! Ladder ini masih
bersandarkan kepada permainan Snake and Ladder.
Pada 24 September 2014 iaitu malam sebelum bermulanya karnival. Kelas kami
telahpun berkumpul di Dewan Terbuka di mana ianya merupakan lokasi khas bagi karnival yang

bakal dijalankan. Untuk itu. kelas kami telahpun memilih petak bagi kelas kami dan memulakan
kerja untuk menyiapkan permainan. Pada malam tersebut, kami ditimpa dengan cabaran yang
tidak diduga iaitu hujan yang sangat lebat serta angin yang kencang. Namun demikian,
semangat yang membara dalam kalangan guru pelatih sedikitpun tidak mematahkan semangat
kami untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan

Bak kata pepatah Melayu zaman -

berzaman, alah bisa tegal biasa.


LAPORAN SEMASA KARNIVAL
Pada tarikh 25 September 2014, semenjak pagi lagi seawal 7.00 a.m. Kami sekelas
telahpun berada di lokasi untuk melakukan penambahbaikan terhadap permainan - permainan
kami. Bagi tugas persiapan, kami semua telahpun menjalankan tugas masing - masing dengan
membersihkan tempat kami dengan menyapu dan mengutip sampah. Kami juga menghias
tempat kami dengan belon yang bewarna - warni di sekeliling kawasan kami dengan kemas dan
rapi. Setelah itu, kami pun diberitahu bahawa karnival terbabit akan bermula pada jam 9 a.m.

Persiapan terakhir menjelang karnival


Tepat pada jam 9 a.m, setiap daripada kami telahpun dibekalkan dengan sekeping kad
kupon yang diisikan dengan kotak - kotak kosong di mana kami perlu memenuhkannya dengan
cop setem daripada setiap kelas. Ini bagi memastikan kelancaran perjalanan karnival serta
bersifat adil bagi setiap
peserta. Senang cerita, setiap peserta yang datang menghadiri karnival akan dibekalkan
dengan sekeping kad kupon tersebut. Tepat jam 9.15 a.m, karnival kami diserikan lagi dengan
kehadiran para pensyarah daripada Jabatan Bahasa seperti Puan Samiha, Puan Lailatul

Zuraidah, Cik Nenny Djuhara Johari dan lain-lain. Mereka hadir bagi memastikan karnival pada
kali ini berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Sedikit sebanyak kehadiran mereka
memberikan motivasi kepada kami untuk melakukan dengan lebih baik lagi.

Kehadiran para pensyarah

Sepanjang karnival ini berlangsung, kami dapat lihat penyertaan daripada guru pelatih
daripada opsyen lain seperti daripada opsyen Bahasa Tamil yang sudi datang ke booth kami
dan menyertai permainan yang kelas kami sediakan. Selain itu, kami juga memerhatikan
bahawa setiap peserta berlumba - lumba ke booth kami kerana berdasarkan maklum balas
daripada peserta yang lain, kelas kami menyediakan permainan yang sangat menarik.
Antaranya ialah permainan dart yang disediakan ketika permainan Oh! Ladder sedang
berlangsung. Disamping menyeronokkan, kami juga menekankan unsur - unsur penekanan
Bahasa Inggeris di dalam permainan permainan kami. Berdasarkan misi - misi yang perlu
dijalankan ketika permainan MIssion Impossible seperti menyanyi, mengulang kembali apa

yang rakan anda katakan sedikit sebanyak menambahbaik kebolehan anda berbahasa Inggeris
di samping menyeronokkan.

Ice Bucket Challenge


Throwing darts

Oh! Ladder

Mission Impossible

Antara unsur bahasa yang terdapat pada permainan kami adalah menguji kebolehan
Bahasa Inggeris para peserta untuk menari di dalam truth or dare, menyanyi di dalam karaoke,
dan sebagainya. Kriteria - kriteria ini sangat penting di dalam memupuk minat guru pelatih di
dalam berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Di dalam media masa secara amnya sangat
menekankan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam rutin harian, untuk itu, rancangan popular
seperti Oh! My English sedikit sebanyak menarik minat kita untuk mendalami bahasa ini di
mana ianya diguna pakai di seluruh dunia.
Berdasarkan pemerhatian serta maklum balas daripada para pensyarah, kedua - dua
permainan kami amatah menarik dan sesuai diguna pakai semasa karnival tersebut. Ini kerana
menurut mereka, permainan kelas kami melibatkan banyak kemahiran seperti yang diasaskan
oleh Howard Gardner iaitu teori pelbagai kecerdasan. Permainan kami melibatkan kecerdasan
visual - ruang, kinestetik, intrapersonal, interpersonal dan linguistik. Untuk itu kami membuat
kesimpulan bahawa karnival pada kali ini berjaya.
Karnival ini berlangsung selama 4 jam dan berakhir pada sekitar jam 1.00 p.m. Setelah
itu, kami bersiap - siap untuk mengemas barang dan membersihkan kawasan sekitar kelas
kami.

LAPORAN SELEPAS KARNIVAL.


Lebih kurang jam 1.00 p.m. Kami sudahpun menutup booth kami dan melakukan kerja
pembersihan dan mengemas barang. Sampah yang berselerak kami kutip dan menyapu
kawasan sekitar bagi memastikan kawasan kami bersih. Ini bagi memudahkan tugas para
pekerja di samping tidak menambahkan beban mereka. Lebih kurang 40 minit kami mengemas.
kami akhiri karnival kami dengan sesi mengambil gambar beramai- ramai sebagai memori.

Sesi mengambil gambar

You might also like