You are on page 1of 3

LAPORAN KURSUS ASAS KETUA TINGKATAN DAN AHLI JAWATANKUASA KELAS 2009

SEK. MEN. KEB. BATU ANAM


85100 BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR.
Tarikh
Tempat
Masa
1.0

:
:
:

20 Jun 2009 (Sabtu)


Dewan Orang Ramai, Kg. Kenangan
8.00-12.30 pm

PENGENALAN

Kursus Asas Ketua Tingkatan dan Ahli Jawatankuasa Kelas merupakan satu kursus yang diberikan kepada
pelajar yang memegang jawatan sebagai Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha,
Bendahari dan Jawatankuasa Biro ( 5 orang) di dalam sesebuah kelas. Ia adalah kursus yang menjurus
ke arah memantapkan peranan ketua tingkatan dan ahli jawatankuasa kelas dalam menguruskan kelas,
mewujudkan suasana kelas yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan menanam nilai
integriti di dalam diri pelajar yang terlibat. Sehubungan dengan ini, kursus asas ini telah dilaksanakan untuk
memastikan pengurusan kelas yang teratur dan baik sekaligus mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih
selesa, nyaman dan tenteram dapat dicapai.
2.0

PELAKSANAAN PROGRAM

2.1

Sebelum Program

Perbincangan dan taklimat awal tentang perjalanan program telah dijalankan bersama-sama jawatankuasa
kerja. Ia bertujuan untuk melancarkan perjalanan program yang dirancang. Segala peralatan dan bahanbahan yang diperlukan telah disediakan lebih awal untuk memantapkan pengurusan program yang
dirancang.
2.2

Semasa Program

Program berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Program ini telah dimulakan dengan bacaan
doa dan dikuti ucapan daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) SMKBA, En. Ariffin b.
Hj. Topandi serta ceramah daripada kaunselor sekolah SMKBA, En. Zulkarnain b. Elias dan Pengetua
SMKBA, En.Md. Yusof b. Hj. Anim.
Selepas mendengar ucapan daripada GPK HEM, pihak majlis telah menjemput kaunselor sekolah,
En Zulkarnain b. Elias untuk menyampaikan ceramah dalam slot pertama tentang tajuk Komunikasi
Berkesan (peranan dan Tugas). Kemudian para pelajar diberi masa rehat untuk menjamu selera.
Seterusnya, pihak majlis menjemput Pengetua SMKBA, En Md. Yusof b. Hj. Anim untuk menyampaikan
ceramah pada slot kedua. Beliau telah memberi penerangan tentang visi dan misi sekolah, pembangunan
potensi individu melalui pendidikan berkualiti, kedudukan ketua dan jawatankuasa kelas di sekolah, sistem
baru Roll Call dan carta alir guru masuk dan keluar kelas. Program telah selesai pada jam 12.30 petang
dan pelajar-pelajar diminta berada di dewan bagi membantu guru-guru mengemas dewan sebelum
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Rujuk gambar sepanjang program pada lampiran yang disediakan.

2.3

Selepas Program

Penyelaras program dan AJK yang terlibat bertindak mengemaskan peralatan yang digunakan sepanjang
program dijalankan. Laporan tentang perjalanan program juga akan disiapkan dan disimpan untuk rujukan
akan datang.
3.0

ULASAN PROGRAM

Jika dilihat dari aspek kerjasama, semua pelajar memberikan sepenuh komitmen dan datang ke sekolah
bagi menjayakan program yang telah dirancang. Program ini berjaya dilaksanakan dan ia perlu sebagai
permulaan untuk memastikan pengurusan kelas yang tersusun oleh ketua tingkatan dan ahli jawatankuasa
kelas dapat dimantapkan seperti yang diharapkan sekaligus dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
4.0

PENUTUP

Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa program ini merupakan satu program yang baik untuk
memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang peranan dan tangungjawab mereka dalam
menguruskan kelas dengan baik. Melalui program ini juga diharapkan pelajar-pelajar memberikan komitmen
dan menunjukkan sikap positif terhadap tugas mereka disamping memotivasikan diri ke arah
kecemerlangan sahsiah diri masing-masing. Semoga program ini menjadi pemangkin positif dalam usaha
mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa, nyaman dan tenteram pada masa akan datang.
Disediakan oleh :
..........................................
Sek. Men. Keb. Batu Anam
85100 Batu Anam,
Segamat, Johor.

Lampiran

You might also like