You are on page 1of 8

Perdana Perdana Menteri Malaysia

Tunku Abdul
Rahman dikenali
sebagai Bapa
Kemerdekaan sebagai
mengenangkan
segala jasa dan
pengorbanan beliau
dalam mendapatkan
kemerdekaan
daripada penjajah.
Beliau menjadi
Perdana Menteri
Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama
dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari
tahun 1963 hingga 1970

Tun Abdul
Razak, Perdana
Menteri Malaysia
yang kedua, beliau
menggantikan Tunku
Abdul Rahman
memimpin negara
dari tahun 1970
hingga 1976.
Dilahirkan di Pulau
Keladi, Pahang pada
11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato'
Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau
mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada
tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Tun
Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan Negara.
.

Tun Hussein
Onn,merupakan
Perdana Menteri
Malaysia yang ke tiga,
memimpin negara
dari tahun 1976 hingga
1981. Beliau
dilahirkan di Johor
Bahru, Johor pada 12
Februari 1922 dan
merupakan
cahayamata kepada
Dato Onn Jaafar dan
Datin Halimah Hussein.
Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi
mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk
perpaduan di negara ini.

Tun Dr.Mahathir
bin Mohamad dilantik
menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang
ke-empat pada 16hb
Julai 1981. Dilahirkan
pada 20hb Disember
1925 di Alor Setar, ibu
negeri Kedah, Tun
Dr. Mahathir berkahwin
dengan seorang
doktor, Tun Dr. Siti
Hasmah bt Mohd Ali,
dan mereka dikurniakan
tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz,
Maizura dan Mazhar. Tun Dr. Mahathir telah bersara sebagai Perdana
Menteri pada 31 Oktober 2003.

Tun Abdullah bin


Haji Ahmad
Badawi dilantik
menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang kelima pada 31 Oktober
2003. Tun Abdullah
Ahmad Badawi dilahirkan
pada 26 November
1939 di Kampung Perlis,
Bayan Lepas, Pulau
Pinang. Tun Abdullah
telah mendirikan
rumahtangga dengan
Allahyarham Datin
Seri Endon Dato'
Mahmood pada
tahun 1965. Setelah 40
tahun bersama,
Datin Seri Endon telah
meninggal dunia
akibat penyakit kanser
pada 20 Oktober
2005. Tun Abdullah
kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9
Jun 2007. Datin Seri Jeanne Abdullah

Perdana Menteri
Malaysia, Dato Sri
Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6
pada 3 April 2009. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi
yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden
UMNO pada pemilihan parti. Dato Sri Najib, anak sulung kepada
Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima
pendidikan rendah dan menengah di St. Johns Institution. Beliau
kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di
Malvern Boys College, Worcestershire, England. Sebaik menamatkan
pendidikan peringkat menengah, Dato Sri Najib melanjutkan
pengajian di University of Nottingham sehingga memperoleh ijazah
dalam ekonomi perindustrian pada 1974. Dato Sri Najib berkahwin
dengan Datin Sri Rosmah Mansor dan dikurniakan lima cahaya mata.

NAMA : MUHD.HAZIQ BIN EFNO ABAS


KELAS : 5 GENIUS
SEKOLAH :SK TANJUNG ARU 1
NAMA JURI : SAIMAH BINTI ALIP

You might also like