You are on page 1of 1

Tuala lembap jadi petunjuk

1299
47 2 Google +1
Canberra : Sehelai tuala lembap kecil pakai buang masih berbungkus dengan logo M
alaysia Airlines (MAS) ditemui terdampar di pantai Australia Barat Julai lalu mu
ngkin beri petunjuk di mana lokasi pesawat MH370, lapor media Australia, Nine Ne
ws, 2 hari selepas ulang tahun pertama memperingati kehilangan pesawat malang it
u.
Paket tuala kecil yang belum terbuka itu sudah dihantar ke Canberra untuk ujian
lanjut.
Pasangan tempatan menemui tuala itu ketika berjalan di sepanjang pantai berkenaa
n pada 2 Julai tahun lalu berkata ia tidak terbuka, dan keadaan itu luar kebiasaa
n .
Kami selalu cakap, mari cari barang daripada MH370 ,
ui tuala itu dengan pasangannya Vicki Miller.

kata Kingsley Miller, yang menem

Mereka menyerahkan paket tuala itu kepada polis sebelum diserahkan kepada Pusat
Agensi Penyelarasan Bersama di Canberra, yang mengetuai misi mencari pesawat itu
di Lautan Hindi.
Pusat itu berkata, tuala itu tidak mungkin boleh dikaitkan dengan MH370 secara k
onklusif.
Tetapi pakar dilaporkan berkata, ada kemungkinan tidak berlaku kerosakan kepada
pakej kecil itu walaupun ia menempuh perjalanan yang jauh.
Berita penemuan itu berlaku selepas pasukan siasatan MH370 Malaysia mengeluarkan
laporan interim berhubung kehilangan pesawat itu pada 8 Mac, setahun selepas hi
lang bersama 239 penumpang di dalamnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 1:23 PM
HARI memperingati pesawat MH370 setelah genap setahun kehilangan di The Square,
Publika, dua hari lalu. FOTO Halim Salleh
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35955#sthash.027ndS3o.dpuf
dari: http://www.hmetro.com.my/node/35955

You might also like