You are on page 1of 5

HBAE 1403 : MENGGAMBAR_____________________________________________________________________________________________________________________

PENGENALAN KOLAJ
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Dalam
perkataan Perancis ia bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau
bahan lain di atas permukaan dua dimensi. Kolaj ialah suatu hasil kerja seni yang mengandungi sebahagian
imej seperti gambar foto dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Ia merupakan teknik cantuman potongan
gambar menjadi satu komposisi. Kolaj juga bermaksud menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej
atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Kolaj juga
digunakan sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua
dimensi dilekat dan disatukan di atas permukaan. Ia juga merupakan teknik di mana imej bergambar atau
corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain.
1.0

ALAT DAN BAHAN


Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj, mereka selalu memotong objek atau
imej dari majalah berwarna lalu menampalnya di atas kertas. Ini adalah kolaj yang paling mudah walaupun
susunannya tidaV diambilkira. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan idea atau
gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerja kolaj itu. Tema boleh dipelbagaikan
mengikut kesesuaian guru atau murid. Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada muridmurid adalah supaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang ada pada bahan
tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitu secara menampal atau menjahit di atas
sesuatu permukaan. Projek secara berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat
dijalankan daripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yang kasar supaya
dapat menahan berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik adalah berbeza. Lebihan kain perca boleh
didapati dengan mudah di kedai-kedai menjahit pakaian. la tidak memerlukan budget yang besar.
Permukaannya lembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain perca boleh
digunting, dipotong, diguiung, ditindih atau dilipat semasa proses menampal keatas permukaan.
Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesan permukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan
menghasilkan satu kelainan. . 5agai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perlu
suaikan dengan jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalam tghasilkan kolaj sesuai dengan
satu jenis pelekat sahaja. Mereka mula meneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Mereka

HBAE 1403 : MENGGAMBAR_____________________________________________________________________________________________________________________

boleb menjadi pencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagai alat, bahan
dan media. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengar. benda-benda yang mereka lihat
sekarang. Mulakan dengan tajuk autobiografi termasuk memori semasa kecil, persepsi diri sekarang, dan
harapan untuk masa depan. Lekatkan gambar-gambar dari majalah, lukis, cat, atau gunakan objek
sebenar jika tidak terlalu besar. Gunakan krayon, wama pensel, wama air, dakwat dan apa sahaja yang
disukai. Tidak ada betul atau salah cara meletakkan atau melekatkan objek tersebut. Gunakan kolaj
tersebut sebagai rujukan untuk imaginasi yang kreatif.
2.0

TEKNIK
Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea dan kreativiti tersendiri untuk
mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan
tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialah contoh teknik
yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj:
1)
2)
3)
4)
5)

Fikirkan tema, tajuk


Sediakan alat bahan seperti racik/ koyak/ gunting bahan
Dapatkan bahan pelbagai warna untuk timbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra
Sapukan gam pada permukaan latar
Gamkan bahan-bahan yang disediakan

Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatan menggambar terutama di
peringkat sekolah rendah. Murid-murid pada tahap tersebut perlu didedahkan dengan berbagai
jenis dan teknik menghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj. Perlu
diingat juga tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan pada murid tersebut. Guru harus
menyesuaikan jenis dan teknik kolaj yang hendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid
iaitu dari darjah satu hingga ke darjah enam. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknik
kolaj yang boleh diaplikasikan kepada murid:

Teknik potong kertas dan fabrik


Teknik koyak kertas dan fabrik
Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
Teknik media campuran
Teknik kertas tisu
Teknik tisu dan kertas buangan
Teknik catan dalam kolaj

HBAE 1403 : MENGGAMBAR_____________________________________________________________________________________________________________________

Teknik percikan dalam kolaj


Teknik span dalam kolaj
Teknik 'skraping' dalam kolaj

REFLEKSI
Untuk semester ini, saya telah didedahkan dengan subjek Menggambar. Kelas ini telah sedikit sebanyak membuka
ruang kepada saya untuk mengenali dan mendalami bidang seni menggambar sambil di bimbing oleh pensyarah
yang berpengalaman, Puan Azizah Sulaiman. Di dalam kelas ini kami telah ditekankan mengenai pengetahuan
tentang bidang ini yang amat penting sebagai persediaan untuk mengajar di masa hadapan.
Sekitar pertengahan semester ini, saya telah menerima satu tugasan projek berkaitan kolaj yang juga merupakan
kesinambungan dengan subjek ini, saya dikehendaki menghasilkan satu kajian folio dan projek. Ini merupakan kali
pertama bagi saya dalam penghasilan folio berkaitan kolaj. Sebelum memulakan projek ini kami telah mendapat
pendedahan awal dari pensyarah seni Puan Azizah Sulaiman supaya projek yang di hasilkan adalah berkualiti dan
menepati kehendak sukatan pelajaran.
Di awal permulaan dalam penghasilan projek ini, saya telah membuat pengumpulan bahan dan maklumat dari
internet dan buku rujukan seni. Saya telah menjalankan kajian dan penerokaan mengenai kolaj. Aspek yang saya
kaji pula meliputi eksplorasi dan aplikasi alat, media dan teknik dalam penghasilan. Setelah menjalankan
pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber, saya memulakan sesi penghasilan. Sesi ini berjalan dengan lancar
sekali. Tugasan ini memberi satu pengalaman unik dan membuka minda saya dalam mengenal makna seni.
Kesimpulannya, dari persepsi saya, saya beranggapan bahawa tugasan projek yang di berikan kali ini adalah begitu
menarik dan mencabar sekali. Ianya benar-benar menguji kemahiran dan kesabaran yang saya perolehi semasa dari

HBAE 1403 : MENGGAMBAR_____________________________________________________________________________________________________________________

semester pertama hingga sekarang. Saya begitu bersyukur kepada Ilahi kerana dapat menyiapkan projek ini dalam
masa yang ditetapkan. Saya ingin berterima kasih kepada semua pensyarah seni yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung, kerana banyak membantu dan membimbing saya semasa proses penghasilan imitasi ini. Selain itu,
saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi dorongan kepada saya.

RUJUKAN
Raja Baharuddin Raja Hussain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. (2001).
Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia.

Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni Visual: Prinsip Pendidikan Seni.


Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur.

Md. Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan
Universiti.PTS Publication & Distributors.

En. Rousliluddin et.al.(2007). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.

HBAE 1403 : MENGGAMBAR_____________________________________________________________________________________________________________________

Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

You might also like