You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2013

HBSC1203

BIOLOGI 1 : ASAS KEHIDUPAN

NAMA
NO MATRIK ULASI
NO KAD PENGENALAN
NO TELEFON
E-MEL

:
:
:
:
:

APNER BIN SIAU


730123125669001
730123125669
0198419480
apner73@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PPT SANDAKAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0.

Pengenalan

2.0.

Struktur Jantung dan Salur Darah


2.1.

3-5

Struktur Jantung
2.1.1. Struktur Jantung Manusia

5-6

2.1.2.Sruktur Salur Darah


Manusia

6-8

3.0.

Penyakit Kardiovaskular

4.0.

Gaya Hidup Sihat

4.1.Peningkatan Pengetahuan
Amalan Pemakanan Sihat

10 - 11

4.2.Peningkatan Pengetahuan
Menangani Stress

12

4.3.Peningkatan Pengetahuan
Anti - Merokok

12 - 13

4.4.Peningkatan Pengetahuan
Sukan dan Rekreasi

13 - 14

5.0.

Rujukan

15

1.0.

Pengenalan

Gaya hidup manusia masa kini memang jauh berubah berbanding dahulu.Kita dengan
mudah mendapat akses kepada hampir apa sahaja keperluan yang kita mahu.Kemudahan
yang kita perolehi pada masa kini banyak mempengaruhi diri kita sendiri.Salah satu aspek
yang banyak membantu kita menjadi individu yang sihat ialah berkait rapat dengan apa yang
kita makan.Sesuai dengan ungkapan "you are what you eat",tidak hairanlah melalui
penampilan sahaja kita boleh dapat gambaran sedikit sama ada seseorag individu itu sihat
atau sebaliknya.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi(NHMS)III,yang telah
dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006,satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia
mengalami masalah pemakanan dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan
dengan usia mereka.Keadaan ini yang banyak menyumbang kepada masalah obesiti di
kalangan kanak-kanak sekarang.Kewujudan restoran makanan segera memberikan lebih
banyak akses kepada makanan yang mengandungi lemak,gula dan kandungan garam yang
tinggi dalam makanan.
Daripada kajian tersebut juga,kelompok murid dalam lingkungan umur tujuh hingga
duabelas tahun yang ramai mengalami masalah berat badan.Kajian menunjukkan bahawa
masalah kegemukan merupakan satu punca kepada masalah penyakit Noncommunicable
Diseases(NCD) atau penyakit yang tidak disebarkan melalui jangkitan seperti
diabetes(kencing manis) dan penyakit berkaitan kardiovaskular seperti penyakit jantung.
Laporan Penang Cancer Registry(2003) mendapati bilangan pesakit koronari telah
meningkat hampir seratus peratus kepada 320 kes berbanding 160 kes pada tahun
1994.Jabatan Perangkaan Malaysia(2004) pula mendapati bahawa terdapat peningkatan
mendadak dalam kes penyakit koronari iaitu 112,786 kes pada 2001 dan 151,824 kes pada
tahun 2002.
Berdasarkan maklumat terkini dalam artikel "Program Cara Hidup Sihat Atasi
Obesiti",yang diterbitkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Februari 2013,sebanyak
6.7% daripada murid sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi dalam lingkungan
umur 10 hingga 19 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Angka
tersebut dijangka akan terus meningkat tahun demi tahun selagi tiada usaha di peringkat awal
bagi mendidik mereka mengurus berat badan dengan bijaksana.

Berdasarkan graf di atas kita dapat melihat corak kelaziman obesiti di Malaysia pada
tahun 2011.Ia menunjukkan satu trend yang berlainan bagi setiap negeri namun ia juga
menggambarkan apa yang sedang berlaku dengan gaya hidup masyarakat Malaysia masa kini
Menurut Mohammad Nor et.al(2006),perempuan lebih cenderung mengalami obesiti
denagn kelaziman 17.4% manakala lelaki hanya 10 %.Daripada kajian-kajian yang
dilakukan,jelas kepada kita bahawa individu di negara ini sedang mengalami perubahan
fizikal ketara yang membawa kepada bertambahnya penyakit-penyakit akibat gaya
pemakanan dan tabiat hidup yang tidak sihat.
Oleh yang demikain,pelbagai program telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi mempromosi kesihatan di peringkat sekolah.Antara lainnya ialah pada tahun
2006,dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia,Program Doktor Muda dimasukkan
dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah rendah terpilih sebagai perintis di seluruh negara.Tidak
cukup setakat itu,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bekerjasama dengan entiti
korporat seperti pengeluar makanan Nestle mewujudkan Program Cara Hidup Sihat yang
dijalankan di 100 buah sekolah asrama harian dengan tempoh program selama tiga tahun.
Jelas kepada kita bahawa masalah berkaitan gaya hidup banyak menyumbang kepada
pelbagai penyakit "Non Communicable Diseases".Dan,sekarang pelbagai usaha dijalankan
bagi membendung masalah ini terus menular di kalangan rakyat Malaysia.Selaras dengan
usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020,Malaysia memerlukan generasi yang

sihat dalam mengurustadbir negara.Kesihatan fizikal sesungguhnya menyumbang kepada


kecerdasan minda.

2.0.

Struktur Jantung dan Salur Darah

2.1.

Struktur Jantung Manusia

Jantung merupakan organ yang sangat penting untuk mengepam darah ke seluruh
badan manusia.Jantung dengan jisim kira-kira 300 gram terletak di dalam rongga toraks,di
belakang tulang dada dan di antara paru-paru kanan dan paru-paru kiri.Jantung berbentuk
seakan-akan bentuk kon.Hujung jantung yang lebih kecil agak condong sedikit ke sebelah
kiri badan manusia.Jantung terbina dari otot-otot yang kuat kerana ia perlu bekerja sepanjang
hayat manusia tanpa henti.Keseluruhan bahagian jantung dilindungi sejenis mambran yang
tahan lama.Ruang di antara jantung dan mambran tersebut dipenuhi cecair yang bertujuan
sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara jantung dengan organ-organ di
sebelahnya seperti paru-paru.

Sumber : www.sains123.cikgunaza.com.
Melalui gambar keratan rentas jantung manusia,jantung mempunyai empat ruang
berotot( muscular chamber).Dua ruangan di sebelah kiri terdiri daripada atrium kiri yang
5

terletak sebelah atas dan ventrikel kiri yang terletak di sebelah bawah.Dua lagi ruang di
sebelah kanan ialah atrium kanan yang terletak di sebelah atas dan ventrikel kanan yang
terletak di sebelah bawah.
Kedua-dua ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh dinding berotot yang dikenali
sebagai septum.Septum berperanan menghalang darah beroksigen bercampur dengan darah
terdeoksigen.
Jadual di bawah ini menunjukkan ciri-ciri atrium dan ventrikel.
Atrium
Ventrikel
Atrium kiri
disambungkan ke vena Isipadu yang lebih besar.
pulmonari.
Atrium kanan disambungkan ke vena kava.
Dinding yang lebih tebal.
Ventrikel kiri lebih berotot dan tebal daripada
ventrikel kanan(ventrikel kiri mengepam
darah bertekanan tinggi keseluruh tubuh
badan.
Ventrikel kiri disambungkan ke aorta
Ventrikel kanan disambung ke arteri
pulmonari.
Aliran darah dalam jantung dikawal oleh 3 injap.Injap-injap ini berfungsi agar aliran
darah dalam satu arah sahaja.
i).Injap Bikuspid
Mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
ii).Injap Trikuspid
Mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan.
iii.).Injap Sabit
Mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta serta ventrikel kanan ke
arteri pulmonari.

2.2.

Struktur Salur Darah Manusia

Sistem peredaran manusia merupakan sistem peredaran tertutup( closed circulatory


system) kerana darah mengalir dalam salur darah dan dipam oleh jantung ke seluruh tubuh
badan.Terdapat 3 salur darah iaitu arteri,vena dan kapilari.

Arteri membawa darah


keluar dari jantung ke
seluruh
bahagian
badan.Darah dari arteri
kaya dengan kandungan
oksigen.
ARTERI

Vena membawa darah dari


seluruh bahagian badan
kembali ke jantung.Darah
ini kurang mengandungi
oksigen.
VENA

Arteri bercabang menjadi


arteriol,iaitu salur darah
yang lebih kecil.Arteriol
pula bercabang menjadi
kapilari darah.

KAPILARI

Kapilari darah bercantum membentuk venul.Venul pula akan bercantum membentuk


vena yang membawa darah kembali ke jantung.

Tiga Jenis salur darah dalam peredaran tertutup

Rajah menunjukkan perbandingan antara tiga jenis salur darah dalam sistem peredaran
tertutup. manusia.

3.0.

Penyakit Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular berkaitan dengan penyakit yang menyerang jantung dan salur
darah manusia.Antara penyakit kardiovaskular yang kerap menyerang manusia ialah penyakit
jantung dan strok.Menurut American Heart Association,penyakit kardiovaskular juga dikenali
sebagai
penyakit
jantung.Masalah
jantung
banyak
disebabkan
oleh
arterioclerosis.Arteoclerosis ialah keadaan yang berlaku apabila bahan yang dikenali sebagai
plak berkumpul di dinding arteri.Ini menyebabkan arteri menjadi sempit dan darah semakin
sukar mengalir.Apabila berlaku pembekuan darah,darah akan berhenti mengalir dan
berlakunya serangan jantung dan strok.

Sumber : http://www.deherba.com/apakah-aterosklerosis-itu.html
Gambarajah menunjukkan proses penyempitan arteri apabila plak berkumpul di
dinding salur darah.Arteri atas menunjukkan arteri individu yang sihat.Arteri tengah pula
menunjukkan plak mula berkumpul di dinding salur darah an akibatnya salur darah semekin
menyempit.Arteri bawah menunjukkan keadaan di mana biasanya berlaku serangan jantung
dan strok.
4.0.Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat merupakan amalan harian yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan kepada kesihatan individu.Gaya Hidup Sihat berhubung kait dengan amalan
pemakanan,aktiviti fizikal dan amalan sosial.Di Malaysia,Amalan Gaya Hidup Sihat telah
dijadikan satu kempen dalam memupuk kesedaran di kalangan masyarakat bahawa betapa
pentingnya kesihatan fizikal kepada semua individu.Sasaran utama kempen sebegini ialah
golongan pelajar rendah sehingga ke institusi pengajian tinggi kerana merekalah kumpulan
yang akan menerajui negara suatu hari kelak.

Program Gaya Hidup Sihat telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
sejak tahun 1991 lagi.Ini jelas menunjukkan bahawa isu-isu berkaitan penyakit yang
disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak seimbang telah menjadi begitu penting.
Dalam
Gaya
Hidup
Sihat,empat
komponen
utama
telah
dikenalpasti.Pertama,peningkatan
pengetahuan
dan
amalan
pemakanan
sihat.Kedua,peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress.Ketiga,peningkatan
pengetahuan dan amalan anti-merokok.Keempat.peningkatan pengetahuan dan amalan
sukan dan rekreasi.
Menurut McMahan,Hampl,dan Chikamoto(2003),di Amerika Syarikat sudah mula
timbul kesedaran tentang pemakanan sihat berbanding pada tahun 1971.Negara tersebut
merupakan sebuah negara maju dihantui dengan permasalahan obesiti akibat tabiat
pemakanan yang tidak sihat.Maka tidak hairanlah,ramai orang merujuk masalah obesiti akan
menjadi antara masalah utama di setiap negara maju kelak.
Males dan Kerr(1996),mendapati stress individu yang mempunyai jawatan atau
akademik yang tinggimadalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berjawatan tinggi
atau berpendidikan tinggi.Bagi menghasilkan sebuah negara maju,maka penduduknya perlu
mempunyai kemahiran yang diperolehi antara lainnya daripada sistem pendidikan.Atas
kesedaran itu,kerajaan telah memulakan kempen awal dengan menyasarkan murid sekolah
dengan mendidik mereka bagai mana menangani stress dengan baik.Usaha ini boleh dilihat
daripada penerapan isi kandungan di dalam mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

4.1.

Peningkatan Pengetahuan dan amalan pemakanan sihat

Amalan Pemakanan Sihat membawa maksud pengambilan makanan yang seimbang


dan mengikut waktu yang sesuai.Makanan yang sihat mengandungi jumlah zat dan kalori
yang seimbang untuk kesihatan tubuh,mencegah kekurangan dan kelebihan
pemakanan.Namun,tiada makanan yang mempunyai semua zat yang diperlukan oleh badan
manusia dengan erti kata lain,tiada satupun makanan yang betul-betul lengkap untuk
memenuhi keperluan tubuh badan manusia.
Antara bahan-bahan yang terkandung dalam makanan seharian kita ialah
karbohidrat,protein,lemak,mineral,air,fiber.phytonutrien,kolesterol,gula dan garam(Govindji
et.al,2002).Setiap bahan ini memainkan peranan yang penting terhadap tubuh badan
manusia.Sebagai contohnya,karbohidrat yang terkandung di dalam makanan ruji rakyat
Malaysia iaitu nasi memberikan tenaga kepada tubuh badan kita untuk melakukan
kerja=kerja seharian.Namun pengambilan makanan berkabohidrat yang berlebihan boleh
menyumbang kepada masalah berat badan kerana makanan ini turut mengandungi gula.
10

Pemakanan yang sihat juga merujuk kepada waktu makanan diambil


sepatutnya.Biasanya,amalan pemakanan rakyat Malaysia terdiri daripada waktu makan
sarapan pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam,Ramai kanak-kanak yang
bersekolah selalu tidak mengambil sarapan pagi di rumah.Mereka biasanya akan makan
semasa rehat di sekolah.Tempoh masa antara sarapan pagi dan makan semasa rehat ini
menyebabkan mereka berasa lapar.Satu kesan segera yang dapat dilihat ialah mereka tidak
bermaya mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah.Kesan jangka panjang pula,mereka akan
berasa lapar dan makan dengan banyak semasa rehat.Ini menyebabkan berlakunya obesiti di
kalangan murid sekolah.
Terdapat banyak cara manusia mengurus pemakanan mereka.Ada di antara individu
yang makan dengan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit untuk setiap hidangan,Namun
ada yang skeptis dengan amalan ini kerana mereka risau makanan yang mereka makan lebih
banyak daripada sepatutnya.Keajaiban dalam tubuh badan manusia ialah,semakin banyak kali
kita makan semakin tinggi kadar metabolisme.Namun harus diingat,jumlah makanan yang
diambil perlulah sedikit.

Sumber : www.healthykids.org.my
Rajah di atas menunjukkan piramid makanan yang menjadi asas panduan bagi
pemakanan yang sihat.Individu harus memakan lebih banyak makanan dalam kumpulan satu

11

diikuti kumpulan dua dan tiga,kumpulan empat dan lima dan akhir sekali yang paling sedikit
makanan dalam kumpulan minyak,gula dan garam.

4.2.

Peningkatan Pengetahuan Menangani Stress

Menurut
Murdock
&
Scutt(1993)
dalam
Muhamad
Hanapi
Hj.Hussin(2004),mentafsirkan tekanan sebagai ketidakpadanan antara persepsi tuntutan
dengan persepsi keupayaan untuk melakukannya.Jika terdapat jurang perbezaan antara
kedua-dua persepsi ini maka tekanan akan wujud.
Ada pelbagai punca tekanan di kalangan murid sekolah masa kini.Antaranya ialah
berkaitan dengan akademik di sekolah.Menurut Melati Sumarti(1997),antara penyebab utama
stress berkaitan akademik ialah kerja rumah yang terlalu banyak,peperiksaan dan
ujian,prestasi yang kurang memuaskan,harapan ibu bapa dan pihak sekolah.
Peraturan sekolah juga menyumbang stress di kalangan murid masa kini.Ada
sesetengah sekolah yang mempunyai peraturan yang sangat ketat sehingga menggangu rutin
haria seorang kanak-kanak.Mereka sudah jadi umpama robot yang diprogramkan untuk
melakukan hanya perkara yang betul.Hakikatnya murid-murid ini terperangkat antara
keperluan dan peraturan.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Peach(1991) di
Tennase,Amerika Syarikat,sebanyak 76% daripada 96 orang pelajar mengalami tekanan
disebabkan peraturan kelas dan sekolah yang ketat.
Guru
turut
menyumbang
tekanan
terhadap
pelajar
sekolah.Menurut
Elkind(1981),sistem pendidikan amat menitikberatkan pencapaian dalam akademik,.Oleh itu
guru telah menekankan agar setiap murid yang diajar mencapai kehendak mereka tanpa
memikirkan keupayaan berlainan di kalangan setipa murid.
Stress memang ada kepentingan dalam hidup manusia.Stress yang bijak diurus boleh
memotivasikan manusia lebih tekun melakukan sesuatu tugas.Stress yang tidak ditangani
dengan baik akan menyebabkan penyakit tekana darah tinggi dan kemurungan.Antara cara
mengatasi stress yang mudah dilakukan ialah berkongsi masalah dengan keluarga.

4.3.

Peningkatan Pengetahuan Anti-Merokok.

Merokok adalah salah satu tabiat global yang semakin menular.Daripada kanak-kanak
sehinggalah orang tua,rokok sudah menjadi sinonim dengan gaya hidup manusia.Dari negara
maju,negara membangun sehingga negara dunia ketiga gejala merokok memang sangat sukar
dihapuskan.
12

Pelbagai punca telah dikenalpasti permulaan tabiat merokok terutamanya di kalangan


murid sekolah.seorang remaja yang mula merokok akan terus merokok untuk 15 tahun
hingga 20 taghun berikutnya(WHO,2002).Merokok banyak menyumbang tingkah laku
negetif.antaranya ialah ponteng sekolah,vandalisme,gangsterisma dan penyalahgunaan
dadah( Kulig et al,2005).Antara punca merokok di kalangan remaja ialah pengaruh rakan
sebaya dan situasi di rumah yang mana ramai ahli keluarga merokok.
Merokok banyak menyumbang kepada penyakit kronik seperti kanser.Dalam rokok
tersebut,terdapat banyak bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan manusia.Bahan
bahan karsinogen ini apabila masuk ke dalam tubuh badan melalui paru paru akan
mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.Mungkin kita kerap mendengar kata kata
dari perokok bahawa walaupun mereka sudah lama merokok namun mereka belum juga
sakit.Merokok lebih kepada umpama bom jangka yang ditanam di dalam tubuh badan
manusia.apabila sampai tahap tertentu ia akan meledakkan penyakit yang paa masa itu sudah
terlambat untuk dirawat.Mencegah memang baik daribapada merawat.Namun harus
diingat,orang yang tidak merokok tetapi berada di kalangan orang merokok turut mempunyai
risiko menghidap penyakit yang dihidapi oleh perokok.Mereka ini kerap digelar sebagai
perokok pasif kerana mereka secara tidak sengaja akan terhidu asap yang dilepaskan oleh
orang yang merokok.

Sumber.www.infosihat.gov.my
Para perokok memang sudah biasa melihat iklan sebegini tertera di kotak rokok
namun mereka masih tidak mengendahkannya kerana ketagihan rokok merupakan antara
perkara yang sangat sukar dibuang.

4.4.

Peningkatan Pengetahuan Sukan dan Rekreasi

13

Bersenam merupakan cara paling seronok dan efisien dalam membentuk gaya hidup
sihat.Senaman dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.Banyak faedah senaman yang diperolehi.Antaranya ialah ia dapat meningkatkan
kecekapan sistem kardiovaskular kita.Kardiovaskular yang sihat menjamin jantung yang
sihat.Bersukan juga dapat mengurangkan stress yang dialami.Selain itu bersenam juga dapat
menguatkan tubuh badan dan membuatkan kita cergas dalam melakukan kerja
seharian.Apabila letih bersenam juga,manusia akan dapat tidur dengan lebih nyenyak
Bersenam bukan sahaja memberikan manfaat kepada fizikal manusia.Bersenam juga
dapat memberi manfaat kepada fisiologi manusia.Dengan bersenam tubuh badan manusia
akan dilatih meningkatkan daya tahan,kelenturan.koordinasi dan kekuatan.
Rekreasi ialah aktiviti terancang untuk memenuhi masa lapang..Ia bukan untuk
pertandingan tetapi untuk memenuhi kelapangan masa sambil berseronok,mendapatkan
ketenangan minda dan meregangkan otot yang letih selepas bekerja seharian.Rekreasi
terbahagi kepada dua iaitu rekreasi dalaman (indoor) dan luaran (outdoor ).

14

Rujukan:Elkind.(1981).The Hurried Child : Growing up to fast too soon..Addison-Wesley.Pub.Co.


Kulig and Joffe J.W.(2005).Tobacco,alcohol and other drugs : The role of pediatrician in
prevention,identification and management of substance abuse.Journal of
Paediatric.115(3).816-822.
Mohamad
Nor
et.al,(2006).The
Third
National
Health
and
Survey(NHMS)2006.Nutritional status of adult aged 18 years and above.

Morbidity

Norizan Abdul Hamid,(2013)."Program cara hidup sihat atasi obesiti.Berita Harian


Online.Artikel
Norlela Hamima Jamaluddin,(2006)."Ibu bapa antara penyebab masalah berat badan
berlebihan".Harian Metro.Artikel
Saadiah Ismail,(2003)."Amalan gaya hidup sihat elak pelbagai penyakit.Berita Harian
Online.Artikel
Tam Cai Lam,(2012)."Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.Dewan Masyarakat.DBP
Govindji et,al,(2002."Think well to be well.An inspirational guide for people with
diabetes.Diabetes Reseasrch & Wellness Foundation.UK
www.moh.gov.my/v/kanan_makan
www.healthykids.org.my/preview.FoodPyramid.aspx
Disease Control And Prevention, Global Youth Tobacco Survey- fact sheet 2000.Dicapai pada
16
Februari
daripada
http://www.cdc.gov/tobacco/global/GYTS/factsheets/2000/htm(27m
What is cardiovascular disease?.Dicapai pada 22 Februari 2013 daripada
http://www.heart.org/HEARTORG/Caregiver/Resources/WhatisCardiovascularDisease/
What-is-Cardiovascular-Disease_UCM_301852_Article.jsp

15

You might also like