You are on page 1of 1

Hamzah bin Abdul Muttalib lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan

Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul


Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah.
Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib
terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab,
adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka
memakai bulu burung di topi kepalanya.
Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar
menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota
Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya
Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana
keberaniannya.
Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang
Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang
bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon,
isteri Abu Sufian.
Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman
lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.
Wahsyi telah diupah oleh Hendon untuk mebunuh Saidina Hamzah demi
membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan Badar.
Dadanya telah dirobek oleh Hendon lalu hatinya dikunyah. Namun Hendon
tidak dapat menelan hati Saidina Hamzah.
Kita sebagai umat Islam HARUS SEMESTINYA mengambil pegajaran
terhadap PENGORBANAN yang telah ditunjukkan oleh Saidina Hamzah
yang sanggup berkorban. Beliau sanggup menggadai nyawanya demi
merelakan Islam tertegak di muka bumi ini.

You might also like