You are on page 1of 6

Kecergasan Fizikal dan Peranannya Dalam Mengurangi Risiko Penyakit Kardiovaskular

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan banyak pihak utnuk


menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat dan aktif dikalangan masyarakat negara.
Kempen-kempen ini dilancarkan bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat tentang
kepentingan pengamalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti
penyakit kardiovaskular yang kini merupakan punca tertinggi kematian di negara ini
khususnya, dan juga di seluruh dunia amnya. Kesihatan tubuh badan merupakan salah satu
faktor yang penting dapat melahirkan individu yang produktif untuk memacu negara ke arah
kemajuan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008
menunjukkan sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang dicatatakn
di hospital-hospital seluruh negara adalah disebabkan oleh penyakit jantung. Berdasarkan
laporan statistic tersebut juga menunjukkan bahawa penyakit jantung atau penyakit
kardiovaskular mempunyai kadar kematian yang 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kadar
kematian yang disebabkan oleh kanser dikalangan wanita. Kebanyakan kes yang dicatatkan
adalah berkaitan dengan penyakit jantung koronari. Laporan tersebut juga menjangkakan
kadar kematian yang berpunca daripada penyakit kardiovaskular akan meningkat setiap tahun.
Jadi, tidak hairanlah jika penyakit kardiovaskular ini dilabel sebagai pembunuh nombor satu
negara. Lebih membimbangkan, penyakit kardiovaskular bukan sahaja dihidapi oleh golongan
yang telah berusia, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga mempunyai risiko untuk
menghidapnya sekiranya pengamalan gaya hidup tidak sihat menjadi amalan mereka.
Penyakit-penyakit kronik kadangkala disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan.
Contohnya, sekiranya ada diantara ahli keluarga yang menghidapi penyakit kronik seperti
penyakit jantung, risiko untuk ahli keluarga yang lain mendapat penyakit yang sama adalah
tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga dengan sejarah penyakit yang
sama. Walaubagaimanapun, ianya masih mampu dicegah melalui pengamalan gaya hidup
yang sihat dan aktif demi menjaga kesihatan jantung. Selain itu, terdapat, banyak faktor lain
yang boleh mengakibatkan risiko bagi seseorang individu itu mengalami masalah penyakit
kardiovaaskular. Antaranya adalah faktor usia, kandungan kolesterol dalam darah yang
berlebihan, tekanan darah tinggi, kandungan lemak yang berlebihan, merokok, diabetes dan
kurang melakukan aktiviti fizikal atau tidak aktif. Bak kata pepatah Mencegah itu lebih baik

daripada mengubati maka, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil inisiatif untuk
melancarkan kempen gaya hidup sihat dan aktif melalui kerjasama pelbagai pihak yang
bertujuan untuk menambah kesedaran masyarakat tentang pentingnya gaya hidup sihat dan
aktif dalam mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. Penyebaran maklumat berkaitan
pengamalan gaya hidup sihat juga meliputi penggunaan media massa secara melus agar ia
boleh disampaikan kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Iklan berbentuk
animasi juga telah digunakan secara meluas agar kempen pengamalan gaya hidup sihat ini
dapat menarik perhatian golongan remaja dan juga kanak-kanak
Pengamalan gaya hidup sihat bukanlah hanya tertumpu kepada pengambilan diet
harian yang seimbang. Tetapi, ia juga erlu diseiringkan dengan kecergasan fizikal. Oleh itu,
untuk membantu masyarakat umum memahami sepenuhnya konsep pengamalan gaya hidup
sihat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melancarkan kempen-kempen yang
berkaitan dengan amalan gaya hidup cergas. Contohnya, dengan usahasama daripada
pengeluar makanan terkemuka di negara ini, aktiviti, Jacobs Walk of Life telah diadakan.
Program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat daripada pelbagai peringkat usaha
untuk menjadikan kehidupan cergas sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Melalui
program ini juga, masyarakat didedahkan tentang kebaikan berjalan yang mampu membantu
meningkatkan kesihatan jantung seterusnya mengurangkan risiko menghidapi penyakit
kardiovaskular.
Selain

mengamalkan

diet

seimbang

dalam

kehidupan

seharian,

penyakit

kardiovaskular juga dapat dicegah melalui peningkatan aktiviti fizikal. Namun kedua-duanya
perlulah dilakukan secara berterusan. Aktiviti fizikal ringkas seperti berjalan, berjogging,
berbasikal, dan berenang misalnya, merupakan senaman ringkas yang dapat meningkatkan
tahap kecergasan fizikal seseoranng dan membantu mengurangi risiko pelbagai penyakit
kronik termasuklah penyakit jantung. Disamping itu, kecergasan fizikal juga sebenarnya
boleh ditingkatkan melalui aktiviti fizikal minimal yang dilakukan oleh individu dalam tugas
seharian mereka. Contohnya, mengemas rumah dan berkebun. Namun, dek kerana tidak
memahami konsep sebenar kecergasan fizikal, ramai di kalangan masyarakat tidak mahu
melakukannya kerana beranggapan ianya sukar dan memerlukan masa yang banyak untuk
dilaksanakan. Alasan ini sering digunakan terutamanya bagi mereka yang berkerjaya dan juga
surirumah yang sibuk melakukan tugasan seharian.

Oleh itu, bagi membuka mata masyarakat tentang cara-cara mudah untuk mereka
meningkatkan kecergasan fizikal melalui aktiviti-aktiviti ringkas yang mereka lakukan saban
hari, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen-kempen yang
menjurus kepada menjadikan rutin harian sebagai salah satu kaedah senaman bagi
meningkatkan kecergasan fizikal individu. Contohnya, aktiviti yang semua orang mampu dan
perlu lakukan dalam kehidupan seharian iaitu, berjalan kaki. Berjalan kaki adalah sesuatu
yang amat digalakkan bagi menjaga kesihatan jantung. Aktiviti ini merupakan senaman yang
paling mudah untuk dilakukan dan hampir semua orang yang berkeupayaan mampu untuk
melakukannya. Tidak perlu berjalan seperti seorang atlet, cukup dengan memperbanyakkan
langkah yang diambil setiap hari bagi memastikan risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.
Bagi mereka yang berkerjaya, amalkanlah berjalan kaki dari tempat letak kereta ke pejabat
ataupun cuba menggunakan tangga untuk naik ke aras yang lebih tinggi. Bagi mereka yang
tidak berkerjaya banyakkan berjalan daripada duduk untuk membakar kalori yang berlebihan.
Bagi menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti ini, kempen Jom gunakan tangga telah
diancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan matlamat agar masyarakat
menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai pilihan untuk ke tempat yang ingin dituju. Hal ini
kerana, berjalan kaki merupakan sejenis senaman yang mudah untuk dilakukan. Tidak perlu
mengeluarkan wang yang banyak untuk ke gim kerana selain murah, ia juga efektif.
Sememangnya ramai di kalangan masyarakat hari ini, sedar akan pentingnya
bersukan untuk menjadi lebih sihat. Namun, kebanyakannya memberikan alasan mereka tidaa
masa terluang untuk bersukan. Begitu juga bagi golongan kanak-kanak dan remaja yang
membesar di zaman serba moden ini. Kebanyakan masa mereka dihabiskan di hadapan
televisyen, bermain permainan video, ataupun melayari internet. Kecanggihan teknologi juga
sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Jika dahulu, golongan kanak-kanak
mahupun remaja menghabiskan masa senggang mereka dengan keluar bermain, pada masa
kini, mereka lebih senang menghabiskan masa lapang dengan bermain permainan video,
melayari internet dan juga bersosial melalui telefon pintar. Keadaan ini menjadikan lebih
mereka kurang aktif. Jadi, kempen-kempen seperti berbasikal untuk sihat dilaksanakan agar
dapat menarik perhatian golongan muda ini supaya hidup secara aktif bagi memastikan
kesihatan mereka lebih terjamin. Hal ini kerana, selain mudah dan murah, berbasikal
merupaka aktiviti riadah yang sangat menyeronokkan kerana secara tidak langsung,
berbasikal juga merupakan salah satu cara untuk bersosial. Di sesetengah negara maju, basikal
merupakan salah satu pengangkutan yang digunakan untuk melakukan rutin harian

terutamanya di negara-negara yang bilangan pengguna jalan rayanya sangat ramai. Bukan
sahaja menjimatkan masa kerana tidak perlu bersesak, malah ia juga dapat memastikan tahap
kecergasan fizikal individu dapat ditingkatkan seterusnya mengurangi risiko mendapat
penyakit kronik terutamanya penyakit jantung.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Jantung Amerika, jumlah
kematian yang dikatakan berpunca daripada penyakit kardiovaskular adalah kira-kira 5 juta
orang setiap tahun. Menerusi kajian ini juga, gaya hidup kurang aktif yang diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat pada masa kini menjadi faktor berlakunya peningkatan kes kematian
akibat penyakit kardiovaskular. Keadaan ini sebenarnya mewujudkan kebimbangan kerana
umum mengetahui, penyakit jantung bukan sahaja dihidapi oleh golongan berusia sahaja
namun, golongan kanak-kanak serta remaja juga berpotensi untuk mendapat penyakit ini.
Oleh itu, galakkan untuk mengamalkan gaya hidup aktif adalah satu yang perlu untuk
memastikan jumlah penghidap penyakit kardiovaskular kronik dapat dikurangkan. Tahap
kecergasan yang baik sebenarnya dapat mempengaruhi taha kesihatan jantung.
Aktiviti fizikal sebenarnya mampu membantu melancarkan peredaran darah.
Contohnya, ketika berjalan kaki, otot-otot yang digunakan oleh individu memerlukan lebih
oksigen dan nutrien untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Otototot yang terlibat ketika pergerakan berjalan berlaku juga menggalakkan pertumbuhan arteri
baru yang dikenali sebagai arteri kolateral. Arteri kolateral ini berfungsi untuk membantu
melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Selain itu, dengan adanya arteri
kolateral ini, proses penyembuhan juga berlaku dengan lebih pantas. Ia juga dapat
meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Kadar metabolisme tubuh yang tinggi dapat
membantu membakar kalori berlebihan dengan lebih berkesan.

Pembakaran kalori ini

membantu menurunkan berat badan dan sekiranya dilakukan secara berterusan ianya dapat
membantu dalam pengawalan berat badan dan mengelakkan berlakunya masalah obesiti yang
merupakan salah satu punca penyakit kardiovaskular.
Aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap dan berterusan juga merupakan salah
satu cara untuk mengelakkan masalah obesiti.

Obesiti menyebabkan risiko penyakit

kardiovaskular lebih tinggi kerana masalah obesiti memberi kesan kepada tekanan darah.
Pada kebiasaanya, mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan pada masa
yang sama tidak menjalani gaya hidup aktif, akan mengalami masalah hipertensi disebabkan
oleh wujudnya lemak berlebihan dalam saluran darah. Keadaan ini menyebabkan saluran

darah menjadi sempit dan menjadikan tekanan yang diperlukan oleh darah untuk mengalir ke
seluruh tubuh badan menjadi lebih tinggi. Apabila ini berlaku, ia membuatkan jantung
terpaksa berkerja dengan lebih kuat seterusnya menganggu tahap kesihatan jantung. Jadi,
dengan melakukan aktivit-aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berjogging, berenang dan
berbasikal, dapat mengurangkan masalah ini berikutan penurunan berat badan hasil daripada
senaman ringkas tersebut. Justeru, risiko penyakit kardiovaskular juga dapat dikurangkan.
Aktiviti-aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap juga dapat membantu menambah
kecekapan fungsi jantung. Ini kerana, jantung merupakan organ penting yang sentiasa bekerja.
Namun begitu, ia tidak perlukan rehat untuk terus berfungsi dengan cekap. Sebaliknya,
kecekapan fungsi jantung dapat ditingkatkan dengan bersenam. Senaman atau aktiviti fizikal
akan menjadikan tubuh kita memerlukan lebih banyak oksigen. Hal ini akan menyebabkan
pengepaman darah oleh jantung meningkat.Apabila kecekapan jantung meningkat ia akan
melancarkan peredaran darah dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskula.
Disamping itu, kekerapan melakukan senaman juga membantu untuk mengurangkan
jumla kolesterol dalam darah. Kolesterol yang berlebihan dalam darah akan mengakibatkan
berlakunya keadaan yang dipanggil arteroskelorosis. Arteroskelorosis merupakan satu
masalah kesihatan dimana saluran darah diliputi plak lemak yang mengganggu peredaran
darah. Peredaran darah yang tidak lancar menjadikan tahap kesihatan jantung semakin lemah
kerana ia terpaksa bekerja terlalu kuat walaupun pada keadaan dimana seseorang itu tidak
banyak bergerak. Apabila tekanan darah sentiasa berada pada keadaan tinggi risiko bagi
seseorang itu untuk mendapat penyakit kardiovaskular adalah tinggi.
Kesimpulannya, melakukan aktivti fizikal secara kerap sama ada pada intensiti tinggi
mahupun rendah mampu mencegah penyakit kardiovaskular. Penerapan pengamalan gaya
hidup sihat di kalangan masyarakat demi mengurangi risiko penyakit kronik terutamanya
penyakit kardiovaskular adalah penting bagi melahirkan masyarakat yang lebih aktif dan
produktif seterusnya dapat memabantu negara mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Bibliografi :
1. Norhidayyu Zainal. (2012, September 25). Sakit Jantung Pembunuh No. 1!. Sinar
Harian. Diambil dari : http://www.sinarharian.com.my/sakit-jantung-pembunuhnombor-1-1.88273. Pada 19/10/2014.
2. Hidayatul Akmal Ahmad. (2013, Disember 1). Sakit Jantung Pembunuh Utama.
Harian Metro. News Straits Times Press. Diambil dari :
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sakitjantungpembunuhutama/2013/Art
icle. Pada 19/10/2014
3. Nor Faizah Mohamed (2013, Disember 23). Tingkat Stamina Kardiovaskular. Harian
Metro. New Straits Times Press. Diambil dari
http://www2.hmetro.com.my/articles/Tingkatstaminakardiovaskular/Article. Pada
19/10/2014.
4. Meyers, J. (2003, Januari 14). Exercise and Cardiovascular Health. Circulation.
American Heart Institute.Greenville. Diambil dari : http://circ.ahajournals.org/ by
guest on October 18, 2014
5. Cheng, S. J et al. (2013). Physical Activity and Risk of Cardiovascular Disease Among
Older Adults. International Journal of Gerontology
Diambil dari : http://www.ijge-online.com/article/S1873-9598(13)00037-9/fulltext.
Pada 19/10/2014.

You might also like