You are on page 1of 5

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

BAHAGIAN D - NOVEL PMR


BAHAGIAN D : PEMAHAMAN NOVEL
Panduan Menjawab Soalan Novel.
Markah isi 6 markah dan markah bahasa 4.
Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari.
Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.
Jangan lupa tulis nama novel ketika mula menulis jawapan.
Isi harus disertakan dengan contoh. Sebaik-baiknya satu perenggan satu isi.
BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.
1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
2. Perenggan- 3 perenggan.
3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.
PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.
4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ).

Topik penting dalam Komsas


1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji
( 10 markah )
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji.
( 10 markah ).
Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan
memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi
contoh yang sesuai ( 10 markah ).
6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji
(10 markah ).
7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan
contoh yang sesuai ( 10 markah )
9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang
anda ketahui ( 10 markah ).
10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

watakdanPerwatakanCempakaPutihUntukmu
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Hartini

Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.

Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah

dirawat di hospital.

Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia

berjanji tidak akan menangis lagi.

Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya

sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini
menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah

mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan
Satiah
Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin
Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.
Rakan karib Hartini
Menghidap penyakit barah paru-paru.
Seorang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke
rumah kawan-kawan .
Seorang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit
barah paru-paru.
Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam
peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam
penulisan.

Encik Hasrul
Suami kepada Sarah .
Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.
Merupakan seorang kakitangan kerajaan di jabatan pertanian.
Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau
memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal
diselesaikan terlebih dahulu.
Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah untuk mendapatkan
rawatan di hospital.
Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya mengadakan
kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang
dalam PMR.
Latar
Latar Masa
Pagi
Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala
Lumpur menuju ke Jerantut
Petang
Contoh: Pada suatu petang setelah mereka tiba di rumah baharu, masyarakat
setempat menyambut kedatangan mereka.
Malam
Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di
rumahnya akibat keadaan Satiah yang masih lemah kerana bimbang penyakit
Satiah berulang kembali.
Latar Tempat
Di Kuala Lumpur
Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

Di kampung Kuala Batu.


Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak
Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan
keluarganya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu
Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga PMR.
Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.
Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam
PMR.
Johor Bahru
Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer
selepas peperiksaan PMR.
Kampung Langsat
Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.
Latar Masyarakat
Masyarakat bandar
Contoh: keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk berpindah
ke kawasan pedalaman.
Masyarakat orang Asli
Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti
keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.
Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional
Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana
telah terlangkah benda kotor.
Masyarakat pelajar
Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain

menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.


Masyarakat peniaga
Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.
Masyarakat pendidik
Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

You might also like