You are on page 1of 3

Buah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buah-buahan tempatan Malaysia.

Beberapa jenis buah

Buah-buahan biasa.

Sebakul buah dilukis oleh Balthasar van der Ast

Dalam bidang pertanian, buah merupakanovari yang telah masak, bersama-sama dengan bijinya
dari sesebuah pokok yang berbunga. Namun, apabila berkata tentang buah, dari segi masakan,
yang dimaksudkan dengan buah ialah hasil daripada pokok-pokok yang boleh dimakan begitu
sahaja. Akan tetapi, sebahagian daripada buah-buahan juga kadangkala boleh dianggap
sebagai sayur-sayuran.
Kebanyakan buah mengandungi air. Buah juga mempunyai serat makanan pada kulit,benih, dan
bagian berserat. Biasanya buah juga mengandung besi dan gula, serta sedikit protein danlemak.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Kegunaan buah
1.1 Khasiat

2 Lihat juga

3 Pautan luar

Kegunaan buah[sunting | sunting sumber]


Khasiat[sunting | sunting sumber]
Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:

Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti.

Kesegaran buah.

Buah muda, ranum atau terlalu ranum.

Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok.

Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak mencukupi keperluan pokok.

Cara penyediaan buah:

Dimakan segar atau mentah.

Dimakan bersama kulit atau tidak.

Jangka masa buah dimakan; dibiarkan dahulu atau terus dimakan setelah dikupas.

Jika dibuat jus segar, perlu dikenal pasti sama ada jus diminum terus atau disimpan
berjam-jam di dalam peti sejuk sebelum diminum.

Jika bukan buah segar, perlu dikenal pasti cara penyediaan, berapa lama disimpan
serta keadaan di sekeliling tempat simpanan.

You might also like