You are on page 1of 5

eknologi bahan api[sunting | sunting sumber]

Tuk-tuk di New Delhi yang menggunakan gas asli.

Kebanyakan kereta hari ini menggunakan enjin pembakaran dalaman jenis petrol atau diesel, yang
dikenal pasti menjadi punca pencemaran udara serta disalahkan sebagai penyumbang utama
kepada perubahan iklim serta pemanasan global.[1] Kos bahan api berasaskan petroleum yang
semakin meningkat, undang-undang yang semakin ketat serta had bagi gas rumah hijau adalah
faktor utama kepada pembangunan sumber kuasa baru bagi kereta. Usaha bagi menambah baik
atau menggantikan teknologi sedia ada termasuklah pembangunan kereta kacukan, serta kereta
elektrik dan kereta hidrogen yang tidak melepaskan bahan pencemar di dalam udara.

Diesel[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Enjin diesel
Kereta berenjin diesel sudah lama popular di Eropah sejak mula diperkenalkan pada tahun
1930-an oleh Mercedes-Benz dan Citroen. Faedah utama enjin diesel ialah kecekapan
penggunaan bahan api sehingga 50% berbanding 27%[2] dalam enjin petrol yang paling baik.
Kelemahan utamanya pula ialah penghasilan jelaga di dalam gas ekzos, maka pengeluar kini
mula memasang penapis bagi membuang jelaga tersebut, Kebanyakan kereta diesel juga boleh
menggunakan 100% biodiesel dengan tiada atau hanya sedikit pengubahsuaian yang
diperlukan.

Petrol[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Enjin petrol

2007 Mark II (BMW) Mini Cooper

Kelebihan enjin petrol berbanding diesel ialah beratnya yang ringan serta mampu bekerja
pada kelajuan putaran tinggi, maka ia menjadi pilihan utama dalam kereta sport berprestasi
tinggi. Pembangunan berterusan enjin petrol selama lebih seratus tahun sudah
menampakkan peningkatan terhadap kecekapan serta pengurangan
pencemaran.Karburetor telah digunakan pada hampir kesemua enjin kereta sehinggalah
pada tahun 1980-an di mana kawalan campuran udara-bahan api yang lebih baik boleh
dicapai melalui penggunaan suntikan bahan api. Suntikan tidak terus mula digunakan di
dalam enjin kapal terbang bermula 1909, di dalam kereta lumba bermula 1930-an, serta di
dalam kereta jalanan bermula lewat 1950-an.[2] Suntikan Terus Petrol (GDI) mula digunakan
di dalam kereta pengeluaran seperti model 2007 (Mark II) BMW Mini. Gas ekzos juga
dibersihkan melalui pemasangan penukar bermangkin pada sistem ekzos. Penguatkuasaan
peraturan udara bersih dalam kebanyakan pasaran utama industri kereta menjadikan
kedua-dua penukar bermangkin dan suntikan bahan api sebagai peralatan lazim.
Kebanyakan enjin petrol moden mampu berjalan menggunakan campuran sehingga
15% etanol di dalam minyak petrol - kereta lama mungkin mempunyai salur dan sesendal
yang boleh dirosakkan oleh etanol. Dengan hanya pengubahsuaian kecil, enjin petrol boleh
menggunakan campuran etanol sehingga setinggi 85%. 100% etanol digunakan di
beberapa negara di dunia (seperti Brazil), tetapi kereta mesti dihidupkan dengan
menggunakan petrol tulen sebelum ditukarkan kepada etanol. Kebanyaan kereta petrol
boleh juga menggunakan LPG dengan pemasangan tangki LPG serta pengubahsuaian
sistem bahan api untuk dipasang pencampur LPG. LPG menghasilkan kurang pencemaran
serta menjadi bahan api popular forklif yang perlu beroperasi di dalam bangunan.

Kereta Hibrid Sel Bahan Api (FCHV) yang menggunakan hidrogen telah dibangunkan
oleh Toyota pada tahun 2005

Bioalkohol dan biopetrol[sunting | sunting sumber]


Etanol, bahan api alkohol lain (biobutanol) dan biopetrol sudah mula digunakan secara
meluas sebagai bahan api kereta. Kebanyakan alkohol menghasilkan kurang tenaga seliter
berbanding petrol dan biasanya diadunkan bersama petrol. Alkohol digunakan kerana

pelbagai sebab - untuk meningkatkan penarafan oktana, untuk memperbaiki pelepasan


asap, serta sebagai alternatik kepada bahan api berasaskan petroleum, memandangkan ia
boleh dihasilkan daripada hasil pertanian.Program etanol Brazil menghasilkan lebih kurang
20% daripada keperluan bahan api automotif negara, termasuklah beberapa juta kereta
yang menggunakan etanol tulen.

Elektrik[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Kereta elektrik dan Kereta kacukan

Henney Kilowatt, kereta elektrik moden kawalan transistor pertama.

2007 Tesla Roadster.

Kereta elektrik pertama mula dibina sekitar 1832, sebelum kereta berenjin pembakaran
dalaman mula dikeluarkan.[3] Pada tempoh tertentu, kereta elektrik dianggap unggul
kerana motor elektrik yang senyap berbanding bunyi bising enjin petrol. Kelebihan
tersebut telah dihapuskan dengan penciptaan peredam bunyi oleh Hiram Percy
Maxim pada tahun 1897. Setelah itu kereta berenjin pembakaran dalaman mempunyai
dua kelebihan utama: 1) jarak perjalanan yang panjang, dan 2) tenaga tentu yang tinggi
(berat petrol yang jauh lebih ringan berbanding berbanding berat bateri).
Pembinaan kereta elektrik yang boleh menandingi model pembakaran dalaman
terpaksa menanti pengenalan teknologi kawalan semikonduktor serta bateri yang
diperbaharui. Oleh kerana ia berupaya menghasilkan tork tinggi pada rpm rendah,
kereta elektrik tidak memerlukan kotak gear yang kompleks sebagaimana kereta
berenjin pembakaran dalaman. Beberapa kereta elektrik pasca-2000 seperti Venturi
Ftish moleh memecut0-100km/j dalam masa 4.0 saat dengan kelajuan maksimum 210

km/j. Yang lain pula mampu bergerak sejauh 400 km pada kitar lebuh raya EPA dengan
memerlukan 3-1/2 jam untuk dicas semula[4]. Kecekapan bahan api yang setara dengan
enjin pembakaran dalaman tidak begitu dinyatakan tetapi ada laporan yang
melaporkannya sekitar 1.74 L/100 km.

Wap[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Enjin wap
Enjin wap, biasanya menggunakan dandang yang menggunakan minyak atau gas,
juga pernah digunakan sehingga tahun 1930-an tetapi mempunyai kelemahan
utama iaitu tidak mampu menggerakkan tenaga sehingga tekanan wap yang
mencukupi terhasil. Ia mempunyai kelebihan mempu menghasilkan pencemaran
sangat rendah memandangkan proses pembakaran boleh dikawal dengan berhatihati. Kelemahan lain termasuklah kecekapan haba yang rendah serta keperluan
ekstensif bagi peralatan elektrik.[5]

Turbin gas[sunting | sunting sumber]


Pada tahun 1950-an timbul minat yang singkat bagi menggunakan enjin turbin
gas (jet) dan beberapa pengeluar kereta seperti Rover dan Chrysler telah
menghasilkan beberapa prototaip. Walaupun unit kuasa sangat padat, tetapi
penggunaan bahan api yang tinggi, kelengahan tindak balas pendikit serta
kekurangan brek enjin menyebabkan tiada kereta sedemikian dapat dihasilkan.

Enjin rotari (Wankel)[sunting | sunting sumber]


Enjin Wankel mula diperkenalkan di dalam kereta oleh NSU melalui model Ro
80 dan kemudiannya melalui Citron GS Birotor serta beberapa model
kereta Mazda. Walaupun enjinnya sangat lancar, namun ia kurang boleh diharap
serta tidak menjimatkan bahan api, menyebabkan kebanyakan model sedemikian
tidak dikeluarkan lagi. Mazda, bermula dengan model R100 diikuti RX-2, telah
meneruskan kajian terhadap enjin Wankel, dan seterusnya berjaya menangani
kebanyakan kelemahan awalnya melalui model RX-7 dan RX-8.

Kereta roket dan jet[sunting | sunting sumber]


Kereta roket memegang beberapa rekod di dalam perlumbaan drag. Walau
bagaimanapun, kereta sedemikian digunakan untuk memecah rekod kelajuan darat,
serta digerakkan oleh tujahan jet daripada enjinroket, turbojet, atau lebih terkini dan
lebih berjaya, enjin turbofan. Kereta ThrustSSC yang menggunakan dua enjin
turbofan Rolls-Royce Spey dengan pemanasan semula berjaya
memecahkan kelajuan bunyi pada aras tanah pada tahun 1997.

Keselamatan[sunting | sunting sumber]


Kesan ekonomi[sunting | sunting sumber]
Teknologi automotif masa depan[sunting | sunting
sumber]
Rencana utama: Teknologi automotif masa depan
Teknologi sistem bahan api yang sedang dibangunkan termasuklah kereta
kacukan, kereta elektrik, kereta hidrogen, bahan api bio serta pelbagai bahan
api alternatif.
Kajian mengenai punca kuasa alternatif masa depan termasuklah
pembangunan sel bahan api, Penyalaan Mampatan Pengecasan Seragam
(HCCI), Enjin Stirling[6], malah menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam
udara mampat atau nitrogen cecair.
Bahan baru yang bakal menggantikan keluli termasuklah duraluminum, gentian
kaca, gentian karbon, dan tiub nano karbon.

Pasaran dan Jualan kereta[sunting | sunting sumber]


Terdapat 3 kategori kereta dalam pasaran Malaysia

Kereta baru

Kereta terpakai

Kereta rekon (import)

Alternatif kepada kereta[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Alternatif kepada kereta
Antara alternatif kepada penggunaan kereta termasuklah pengangkutan
awam (bas, kereta api, transit aliran ringan, monorel, tram), berbasikal,
berjalan kaki, serta menggunakan kasut roda atau papan luncur.

You might also like