You are on page 1of 12

(II) Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang perlu

dilaksanakan di sekolah rendah.

Bengkel Kemahiran Hidup adalah tempat dimana kelas amali dan teori pengajaran
dan pembelajaran Kemahiran Hidup mengambil tempat. Di dalam setiap bengkel terdapat
peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru
pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran
mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang
celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh
mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat
mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di
kalangan guru-guru dan pelajar sekolah.

Pengurusan pentadbiran adalah agak berbeza dari apa yang dikatakan


sebagai pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti
membuat

perancangan,

menyusun

atur,

mengelola,

mengarah,

memimpin,

mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di


dalam sesuah organisasi.

Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan

melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan
dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah
organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat.
Pengurusan dimaksudkan sebagai perihal kerja jika kita penjelasan diberi
dalam Kamus Dewan Edisi ke-3. Brech (1957) berkata bahawa pengurusan
merupakan proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan
dan dorongan. Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif objektif
dan matlamat yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bengkel adalah
seperti berikut mengelakkan pembaziran masa dan tenaga serta menjimatkan wang,
mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan

bahan, mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana


bengkel yang kondusif, menghasilkan produk yang lebih berkualiti, mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan, mengurangkan kos pengeluaran dan pembaziran,

menjimatkan masa bekerja dan boleh dijadikan kebanggaan guru kerana menarik
untuk dipandang
Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel adalah sangat penting bagi
mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam
suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang masalah yang
boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi
pelajar. Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam
bengkel. Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang
masa. Pengagihan kerja harus dilaksanakan bagi memastikan semua membuat kerja
mereka masing masing, keselamatan, kebersihan, mencapai matlamat yang dirancangkan
dan system pentadbiran bengkel berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Bagi pentadbiran pula, bengkel kamahiran hidup harus ditadbir oleh barisan
pentadbiran tertentu. Kita boleh agihkan pentadbiran tersebut kepada tiga bahagian iaitu
Struktur Organisasi, Panitia dan Pengurusan pelajar. Berikut adalah struktur organisasi
bengkel kemahiran hidup.

Strs
Struktur organisasi bengkel kemahiran hidup

Dari segi proses pengurusan pula, terdapat empat fungsi pengurusan iaitu
perancangan, penyusunan, pengarahan dan juga pengawalan. Perancangan bermaksud
pihak pentadbir harus merancang sebarang aktiviti sebelum dimulakan. Dalam sesi ini,
tujuan dan objektif harus dipersoalkan. Tanpa tujuan yang sahih, sesuatu aktiviti adalah
hanya akan membazirkan wang, masa dan tenaga orang lain. Apabila tujuan yang
dibentangkan adalah jelas, kita harus mencari strategi bagi mencapai objektif tujuan
tersebut. Jika semuanya diperjelaskan, maka pihak pentadbiran harus mula mengatur
aktiviti seperti mana dirancangkan.

Perancang
an

Penyusun
an

Pengaraha
n

Pengawala
n

Seterusnya adalah penyusunan. Langkah ini melibatkan kerja menstruktur


organisasi iaitu proses pengambilan kakitangan.Pembahagian kerja akan ditunjukkan
daripada strukutur organisasi mengikuti aktiviti pemasaran, kewangan dan sebagainya.
Pengarahan merupakan penjamin aktiviti organisasi berjalan dengan lancer dan teratur
dengan sempurna. Kepimpinan dan system komunikasi harus diberi perhatian dalam
langkah ini. Langkah keempat iaitu pengawalan. Langakah inilah akan menentukan bahawa
prestasi organisasi dicapai ataupun sebaliknya mengikuti perancangan.
Prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi
14 perkara seperti terdapat dalam pengajian oleh Henri Fayol.

Pengkhususan
kerja

Tersusunan

Persamaan

Pemusatan

Kesepakatan
dan perintah

Inisiatif

Kepentingan
peribadi kepada
kepentingan
keseluruhan

disiplin

Kestabilan
dalam
pemegangan
jawatan

Rangkaian
scalar

kuasa dan
tanggungjawad

Penghargaan

Kesepakatan
dalam arahan

14 prinsip umum dalam pengurusan

Semang
at
Kerjasa
ma

Pengurusan dan pentadbiran bengkel harus diambil berat terutamanya jika


berada didalam bengkel kemahiran hidup yang dilengkapi dengan mesin-mesin
serta alatan tangan yang berisiko berlakunya kemalangan. Justeru itu, pengurusan
dan pentadbiran bengkel ini tidak boleh dipandang ringan agar objektif pembelajaran
tercapai. Prinsip-prinsip pengurusan dan pentadbiran bengkel perlu diketahui oleh
guru.
Terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui didalam proses mengurus dan
mengendalikan bengkel. Antaranya kawalan guru, keselamatan bengkel dan
peralatan, pencahayaan yang baik, keperluan psikologi, persekitaran yang selamat
dan efisien.

Kawalan guru merupakan guru mampu mengendali ataupun mengawal


bengkel dengan sebaik mungkin. Guru guru kemahiran hidup seharusnya
mempunyai penglihatan yang baik serta dapat mendengar bunyi bunyi dengan lebih
jelas. Misalnya, guru harus mengecam bunyi bunyi yang dikeluarkan dari mesin
mesin yang tidak dimatikan. Seterusnya adalah keselamatn kepada bengkel dan
peralatan.

Plan

ataupun

reka

bentuk

bengkel

kemahiran

hidup

haruslah

mengurangkan kehilangan dan kerosakan alat alat. Bengkel yang efisien akan
meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan pembaziran tenaga dan masa
pengguna bengkel kemahiran hidup. Persekitaran yang selamat juga adalah aspek

yang penting dalam pengurusan bengkel. Keselamatan dalam bengkel adalah


sangat penting bagi guru dan murid murid. Sebarang kecederaan yang berlaku
kepada murid murid semasa berada dalam bengkel akan membawa masalah yang
cukup serius. Oleh itu, gurulah sentiasa harus memastikan keadaan murid murid
berada dalam tahap yang selamat.Lebih lebih lagi, persekitaran bengkel seharusnya
mendorong untuk pembentukan sikap yang baik dalam diri murid murid.
Pencahayaan yang baik akan membawa kebaikan dimana murid murid dan guru
boleh menjalankan aktiviti dibawa situasi yang terang, pencahayaan yang
mencukupi dan sebagainya.

kawalan
guru
keperluan
psikologi

Fasa fasa
mengurus
bengkel

persekitaran yang
selamat

keselamatan

pencahayaan

Pengurusan kewangan dan pengendalian bahan merupakan salah satu

Punca
kewangan

aspek penting dalam sesebuah pengurusan bengkel di sekolah. Sumber-sumber


kewangan perlu di catat dan setiap perolehan atau belian juga perlu di kemaskini

Pengurusa
bagi
memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami sebarang
n
pemeroleh
seperti berikut:
an

Pengurusa
n bahan

n aspek yang dipertimbangkan dalam pengurusan


Pengurusa
keraguan. Antara
kewangan adalah

Pengurus
an
Kewanga
n

Bagi meningkatkan lagi taraf dan kemudahan bengkel, pihak pentadbir boleh
mendapati bantuan kewangan dari pelbagai sumber. Antaranya ialah, ibu bapa para
murid, kerajaan dan orang awam ataupun badan awam. Bauranntuan kewangan dari
ibu bapa akan didapati melalui biasiswa kecil, yuran peperiksaan yang dibayar untuk
anak anaknya oleh kerajaan. Dari kerajaan pula, yuran pengajian yang ditanggung
oleh kerajaan akan diguna untuk menaik taraf bengkel.Orang awam seperti badan
awam akan menyumbang ataupun menderma wang kepada sekolah bagi mengatasi
krisis kewangan dan sekolah. Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada
guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap
pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya

bagi menjalankan aktiviti

pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, kita akan lihat pada peraturan keselamatan bengkel adalah
merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja
amali di bengkel kemahiran hidup. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan
penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh
mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan peraturan
keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak
diingini berlaku.Keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada
pelbagai bentuk kemalangan dan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja
yang menjadi aset syarikat seperti mana dinyatakan oleh Ibrahim Syed dalam Raja
Afindi Raja Adam (1998).

Guru harus melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan


projek-projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar
melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Tanpa mengetahui cara
penggunaan alat alat tersebut, maka keederaan mampu berlaku. Kemudahan
peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran
tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang
baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam
bengkel dengan menjaga keselamatan dirI dan juga orang lain. Kesedaran terhadap
keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan
keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan
seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan
oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya.
Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi
berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan
yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan
nyawa.
Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi
tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah
institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian
mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan
keselamatan di bengkel.
Pengurusan bengkel juga boleh dapat dibahagi kepada ruang bengkel, susun
atur, keselamatan, organisasi stor dan sistem penyimpanan stok.

ruang
bengkel

susun
atur
organisasi
stor

keselamatan
sistem
penyimpan
an stok

Keluasan sesuatu bengkel ditentukan oleh jenis kerja yang dilakukan dalamnya.
Saiza yang sepatutunya adalah 20M x 25M. Sebuah bengkel yang sempurna seharusnya
menampung sekurang kurangnya 20 orang murid, Lantai mestilah dari bahan tahan lasak,
mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan tidak licin. Tingkap yang besar untuk
membenarkan cahaya masuk sebanuk mungkin serta pengedaran udara yang bebas. Pintu
mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan.
Meja kerja yang tahan lasak Bekalan asas seperti elektrik, soket kuasa dan bekalan air
harus disediakan dalam bengkel.Bilik stor juga diperlukan bagi menyimpan bahan bahan
dan alat-alat tangan.
Susunan bengkel perlu disimpan dengan kemas, rapi dan lengkap supaya kerjakerja dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan dan kerosakkan harta benda. Rak-rak dan panel alatan yang kelengkapan
mudah digunakan. Rak-rak simpanan bahan binaan projek harus menempatkan dengan
baik. Susunaan atur bengkel haruslah memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
Aspek

keselamatan

yang

diberi

kepentingan

adalah

menyediakan

bahan

perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan. Selain itu, alat pemadam api perlu
sentiasa dipastikan masih berfungsi. Guru harus menyemak keadaan alat pemadam api dari
masa ke masa supaya dapat digunakan dengan segera apabila diperlukan. Peti pertolongan

cemas dan tempat rawatan adalah mesti dalam sesebuah bengkel. Di samping itu, bengkel
hendaklah dipaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis
dan lain-lain untuk digunakan masa kecemasan.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada
diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap
persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan
hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan
memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel.
Guru guru kemahiran hidup harus menggunakan pelbagai teknik bagi mengajar
murid dan menarik perhatian mereka.Teknik merupakan taktik yang digunakan untuk
mencapai objektif pembelajaran

yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan

pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul
Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik
perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai
teknik boleh digunakan pada masa subjek kemahiran hidup seperti teknik main peranan
,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru
kemahiran hidup harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid ,
umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian
dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh
diklasifikasikan

kepada

kategori

yang

mementingkan

isi

kandungan

ataupun

proses.Misalnya, jika guru mengajar mengenai alatan tangan, maka guru boleh mengguna

kuiz

sumbangsaran

benda sebenar untuk mengajar. Dengan ini, murid murid akan lebih memahami pelajaran

soaljawab
perbahasan
hari itu. Berikutnya antara
teknik teknik yang boleh digunakan
oleh guru kemahiran hidup
semasa sesi pengajaran & pembelajaran.

inkuiri

drama

bercerita
latih tubi

perbincangan

permainan
bahasa
main
peranan

simulasi

forum
Teknik
pengajaran
kemahiran
hidup

demontrasi

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang


terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknikteknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan
tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar
sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada
suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan
tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu
berlangsung.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar
dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti
soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk
memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang
munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan
soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika guru kemahiran hidup hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah
memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah
tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.

Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai
teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran, sebagai guru kita harus
mengetahui teknik dan stretegi pengajaran yang efektif kepada murid agar subjek
kemahiran hidup dapat memberi ilmu kepada mereka.

You might also like