You are on page 1of 2

Memelihara ikan bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat setia

ikan. Pasti ada sahaja ikan yang akan diambil untuk dibuat perhiasan
sebagai terapi menghilangkan tekanan. Akan tetapi, membela ikan juga
seperti menjaga haiwan peliharaan lain, memerlukan beberapa perhatian
penting. Jika tidak mahu ikan peliharaan anda 'terapung' selepas dua hari,
boleh ikuti beberapa tip berguna ini.
Jangan Hias Keterlaluan
Seeloknya jangan letakkan perhiasan yang tidak diperlukan. Pastikan anda tahu
bagaimana cara untuk membuatkan ikan anda sihat di dalam akuarium tersebut
dan bukan membuatkan ia tersepit. Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada
pekedai yang menjual ikan dan barangan akuarium. Perlu diingat, spesis ikan
berbeza memerlukan penjagaan yang berlainan.
Penapis akuarium
Beli penapis air akuarium yang terbaik yang mampu anda beli sesuai dengan bajet
kerana ia akan memberikan penjimatan di masa hadapan. Ia berfungsi untuk
menapis dan memastikan air akuarium sentiasa bersih. Ia juga memastikan tiada
bakteria membiak seterusnya membahayakan ikan-ikan anda.
Selengara akuarium
Tahukah anda, lebih besar saiz akuarium, lebih mudah untuk ia diselenggara. Hal ini
kerana jika kandungan bahan kotor seperti najis ikan akan menjadi tidak begitu
ketara dengan kandungan air yang banyak. Elakkan meletak akuarium anda di
kawasan yang boleh terkena pancaran matahari. Ini kerana algae akan mudah
terbentuk dan menyebabkan suhu air meningkat dan ini akan membahayakan ikan
di akuarium anda.
Makanan
Ha, bila tiba bab makan memang penting! Elak dari memberi makan berlebihan
kepada ikan anda. Jika terdapat makanan berlebihan yang tidak dimakan oleh ikan,
ia boleh mencemarkan air di dalam akuarium. Oleh itu, berilah makanan mengikut
jadual sepatutnya. Seeloknya biarkan hanya seorang daripada ahli keluarga atau
sesiapa sahaja yang ditugaskan untuk memberi makan kepada ikan untuk
mengelakkan makanan yang belebihan.
Kebersihan air
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Konsep yang sama
digunakan dalam hal ini. untuk mengelakkan ikan anda daripada sakit dijangkiti
kuman atau apa-apa yang tidak sepatutnya. Pastikan air di dalam akuarium ditukar
setiap 2 minggu. Pastikan segala alat perhiasan juga penapis dibersihkan dengan

betul. Pastikan juga kualiti air sentiasa diuji agar anda tahu kondisi sebenar ikan
kesayangan anda.
Memang bukan mudah untuk memelihara ikan, namun tanggungjawab dan disiplin
boleh membantu. Jangan panik jika terjadi apa-apa yang pelik kepada ikan anda.
Sebaliknya dapatkanlah ubat dan penyelesaiannya. Mereka juga ingin hidup selesa
dan sihat sepertimana kita.

ARTIKEL BERKAITAN
o
o
o
o
o

Tasik Kenyir sudah tiada?


Pari & Ketuka Bukan Anak-Beranak
Tip & Teknik Jerat Kerapu Di Tambak Berbatu
Selamatkah Jaket Keselamatan Anda?
Ikan Pun Boleh Lemas?

You might also like