You are on page 1of 6

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT

ADAT URUSAN PERKAHWINAN


KAUM MELAYU
Adat merisik dijalankan bagi memastikan gadis pilihan lelaki
Adat merisik

Itu belum berpunya. Pihak lelaki akan menghantar ibu bapa atau
saudara mara. Lazimnya sebentuk cincin belah rotan akan
diberikan kepada pihak perempuan.
Pada masa ini pihak lelaki dan perempuan akan berunding untuk

Adat meminang

menetapkan tarikh pertunangan. Perbincangan juga berkisar


tentang hantaran.
Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan dengan
membawa hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau siri

Adat bertunang

junjung, sebentuk cincin dan hantaran lain. Wakil kedua belah


pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh
pertunangan dan hal-hal lain. Wakil pihak lelaki akan
manyarungkan cincin pertunangan.
Pengantln lelakl akan membaca lafaz nikah di depan Tok Kadi.

Adat nikah

Selepas saksi berpuas hati dengan lafaz tersebut, maka kedua


mempelai selamat diijabkabulkan.

Adat berinai

Dijalankan di mana mempelai akan ditepung tawar


Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin.

Perkahwinan

Pengantin akan bersanding di atas pelamin. Semasa adat


bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.

KAUM CINA
Adat merisik dilakukan untuk mengetahui latar belakang gadis
yang dihajati. Pertemuan antara kedua-dua pihak biasanya
Adat merisik

diadakan di restoran. Ia bagi mengeratkan hubungan kedua-dua


buah keluarga. Perbincangan adalah berkaitan latar belakang
keluarga dan asal keturunan.
Dijalankan setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar
belakang keluarga masing-masing. Seorang wakil pihak lelaki

Adat meminang

akan ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara


berkaitan perkahwinan. Ibu si gadis akan berbincang dengan
wakil pihak lelaki berkenaan mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang sesuai.
Hari bertunang ditetapkan berdasarkan kelendar cina. Khidmat

Adat bertunang

tukang tilik digunakan untuk menentukan tarikh perkahwinan


yang sesuai. Jika dilakukan pada tarikh yang tidak sesuai,
ditakuti sesuatu perkara tidak elok akan berlaku.

Pada hari perkahwinan, kedua-dua mempelai akan dihias indah.


Mereka akan disandingkan. Selepas bersanding mereka akan
dibawa bertemu keluarga masing-masing untuk meminta restu.
Perkahwinan

Pada sebelah malam diadakan jamuan makan di dewan, restoran


atau rumah. Tetamu yang datang akan memberi angpau kepada
pasangan pengantin. Pasangan pengantin kemudian akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan di hadapan saksi.

KAUM INDIA
Orang tengah akan membantu dalam kerja-kerja merisik.
Adat merisik

Sewaktu merisik beberapa perkara diambil kira


1. Faktor etnik, subetnik, kasta, agama
2. Status ekonomi dan sosial
Bakal pengantin lelaki akan ke rumah bakal pengantin
perempuan bagi melihat paras bakal pengantin perempuan. Bakal

Kunjungan ke

pengantin perempuan yang memakai sari akan melayani tetamu

rumah pengantin

termasuk bakal pengantin lelaki. Wakil pengantin perempuan


pula akan bertandang ke rumah lelaki. Namun bakal pengantin
perempuan tidak turut serta.

Adat penyesuaian
bakal pengantin

Adat penyesuaian bakal pengantin dijalankan. Terdapat beberapa


aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan kesesuaian
pengantin.
Selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, ikat janji
dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan melafazkan ikat janji

Ikat janji

menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin


perempuan. Perkahwinan pun akan diumumkan kepada orang
ramai.
Adat pemberian hadiah atau parisam umpama sebuah majlis

Pemberian hadiah

pertunangan. Pihak lelaki akan memberi hantaran kepada pihak


perempuan dalam jumlah ganjil.
Kad jemputan dalam bilangan ganjil dibawa ke kuil untuk

Sebelum majlis

bersembahyang. Penyediaan thaali iaitu lambang suci

perkahwinan

perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin. Adat


Mukuurtta Kaal diadakan pada hari yang baik.
Dimulakan dengan upacara ikat janji dengan memberi hadiah.

Perkahwinan

Upacara dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pasangan


hidup bahagia.

KAUM KADAZAN DI SABAH


Perkenalan

Pemuda Kadazan akan menyatakan keinginannya untuk


berkahwin kepada ibu bapanya.

Bapa pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk


Merisik

meminang. Ibu bapa pihak perempuan akan memberikan kata


putus.
Pertanyaan akan dilangsungkan apabila jumlah hantaran atau
nopung dipersetujui oleh pihak perempuan dan lelaki. Setelah

Pertunangan

nopung diterima oleh pihak perempuan, tarikh perkahwinan akan


ditetapkan.
Kira-kira sebulan selepas bertunang, perkahwinan akan
dilangsungkan. Sahabat handai dan sanak saudara akan dijemput

Perkahwinan

menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung. Para tetamu


akan turut serta menari tarian Sumazau pada majlis
perkahwinan tersebut.

KAUM IBAN
o

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh

pengantin lelaki.
Ibu bapa atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk

o
o

merisik apabila seorang teruna berkenan kepada seorang gadis.


Pada masa itu, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan.
Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang

Merisik

gadis itu jika dipersetujui.


o

Rombongan meminang daripada pihak lelaki dihantar tidak


kurang daripada 5 orang dan palingramai 20 orang yang terdiri

Meminang
dan

o
o

daripada orang tua.


Syarat-syarat perkahwinan ditetapkan seperti mas kahwin.
Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan
lapit atau tali pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda

bertunang
o
o

pertunangan.
Tarikh dan hari perkahwinan dibincangkan.
2 atau 3 hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan
berita pertunangan.

Pihak lelaki akan menyediakan perbelanjaan dan barang yang

harus diberikan kepada keluarga perempuan.


Keluarga perempuan akan memburu binatang untuk disembelih

pada hari perkahwinan.


Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akan melantik wakil

masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin.


Wakil tersebut akan membawa beberapa utas tali bersimpul

Perkahwinan

kepada tuai rumah yang bertanggungjawab membuka simpulan


o

tali itu setiap hari.


Pada hari perkahwinan rombongan lelaki akann berarak ke
rumah pengantin perempuan dengan menaiki perahu atau

o
o

berjalan kaki mengikut jalan darat.


Di sepanjang jalan, rombongan pihak lelaki akan memukul gong.
Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah pengantin perempuan,
tembakan meriam akan dilepaskan.

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT


ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
1. Kaum Melayu:
i.
Adat melenggang perut
- Adat ini dijalankan e atas wanita yang mengandung anak sulung.
- Adat ini dilakukan ketika usia kandungan 7 atau 8 bulan.
- Kebiasaannya pada hari melenggang perut, kenduri doa selamat akan
diadakan dan ibu mengandung dipakaikan dengan pakaian baru.
ii.

Kelahiran anak
- Selepas anak dilahirkan, si ibu akan berpantang selama 44 hari.
- Bidan akan memandikan si ibu dan bayi pada malam hari ketiga,
ketujuh, kedua puluh dan keempat puluh empat.

iii.

Bayi naik buaian


- Bayi akan dimasukkan ke dalam buaian yang menggunakan songket
-

atau batik dan dihias dengan bunga-bungaan.


Di kiri dan kanan buaian akan diikat dengan selendang. Selendang itu

akan ditarik perlahan-lahan.


Masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat
memberi nama dan adat mencukur rambut.

iv.

Adat bercukur.
- Bayi akan dipakaikan dengan pakaian cantik
- Bayi akan diletakkan di atas tilam kecil atau didukung oleh bapa atau
-

datuknya.
Bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan para hadirin bergilir-gilir
menggunting sedikit rambut bayi tersebut.

v.

Kemudian rambut bayi dicukur.


Rambut tadi akan dimasukkan ke dalam air kelapa.

Adat turun tanah


- Adat ini bagi meraikan anak yang baru pandai berjalan.
- Turun tanah bermakna seseorang anak kecil dilepaskan untuk
memijak tanah sebagai lambang meneruskan hidup.

2. Kaum Cina
i.
Sewaktu mengandung
- Wanita yang mengandung akan dikawal dalam setiap perbuatan
-

mereka.
Ibu mertua bertanggungjawab menjaga menantunya yang sedang
mengandung dan bukan suaminya.

ii.

Selepas kelahiran
- Adat-adat seperti berpantang, kenduri, mencukur rambut dan
memberi nama diamalkan oleh masyarakat Cina.

iii.

Berpantang
- Wanita yang baru melahirkan anak berpantang selama 40 hari.
- Mereka tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dikhuatiri masuk
-

angin.
Pusat bayi akan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya
bagi mengelak dimasuki angin.

iv.

Kenduri
- Kenduri diadakan ketika bayi berumur sebulan.
- Mereka akan membuat kuih berwarna merah dan kuning berintikan
kacang dan tausu serta telur yang diwarnakan merah.

v.

Cukur rambut dilakukan kerana mempercayai rambut bayi yang


dilahirkan adalah rambut sementara.

vi.

Memberi nama nama yang diberi kepada bayi haruslah mengandungi


maksud yang baik seperti kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

3. Kaum India
i.
Sewaktu mengandung
- Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita
-

menjangkau usia 7 hingga 9 bulan.


Wanita hamil akan dipakaikan dengan sebentuk gelang.
Seterusnya upacara memandikan wanita hamil dilakukan.

Para cumanggali yang terdiri daripada kaum wanita yang telah


bersuami dan mempunyai anak akan melakukan upacara ini.

ii.

Selepas bersalin
- Sebaik sahaja bayi lahir, akan dibisikkan Gayatri Mantiram iaitu
-

sejenis mantera di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.


Ia supaya bayi mendengar nama Tuhan dan membawa rahmat.
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di
sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam

dan pinang.
Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi

pada lidahnya.
Ia dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak
diserang penyakit.

iii.

Selepas kelahiran
- Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah, upacara aalati dilakukan bagi
-

mengelakkan bala.
Upacara mendodoi bayi (taalaattu) sambil bercerita agar menjadi
seorang yang berguna.

You might also like