You are on page 1of 1

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK)

Bermasalah Pembelajaran
SK Tabuan Ulu

Refleksi Mingguan
Catatan Minggu Ke : 01
Tarikh : 04 hingga 08 Januari 2010

Minggu ini merupakan minggu pertama saya bertugas di kelas Pendidikan Khas SK Tabuan
Ulu. Terdapat berberapa perkara yang perlu diselesaikan termasuk Jadual Waktu 2010 dan
juga pengurusan kelas. Proses P&P masih dalam keadaan yang belum teratur memandangkan
jadual waktu terpaksa dirombak kerana kedatangan seorang Ustazah ke kelas pendidikan
khas. Murid-murid juga masih kelihatan dalam mood cuti. Minggu ini juga lebih kepada sesi
suaikenal saya dengan guru-guru dan juga murid-murid khas. Saya juga mendapati berberapa
orang murid khas yang begitu pasif dan tidak dapat berkomunikasi secara lisan. Contohnya
dari kelas 1 hingga kelas 6 masing-masing terdapat murid yang tidak dapat bercakap dengan
baik. Terdapat juga seorang murid dari kelas 3 yang sering bertindak agresif iaitu Zul. Zul
sering bertindak menghantuk kepalanya ke meja dan kepala murid-murid lain. Di samping itu
Zul juga kadangkala bertindak menggigit sesiapa sahaja jika rasa terancam. Keadaan ini
membimbangkan saya kerana melibatkan faktor keselamatan murid-murid lain. Apa yang
saya dapat perhatikan Zul lebih fokus kepada bekalan yang dibawanya dan menjadi agresif
jika dihalang untuk makan sebelum waktu rehat. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah
menyembunyikan bekalan makanannya sehingga waktu rehat. Terdapat juga murid yang agak
aktif seperti Mecdion, Lee Jong Shin, Vincent, Jack dan juga Frankie. Mereka ini
memerlukan kawalan yang rapi agar tidak mempengaruhi murid-murid lain.

You might also like