You are on page 1of 1

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK)

Bermasalah Pembelajaran
SK Tabuan Ulu

Refleksi Mingguan
Catatan Minggu Ke : 04
Tarikh : 25 hingga 29 Januari 2010

M Kelas Catatan
P
KH 2 Cnythia, Chong Kim Guan dan Nilkin menunjukkan perkembangan yang
baik tetapi masih memerlukan dorongan untuk menyiapkan kerja yang
diberikan. Vincent dan Jason juga memerlukan bimbingan yang rapi. Siti dan
Evelyn masih tidak dapat memberi tumpuan terhadap P&P.
K 3 Saya mendapati Mecdion dan Lee Jong Shin sering menimbulkan gangguan
M jika bersama. Zul sukar mengikuti P&P dan sering berkelakuan seperti
menggigit dan menghantukkan kepalanya ke arah meja atau murid lain.
K 4 Semua murid dapat memberikan tumpuan kecuali Jack Ng. Jack tidak dapat
M fokus kerana terganggu dengan Zul (kelas 3) yang sering bertindak ikut
mood. Kelas 3 dan 4 yang bercantum juga mengganggu fokus pelajar.
MZ 6 Rafferty memberikan tumpuan yang amat singkat terhadap P&P. Joseph
mempunyai masalah pendengaran dan berkomunikasi dengan bantuan isyarat
tangan.
PJ 3 Aktiviti PJ digabungkan antara kelas 3 dan kelas 4. Memerlukan kawalan
PJ 4 yang rapi kerana pelajar seperti Zul, Mecdion dan L.J Shin sering
berkelakuan aktif.
UD 1 Sukar dilakukan kerana murid telah balik lebih awal daripada jadual. Frankie
lebih fokus kepada bekalan makanan yang dibawanya. Bernad juga masih
membawa bantal busuk ke sekolah dan tiada fokus.
TL 4 Murid-murid mengenal persekitaran kelas dan kawan-kawan di kelas yang
sama.

Kebanyakan murid memerlukan aktiviti di peringkat yang paling asas. Contohnya kelas 1 dan
2 memerlukan pelajar untuk memegang pensel dengan betul atau memegang peralatan yang
diberikan dengan baik. RPH juga perlu saya selaraskan dengan kebolehan setiap murid. Oleh
itu saya sering menyediakan lembaran kerja yang berbeza antara murid yang lebih mahir dan
kurang mahir.

You might also like