You are on page 1of 26

Usaha dan Dasar-dasar Kerajaan

Kestabilan Politik
Malaysia mempunyai politik yang stabil. Sejak merdeka lagi Malaysia telah
ditadbir dengan aman dan berkesan. Meskipun wujud rusuhan kaum pada 13
Mei 1969, ia hanya berlaku seketika dan tidak berlarutan hingga bertahun
lamanya. Dengan berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ini
kerajaan bertindak dengan cekap menubuhkan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan
Negara untuk membincangkan isu-isu perpaduan yang kemudiannya membentuk
Rukun Negara Malaysia.
Penyatuan semua kaum-kaum utama dalam Parti Perikatan pada pilihan
raya umum pertama 1955 berkesan untuk menyatukan kaum di Malaysia yang
banyak didominasi oleh Melayu, Cina dan India. Pembentukan Barisan Nasional
juga kemudiannya menjadikan politik Malaysia lebih mantap dan semua kaum
dapat saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menjayakan aspirasi
negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan
politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi
yang pesat. Oleh itu, rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada
kerancakan ekonomi negara.
Keseimbangan Wilayah Ekonomi
Ekonomi Malaysia bergantung kepada semua sektor pertanian dan perindustrian
merupakan sumber ekonomi utama. Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara
pertanian, usaha telah diambil untuk menukar status ini kepada sebuah negara
perindustrian. Namun, sektor pertanian terus dibangunkan untuk mengimbangi import
negara.
Malaysia mempunyai perancangan ekonomi yang tersusun sejak merdeka lagi. Selain
mengadakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terdapat Rancangan Malaysia yang kini merupakan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermula pada tahun 2006-2010. Tujuan
rancangan ini dibuat untuk merangka strategi kegiatan ekonomi dan memantau
pencapaiannya.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk
mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional, dan ia telah digubal untuk
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu DEB diharapkan mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula mensasarkan pertumbuhan
ekonomi yang lebih pesat berbanding sebelumnya selain memastikan matlamat
integrasi nasional terus kukuh dengan mengelakkan jurang ekonomi yang besar
antara kaum.
Malaysia mempunyai agensi-agensi ekonomi yang bertanggungjawab terhadap
beberapa jenis pertanian utama di negara ini sejak merdeka hingga kini. Selain itu,
terdapat beberapa agensi pembangunan wilayah berdasarkan kawasan-kawasan tertentu.
Agensi-agensi itu ialah seperti FELDA, FELCRA, KEMUBU (KADA), MARDI, PORIM dan MADA.
Malaysia kini amat pesat membangunkan sektor ekonomi setiap wilayah
dan negeri dengan membahagi-bahagikan kawasan tersebut mengikut zon
tertentu. Wilayah-wilayah tersebut adalah:
-

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor


Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast Economic Region
(ECER)
yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Mersing
Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau Northern Corridor Economic
Region (NCER) yang merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
Perak Utara
Koridor Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable Energy
(SCORE) di Sarawak
Koridor Pembangunan Sabah atau Sabah Development Corridor
(SDC) di Sabah

Tujuan mewujudkan wilayah-wilayah ekonomi ini secara amnya untuk


menyeimbangkan pembangunan di seluruh negara sekali gus mengurangkan
jurang ekonomi antara penduduk.
Untuk meningkatkan kegiatan industri dalam negara juga kerajaan telah
memperuntukkan zon-zon bebas cukai bagi merancakkan lagi industri tempatan
dan menggalakkan kuasa beli dalam kalangan pelancong. Antara zon bebas
cukai ialah Pulau Langkawi, Pulau Labuan dan Bayan Baru.

DASAR EKONOMI BARU


Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan
kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan
perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah
menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel kereta api dan
pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar
bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya Lima Tahun telah
diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama dan Kedua dirancang untuk
menitikberatkan pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Namun, ia tidak
begitu berjaya apabila penjajah masih menguasai sektor ekonomi dan
seterusnya mempengaruhinya.
Oleh yang demikian, Dasar Ekonomi Baru telah disusun dan
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato
Hussein. Dasar Ekonomi Baru bermatlamat:
1.

2.

Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan


memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua
rakyat tanpa mengira kaum.
Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui


proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk
menjamin keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan
negara dan dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan
dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas. Usaha ini memerlukan
bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ia
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
pada 1991. Walaupun begitu, perkara-perkara asas dasar ini masih lagi wujud
dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai
keyakinan diri.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesat walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Namun
untuk memastikan kejayaan DEB sepenuhnya ia memerlukan masa yang lebih
panjang. Oleh itu, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh
Dato Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun
1991.
DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai
taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial,
nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran
kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum, dan dengan ini akan
menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN bertujuan
mewujudkan corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspekaspek berikut:
1.

Mewujudkan keseimbangan yang sama rata antara matlamat pertumbuhan


ekonomi dengan pengagihan.

2.
3.
4.

5.

6.
7.
8.

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama


ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor.
Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama.
Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara
negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilainilai sosial dan kerohanian yang baik serta menghayati perasaan bangga
dan cintakan negara.
Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisplin dan produktif.
Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras dalam pembangunan
ekonomi yang moden.
Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi
perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar
dan ekologi.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting
dalam proses pembangunan negara di Malaysia. Ciri-ciri rakyat Malaysia tradisi
harus dikekalkan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
Untuk menjayakan dasar ini ia memerlukan penglibatan semua lapisan
masyarakat secara berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti
di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifatsifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi
sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum

seperti Malaysia. Dasar ini telah dilancarkan pada 1971 untuk menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara.
Pembangunan kebudayaan kebangsaan bagi negara-negara yang baru
merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Oleh yang demikian, usaha-usaha pembentukan kebudayaan
kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting
iaitu:
1.
2.
3.

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui


Kebudayaan;
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.

DASAR PANDANG KE TIMUR


Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri DatoSeri
(Tun) Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Asas kepada dasar ini ialah
Malaysia mengambil contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara
Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikan-nya dengan keadaan di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah
merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa
bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri.
Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada
Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan
negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor
awam dan swasta.
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan
prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan
golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang
positif untuk meninggikan kemajuan negara.

Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kerajinan dan disiplin bekerja


Kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana
pekerja bekerja
Keutamaan kepada kumpulan dan bukan diri sendiri,
Mementingkan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi
Meningkatkan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan
antara eksekutif dan pekerja am
Sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang
dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan
kakitangan dalam jangka pendek.

Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia


mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang.
Sebaliknya kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan
mengadakan hubungan dengan negara-negara lain dan terus mengekalkan dan
memajukan hubungan perdagangan yang selaras dengan kepentingan negara.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam
kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan
satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan
penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu
Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan jawatankuasa ini
telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Objektif dasar ini adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang
akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya.
Pelaksanaan dasar ini diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga
rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat
yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara pula dihasilkan untuk memberi penekanan
kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan
harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.

9.

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.


Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah.
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman.
Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada
tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989.
Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan
semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978.

10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat


universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.
13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin, seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan
dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan
juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
Dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat
bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua
komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian
untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil.
Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah
menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung
keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan
telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri
yang mengunakan ramai buruh.
Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu
lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk
memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran
rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk
mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan
secara langsung dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus
industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung
perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang

bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi
pulangan dalam tempoh masa yang panjang.
Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman
kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor
pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan
ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan
kelemahan dalam struktur industri negara. Perkara ini mendorong kerajaan
memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal pasti dan
mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya
masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan
peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih
besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang
pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan
kemahiran.
Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan
ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat
mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan
institusi pengajian tinggi setiap tahun.
DASAR PENSWASTAAN
Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai
pertengahan tahun 1983 apabila Perdana Menteri melancarkan Dasar
Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam
pembangunan dan pengurusan negara.
Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan, iaitu satu
proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.
Pada dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan
kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Dasar Penswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti
berikut:
1.

Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan

Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan,


pertahanan, pengangkutan, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya,
dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dan kadar pulangan balik
kepada kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Melalui dasar ini,
tanggungjawab menyediakan kemudahan tersebut akan terserah kepada
pihak swasta.
2.

Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja


Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam
bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan. Melalui
penswastaan beberapa perkhidmatan kerajaan yang tertentu, dengan
kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh diberi oleh pihak
swasta, adalah diharapkan sesuatu perkhidmatan dapat ditingkatkan
dengan lebih baik lagi.

3.

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan penggunaannya lebih efektif


Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum
diusahakan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat
diwujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan
pertumbuhan ekonomi negara.

4.

Pembahagian sumber dengan cekap


Lebih banyak penglihatan kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak
penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Pengagihan sumber
oleh kerajaan tidak bersifat keuntungan semata-mata dan melalui proses
yang lama. Pemberian subsidi akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu
bergantung kepada bantuan kerajaan yang tidak sesuai untuk jangka masa
panjang.

5.

Mempercepatkan pencapaian matlamat dasar ekonomi baru


Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, kerajaan
dapat mewujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta bumiputera
atau bilangan pengurus-pengurus bumiputera bagi memenuhi kehendakkehendak DEB itu.

DASAR SOSIAL NEGARA

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003
bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari
aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk mengembangkan potensi
diri secara seimbang dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri
bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif,
penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Matlamat DSN ialah menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti
tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya, jantina dan fahaman politik
serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus
pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
Namun DSN menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi
dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya.

1.
2.
3.
4.

Objektif DSN
Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat
dipenuhi.
Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan
perkhidmatan sosial.
Mengukuhkan hubungan kerjasama antara sektor yang berlainan.

Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya


setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati:
1.
2.
3.

Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.


Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan.
Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.

4.
5.
6.
7.
8.
9.

10.

11.

12.
13.

Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan,


pekerjaan, keselamatan, kerohanian dan maklumat.
Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
yang dilindungi oleh undang-undang; dan
Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat
sekolah rendah.
Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan,
penghormatan, peluang serta bimbingan.
Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18
tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu,
diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran.
Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan
untuk menguruskan keluarga dan kerjaya.
Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke
atas) untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan
tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.
Menanamkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan semua lapisan
masyarakat.
Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif,
dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan
potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.

Pelaksanaan DSN akan menjadi suatu agenda utama kerajaan untuk


mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut
acuannya sendiri. Pelaksanaan DSN perlu dipantau bagi memastikan kecekapan
dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung
pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

WAWASAN 2020
Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad (kanan) meletakkan satu agenda besar dalam rancangan Pelan Induk
Pembangunan Negara iaitu Wawasan 2020 sebagai sasaran negara untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Harapan pada wawasan

yang diwujudkan ini agar mampu menghasilkan sebuah negara Malaysia yang
maju di mata dunia tanpa perlu meniru pembangunan yang diagung-agungkan
oleh negara Barat yang hanya berbangga dengan kemajuan tanpa mengira
kehendak dan suara rakyat.
Matlamat utama wawasan ini ialah menjadikan negara Malaysia sebuah
negara industri yang maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara
maju di dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti negara maju Barat
yang menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi menitikberatkan
akan kemajuan yang bersepadu dan menyeluruh merangkumi semua dimensi
dan aspek kehidupan manusia bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi juga
politik, sosial, psikologi, kerohanian dan kebudayaan.
Terdapat sembilan cabaran yang perlu diatasi bagi merealisasikan
Wawasan 2020 iaitu:
1.

Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu


Masyarakat bersatu padu ialah masyarakat yang walaupun berbilang kaum,
berlainan agama dan berbeza budaya tetapi mampu hidup di bawah
payung pemerintahan pimpinan yang menggerakkan kerajaan Malaysia ke
arah era perubahan sejajar dengan tuntutan zaman tanpa mengira kaum,
agama dan status hidup. Perpaduan adalah lebih penting untuk sama-sama
mengecapi kemerdekaan negara yang berterusan dalam keadaan aman dan
sejahtera.

2.

Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.


Penglibatan masyarakat dalam kehidupan sosial mampu mengurangkan
tekanan dan mewujudkan satu ikatan persaudaraan yang lebih kukuh
antara masyarakat setempat. Contoh aktiviti masyarakat yang digalakkan
ialah gotong-royong di kawasan perumahan, sekolah dan di tempat kerja.

3.

Memupuk dan membina masyarakat demokratik dan matang.


Membudayakan ilmu dalam kehidupan masyarakat akan memar-tabatkan
negara ke arah melahirkan generasi yang celik akal yang berjaya dalam
bidang kerjaya selain mengikuti kegiatan sosial.

4.

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Dalam membentuk tenaga mahir dalam kerjaya dan kepakaran dalam


bidang ilmu, aspek moral dan nilai murni perlu diserapkan supaya tidak
timbul gejala yang kurang sihat seperti ponteng kerja dan tidak amanah.
5.

Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.


Semangat berpasukan dalam kerjaya mampu memberi kesan yang tinggi
dalam meningkatkan mutu dan kualiti pekerja.

6.

Membina masyarakat yang maju dan saintifik.


Mendedahkan golongan remaja dengan kepentingan ilmu dan peranan
mereka untuk memajukan negara terutama dalam bidang pendidikan.
Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
Melahirkan masyarakat yang bersikap penyayang dan prihatin dengan
masyarakat sekeliling supaya dapat menikmati kehidupan yang aman dan
bahagia.

7.

8.

Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonomi.


Menghapuskan jurang perbezaan ekonomi mengikut kaum dan melahirkan
masyarakat yang adil dan saksama dalam mengecapi kehidupan.

9.

Memupuk dan membina masyarakat makmur.


Memastikan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat serta menghayati
segala kepayahan pimpinan terdahulu dalam menuntut sebuah
kemerdekaan demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.

Dalam konteks yang lebih luas negara Malaysia perlu segera melaksanakan
serta mencorak hala tuju Wawasan 2020 mengikut sasaran yang telah
ditetapkan.

1.
2.

Antara hala tuju Wawasan 2020 ialah:


Penekanan kepada pembangunan negara ke arah kemajuan dalam semua
aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan agama.
Pembentukan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual, berakhlak
mulia, berilmu, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,
rasional, praktikal dan damai.

3.

4.
5.

6.

7.

8.

9.

10.
11.
12.

13.
14.

Penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan


peradaban dengan memfokuskan kepada penguasaan ilmu, pembangunan
insan dan pembangunan fizikal.
Penekanan kepada dasar pandang ke timur, bersih, cekap, amanah,
kepimpinan melalui teladan dan penerapan nilai-nilai murni.
Dasar pensyarikatan dan pengenalan kepada penswastaan yang banyak
menyumbang kepada pembangunan pesat dan konglomerat yang
berwibawa kepada negara.
Menyahut cabaran bidang telepemasaran, perkhidmatan maklumat secara
dalam talian. Perdagangan elektronik dan penyiaran digital melalui koridor
raya multimedia iaitu pelan induk pembangunan teknologi maklumat pada
masa hadapan.
Pembinaan masyarakat yang bertamadun tinggi dengan penguasaan ilmu
yang pelbagai bagi menjana fikiran yang terbina seiring dengan pembinaan
sahsiah diri individu lantas melahirkan para ilmuwan, sarjana,
cendekiawan, saintis, pemikir, penulis dan karyawan untuk menaikkan
nama negara di mata dunia.
Peningkatan
nilai status
sosial akan
membawa
transformasi
kemasyarakatan daripada budaya pemujaan nilai-nilai materialisme
kepada budaya penghormatan nilai-nilai ilmiah dan intelektual.
Penekanan kepada penguasaan dalam bidang teknologi maklumat yang
semakin canggih dan pantas penggunaannya dalam bidang pekerjaan,
pendidikan dan perindustrian.
Pembinaan ekonomi negara yang bersifat adil dan saksama tanpa
mewujudkan perbezaan taraf sesebuah masyarakat.
Penekanan kepada aktiviti sosial yang mampu melibatkan semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Penekanan kepada penglibatan golongan muda dalam sektor perindustrian
negara dan dalam apa jua bidang kerjaya yang mampu menyumbang
kepada peningkatan hasil pendapatan negara.
Perhatian kepada rakyat yang mengamalkan sikap bebas dari rasuah dan
ponteng sewaktu bertugas.
Penekanan kepada agenda yang mampu memartabatkan negara Malaysia
ke arah kemajuan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama
perindustrian kerana bidang ini telah menyumbangkan banyak hasil yang
lumayan kepada negara.

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN


Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang telah diumumkan oleh Menteri
Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari 1986 telah menggariskan tiga
matlamat iaitu:
1.
2.
3.

Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan


perindustrian negara;
Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D)
teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian.

Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenal pasti


12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini
adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah,
kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluarankeluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan
berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin
dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Semua industri
ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat
memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah mencadangkan langkahlangkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara
perindustrian:
1.
2.

3.
4.
5.

Menumpukan kepada pengeksportan produk perkilangan secara besarbesaran.


Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk
eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan
sumber untuk eksport.
Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industriindustri eksport.
Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang
bersepadu.
Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat.

6.

7.
8.
9.

Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan


memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang
telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan.
Mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana.
Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggung-jawab kepada
pembangunan sektor pembuatan.
Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk
memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan
pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan
rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal
insan dan memupuk minda kelas pertama. Walau bagaimanapun, sebarang
hasrat dan aspirasi negara, serta masyarakat hanya akan terlaksana jika guru
yang ditugaskan mendidik anak bangsa merupakan guru yang benar-benar
berkualiti.
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru sebelum layak digelar sebagai
guru berkualiti. Ia juga memberi fokus kepada bagaimana untuk kita
mengekalkan ciri-ciri guru berkualiti ini sepanjang tempoh perkhidmatan.
Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa
menghayati Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai guru berkualiti, kita mestilah
melengkapkan diri kita dengan keempat-empat aspek yang terkandung dalam
falsafah tersebut iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping
itu, kita juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas
agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan.
Kita juga perlu untuk sentiasa bermuhasabah diri agar kita sentiasa kekal
sebagai guru berkualiti.
Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan faktor utama yang
akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan
minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional dan
Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebagai pendidik, para guru harus sedar
bahawa peranan yang dimainkan oleh mereka amat berharga. Pelbagai pelan

boleh dirangka, tetapi perlaksanaannya amat bergantung kepada kualiti guru di


setiap pelusuk tanah air.
Sistem pendidikan yang berkualiti mestilah mampu untuk bukan sahaja
memenuhi tuntutan perubahan zaman, malah ia mestilah mampu untuk
menghadapi segala cabaran di masa hadapan. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sebagai satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu,
komprehensif dan menyeluruh. PIPP adalah pelengkap kepada pelan-pelan
rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras
kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020.
KORIDOR RAYA MULTIMEDIA
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) ialah sebuah
rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya
melibatkan kawasan seluas 15 x 50 km bermula dari kawasan Menara
Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan
pada 7 Disember 2006 yang melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam
MSC.
Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan
Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.
MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai
syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju
dan lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.
Lawatan Dr Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk
mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat
banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah Panel
Penasihat Antarabangsa yang terdiri daripada 30 orang ahli teknologi maklumat
telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development
Corporation) juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan
MSC.

Cyberjaya merupakan tulang belakang MSC di Malaysia. Bandar yang


dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2890 hektar
dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di
selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini
diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika
Syarikat. Cyberjaya merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekolah Bestari juga termasuk dalam program MSC. Pada tahun 1996,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari
berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif.
Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah
Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai antara rancangan
untuk menjayakan MSC.
Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dari segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah
untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses
pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi,
pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran akan direka semula untuk
membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap.
Objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan terdiri daripada:
-

Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik


teknologi
Mendemokrasikan pendidikan
Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
Memupuk perkembangan menyeluruh individu
Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan
individu.

MODAL INSAN

Wawasan 2020 akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu Malaysia berhasrat
menjadi sebuah negara maju yang mampu melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan.
Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi
semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja
berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya
mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan
tersebut mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat peka dan membuat
penilaian sebelum menerima apa-apa sahaja yang dibawa oleh arus globalisasi.
Oleh yang demikian, program pembangunan Modal Insan telah
diperkenalkan oleh Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi
Perdana Menteri pada 2005. Modal insan bermaksud sesuatu yang digunakan
sebagai asas untuk pengembangan dan kelebihan yang dimiliki. Manusia pula
boleh memperoleh sesuatu yang dihajati hanyalah melalui ilmu pengetahuan
dan pendidikan.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha
menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan
individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang
tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan
berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah
yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
Pembangunan modal insan meletakkan berilmu sebagai ciri utama yang
perlu ditekankan dalam melaksana dan merealisasi satu sistem pendidikan yang
holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Hal ini selaras dengan agama
Islam yang meletakkan ilmu di tempat yang paling tinggi darjatnya dan
menuntut manusia supaya menuntut ilmu sebagai bekal kehidupan di dunia dan
akhirat.
Pembangunan modal insan juga untuk melahirkan dan mengeluarkan guna
tenaga yang berilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam pelbagai
bidang di samping kemahiran ICT, komunikasi berkesan, kreatif, kritis, rasional,

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, menjadi pemimpin dalam


keluarga dan masyarakat.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memfokuskan pembangunan
modal insan sepanjang tempoh RMKe-9 adalah:
1.

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.
KPM telah mengambil pendekatan yang terbaik dengan meneruskan sistem
pendidikan di Malaysia yang mempunyai jenis-jenis sekolah lain yang
beroperasi seiring dengan sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah
Agama Rakyat. Pada peringkat menengah, terdapat pelbagai jenis sekolah
antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Sukan, Sekolah Teknik,
Sekolah Antarabangsa dan sebagainya. Jelas di sini bahawa hasrat
Kementerian Pendidikan untuk memastikan rakyat mempunyai pelbagai
pilihan pendidikan.

2.

Meningkatkan keupayaan dan minat menguasai ilmu pengetahuan dan


kemahiran.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Meningkatkan pendidikan sains dan teknologi.

3.

Membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar.


Pemantapan Kurikulum dengan pengenalan j-QAF, Sivik dan
Kewarganegaraan, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial
(Seksualiti)
Pemantapan Program Kokurikulum supaya dapat melahirkan modal
insan yang tinggi kemahiran sosial, interaksi, integrasi sesama
mereka, berdisiplin, berkepimpinan, tahap kecerdasan fizikal dan
mental yang tinggi, dan sebagainya.
Pemantapan program sukan dengan memantapkan Pendidikan
Jasmani dan Sains Sukan.
Pembudayaan adab dan budi bahasa pada peringkat sekolah secara
berterusan supaya dapat melahirkan modal insan yang beradab dan
berbudi bahasa.
Pengukuhan pogram 3K iaitu Program Amalan Kebersihan Sekolah,
Program Bersepadu Sekolah Sihat, dan Program Sekolah Selamat di

peringkat sekolah dengan menitikberat-kan 3K iaitu kebersihan,


kesihatan dan keselamatan.
Pengukuhan disiplin pelajar bagi memastikan kempen dan program
mengurangkan salah laku disiplin dapat dilaksanakan secara
berkesan.

4.

Memantapkan dan memperbaharui sistem penilaian pelajar.


Pemantapan kaedah ini perlu bagi memastikan pencapaian pelajar dapat
diukur untuk melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti bagi
menyahut cabaran wawasan 2020.

5.

Membentuk ketrampilan dan keperibadian guru.


Guru hendaklah memantapkan diri mereka dengan menguasai segala
kemahiran teknologi ICT, multimedia, komunikasi, teknologi sains dan
sebagainya selari dengan tuntutan keperluan masyarakat dan
perkembangan zaman. Guru juga digalakkan tampil dalam program
masyarakat agar dapat mendekatkan diri dengan masyarakat.

6.

Membentuk ketrampilan, keperibadian ibu bapa dan masyarakat.


Ibu bapa dan masyarakat perlu melengkapkan diri mereka dengan segala
ilmu pengetahuan sebagai bekalan mendidik anak-anak mereka di rumah
dan diperkemaskan lagi dengan pengajaran oleh guru di sekolah agar
pembangunan modal insan dapat dibentuk dengan mudah dan mencapai
matlamat.

ISLAM HADHARI
Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi
semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Ia memberi tekanan kepada aspek
pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban
yang dibina melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan
insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.
Berdasarkan konsep ini untuk mempertingkatkan mutu kehidupan adalah
dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem
kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan

umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi
amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
Islam Hadhari bukanlah agama baru, ajaran baru atau mazhab baru. Ia
hanya satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas yang
terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
tamadun Islam yang semakin dilupakan. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas
dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana
umat Islam dari asas akidah.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian
Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat
menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya
tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan
mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai
pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan
menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,
diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk
menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan.
Prinsip Islam Hadhari yang utama:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah


Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan budaya dan moral
Pemeliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan


dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan

kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya


berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah
untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia
semasa.

SATU MALAYSIA (1MALAYSIA)


Perdana Menteri YAB. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah
mengumumkan konsep Satu Malaysia sebaik sahaja beliau menjawat jawatan
Perdana Menteri pada April 2009.
Dengan tema Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah
diharapkan memberi nafas baru kepada rakyat negara ini. Melalui slogan ini,
Perdana Menteri ingin melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman,
harmoni, selesa, selamat dan makmur. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam, ditambah pula dengan fahaman
politik yang berbeza-beza memerlukan matlamat yang satu. Melalui konsep ini,
kerajaan mengajak semua rakyat Malaysia bekerjasama memajukan negara
tanpa mengira perbezaan yang ada dengan menjadikan Malaysia sebagai hak
dan kepentingan bersama. Rakyat Malaysia perlu menyahut cabaran dan seruan
Perdana Menteri sebagai satu bangsa Malaysia yang mempunyai cita-cita untuk
memajukan negara, agama dan bangsa.
Setelah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan
satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang
diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan
dengan suasana dan citarasa rakyat.

1.

Hasrat Perdana Menteri dalam pelaksanaan Satu Malaysia ialah:


Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa
Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat.
Perbezaan negeri, daerah, kaum, agama dan budaya diharapkan tidak
menjadi penghalang menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran
terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

2.

3.

4.

Mengukuhkan perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara


ini dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia.
Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni,
selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada
negara.
Mempraktikkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati dan saling
mempercayai dalam kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu
menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan
mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan
menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum
yang lain perlu menghormati.
Bekerjasama dalam setiap usaha kerajaan untuk menjayakan pelan atau
pakej ekonomi kerajaan. Tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala
dasar, pelan atau pakej ekonomi yang dibentangkan tidak akan berjaya.
Langkah yang perlu diambil untuk tujuan ini ialah:
(a) Mengambil peluang bekerja di setiap sektor tanpa memilih jenis
pekerjaan untuk mengelakkan terlalu ramai pekerja asing.
(b) Mengutamakan pembelian barangan tempatan untuk mengelakkan
wang kita mengalir keluar.
(c) Golongan muda dan lepasan istitusi pengajian awam dan swasta
digalakkan mengikuti latihan-latihan kemahiran yang dianjurkan oleh
kerajaan dan swasta.

You might also like