You are on page 1of 9

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MALAYSIA
TAHUN 4

NAMA: ________________________________________________
TAHUN : ______________________________________________

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja.
Soalan 1-24
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar dibawah.

1. Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ____________ rumahnya.


A ruang keluarga
B ruang makan

C ruang tamu
D ruang dapur
Soalan 2 berdasarkan gambar dibawah.

2. Pak Seman menggunakan _______________ untuk menebang sebatang pokok


rambutan yang berdekatan dengan rumahnya. Kata Samad kepada adiknya.
A
B
C
D

pisau
parang
gergaji
kapak

3. _______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan
majlis itu.
A
B
C
D

Aku
Saya
Awak
Anda

4. Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang


telah diberi tadi, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
A
B
C
D

kalian
kamu
anda
kita

Soalan 5 berdasarkan gambar dibawah.

5. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada


ditanduk oleh kerbau.
A
B
C
D

pelahan
pantas
cepat
laju

Soalan 6 berdasarkan gambar dibawah.

6 Sungguhpun bayi itu _____________ tetapi telah ditinggalkan oleh


ibu bapanya.
A
B
C
D

comot
cantik
comel
molek

Soalan 7 berdasarkan gambar dibawah.

7. Sazali, Kamal dan Yahya


bermain alat muzik
untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
A
B
C
D

berlatih ________________sambil

menari
menjerit
menangis
menyanyi

8. Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________


bas yang ada di hadapannya.
A melanggar
B menyelit
C memotong
D menyusup
9. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang
kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.
A
B
C
D

pada
dari
kepada
daripada

10. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar


di Universiti Malaya.

A
B
C
D

bagi
untuk
kepada
daripada

11. Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________


berjaya dalam pelajaran.
A
B
C
D

oleh
hingga
sambil
supaya

12. Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan


kerana dikejar oleh anjing.
A
B
C
D

sambil
dengan
seraya
dan

13. Saya _______________ membeli sepasang baju kurung,kata Melati kepada


Puteri.
A
B
C
D

harus
dapat
boleh
hendak

14. Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda
kertas ujian penulisan itu.
A
B
C
D

setiap
beberapa
sebilangan
sebahagian

15. Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________


tinggi nilainya.
A
B
C
D

amat
benar
nian
agak

16. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk
menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
A
B
C
D

jua
hanya
sahaja
memang

Soalan 17 berdasarkan gambar dibawah.

17.

Ramli terpaksa berakit di ________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi


ke kebunnya.
A
B
C
D

bawah
tengah
atas
tepi

18. Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga
RM15,000.
A
B
C
D

terlaris
terbaru
terbuang
terpakai

Soalan 19 berdasarkan gambar dibawah.

19 Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.


A
B
C
D

lauk-pauk
kuih-muih
sayur-mayur
buah-buahan

Soalan 20 berdasarkan gambar dibawah.

20

Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.


A
B
C
D

sebiji
sebuku
sebuah
sebatang

Soalan 21 berdasarkan gambar dibawah.

21. Setiap minggu, adik Hashim mengelap cermin tingkap biliknya dengan
menggunakan _____________ tuala.
A
B
C
D

sehelai
secarik
selembar
sekeping

22. Suhaila berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit


tenat di rumah seorang diri.
A
B
C
D

jauh hati
berat hati
besar hati
berkat hati

23. Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu
bapanya, sikap Ahmad ___________________.
A
B
C
D

bagai menatang minyak yang penuh.


seperti kacang lupakan kulit
bagai kaduk naik junjung
seperti aur dengan tebing.

24. Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ____________ dia
sentiasa berusaha untuk berjaya.
A
B
C
D

namun begitu
selain itu
walaupun
sekiranya

25. Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik


yang sedang tidur.
Perkataan seerti bagi kesempatan ialah
A
B
C
D

peluang
peranan
kehendak
kesanggupan

26 Siput makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut.


Perkataan berlawan bagi lembut ialah
A
B
C
D

rapuh
keras
kenyal
lembik

27 __________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato


Diraja Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu?
Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas
A
B
C
D

Apa
Bila
Siapa
Mengapa

28 Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A
B
C
D

Saya tidak dengarlah.


Saya tidak boleh bercakap.
Saya bercakap dengan kamu tadi.
Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

29 Di manakah letaknya sekolah kamu ?


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A
B
C
D

Sekolah saya terletak di Kampung Budu, Benta, Pahang.


Sekolah saya mempunyai empat bangunan.
Sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
Sekolah saya sekolah kampung.

Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
I Perdana Menteri akan melawat ke Kuala Lipis. Beliau dijangka tiba
pada pukul 10.00 pagi.
II Ahmad murid yang pintar. Namun demikian, beliau tetap belajar
bersungguh-sungguh.
III Puan Zahalina mengajar di SK Lubok Kulit. Beliau telah berkhidmat di
sana selama dua tahun.
IV Pengemis itu menyelongkar tong sampah kerana beliau kelaparan.
A
B
C
D

I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV

Soalan 31- 35 berdasarkan petikan di bawah.


Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia juga
mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.
Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D.
Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, dan penyakit barah.
Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak besar.Telur
Omega ini juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak,
sistem saraf dan tisu-tisu mata ( retina ).
Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih mahal
sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini, orang ramai
sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan seimbang.
Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk menjamin
kesihatan yang lebih baik.
31

Apakah kelebihan telur Omega 3?

A
B
C
D
32

kerana saiznya
kerana harganya mahal
kerana kuantitinya banyak
kerana ia mempunyai banyak khasiat

Vitamin-vitamin ini terkandung dalam telur Omega 3, kecuali


A
B
C
D

33

vitamin A dan
vitamin D dan
vitamin A dan
vitamin A dan

E
E
C
D

Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.


A
B
C
D

serat
protein
mineral
karbohidrat

34. Apakah akibat jika kandungan kolesterol yang tinggi dalam


makanan kepada tubuh badan kita ?
A
B
C
D

tulang kita mudah reput


badan kita menjadi lemah
sering mengalami sakit kepala
mudah mendapat pelbagai penyakit

35. Berikut ialah makanan yang boleh menyebabkan badan kita mudah
dihinggapi penyakit kecuali
A
B
C
D

ais krim
sayur-sayuran
makanan ringan
daging berlemak

Soalan 36 - 40 berdasarkan petikan di bawah


Baca petikan dibawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.
Aini termenung di tangga rumahnya melihat keindahan pemandangan waktu pagi. Pagi
yang kekuning-kuningan memukau pemandangan. Di situlah ayah dan ibu memerah
kerinngat mencari rezeki. Aini kecewa dengan keputusan SPM yang diterimanya.
Keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Aku mesti buktikan kepada ibu bahawa aku
mampu memiliki segulung ijazah, bisik hati kecil Aini.
Kakak sudah siap? terpacul soalan dari bibir adiknya. Sudah, jawab Aini ringkas.
Hari ini Aini akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Yang pasti Aini berazam untuk mengikuti
kelas malam. Selepas bersalam dengan ayah dan ibunya, Aini menaiki teksi yang telah lama
menunggu. Aini berjanji akan menjaga maruah diri dan keluarga, bisik Aini kepada ibunya.
Di Kuala Lumpur, Aini disambut oelh sepupunya. Kini, bermulalah rutin hidup Aini
sebagai pembantu kedai di sebuah kedai buku. Aini beruntung kerana dapat membaca bukubuku untuk SPM. Walaupun kepenatan kerana bekerja pada waktu siang dan belajar pada
malam hari, tetapi dia tidak pernah mengeluh dan merungut.
Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji, Aini berasa cukup bersedia untuk menjawab
peperikssaan. Oleh itu, dia lebih yakin apabila memasuki dewan peperiksaan untuk kali
keduanya. Aini berharap agar keputusan peperiksaannya kali ini lebih cemerlang.

Tiga bulan kemudian, keputusan diumumkan. Aini gembira kerana memperoleh


keputusan yang cemerlang daripada keputusannya tahun lepas. Air mata kegembiraan sudah
tidak dapat ditahan lagi. Aini menyampaikan berita gembira itu kepada ibunya. Hadiah
untuk ibu, bisik Aini.
36. Apakah tujuan Aini ke Kuala Lumpur?
A.
B.
C.
D.

Untuk belajar
Untuk bekerja
Untuk mengisi masa lapang
Untuk membuktikan mampu memiliki segulung ijazah

37. Sebelum meninggalkan rumah, Aini berjanji untuk


A.
B.
C.
D.

membaca buku untuk SPM


memberikan segulung ijazah
belajar bersungguh-sungguh
menjaga maruah diri dan keluarga

38. Mengapakah Aini berasa yakin menghadapi SPM untuk kali kedua?
A.
B.
C.
D.

Aini pernah mengambil peperiksaan tahun lepas


Keputusan SPM Aini tidak seperti yang diharapkan
Aini semakin yakin kerana mendapat sokongan ibunya
Aini berasa cukup selesa dengan persiapan yang dilakukan

39. Perkataan rutin dalam petikan bermaksud


A.
B.
C.
D.

kekuatan
kesabaran
kebiasaan
kesungguhan

40. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A.
B.
C.
D.

Aini bekerja di kedai buku


Aini disambut oleh sepupunya
Aini bekerja disebelah malam
Aini tidak dapat menahan air mata kegembiraan

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like