You are on page 1of 7

SK DATUK AKHIR ZAMAN,

71200 RANTAU,
NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUSA 3K UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
BIL. 1/ 2015
Tarikh

: 5 Mac 2015

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Guru SK Datuk Akhir Zaman

Kehadiran

: Pn Nur Sarah binti Abdullah (Guru Penolong Kanan HEM)


Pn Khadijah binti Masrom (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn Norzarina binti Zakaria (Guru Penolong Kanan PPKI)
Pn Emelia Diyana binti Kamaruddin (Penyelaras 3K)
Pn Nasurah bt Mazlan (Setiausaha)
Pn Norbaiti binti Alias
Pn Rokiah bt Othman
En Md Leza b Saleh
En Mohd Azam b Abdul Malek
Pn Haryani bt Md Jumi (Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling)

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1
Majlis dimulakan dengan ummul kitab Al- Fatihah.
1.2
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan Pn Nur sarah
1.3

(GPK HEM) yang hadir.


Beliau menyatakan rasa gembiranya kerana melihat keceriaan di sekeliling
kawasan persekitaran sekolah. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang

1.4

telah memberi kerjasama dalam memperindahkan kawasan sekolah.


Mesyuarat dijalankan bagi membincangkan mengenai perancangan aktiviti
dan program yang akan dijalankan.
Tindakan : Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Pengesahan minit mesyuarat 2014 oleh

: Pn Jameah binti Mohamed

Pengesahan minit mesyuarat disokong oleh

: Pn Nasurah binti Mazlan

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1
Keceriaan dan Lanskap
3.1.1 Bagi memohon sumbangan tersebut, sekolah perlu membuat edaran
untuk memohon sumbangan daripada ibu bapa.
3.1.2 Pn Khadijah menyarankan agar PIBG membuat surat edaran kepada ibu
bapa sebagai program sarana ibu bapa.
3.1.3 Pn Nur Sarah pula mencadangkan agar ibu bapa memberi sumbangan 1
pokok dan 1 pasu kepada sekolah.
3.1.4 Pn Khadijah memaklumkan sekiranya

ingin

menjalankan

program

tersebut, jawatankuasa perlu membuat kertas kerja terlebih dahulu untuk


pelaksanaan program yang dirancang dan perlu pengesahan daripada
Guru Besar. Melalui kertas kerja tersebut, penyelaras boleh memohon
peruntukan bagi menjalankan aktiviti daripada PIBG.
3.1.5 Penyelaras
berharap
semua
guru
saling

bekerjasama

dan

menyumbangkan idea bagi merealisasikan sekolah yang ceria.


Tindakan : PIBG dan Unit Keceriaan dan Kebersihan
3.2

Penyelaras memaklumkan pembaharuan mural 5S yang sedia ada tidak

3.3

dapat dijalankan lagi kerana kekangan masa.


Beliau akan cuba mencari iktiar bagi meluangkan masa bersama-sama guru

3.4

untuk menjalankan aktiviti tersebut.


Beliau juga mencadangkan sekiranya sekolah mempunyai dana atau
peruntukan, boleh melantik mana-mana individu untuk membuat mural
tersebut.
Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan

3.5

Penyelaras memaklumkan tentang program gotong-royong pada tahun 2013

3.6

tidak dapat dilaksanakan.


Pn Norzarina memaklumkan ibu bapa boleh bekerjasama bersama-sama guru
kelas untuk menghias kelas anak mereka sebagai salah satu aktiviti PIBG

3.7

yang merangkumi program sarana ibu bapa.


Pn Khadijah menyatakan sekiranya ingin memulakan sesuatu perkara atau
program yang baharu, perlu ada perancangan yang teliti, membuat kertas

3.8

kerja dan bincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat PIBG.


Sebarang program yang melibatkan penyertaan ibu bapa
dibentangkan kepada PIBG terlebih dahulu.
2

perlulah

3.9

Penyelaras memaklumkan program Hari Terbuka merupakan salah satu

3.10

aktivti bagi mengutip dana PIBG.


Penyelaras memaklumkan Galeri Menteri Besar

tidak dapat dibuat kerana

faktor cuaca, keselamatan kerana ia terdedah dan juga kekangan masa guru3.11

guru untuk mewujudkannya.


Penyelaras memaklumkan telah menampal maklumat-maklumat dan poster

3.12

yang berkaitan dengan tandas.


Pn Nur Sarah mencadangkan Kelab Doktor Muda menunjukkan cara-cara

3.13

mencuci tangan dengan betul.


Pn Norzarina mencadangkan Kelab Doktor Muda juga boleh membuat

3.14

pemeriksaan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya selepas perhimpunan.


Penyelaras memaklumkan pemilihan Tokoh Murid telah dilaksanakan pada
tahun 2013. Puan Indra telah membeli bacth smile untuk diberikan kepada

3.15

tokoh murid tersebut.


Penyelaras memaklumkan pekerja-pekerja kebersihan telah turut sama
membantu menghias tandas dengan menggunakan bunga plastik.
Tindakan : Semua Unit 3K

4. BIDANG TUGAS UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


4.1
Pn Nur Sarah memaklumkan tentang bidang tugas unit kebersihan dan
keceriaan seperti berikut :
Menyediakan takwim aktiviti tahunan semua kegiatan yang berkait

dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah.


Merancang program peningkatan untuk kebersihan,

keselamatan sekolah.
Menyedia dan mengagihkan senarai tugas dalam setiap aktiviti yang akan

dijalankan.
Memastikan persekitaran bersih dan selamat.
Menjalankan gotong royong membersih kawasan sekolah.
Memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut

ditetapkan.
Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

kesihatan

jadual

dan

yang

Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan


5. PEMARKAHAN ANUGERAH 3K
5.1
Pn Khadijah memaklumkan sistem pemarkahan 3K perlu mengikut format
pemarkahan yang telah diberi seperti yang terkandung dalam buku panduan
Format Pemarkahan Anugerah 3K Peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan.
(Rujuk
Format
Pemarkahan
Anugerah
3K
Peringkat
Daerah/Negeri/Kebangsaan)
3

6. PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI 2014


6.1
Unit Keceriaan dan Kebersihan
6.1.1 Penyelaras menyarankan unit kebersihan

dan

keceriaan

agar

memfokuskan kepada Sayangi Tandas bagi pelaksanaan aktiviti pada


tahun 2014.
6.1.2 Murid perlu menggunakan selipar yang telah disediakan untuk masuk ke
dalam tandas.
6.1.3 Penyelaras setiap

unit

perlu

menyediakan

perancangan

strategik

mengikut format yang baharu.


6.1.4 Pn Khadijah juga mencadangkan agar setiap tandas ditampal dengan
poster tentang
peraturan

kebersihan,

penggunaan

perkataan-perkataan

tandas

untuk

yang

meningkatkan

sesuai

keceriaan

serta
dan

kesedaran murid.
6.1.5 Pn Norzarina memaklumkan PPKI ada belajar tatacara penggunaan tandas
dengan

betul.

Guru-guru

boleh

merujuk

kepada

beliau

untuk

mendapatkan maklumat tersebut.


6.1.6 Pn Khadijah mencadangkan agar unit keceriaan dan kebersihan dapat
mengecat dinding tandas sekiranya terdapat tampalan mozek atau tiles
yang telah tertanggal . Guru juga boleh menampalkan kadboard pada
dinding tersebut.
6.1.7 Sekiranya terdapat kesan contengan pada dinding tandas, bahagian
tersebut perlu dicat agar kelihatan lebih menarik.
6.1.8 Pn Khadijah menyarankan agar penyelaras

menyediakan

senarai

keperluan barangan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.


6.1.9 Pertandingan keceriaan kelas akan bermula pada bulan Februari ini.
6.1.10Format pertandingan keceriaan diubah pada tahun 2014.
6.1.11Kelas terbersih dan terkotor juga akan diumumkan di perhimpunan agar
dapat memberi motivasi dan persaingan yang sihat dalam kalangan
murid.
6.1.12Keceriaan dan kebersihan kelas setiap minggu akan dipantau oleh guru
bertugas mingguan.
6.1.13Penyelaras mencadangkan agar pemantauan keceriaan dan kebersihan
kelas PPKI berbeza dengan aliran kelas yang lain.
6.1.14Pn Khadijah mencadangkan agar diberi sistem ganjaran berbentuk
material agar dapat mewujudkan persaingan dalam kalangan murid.
6.1.15Antara sistem ganjaran pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas ialah
:
Sistem Ganjaran
Mingguan

Catatan
Pemenang mendapat bintang dan piala
pusingan
4

Pemenang mendapat hadiah bulanan


Hadiah berbentuk material
Kutipan daripada jumlah markah
mingguan
Pemenang keseluruhan
Jumlah markah keseluruhan setiap
bulan
Hadiah untuk semua murid dan guru
kelas

Bulanan

Tahunan

6.1.16Bagi kelas PPKI pula, pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas juga
dijalankan.

Peruntukan

bagi

pemberian

hadiah

kepada

murid

menggunakan peruntukan PPKI.


6.1.17Kelas terbersih akan diumumkan mengikut kedudukan pertama, kedua
dan ketiga serta jumlah markah yang diperoleh.
6.1.18Kelas terkotor juga turut diumumkan untuk meningkatkan motivasi murid.
6.1.19Pn Khadijah mencadangkan agar mewujudkan sudut untuk mempamerkan
markah mingguan kelas.
6.1.20Bagi aktiviti mural, penyelaras bersama-sama AJK perlu merancang
aktiviti yang hendak dijalankan terlebih dahulu.
6.1.21Bagi program gotong-royong perdana, murid perlu membawa atau
menyumbangkan alatan yang diperlukan. Penyelaras perlu menyediakan
senarai keperluan untuk memohon sumbangan daripada ibu bapa.
6.1.22Penyelaras mencadangkan semasa mesyuarat Agung PIBG nanti, mohon
sekolah edarkan senarai keperluan kepada ibu bapa.
6.1.23Pn Khadijah menyarankan agar keceriaan dewan sekolah ditambah baik
seperti gambar Menteri dan Agong yang lama ditukarkan kepada yang
baharu.
6.1.24Beliau juga menyarankan agar backdrop pentas di dewan terbuka
dikekalkan bagi memudahkan pemasangan banner kelak.
Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan
6.2

Unit Keselamatan dan Kebakaran


6.2.1 Wujudkan budaya selamat secara berterusan dengan sokongan komuniti.
6.2.2 Pelan kebakaran dan peraturan keselamatan perlu ditampal disetiap kelas
dan bilik-bilik khas.
6.2.3 Semua guru perlu memastikan murid-murid bergerak ke kelas dan ke bilikbilik khas mengikut laluan kuning yang telah disediakan.
6.2.4 Pastikan semua murid mematuhi peraturan-peraturan dan keselamatan
yang telah disediakan.
6.2.5 Semua murid akan menggunakan pagar B untuk masuk ke dalam kawasan
sekolah.
5

6.2.6 Murid

yang

berbasikal

perlu

meletakkan

basikal

ditempat

yang

disediakan.
6.2.7 Guru perlu menampalkan peraturan ditempat letak basikal.
6.2.8 Guru perlu memberi penerangan tentang peraturan semasa perhimpunan
atau menggunakan papan tanda supaya murid sentiasa berwaspada.
6.2.9 Guru perlu memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik.
6.2.10Pn Norzarina memaklumkan PPKI telah membuat garisan merah untuk
keselamatan murid-murid.
6.2.11Pn Khadijah mencadangkan agar guru PPKI meneman murid PPKI
sekiranya mereka ke tandas agar menjamin keselamatan murid. Hal ini
kerana kedudukan tandas yang agak jauh daripada kelas.
6.2.12Pn Khadijah juga memaklumkan Pengawal Keselamatan perlu turut
bekerjasama untuk menjaga keselamatan di sekolah.
6.2.13Pn Khadijah memaklumkan akan memohon peruntukan daripada Guru
Besar untuk menampal tandas PPKI yang berlubang.
6.2.14Guru perlu membuat papan tanda amaran bahaya di setiap tangga.
Tindakan : Unit Keselamatan dan Kebakaran
6.3

Unit Kesihatan
6.3.1 Guru perlu memastikan murid-murid sentiasa peka tentang kebersihan diri
mereka.
6.3.2 Guru juga perlu memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya
penyakit dan cara-cara pencegahannya.
6.3.3 Pn Khadijah menyarankan agar unit kesihatan merancang program
kesihatan, membuat pameran dan sebagainya.
6.3.4 Mengadakan ceramah tentang pemakanan yang sihat, penyakit dan gaya
hidup yang sihat kepada murid.
6.3.5 Perbanyakkan tampal poster-poster

yang

berkaitan

agar

memberi

kesedaran kepada semua murid.


6.3.6 Pn Khadijah juga memaklumkan tentang pengurusan Bilik Rawatan perlu
mengikut panduan pemarkahan 3K dan perlu sentiasa dipantau.
6.3.7 Guru perlu mengenal pasti murid yang mengalami masalah kesihatan.
6.3.8 Murid yang mempunyai masalah kesihatan diberi tanda atau tag supaya
semua guru dapat mengenal pasti murid tersebut.
6.3.9 Pn Nur Sarah mencadangkan agar semua guru kelas kenal pasti murid
yang mempunyai masalah kesihatan.
6.3.10Pn Khadijah mencadangkan agar menggunakan kain berwarna dan ibu
bapa akan menjahit pada pakaian murid untuk mengenal pasti murid yang
mempunyai masalah kesihatan.
6.3.11Pn Khadijah menyarankan Doktor

Muda

juga

boleh

menjalankan

pemeriksaan berkala kepada murid seperti membuat pemeriksaan kuku,


6

rambut, pakaian dan sebagainya selepas perhimpunan rasmi pada hari


Isnin.
6.3.12Pn Khadijah mecadangkan juga mengadakan program gosok gigi untuk
menggalakkan murid memberus gigi selepas makan. Program tersebut
boleh dijalankan selepas makan waktu rehat. Doktor Muda boleh
memainkan peranan untuk memantau dan memberi arahan kepada
murid.
6.3.13Beliau amat berharap program tersebut dapat dijalankan pada tahun ini
selepas rehat.
6.3.14Guru boleh maklumkan kepada murid semasa perhimpunan supaya murid
membawa berus gigi.
Tindakan : Unit Kesihatan
7. HAL-HAL LAIN
7.1
Penyelaras mengharapkan agar segala aktiviti yang dirancangkan dapat
7.2

dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.


Mohon kerjasama daripada semua AJK agar bersama-sama berganding bahu

7.3

menjalankan aktiviti dan program yang dirancang demi anak-anak didik.


Penyelaras memohon jasa baik Ustaz Sukri untuk memaklumkan kepada
murid yang beragama Islam tentang tatacara buang air kecil dengan betul

7.4

untuk menjaga kebersihan tandas.


Pn Khadijah memaklumkan kepala paip tandas banyak rosak dan tiada

7.5

peruntukan untuk membaikinya.


Pn Nur Sarah mencadangkan agar boleh mendapatkan maklumat dengan

7.6

beliau tentang perkara 5.4 tersebut.


Pn Khadijah juga memaklumkan telah memohon kepada pihak kantin agar
membuat servis filter air.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang


Disediakan oleh :

(PN NASURAH BINTI MAZLAN)


Setiausaha
Jawatankuasa Induk 3K
SK Datuk Akhir Zaman

You might also like