You are on page 1of 10

DALAM era globalisasi kini,teknologi maklumat merupakan aset terpenting dalam

kehidupan masyarakat di seluruh pelosok dunia .Teknologi ini didapati dalam pelbagai
bentuk internet,telefon bimbit dan radio. Teknologi ini digunakan oleh semua peringkat
umur,tidak kira muda mahupun yang berusia. Dalam keghairahan mengejar
kemajuan,masyarakat hari ini seakan-akan lupa akan kepentingan membaca dalam
kehidupan harian mereka. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai
pihak, namun minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutama remaja masih
belum menggalakkan.
Terdapat beberapa cadangan bagi mewujudkan budaya membaca dalam
kalangan remaja.Antara cadangan yang dibentangkan ialah mengadakan kempen
kesedaran tentang kepentingan membaca di setiap negeri secara pragmatik. Hal ini
haruslah dijalankan secara berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Selain itu,kerajaan perlu mengadakan pesta buka secara besar-besaran dan
berterusan. Badan bukan kerajaan juga boleh menghulurkan sumbangan dengan
membantu kerajaan menjalankan aktiviti seperti pertandingan membaca dan
menawarkan hadiah yang lumayan ketika pesta buku tersebut dijalankan. Bak kata
pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Seterusnya,pengarang dan penerbit buku perlu mengambil inisiatif dengan
menerbitkan bahan bacaan yang berunsurkan keremajaan di pasaran.Promosi secara
besar-besaran juga perlu dijalankan bagi memastikan remaja membeli dan
memanfaatkan bahan bacaan yang terdapat di pasaran.
Selain itu, perpustakaan bergerak yang sedia ada juga perlu diperbanyak tidak
kira sama ada di kawasan Bandar mahupun di luar bandar. Perpustakaan bergerak ini
juga perlu ditempatkan di kawasan yang menjadi tumpuan remaja seperti di pusat belibelah ,taman permainan dan taman bunga.Dengan kemudahan seperti ini, diharapkan
golongan sasaran, iaitu remaja dapat memanfaatkannya dan mendatangkan maslahat
kepada mereka. Jangan pula kemudahan ini menjadi gajah putih.Bak kata pepatah,
yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Ibu Bapa yang memainkan peranan dalam memastikan golongan remaja
berminat untuk membaca dengan meneraokan budaya membaca dalam diri anak sejak
kecil lagi.Minat ini dapat dipupuk dengan membelilkan mereka bahan bacaan yang
mereka minati dan berfaedah .Ibu bapa juga perlu memperkenalkan perpustakaan dan
kegunaannya kepada aak dengan membawa mereka perpustakaan secara berkala. Hal
ini bertepatan dengan bidalan Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pada masa yang sama, sekolah juga perlu campur tangan dalam usaha
melahirkan ulat buku daripada golongan remaja. Sekolah perlu menetapkan satu masa
dalam jadual persekolahan bagi membenarkan pelajar membaca bahan bacaan yang
ada di perpustakaan.Sekolah juga perlu mengadakan Bulan Membaca dengan tema
tertentu seperti selangkah ke perpustakaan,sejuta pengetahuan dan sehari sebuah
buku bagi melahirkan remaja yang cinta akan buku . Selain itu, program sedia ada
seperti program Nadi Ilmu Amalan Membaca perlu diimplementasikan secara pragmatik.

Tuntasnya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan golongan


remaja minat membaca dan seterusnya menjadikan amalan membaca budaya
masyarakat Malaysia.

DALAM ___________________________,________________ merupakan


______________________dalam kehidupan masyarakat di______________________________
.Teknologi ini didapati dalam pelbagai bentuk internet,telefon bimbit dan radio. Teknologi
ini digunakan oleh ___________________________,tidak kira muda mahupun yang berusia.
Dalam________________________,masyarakat hari ini ___________________akan kepentingan
membaca dalam ______________________ mereka. Walaupun _________________telah
dijalankan oleh ________________________, namun minat membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia terutama remaja masih belum menggalakkan.
Terdapat beberapa ____________bagi ____________________________dalam kalangan
remaja.Antara cadangan yang ________________ ialah mengadakan
_____________________tentang ___________________ di _______________ secara __________. Hal
ini haruslah dijalankan ________________ dan
______________________________________________.
Selain itu,kerajaan perlu mengadakan ________________ secara ________________
dan berterusan. Badan bukan kerajaan juga boleh _________________________ dengan
membantu kerajaan ____________________seperti _____________________dan
_____________________________ ketika pesta buku tersebut dijalankan.
__________________________________________________________.
Seterusnya,______________ dan ________________ perlu ________________________
dengan _______________________________yang _________________________ di
_______________.__________ secara besar-besaran juga perlu dijalankan bagi
____________remaja membeli dan _________________ bahan bacaan yang terdaoat di
pasaran.
Selain itu, _________________________yang _____________ juga perlu _____________
tidak kira sama ada di _________________ mahupun di __________________. Perpustakaan
bergerak ini juga perlu ditempatkan di kawasan yang menjadi ____________ remaja seperti
di ________________ ,______________ dan ________________.Dengan _____________seperti ini,
diharapkan golongan sasaran, iaitu remaja dapat memanfaatkannya dan
________________________kepada mereka. Jangan pula kemudahan ini menjadi
______________.___________________________________________________.
Ibu Bapa yang ________________________ dalam memastikan ________________
berminat untuk membaca dengan ____________________________ dalam diri
anak___________________.Minat ini dapat ____________dengan membelilkan mereka bahan
bacaan yang mereka minati dan berfaedah .Ibu bapa juga perlu ___________________
perpustakaan dan kegunaannya kepada anak dengan membawa mereka perpustakaan
secara_________. Hal ini ____________dengan__________________,
________________________________.
Pada masa yang sama, sekolah juga perlu ______________________dalam usaha
_________________________________daripada__________________________. Sekolah perlu
____________________satu masa dalam __________________________bagi ______________pelajar
membaca bahan bacaan yang ada di perpustakaan.Sekolah juga perlu mengadakan

Bulan Membaca dengan ______________________seperti selangkah ke


perpustakaan,sejuta pengetahuan dan sehari sebuah buku bagi melahirkan
________________________yang cinta akan buku . Selain itu, program sedia ada seperti
___________________________________perlu diimplementasikan secara____________.
_________________, semua pihak perlu ______________________bagi memastikan
golongan remaja minat membaca dan seterusnya
menjadikan________________________________________.

Era globalisasi kini


Teknologi maklumat
Aset terpenting
Seluruh pelosok dunia
Semua peringkat umur
Keghairahan mengejar kemajuan
Seakan-akan lupa
Kehidupan harian
Pelbagai usaha
Pelbagai pihak
Cadangan
Mewujudkan budaya membaca
Dibentangkan
Kempen kesedaran
Kepentingan membaca
Setiap negeri
Pragmatik
Secara berterusan
Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam
Pesta buku

Besar-besaran
Menghulurkan sumbangan
Menjalankan aktiviti
Pertandingan membaca
Menawarkan hadiah yang lumayan
Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Pengarang
Penerbit buku
Mengambil inisiatif
Menerbitkan bahan bacaan
Berunsurkan keremajaan
Pasaran
Promosi
Memastikan
Memanfaatkan
Perpustakaan bergerak
Sedia ada
Diperbanyak
Kawasan Bandar
Luar Bandar
Tumpuan
Pusat beli-belah
Taman permainan
Taman bunga
Kemudahan
Golongan sasaran

Mendatangkan maslahat
Gajah putih
Bak kata pepatah : yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.
Memainkan peranan
Golongan remaja
Menerapkan budaya membaca
Dipupuk
Memperkenalkan
Berkala
Bertepatan
Bidalan melayu
melenturkan buluh biarlah dari rebungnya
Campur tangan
Melahirkan ulat buku
Golongan remaja
Menetapkan
Jadual persekolahan
Membenarkan
Tema tertentu
Program nadi ilmu amalan membaca
Diimplementasikan
Pragmatik
Tuntasnya
Memainkan peranan
Amalan membaca
Budaya masyarakat Malaysia

You might also like