You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD

BAWAH 12 TAHUN PPD PASIR PUTEH

1.
1.1
1.2

NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak MSSD 2015
(9 Sebelah) Peringkat Umur Bawah 12 Tahun.

2.

PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknik Bolasepak MSSD Pasir Puteh.

3.

PENGELOLAAN
3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah, PPD Pasir Puteh.

4.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang
permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.
4.2 Undang-undang permainan bagi 12 Tahun dan ke bawah adalah sebagaimana yang berkuatkuasa (4.1)
diatas melainkan :
a) Ukuran Padang : Berdasarkan ukuran MSSM.
b) Bola

: Bersaiz 4.

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut:4.3.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
4.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan Jawatankuasa
Teknikal Bola Sepak MSSD PPD Pasir Puteh berpandukan Undang-undang FIFA.
4.4 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
muktamad
5.

PENYERTAAN
5.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan ZON MSSD Pasir Puteh.
5.2 Setiap Zon yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja.
5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan
menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari
semasa ke semasa.

6.

KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah dan warganegara Malaysia adalah layak mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.
6.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu satu (1) pasukan sahaja.
6.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti
berikut
6.3.1 Pemain mesti mengemukakan Salinan Surat Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar
sekolah berkenaan.
6.4 Kelayakan umur pemain adalah lahir pada atau selepas tahun 2002
6.6 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

7.

PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN


7.1 Pendaftaran Pemain
7.1.1 Setiap pemain mesti mendaftar lima belas (15) orang pemain dalam Borang Pendaftaran
Pemain MSSD. Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.
7.2 Pendaftaran Pegawai

7.2.1

Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG)
yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah.
i.
Setiap pasukan boleh mendaftar pegawai yang dikehendaki.
7.2.2 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam
Borang pendaftaran pasukan.Pegawai ini setaraf dengan penonton, Segala tunjuk ajar
hendaklah dibuat di luar permainan.
7.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengerusi Permainan Zon.
7.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana sembilan (9) pemain utama dan enam
(6) pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan.
8.

FORMAT PERTANDINGAN
8.1 Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan AM MSSM (Peraturan 10)
8.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:
8.2.1 Pemberian mata Menang tiga (3) mata, Seri satu (1) mata dan kalah kosong (0) mata
8.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari
15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka
pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu sembilan (9) pemain akan diberikan
kemenangan percuma, dengan perolehi tiga (3) mata dan jaringan 3 - 0.
8.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak
dibenarkan.Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena
dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.
8.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan
layak masuk pertandingan Separuh Akhir.
8.2.5 Pemenang perlawanan peringkat Separuh akhir akan bermain pada peringkat Akhir.
8.2.6 Pada peringkat liga jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan, telah mengutip jumlah
mata yang sama maka penentuan kedudukan dalam kumpulan adalah mengikut hierarki
berikut :1. perbezaan gol
2. jumlah jaringan gol
3. pasukan yang pernah mengalahkan lawan
4. lambungan syiling
8.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah keluar, terdapat seri setelah tamat tempoh masa bermain tiada masa
tambahan diberi. Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan
yang berkuatkuasa.

JANGKA MASA PERMAINAN


9.1 Masa permainan ialah lima belas (20) minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi
lima (5) minit.
9.2 Tiada masa tambahan diperuntukan pada peringkat kalah keluar.
.

10.

PENGGANTIAN PEMAIN
10.1. Tidak lebih dari enam (6) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti. Mana-mana
pemain yang diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama termasuk
sepakan dari tanda penalti.

11.

PAKAIAN PEMAIN
11.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain
tersebut sepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras,
lambang/bertulis parti politik juga tidak dibenarkan dipamer.
11.2. Setiap pemain mesti memakai kasut bola boot , stokin dan alas betis shin guard.hendaklah
mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
11.3. Pemain yang memakai Thigh atau Thermal atau Body Fit hendaklah bersamaan warna utama
seluar dan warna lengan baju.
11.4. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu
hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

11.5.

Setiap pasukan mesti menyediakan dua (2) set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah
dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu
menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang
diisytiharkan.

12.

JADUAL PERLAWANAN
12.1. Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan Bolasepak MSSD Pasir Puteh akan menyediakan Jadual
Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan
pengelola.
12.2. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana
hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh
pihak Jawatankuasa Pengelola.
12.3. Mana-mana perlawanan yang tertangguh akan dimainkan semula baki masa permainan yang
tertangguh.

13.

MINIMA PEMAIN
13.1. Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain sembilan (7) orang sebelum memulakan
perlawanan.
13.2. Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 6 (enam) orang
pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 0 atau jaringan semasa perlawanan
dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

14.

TINDAKAN TATATERTIB
14.1. Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSSD akan berbincang perkara-perkara yang
berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang
terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian
semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

15.

BANTAHAN
15.1. Bantahan setiap pasukan mestilah dibuat secara bertulis oleh hanya Pengurus Pasukan kepada
Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas tamat perlawanan
berkenaan berserta wang tunai Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja (RM300.00). Wang tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.
15.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat
oleh pengadil di padang permainan.

16.

ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


16.1. Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk
penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat
sukan yang tulen.
16.2. Tertakluk kepada pengesahan MSSD, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan
yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak
mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini
mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari apa
penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.

17.

HAK PEMAIN
17.1. Menjadi kewajipan pemain-pemain yang menyertai kejohanan MSSD diwajibkan mewakili pasukan
MSSD ke mana-mana pertandingan peringkat tertinggi kecuali atas sebab-sebab kecederaan yang
teruk dan disahkan oleh doktor kerajaan.
17.2. Keengganan pemain mewakili pasukan MSSD adalah dibawah tanggungjawab Setiausaha MSSD
Pasir Puteh.

18.

PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


18.1. Peraturan AM MSSD 19 dirujuk.

19.

BAYARAN PENDAFTARAN
19.1. Setiap pasukan dikehendaki membayar RM 70.00 semasa membuat pendaftaran.

You might also like