You are on page 1of 3

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Untuk bahagian Ayam :


Di rebus
1 ekor ayam dipotong 5 bahagian atau ikut kesukaan.
1 sup bunjut/rempah sup
2 ulas bawang putih diketuk
2 cm halia yg diketuk
Di perap
1 sudu besar kicap pekat/cair
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Madu (OPTIONAL)
Minyak bijan (OPTIONAL)

Ayam direbus bersama 1 sup bunjut, bawang putih serta halia yang diketuk dan
biarkan ayam di masak sehingga empuk.

Angkat ayam yang sudah di rebus itu tadi dan asingkan air rebusan tersebut.
Jangan buang air rebusan ayam itu tadi, nanti nak di gunakan untuk dimasak nasi
dan juga dijadikan sup nasi ayam.

Kemudian, perap ayam yang direbus tadi bersama bahan-bahan perapan iaitu
bersama 1 besar sudu kicap pekat/cair, 1 sudu besar sos tiram, halia dan juga
bawang putih yang ditumbuk.

Untuk madu dan juga minyak bijan itu hanya tambahan, kalau nak letak pun boleh,
tak nak pun tak apa. Kalau nak letak, lumurkan sahaja madu dan juga minyak bijan
itu pada ayam tadi.

Perapkan ayam dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit.

Goreng ayam dengan minyak panas dan pastikan digoreng seketika sahaja.

Untuk bahagian nasi :


3 cawan beras
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
2 sudu besar mentega
1 cm halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 batang serai -diketuk
2 helai daun pandan

Sedikit Kunyit/ Pewarna kuning


Air rebusan ayam / Air
Secubit garam

Beras dibasuh kemudian di tos dan ke tepikan.

Panaskan mentega kemudian tumis bersama halia, bawang putih, bunga lawang,
buah pelaga, kayu manis, serai dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau,

Masukkan beras dan goreng seketika sehingga sedikit garing dan masukkan air
rebusan ayam, kalau rasa tak cukup air rebusan ayam itu tadi, boleh tambah
dengan

air

biasa.

Kemudian

masukkan

secubit

garam

dan

juga

sedikit

kunyit/pewarna kuning. Biarkan nasi sehingga masak.

Untuk bahagian sos:


5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil cuka
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Air rebusan ayam

Kisar ke semua bahan tersebut ke dalam mesin mengisar. Jika suka boleh juga
dimasak sebentar. Siap!

Untuk bahagian sup (OPTIONAL - Saya ambil air rebusan ayam tadi je, sebab dah
masukkan sup bunjut kan, cuma panaskan seketika tambah garam, penambah perisa dan
juga daun sup. Selesai.) atau boleh juga guna cari ini:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Sup bunjut/rempah sup
Garam
Penambah perisa
Daun sup yang dihiris.

Air rebusan ayam tersebut dididihkan di atas dapur bersama bawang besar,
rempah sup, garam dan juga penambah perisa.

Selesai, masukkan daun sup yang siap dihiris.

Untuk bahagian kicap (OPTIONAL) :


Kicap manis - Cap Kipas Udang
Gula
3 biji cili api
Air rebusan ayam

You might also like