You are on page 1of 6

“Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia

mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan


perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh
dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam
menyokong aspirasi 1Malaysia.”
Chen Wei Jiang
665, Lorong Mutiara 6B/3,
Taman Mutiara
09700 Sungai Kob, Karangan,
Kedah Darul Aman

10 Februari 2010

Ke hadapan YAB Perdana Menteri,


Datuk Seri Najib Tun Razak
Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang
kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia
sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk
Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia.
Apa yang dikatakan konsep 1Malaysia? Konsep ini membawa makna
bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia
tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan.

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk


mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia.
Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap
toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat
Malaysia. Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa
sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.
Yang Amat Berhormat Dato’
Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan
negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat
Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam
persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991.
Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia
sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh.
Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada
berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai
warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa
negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan
2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

YAB Dato’, pada pendapat saya,


Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara
dalam menyokong aspirasi 1Malaysia ialah dengan penubuhan
sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik
untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum
berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang
permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka
berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu sama
lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan
hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah
wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya
mempercepat integrasi nasional.
Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) juga mampu mengekalkan keharmonian rakyat serta negara.
PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian,
kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala
aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua
peserta. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama
di bawah satu bumbung. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-
sama, berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah kepada
corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam.
Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.
Dengan ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan di
samping mengekalkan keharmonian negara.

Selain daripada pihak kerajaan Malaysia yang


bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat diri
sendiri turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian
negara berkekalan. Demi menjamin keharmonian negara, rakyat
Malaysia perlu mengelakkan isu-isu sensitif. Usahlah rakyat kita
mengungkitkan isu perkauman. Biarlah peristiwa hitam 13 Mei 1969
tersimpan dalam lipatan sejarah. Biarlah peristiwa itu menjadi satu
pengajaran kepada rakyat Malaysia hari ini bahawa pentingnya
keharmonian dan keamanan antara kaum kepada kestabilan negara.
Rakyat Malaysia jangan iri hati terhadap kejayaan dan pencapaian
kaum lain, sebaliknya menjadikannya sebagai rangsangan. Kaum-
kaum yang maju dalam bidang tertentu juga jangan hanya
mementingkan diri sahaja. Bimbinglah kaum-kaum yang lain supaya
mereka tidak ketinggalan. Jelasnya, sikap masyarakat Malaysia yang
prihatin dan penyayang dapat menjamin dan mengekalkan
keharmonian negara.
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam
menjayakan aspirasi 1Malaysia umpama “bulat air kerana
pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”. Aspirasi 1Malaysia
yang membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan dapat direalisasikan untuk keharmonian dan kemakmuran
negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman,
damai dan sejahtera.

Yang benar,
Jiang
(CHEN WEI JIANG)

You might also like