You are on page 1of 1

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

APA ITU KONTRAK SOSIAL?


Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas
Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu
perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti
individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah
diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syaratsyarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn
kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat,
perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan
boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan
ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan
ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut
disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan
MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi
dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan
permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya
menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal
keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak
sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan
keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan
Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

You might also like