You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

11700 GELUGOR PULAU PINANG


UJIAN BULAN MARCH TINGKATAN 4 ( 2015)
SEJARAH KERTAS 1
( 1 JAM )

Satu Jam Tiga Puluh Minit

Nama :__________________________________________________________ Tingkatan :_______________


Disediakan oleh

___________________

Guru Mata Pelajaran Sejarah

Disemak oleh

_________________________

Disahkan oleh

____________________

Ketua Panitia Sejarah

JANGAN BUKA BUKU SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 40 soalan objektif.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. bagi setiap soalan pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Sekiranya hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan
yang baru.

1. Tempat berikut memperlihatkan termeterainya perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan orang
Madinah.
Aqabah

Apakah ikrar penduduk Madinah kepada nabi Muhammad s.a.w?


A. Mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
B. Melindungi orang Islam yang teraniaya
C. Mengelakkan persengketaan kaum
D. Mendalami pengetahuan Islam

2. Umar bin al-Khattab berhijrah dari Makkah ke Madinah secara bersendirian dan terang-terangan.
Apakah sikap yang diperlihatkan oleh tokoh tersebut?
A. Keikhlasan

C. Keberanian

B. Kegigihan

D. Kepimpinan

3. Mengapakah berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam dari Makkah ke
Madinah?
A. Menjalankan pemerintahan Islam
B. Memperkukuhkan kedudukan Islam
C. Penolakan masyarakat Makkah
D. Dakwah secara terbuka

4. Mengapakah penghijrahan manusia pada hari ini dikatakan berbeza dengan penghijrahan orang Islam
dari Makkah ke Madinah?
A. Memperluaskan wilayah pengaruh

C. Menyebarkan kebudayaan

B. Kehadiran tidak diundang

D. Jaminan pekerjaan
2

5. Tarikh berikut merujuk kepada peristiwa penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.
1 Rabiulawal bersamaan 1 September tahun 622 Masihi
Mengapakah Negara kita mengadakan Majlis sambutan Maal Hijrah pada setiap tahun?
A. Menghargai perjuangan kerasulan
B. Mengingati sejarah kerasulan
C. Menanam keazaman tinggi
D. Memupuk persuadaraan bangsa

6. Islam menetapkan beberapa syarat untuk menjatuhkan sesuatu hukuman. Antara syarat tersebut ialah..
A. Saksi

C. Syura

B. Baiah

D. Penjamin

7. Peristiwa berikut menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam kalangan orang Arab Quraisy.
622 Masihi

Pembentukan kerajaan Islam Madinah

Apakah usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menghadapi situasi tersebut?
A. Mengatur rundingan damai
B. Mengetuai ekspedisi ketenteraan
C. Merangka perlembagaan bertulis
D. Menyusun strategi penyebaran Islam

8. Antara berikut, yang manakah merupakan prinsip peperangan yang dibenarkan dalam Islam?
I.

Membalas setiap kezaliman

II. Memelihara tempat ibadat


III.

Mempertahankan serangan musuh

IV.

Menyusun kekuatan tentera

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan memperkukuhkan pertahanan wilayaah Islam yang ditadbir?
A. Menubuhkan angkatan tentera laut Islam
B. Membina kubu pertahanan di sempadan
C. Memperkenalkan bayaran gaji tentera
D. Menyusun kekuatan ketenteraan

10. Apakah sumbangan tokoh berikut semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib?
Al- Asytar

A. Mengetuai ketenteraan menentang Rom


B. Perjanjian damai menghentikan peperangan
C. Perjanjian jizyah dengan golongan zimmi
D. Mengumpul tulisan al-Quran

11. X dalam rajah berikut memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh hakim sebelum menjatuhkan sesuatu
hukuman.
X

Menggunakan keupayaan berfikir semaksimumnya


untuk menetapkan sesuatu hukum syarak
Apakah X?
A. Bermuzakarah

C. Bertafakur

B. Berijtihad

D. Berzikir

12. Mengapakah kedua-dua golongan berikut menentang pemerintahan Bani Umaiyah?


Khawarij

Syiah

A. Cukai yang membebankan


B. Pengenalan system warisan
C. Kemerosotan ilmu pengetahuan
D. Pengagihan ekonomi tidak seimbang

13. Apakah faktor yang membawa kepada kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah?
I. Kebangkitan agama Kristian
II. Pemberontakan
III. Pertambahan penduduk
IV. Kemerosotan ilmu pengetahuan
A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV
5

14. Teori yang dikemukan oleh seorang sejarawan Barat bahawa Islam datang ke Asia Tenggara dari
semenanjung Tanah Arab telah disokong oleh
A. Syed Muhammad Naquib al-Attas
B. John Crawford
C. Snouck Hurgronje
D. S.Q. Fatimi

15. Kedua-dua tokoh berikut mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
Emanual Gandinho Eredia
S.Q. Fatimi
Apakah bukti yang dapat menyokong pendapat mereka?
I. Batu nisan di Pahang

III. Penghasilan karya Sastera

II. Batu Bersurat Terengganu

IV. Penggunaan batu marmar

A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

16. Senarai berikut memperlihatkan nilai murni pedagang-pedagang Islam ketika menjalankan perniagaan di
Asia Tenggara.

Jujur
Berhemah tinggi
Mengutamakan
kebersihan

Mengapakah pedagang-pedagang berbuat demikian?


A. Mengaut kekayaan
B. Menjalin hubungan perdagangan
C. Mempertingkatkan bilangan penganut Islam
D. Mendapat layanan mesra masyarakat setempat
6

17.

Tahun

Peristiwa

1511

Portugis menguasai Melaka

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Johor-Riau untuk mempertingkat penyebaran Islam di
Melaka?
A. Mengislamkan raja

C. Mengimarahkan masjid

B. Menghantar ulama

D. Menawan kembali

18. Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah membawa kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan
institusi pendidikan formal. Antara berikut, yang manakah merupakan pusat pendidikan formal yang
wujud pada peringkat awal di Asia Temggara?
I. Istana

III. Universiti

II. Sekolah

IV. Persatuan

A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

19. Senarai berikut merupakan bentuk sastera Islam yang dipengaruhi oleh gaya dan tatabahasa Arab.
Nazam
Gurindam

Cerita hikayat
Apakah fungsinya?
I. Sebagai hiburan

III. Penonjolan bakat

II. Memberi kritikan

IV. Melahirkan sasterawan

A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

20. Mengapakah pemerintah menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam?

Zillullah fil-alam

Zillullah fil-ardh

A. Mempamer kewibawaan
B. Mengikat golongan rakyat
C. Memperlihat kekuatan kerajaan
D. Menundukkan golongan rakyat

21. Mengapakah raja dikecualikan daripada sebarang tindakan yang telah digariskan dalam undang-undang
berikut?
Hukum Kanun Melaka
A. Merupakan bayangan Tuhan
B. Membuktikan keperibadian mulia
C. Mempertingkatkan kedudukan raja
D. Memiliki sifat mahmudah

22. Perkara berikut menggambarkan kepentingan istana dalam pendidikan di Tanah Melayu.

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Apakah peranan Istana?


A. Pusat pertemuan cendekiawan
B. Tempat mengarang buku agama
C. Pusat menterjemah karya sastera
D. Tempat menyimpan buku hikayat
8

23. Perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab, iaitu al-Funduq.


Perkataan

Maksud

al-funduq

P bermaksud.
A. Rumah sewa
B. Rumah ibadat
C. Rumah tumpangan
D. Rumah guru agama
24. Maklumat berikut menunjukkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu pada kurun ke-17.

Menjadi bahasa ilmu

Menjadi bahasa lingua franca

Apakah faktor yang membawakan keadaan sedemikian?


A. Kedatangan Islam
B. Pengenalan tulisan Pallava
C. Pembakuan bahasa Melayu
D. Kebangkitan kuasa Sultan Melaka
25. Maklumat berikut berkaitan undang-undang masyarakat Melayu tradisional.
Mengutamakan jurai keturunan ibu.
Anak perempuan mewarisi harta pusaka.
Dilarang berkahwin sesama suku
Apakah undang-undang tersebut?
A. Undang-undang Negeri Sembilan
B. Undang-undang Pahang
C. Adat Temenggung
D. Adat Perpatih

26. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri pendidikan tidak formal yang diamalkan dalam masyarakat
Melayu.

Asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga


Penekanan terhadap nilai-nilai murni

Bagaimanakah ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian?


I. Undang-undang

III.

Cerita jenaka

II. Pantang larang

IV.

Buku cerita

A.

I dan II

C.

II dan III

B.

I dan IV

D.

III dan IV

27. Sekiranya anda ingin bertugas sebagai guru agama, institusi pendidikan manakah yang menjadi pilihan
anda?
A. Madrasah
B. Pondok
C. Istana
D. Surau
28. Jadual berikut merupakan antara masjid tertua di Tanah Melayu.
Masjid
Masjid Kampung Laut

Tempat
Kelantan

Masjid Tengkera

Melaka

Selain sebagai tempat untuk menunaikan solat, binaan tersebut juga menjadi tumpuan masyarakat
sebagai tempat.
A. Aktiviti jual beli
B. Perkumpulan social
C. Menyimpan karya sastera
D. Membincangkan hal pentadbiran
10

29. Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan tidak formal dapat dipelajari berdasarkan pepatah berikut.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama
mencuri.
Apakah nilai murni yang terdapat dalam pepatah tersebut?
I. Berkelakuan baik

III. Bijak berfikir

II. Bercakap benar

IV. Berbudi bahasa

A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

30. Senarai berikut berkait rapat dengan ciri-ciri pendidikan tidak formal.
Q
Asuhan dalam institusi keluarga
Pembelajaran melalui pendengaran dan penglihatan
Ciri Q merujuk kepada.
A. Penekanan keagamaan
B. Mempelajari nilai-nilai moral
C. Fokus kepada golongan bawahan
D. Membaca al-Quran di rumah Tok Guru
31. Dunia Eropah pernah mengalami Zaman Gelap selepas kejatuhan Tamadun Rom.
Tahun

Peristiwa

476-1050 M

Zaman Gelap

Apakah ciri-ciri tersebut?


I. Kegiatan perdagangan lembap
II. Kehidupan perbandaran merosot
III. Pengamalan perbuatan tidak bermoral
IV. Penindasan rakyat oleh golongan bangsawan
A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV
11

Christopher
Columbus

32.

Ferdinand
Magellan

Mengapakah masyarakat Eropah begitu menghargai sumbangan kedua-dua tokoh berikut sehingga ke
hari ini?
A. Pemikir terkemuka

C. Pengukir agung

B. Penulis terkenal

D. Pelaut unggul

33. Kata-kata berikut menjadi pegangan masyarakat Eropah untuk mencapai sesuatu matlamat.
Gold

Glory
Gospel

Kata-kata tersebut berkaitan dengan..


A. Penerokaan ilmu
B. Kegemilangan tamadun
C. Kebangkitan nasionalisme
D. Penjelajahan dan penerokaan
34. Apakah faktor orang Eropah menjelajah ke Timur?
I. Mempamer kehebatan penggunaan teknologi
II. Menyaingi kegemilangan tamadun Timur
III. Mendapat galakan pemerintah
IV. Menyebar agama Kristian
A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

35. Tokoh berikut merupakan golongan pelukis yang dikagumi semasa Zaman Renaissance di Eropah.

Leonardo da Vinci
Raphael
Michelangelo

Apakah amalan yang menjadi pegangan tokoh tersebut dalam penghasilan karya mereka ?
A. Perkongsian idea

C. Materialisme

B. Individualisme

D. Kolektif
12

36. Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk ekonomi yang wujud di tanah Melayu pada abad ke 19.
Ekonomi sara diri

Ekonomi dagangan

Apakah bentuk ekonomi tersebut?


A. Pelbagai
B. Campuran
C. Komersial
D. Dwiekonomi

37. Apakah usaha yang dilakukan oleh British untuk mempertingkatkan perusahaan getah di Tanah Melayu?
I. Kadar sewa tanah rendah
II. Pengecualian cukai eksportqq
III. Pengenalan benih getah bermutu
IV. Memperkenalkan sistem menorah moden
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

38.

Raub

Bau

Kawasan-kawasan tersebut dikaitkan dengan aktiviti perlombongan


A. Bijih timah
B. Arang batu
C. Antimoni
D. Emas
13

39. Apakah faktor-faktor yang mendorong kedatangan buruh asing berikut?

Orang India
Orang Cina

I. Merebut peluang pekerjaan


II. Memiliki kemahiran tersendiri
III. Menimba pengalaman merantau
IV. Mendapat galakan kerajaan British
A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

40. Peristiwa kebakaran telah berlaku di kedua-dua bandar besar berikut.


Tahun
1881

Tempat
Kuala Lumpur

1892

Ipoh

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?


A. Pengenalan insuran kebakaran
B. Penggubalan akta keselamatan
C. Penubuhan institusi kewangan
D. Penyusunan semula masyarakat
.KERTAS SOALAN TAMAT

Semoga Berjaya

14

You might also like