You are on page 1of 8

Price

(Harga) pula bermaksud jumlah atau cas yang dikenakan bagi sesuatu produkatau perkhidmatan.
Ianya merupakan perkara kedua terpenting dalam elemen pemasarancampuran ini. Menentukan
harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agaksukar (Majumdar R, 2007). Hal ini
kerana, penentuan harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan bersandarkan kepada
kualiti, kuantiti, keperluan atau kehendak penggunaserta kemampuan pengeluar dalam
membekalkan produk tersebut dan kemampuan penggunauntuk membeli atau membayar produk
tersebut (Clark K.B & Wheelwright, 1993). Selain itu,ianya juga akan mengambil kira terhadap
harga produk yang sama ditawarkan oleh pesaingyang sama, dan juga kawalan dari kerajaan.
Proses ini adalah penting kerana ianya bertujuanuntuk mengaut keuntungan oleh pembekal dan
juga memberikan kepuasan kepada para pengguna. Penentuan harga ini juga memberikan kesan
kepada permintaan barangan tersebutdan keuntungan firma tersebut (Nilson T.H, 1998). Ini
kerana, harga yang mahal akanmengurangkan permintaan barangan atau perkhidmatan tersebut
dan akan merugikan firmatersebut. Selain itu, harga yang rendah pula akan mengakibatkan firma
terpaksa untukmenanggung kos dan memungkin firma tersebut menanggung kerugian. Oleh
yang
demikian, penentuan harga akan menjadi kunci yang terpenting dalam penawaran dan permintaa
n produk di dalam pasaran semasa.
Promotion
(Promosi) juga adalah penting kerana ianya memastikan barangan atau produk yang ditawarkan
dapat diperlihatkan dan diperdengarkan kepada para pengguna yangmemerlukannya (Ferrell
O.C, et. Al, 2002). Promosi ini akan mampu menarik perhatian pengguna untuk membeli produk
tersebut. Kaedah promosi juga akan menjadi faktor dalammenarik minat pengguna untuk
menggunakan produk tersebut. Kaedah promosi yang tidakmenyatakan harga, jenis barangan
mahupun kandungan barangan serta kebolehdapatan barangan tersebut merupakan kaedah
promosi yang tidak akan berjaya dalam menarik minat pengguna (Nilson T.H, 1995). Oleh yang
demikian, promosi merupakan satu elemen pentingdalam pemasaran campuran yang juga
bertujuan dalam memberikan pengetahuan, memujukdan mempengaruhi pengguna dalam
membuat pilihan terhadap produk yang ditawarkan(Sherratt A et.al, 2009). Pada masa ini, kaedah
pemasaran bukan sahaja dalam majalah-majalah mahupun dalam media elektronik seperti TV
tetapi ianya juga dilakukan
melalui pesanan ringkas (SMS), dan juga melalui rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan
Youtube.

2.2 Harga (
Price
)
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, harga yang akan ditawarkan oleh sesebuah firmaakan
menjadi titik tolak kepada permintaan dan penawaran produk tersebut di dalam pasaran.Ini akan
membawa kesan kepada firma tersebut sama ada harga yang ditawarkan tersebutakan berada di
dalam lingkungan kemampuan pembeli atau dalam lingkungan kemampuanfirma tersebut dalam
menghasilkan barangan tersebut. Dalam HABIB ini, ianya jelasmenunjukkan bahawa melalui
penjenamaan bersandarkan kepada koleksi baranga kemas,ianya memberikan satu tanggapan
bahawa setiap koleksi akan mempunyai harga
yang berbeza. Ini juga akan mempengaruhi minda pengguna bahawa koleksi yang dilancarkanme
mpunyai nilai yang tersendiri.
Harga yang ditawarkan dalam penjualan barangan HABIB ini, ianya mencecah ribuandan
ratusan ringgit dan ada juga yang dalam puluhan ringgit bersandarakan kepada promosiyang
dijalankan. Harga yang ditawarkan oleh HABIB adalah agak berpatutan mengikutkepada reka
bentuk dan kreativiti barangan emas tersebut. Hal ini kerana, kreativiti
dalam penampilan produk tersebut akan menjadi kunci kepada nilai harga barangan tersebut. Ini
menunjukkan bahawa seni halus dan reka bentuk dan kompleks dan cantik akan mampuuntuk
menarik minat para wanita untuk memiliki barangan tersebut. Harga yang ditawarkan juga
mempunyai potongan harga sehingga 70% yang mana menjadikan
keupayaan golongan berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk memilik barang kemas
HABIB ini.
2.4 Promosi (
Promotion
)
Kaedah pempromosian yang diketengahkan oleh HABIB adalah menggunakan kaedah
yangcukup ringkas. Pertama sekali adalah cara pengiklanan atau cara pempromosian.
Ianyamemang tidak dinafikan bahawa syarikat yang mengeluarkan barang kemas akan
membuatiklan yang bersandarkan barang kemas, namun cara pendedahan barang kemas itu
adalah
Lamb, et al. (2009) menyatakan Produk terbahagi kepada dua (2) iaitu produk
perniagaan/industri (business goods) dan produk pengguna (consumer goods). Ianya boleh
terdiri daripada sesuatu yang boleh dilihat seperti buku, laptop ataupun dalam bentuk
perkhidmatan seperti khidmat nasihat dan sebagainya.

Apabila kita membincangkan mengenai produk, terdapat banyak perkara atau elemen-elemen
yang ada dalam sesesuatu produk seperti jenama, bentuk dan saiz produk, kualiti, pembungkusan
dan sebagainya. Dalam perkara ini Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd sentiasa melakukan
pelbagai strategi bagi meningkatkan permintaan agar produk mereka berjaya di pasaran tempatan
mahupun luar negara kerana mereka mengetahui bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikat
hendaklah mempunyai kelebihan tersendiri bagi menarik bakal pembeli.

Menurut Selnes (1993), Penilaian produk boleh diukur melalui jenama, harga dan
pembungkusan produk. Selnes menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif antara
jenama sesuatu produk dengan kepuasan pembeli dan meningkatkan kesetiaan pembeli terhadap
produk tersebut.

Secara umumnya Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd menyedari bahawa mereka perlu
memaparkan perbezaan yang relevan dan jelas di dalam produk mereka dibandingkan dengan
produk pesaing yang telah berada di pasaran. Diantara elemen-elemen perbezaan yang dijadikan
ukuran oleh Syarikat Lieos adalah berdasarkan perbezaan fizikal (contohnya seperti ketahanan,
rekabentuk, gaya, ciri dan kebolehpercayaan produk), perbezaan ketersediaan (contohnya seperti
produk ada di kedai, boleh dipesan atau tempah melalui telefon, surat, e-mel, faks atau secara
online melalui internet), perkhidmatan berbeza (Contohnya seperti penghantaran, pemasangan,
latihan, perundingan, penyelenggaraan dan pembaikan) dan yang terkahir adalah perbezaan
harga (contohnya adalah seperti meletakkan harga tinggi, sederhana, rendah dan harga terendah).

1.3

Penjenamaan

Menurut Zaharah Bakar (2003) , Jenama bermaksub nama, istilah, simbol rekabentuk atau
kombinasi elemen-elemen ini yang mengenalpasti keluaran atau produk penjual dan
membezakan produk itu daripada produk yang dikeluarkan oleh pesaing. Terbahagi kepada dua
(2) jenis iaitu elemen yang dapat disebut dan tidak dapat disebut. Contoh elemen yang dapat
disebut adalah nama produk/jenama (brand name) termasuk abjad (BMW), perkataan (Lieos
Mouse Pad, Ltec Optical Mouse) dan nombor seperti (7-Eleven). Manakala elemen jenama yang
tidak dapat disebut tetapi dikenali sebagai tanda jenama (brand mark) seperti simbol Proton,
Mercedes Benz, lambang harimau (Maybank), burung (Celcom) dan sebagainya.
Kesimpulannya jenama bukan sahaja nama yang diberi kepada produk semata-mata tetapi juga
semua elemen yang disebutkan tadi seperti simbol, logo dan juga istilah.

1.3.1

Pemilihan Jenama, Rekabentuk & Kualiti

Produk yang menggunakan jenama yang baik dapat menyumbang kepada kejayaan sesuatu
produk atau perkhidmatan di dalam pasaran.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini Syarikat Lieos Technology Sdb.Bhd telah pun
mengeluarkan produk mereka sendiri (Branding Lieos) terutamanya di dalam perkakasan
peralatan komputer. Syarikat Lieos telah berjaya mengeluarkan refill ink dan tetikus (mouse)
jenama mereka sendiri dengan kerjasama syarikat di China. Syarikat Lieos dan menamakan
produk tersebut dengan nama Ltec Optical Mouse dan juga refill Ink dengan nama Lieos
Canon Refill Ink, Lieos HP Refill Ink, Lieos Lexmark Refill Ink dan Lieos juga telah
mengeluarkan mouse pad dengan menamakannya Lieos Mouse Pad.

Mereka juga telah mendapat kebenaran dari syarikat-syarikat berkaitan seperti HP, Canon dan
juga Lexmark di dalam menggunakan nama syarikat tersebut di dalam menamakan produkproduk berkaitan. Ini juga adalah strategi syarikat di dalam mengambil kepercayaan orang ramai
kerana syarikat-syarikat besar ini memang telah dikenali dan ianya dapat memperkukuhkan
jenama mereka dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat terbabit di mana mereka
mempromosi jenama mereka bersama-sama.

Selain daripada itu, syarikat Lieos juga tidak menafikan bahawa elemen rekabentuk dan
kesesuaian produk adalah amat penting di dalam menarik pengguna. Sesebuah produk yang
direka, dicipta atau diubahsuai mestilah mudah digunakan, diselaraskan serta dapat memenuhi
kehendak pelanggan. Oleh itu, syarikat Lieos sentiasa berusaha di dalam memahami keperluan
pengguna. Menurut Babbar, et al (2002), Kajian yang dijalankan menunjukkan pengguna
berpuashati terhadap produk yang direka mempunyai kesesuaian dengan mereka.

Di samping itu juga, syarikat Lieos juga meletakkan kualiti sebagai salah satu elemen yang
penting dalam produk yang dikeluarkan kerana mereka mengetahui dari sudut pengguna, kualiti
ialah kapasiti sesuatu produk yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Yoon dan
Kijewski (1997) menyatakan Kajian yang dilakukan turut menunjukkan terdapat hubungan
antara kualiti produk dengan pengguna.
Kini Syarikat Lieos mengambil langkah yang lebih teliti di dalam mengeluarkan produk sendiri
di samping merancang untuk membina rangkaian franchise di bawah kelolaan Agensi Badan
Berkanun di Bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah iaitu MARA dan SME Bank.

1..3.2

Faedah Penjenamaan kepada syarikat

Strategi penjenamaan yang dibuat oleh Syarikat Lieos telah berjaya di dalam membentuk
kesetiaan pengguna dan ini terbukti di mana pelanggan-pelanggan baru semakin bertambah dan
pengekalan pelanggan-pelanggan lama mereka.

Penjenamaan juga telah berjaya membaiki, menaikkan imej syarikat dan meningkatkan
keupayaan untuk bersaing di mana kini Syarikat Lieos amat dikenali ramai dan disegani di
Negeri Terengganu terutamanya di daerah Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Syarikat
pembekal, pengedar dan penjual produk-produk dan perkhidmatan IT samada oleh masyarakat
ramai mahupun pesaingnya sendiri.

1.4

Pembungkusan dan Pelabelan

Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan
produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas dengan tujuan melindungi produk dari sebarang
kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk, menarik minat pembeli
untuk membeli dan menambahkan kualiti sesuatu produk.

Ia adalah satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi serta inovasi dalam
melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan
pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.

Pembungkusan merangkumi pembungkusan primer iaitu merupakan bungkusan utama produk


seperti ubat gigi yang dibungkus dengan tiub, pembungkusan yang kedua ialah pembungkusan
sekunder iaitu merupakan pembungkusan yang dibuang apabila produk hendak digunakan seperti
kotak kadbod atau kertas yang mengandungi tiub ubat gigi, manakala pembungkusan yang ketiga
ialah pembungkusan perkapalan iaitu diperlukan untuk menyimpan , mengenalpasti dan
menghantar produk. Ia melindungi pembungkusan primer, primer serta produk secara
keseluruhannya seperti kotak-kotak besar yang mengandungi kotak-kotak kecil ubat gigi.

Syarikat Lieos telah merekabentuk dan membungkus produk-produk secara kreatif di mana dapat
menarik perhatian para pelanggan terutama yang melibatkan produk keluarannya sendiri. Setiap
produk dan perkhidmatan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk menarik
minat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Mereka sentiasa berusaha dan mencari jalan

terbaik di dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan pembungkusan produk kerana
mereka tahu keputusan yang tidak tepat akan mengundang kerugian kepada syarikat.

Di dalam proses pembungkusan produk Ltec Optical Mouse & Ltec Wheel Mouse, Syarikat
Lieos menggunakan strategi dengan menggunakan pembungkusan unik yang dapat menarik
pelanggan.
Produk dibungkus di dalam plastik keras kedap udara bagi
menjamin ketahanan produk, terjamin dari sebarang
kerosakan & dapat memberi keyakinan kepada pelanggan.
Selain dari pembungkusan yang unik dan menarik
Syarikat Lieos juga menekankan kepada fungsi pelabelan
di dalam menarik pelanggan.

Apa itu Pelabelan?

yang mengandungi maklumat


bersama produk atau rekabentuk
permukaan pembungkusan dan apa
seperti kertas, kad atau bahan lain
pada objek atau produk. Ia bertujuan
beberapa perkara mengenai produk
pengedar, di mana ia dibuat,
bagaimana menggunakannya dengan
jaminan sepertimana yang
Syarikat Lioes di mana label dicetak
atau pembungkusan.

1.5

Pelabelan
merupakan
sebahagian
daripada
pembungkusan
bercetak atau
grafik pada
juga bentuk bahan
yang dilekatkan
menghuraikan
seperti siapa
kandungannya dan
selamat serta
dilakukan oleh
terus pada bekas

Perkhidmatan

Di dalam memastikan kepuasan dan membina hubungan yang baik dengan pelanggan Syarikat
Lieos sentiasa mencari pendekatan-pendekatan ke arah tersebut. Mereka menyedari bahawa

perkhidmatan yang baik dan cemerlang yang diberikan kepada pelanggan adalah melambangkan
imej dan kekukuhan syarikat. Ianya juga dapat membezakan kelebihan yang ada pada Syarikat
jika dibezakan dengan pesaing-pesaing yang ada.

Di antara perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Lieos ialah dengan mewujudkan Bahagian
Khidmat Pelanggan atau Customer Service Department bagi mengendalikan urusan-urusan
yang berkaitan dengan pelanggan seperti rungutan, maintenance service, informasi dan
sebagainya. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan After Sales Service, Installation,
Warranty, penghantaran , penyelengaraan 24 jam, sewaan.guna pakai mesin, khidmat nasihat,
memasang, menguji dan mentauliah, membangunkan laman web.portal, memberi kurus-kursus
IT, latihan komputer & Multimedia, perkhidmatan kontrak dan lain-lain lagi.

Promosi yang dibuat oleh KFC Malaysia


Kesemua iklan KFC yang dimuatkan di radio dan televisyen memaparkan restoran KFC sebagai
restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan konsep ceria, girang dan menyeronokkan. Pada
setiap masa, iklan-iklan berkenaan dipersembahkan dengan penuh berhati-hati serta mengambil
kira sasaran kategori pelanggan atau penontonnya.

Sementara itu, bagi meningkatkan hubungan yang mantap lagi berpanjangan dengan kanakkanak, KFC Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan rancangan televisyen kanak-kanak KFC
Hour . Rancangan ini terbukti sangat berkesan dan mendapat pengiktirafan sebagai salah satu
rancangan kanak-kanak paling popular di televisyen tempatan.
Di samping itu, dalam usaha memantapkan imej rangkaian restoran untuk keluarga, KFC
Malaysia turut menganjurkan beberapa program menarik untuk meningkatkan pasaran
produknya. Antara program berkenaan ialah mewujudkan kelab kanak-kanak yang dikenali
sebagai Chicky Club (dulunya dikenali sebagai Kids Fun Club), mengadakan taman permainan
kanak-kanak di restoran-restoran tertentu dan memperkenalkan produk makanan yang sesuai
dengan selera kanak-kanak - Chicky Meals. KFC juga menawarkan perkhidmatan
mengendalikan sambutan hari jadi di restorannya, yang menampilkan maskot ceria KFC Chicky bersama seorang pengacara majlis yang akan mempersembahkan pelbagai acara dan
permainan menarik. Jika ada ibu bapa yang berminat untuk mengadakan sambutan hari jadi anak
mereka di KFC, mereka bolehlah menghubungi mana-mana restoran KFC berdekatan.

Dalam usaha menterjemah polisi syarikat agar KFC lebih dikenali masyarakat dan lebih bersifat
mesra-pelanggan, beberapa kajian ke atas gelagat pengguna turut dilakukan oleh syarikat
penyelidikan tertentu yang dilantik oleh KFC. Data dan keputusan yang diperolehi kemudiannya
disemak oleh panel penyelidik dalaman sebelum dibentangkan kepada pihak pengurusan
Kumpulan. Kaji selidik ke atas puluhan ribu responden rakyat Malaysia ini menjadikan KFC
lebih memahami kehendak pelanggan dan penggunanya.

Mutu KFC
Rasa dan mutu masakan KFC memang berbaloi dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Di sini,
pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis pilihan makanan yang sesuai dengan selera semua
peringkat umur.

Kesemua anugerah yang diterima sejak beberapa tahun lalu merupakan bukti kejayaan
cemerlang KFC Malaysia serta bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap mutu hidangan dan
perkhidmatan rangkaian restorannya.

You might also like